KETIKA temu bual bersama majalah fesyen L’Uomo Vogue, penyanyi terkenal dengan lagu hits Gentleman iaitu Psy, telah mendedahkan mengenai kolaborasinya dengan vokalis kumpulan Aerosmith, Steven Tyler.
Penyanyi yang berasal dari Korea Selatan itu memberitahu, bahawa dia baru sahaja selesai menghasilkan sebuah lagu baharu duet bersama Tyler dan menyifatkannya sebagai artis legenda.
“Saya sangat teruja apabila diberi peluang untuk berkolaborasi dengan pelantun I Don’t Want To Miss A Thing itu dan lagu duet kami akan dilancarkan pada November depan,” katanya.
Psy, 35, mula mencipta nama di mata dunia selepas mencetuskan fenomena tarian kuda menerusi lagu hitsnya Gangnam Style telah mencipta sejarah di laman YouTube apabila muzik videonya telah ditonton lebih 1.7 billion kali
The music industry is known for creating some of unusual pairings. Now another has just developed up between Aerosmith frontman Steven Tyler and YouTube sensation Psy. Watch to find out all the details.