CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8511|Reply: 53

Alhamdullillah Tahniah Brunei ( HUDUD)

[Copy link]
Post time 23-10-2013 10:03 AM | Show all posts |Read mode




BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei: The Sultan of Brunei introduced tough Sharia-law punishments on Tuesday including death by stoning for crimes such as adultery, hailing what he called a "historic" step toward Islamic orthodoxy for his country.

Sultan Hassanal Bolkiah -- one of the world's wealthiest men -- said a new Sharia Penal Code in the works for years was officially introduced on Tuesday in the tiny, oil-flush sultanate and would be phased in beginning in six months.

Based on individual cases, punishments could include stoning to death for adultery, severing of limbs for theft, and flogging for violations ranging from abortion to alcohol consumption, according to a copy of the code.

The code applies only to Muslims.

"By the grace of Allah, with the coming into effect of this legislation, our duty to Allah is therefore being fulfilled," the sultan, 67, said in a speech.





Dah lama dia nak...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2013 10:05 AM | Show all posts
Malaysia???

Buat lawak kot???



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:17 AM | Show all posts
tahniah brunei..
tercapai jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:26 AM | Show all posts
alhamdulillah.. namun masih ramai yang kurang faham tentang perlaksanaan hukum hudud.

ada yg seolah phobia.. ada yg mcm cicak terputus ekor... baru sebut hudud dah menggelupur..
padahal perlaksanaan hudud perlu pengadilan berpandukan syariah islam..

contoh;
kalau si peminum arak tu mabuk walau kepala masuk lobang tandas pun, hudud tidak akan jatuh padanya SEKIRANYA sipeminum bukan beragama islam..

pencuri yang mencuri barang yang diletak sembarangan pun tidak akan dikenakan hudud potong tangan SEKIRANYA pemilik barang di dapati cuai meletak barang kepunyaan nya..

penzina tidak akan dikenakan hukum hudud rejam SEKIRANYA  salah seorang dari saksi 4 org tidak melihat bukti perbuatan zina tersebut.

dan syarat paling penting; hudud hanya tersabit bagi yang berugama Islam sahaja... Last edited by reddots on 23-10-2013 10:27 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:27 AM | Show all posts
tahniah brunei...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:31 AM | Show all posts
reddots posted on 23-10-2013 10:26 AM
alhamdulillah.. namun masih ramai yang kurang faham tentang perlaksanaan hukum hudud.

ada yg seol ...


Alhamdulillah...  ayuh kita memartabatkan hukum Allah dengan cara yang terbaik....

dan syarat paling penting; hudud hanya tersabit bagi yang berugama Islam sahaja...

Boleh sertakan dalil SYARAT YANG PALING PENTING di atas?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2013 10:31 AM | Show all posts
alhamdulillah. malaysia patut buat cth
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:37 AM | Show all posts
alhamdulillah... sangat2 happy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 11:35 AM | Show all posts
mnm77 posted on 23-10-2013 10:31 AM
Alhamdulillah...  ayuh kita memartabatkan hukum Allah dengan cara yang terbaik....

kalau pasal dalil tu sejujurnya aku blm jumpa, tp itu la yang sering disampaikan oleh pehin mufti sendiri, (Mufti besar NBD)
beliau merupakan ulama tertinggi di brunei..
malah penjelasan yang aku tuliskan kat atas adalah dari penjelasan beliau yang sering dimainkn di radio brunei yang setiap hari.


dan insya allah, aku nak dapatkan buku qanun syariah yang di lancarkan kelmarin.... harga pun berpatutan.

Last edited by reddots on 23-10-2013 11:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 11:46 AM | Show all posts
reddots posted on 23-10-2013 11:35 AM
kalau pasal dalil tu sejujurnya aku blm jumpa, tp itu la yang sering disampaikan oleh pehin mufti  ...


Sebab saudara tulis YANG PALING PENTING, menandakan itu yang paling ditekankan dalam perlaksanaan hudud, dan perkara yang paling ditekankan seharusnya mempunyai dalil yang terang lagi jelas. Jika saudara ada jumpa dalilnya, tolong lampirkan di sini...

Setahu saya, hukuman rejam kepada penzina pernah dijalankan kepada pasangan Yahudi (bukan Islam), pada zaman Rasulullah SAW.

Namun demikian, oleh kerana perlaksanaan hukum hudud merupakan tanggungan atas bidang kuasa pihak pemerintah, jika pemerintah memilih untuk melaksanakan ke atas Muslim sahaja, maka itu juga merupakan satu langkah ke arah perlaksanaan hukum hudud... Tahniah Brunei!

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 11:49 AM | Show all posts

Undang-undang Allah mantap, padat dengan hikmah


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Oktober. - Undang-undang jenayah ciptaan Allah ini secara mutlaknya adalah menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk semua sememangnya tidak dapat diragukan lagi.

Undang-undang-Nya adalah untuk semua, menyeluruh bagi keadilan dan kesejahteraan untuk semua sama ada seseorang itu Islam atau bukan Islam, semuanya itu adalah sama-sama dilindungi oleh undang-undang-Nya contohnya golongan Zimmi, golongan orang bukan Islam yang duduk bernaung di bawah panji-panji Islam, sama sekali tidak boleh disakiti dan tidak boleh dizalimi oleh sesiapapun, jika dilakukan juga maka hukumnya adalah berdosa.

Perkara tersebut disentuh oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dalam Ceramah Perdana pada Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini.
Menurut Yang Berhormat, undang-undang Allah  turut meliputi kebaikan dan kesejahteraan lain-lain makhluk selain manusia dan  ianya  menyeluruh untuk kebajikan alam semesta.

Yang Berhormat Pehin berkata di dunia ini, jenayah berpotensi mengheret manusia kepada ketakutan, kegelisahan, menjadikan hidup tidak tenteram, negeri tidak aman, membawa kepada huru-hara malah menyebabkan kehilangan kehormatan dan nyawa.

Dalam Islam, tegas Yang Berhormat Pehin, jenayah adalah satu dosa dan barangsiapa yang melakukannya dihukum sementara Allah pula menegaskan, hukuman itu mestilah dengan undang-undang-Nya yang mana jika menghukum lain dari undang-undangNya maka orang yang menghukum demikian itu akan dilabel sebagai “Al-Kafirun”.

Undang-undang Allah tambahnya tiada mungkin ditandingi oleh undang-undang lain di mana ianya sangat padat dengan hikmah, rahsia dan rahsia ketuhanan.

“Hikmah itu adalah milik-Nya dan rahsia itu juga milik-Nya, selaku pemilik hikmah dan pemilik rahsia adalah mustahil Allah itu keliru, mustahil Allah melakukan kesilapan atau kesalahan dalam menggubal undang-undang-Nya.

Undang-undang Allah itu adalah mantap dan tidak pernah berubah kerana yang menciptanya bukan makhluk, tetapi Allah sendiri iaitu Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengetahui akan keperluan undang-undang itu untuk kita semua,” terang Yang Berhormat Pehin.

Yang Berhormat Pehin menambah, kalau manusia mencipta undang-undang sentiasa berubah, ubah atas ubah, pinda atas pinda bahkan ada juga yang membuang undang-undang seperti hukuman mati yang mana pada tahun 2007, Badan Dunia telah berjaya memperolehi suara majoriti untuk menghapuskan hukuman mati di seluruh dunia sedangkan Allah dengan hukuman mati (Qishas) tidak pernah berganjak dan berubah sejak 1400 tahun lebih Al-Qur’an diturunkan sehingga hari kiamat.

Keputusan menghapuskan hukuman mati itu, tegas Yang Berhormat Pehin, bukanlah satu langkah maju, tetapi satu anjakan berfikir ke belakang oleh manusia yang mana dalam perundangan masa kini terdapat semacam kecenderungan untuk meringan-ringankan hukuman, walaupun bagi jenayah yang sangat berat dan teruk seperti jenayah rogol berkumpulan.

Undang-undang Allah bukan kosong, terang Yang Berhormat Pehin, tetapi penuh dengan berkat dan hikmah, oleh itu tidak perlu takut dengan undang-undang Allah kerana Allah sama sekali tidak salah, tidak lupa dan tidak keliru seperti manusia.

“Janganlah lihat kepada semata-mata potong, kepada semata-mata rejam, kepada semata-mata sebat malah lihatlah juga syarat-syaratnya. Bukan potong sebarang potong, bukan rejam sebarang rejam dan bukan sebat sebarang sebat, tetapi ada dengan syarat-syaratnya, ada dengan cara-caranya yang adil lagi saksama,” tegas Yang Berhormat Pehin.

Seperti mana yang berlaku pada Sayyidina Omar yang didatangi oleh seorang perempuan mengandung yang mengaku melakukan zina lalu Sayyidina Omar ingin menyebat sebanyak 100 sebatan, tetapi dapat dihalang oleh Sayyidina Ali kerana Sayyidina Omar tidak berhak untuk melakukan sebatan terhadap perempuan tersebut sebab anak dalam kandungan itu tidak berdosa dan tidak patut disebat malah biarlah anak itu lahir terlebih dahulu baru hukuman terhadap perempuan itu dilaksanakan.


@mnm77  mungkin paragraph 2 boleh menjelaskan tentang dalil tu kot? tp untuk undang2 syariah yang di gazetkan semalam adalah untuk yang beragama Islam di NBD.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 11:57 AM | Show all posts
reddots posted on 23-10-2013 11:49 AM
mungkin paragraph 2 boleh menjelaskan tentang dalil tu kot? tp untuk undang2 syariah yang di gazetkan semalam adalah untuk yang beragama Islam di NBD.

Para ke 2 pasal menzalimi golongan zimmi, bukan menjadi isu tentang dalil yang saya minta. Kalau dikatakan hudud akan dilaksanakan terhadap mereka, adakah itu satu bentuk kezaliman?

Cuba lihat balik para 2 di bawah:

Undang-undang-Nya adalah untuk semua, menyeluruh bagi keadilan dan kesejahteraan untuk semua sama ada seseorang itu Islam atau bukan Islam, semuanya itu adalah sama-sama dilindungi oleh undang-undang-Nya contohnya golongan Zimmi, golongan orang bukan Islam yang duduk bernaung di bawah panji-panji Islam, sama sekali tidak boleh disakiti dan tidak boleh dizalimi oleh sesiapapun, jika dilakukan juga maka hukumnya adalah berdosa.

Jika orang Islam curi barang orang kafir hukumannya hudud dipotong tangan, orang kafir juga patutnya dipotong tangan bila curi barang orang Islam.

Kalau mereka tak boleh dipotong tangan dengan alasan hudud itu satu kezaliman terhadap mereka, maka yang digariskan di atas tu tak benar lah, kan? Adakah hukum hudud itu eksklusif untuk hukuman kepada orang Islam sahaja, bukannya untuk semua? Dalilnya?


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 12:18 PM | Show all posts
Jika orang Islam curi barang orang kafir hukumannya hudud dipotong tangan, orang kafir juga patutnya dipotong tangan bila curi barang orang Islam.

Kalau mereka tak boleh dipotong tangan dengan alasan hudud itu satu kezaliman terhadap mereka, maka yang digariskan di atas tu tak benar lah, kan? Adakah hukum hudud itu eksklusif untuk hukuman kepada orang Islam sahaja, bukannya untuk semua? Dalilnya?


teman suke sgt statement nie..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 12:34 PM | Show all posts
Alhamdulillah.......thats good for Brunei........


Sekarang banyak sangat kes jenayah berlaku...citizen don;t feel safe anymore so
hukum Hudud akan sentiasa diperkatakan as a resort to tackle this issue...

but are we Malaysian ready for this............





Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 01:22 PM | Show all posts
oh wow.  cool . interesting development in legislation.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 01:23 PM | Show all posts
hamdalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 02:20 PM | Show all posts
mnm77 posted on 23-10-2013 11:57 AM
Para ke 2 pasal menzalimi golongan zimmi, bukan menjadi isu tentang dalil yang saya minta. Kalau d ...

seperti yg aku kata awal td, untuk dalil belum jumpa, TETAPI semuanya berdasarkan dari penerangan dan penjelasan pehin mufti sendiri.. dan penjelasan serta penerangan mengenai hukum hudud itu bukan sekali dua,malah sudah kerap disiarkan di radio dan tv brunei..

dan sekiranya penjelasan pada para 2 menjadi keraguan, penjelasan aku pada contoh hukum hudud bagi org bukan islam sudah pun ada, sebagai misal, contoh hukum hudud bagi peminum arak.. menurut penjelasan Pehin Mufti, klu yang minum itu bukan org islam, hukum hudud tidak akan jatuh padanya..
begitu juga sekiranya yang minum arak tersebut adalah kanak2 islam yang belum baligh.. hukum hudud tidak akan jatuh padanya..
jadi, mungkin contoh tersebut pun sudah boleh menjelaskan, hukum hudud hanya untuk org islam sahaja..

kalau pun penjelasan aku ini tetap tidak menepati piawaian mod, namun apa yang ingin aku sampaikan dan kongsikan disini, hukum hudud itu bukan sembarang hukum... kena perlu penelitian dan ketelitian dalam membuat siasatan.. seperti contoh hukum rejam bagi penzina.
bukan setakat menyediakan saksi 4 org, namun kesemua saksi tersebut mestilah yang mempunyai sifat2 seorang muslim sejati, sekiranya salah seorang saksi tersebut tidak melakukan solat, maka, ianya dikira batal sebagai saksi..
begitu juga sekiranya, ke 4-4 saksi tersebut mencukupi syarat sebagai saksi, adakah mereka menyaksikan perbuatan zina tersebut? dengan melihat keluar masuk nya hasyafah kedalam faraj wanita?
sekiranya tidak, hukum hudud rejam tidak akan dilaksana waima penzina beragama islam.

kalau jawaban aku ni tetap out of topik bagi mod, aku mohon maaf, sebab apa yg aku sampaikan ni adalah penjelasan dari pehin mufti sendiri..
dan aku masih belajar untuk memahami tentang hukum hudud tersebut.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 03:10 PM | Show all posts
Tp Sultan & family/officials ada immunity tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 03:12 PM | Show all posts
reddots posted on 23-10-2013 02:20 PM
seperti yg aku kata awal td, untuk dalil belum jumpa, TETAPI semuanya berdasarkan dari penerangan  ...


Alhamdullillah

Tuan reddots orang Brunei ke?..
Rasanya Tuan AwgSagi @AwgSagi pun org brunei kan..   


Tahniah juga untuk semua rakyat brunei.!.


RAHMAT ALLAH pastinya meliput semua Rakyat Brunei...dari Jin dan Manusia...Haiwan & tumbuhan....semua..

Moga limpahan Rahmat NYA melimpah ke Tanah Melayu juga....aminnn


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 03:35 PM | Show all posts
mnm77 posted on 23-10-2013 10:31 AM
Alhamdulillah...  ayuh kita memartabatkan hukum Allah dengan cara yang terbaik....
Boleh sertakan dalil SYARAT YANG PALING PENTING di atas?
The sultan had already made religious education compulsory for Muslim children and ordered businesses to close during Friday prayers.

But until now, Brunei's Sharia courts were limited to family matters like marriage and inheritance.

Its civil courts are based on British law, a leftover from the sultanate's days as a British protectorate.

Brunei's citizens have one of the highest standards of living in Asia, thanks to revenues from oil and gas, and enjoy free medical care and education.

The sultan pledged the new code would not change his country's policies and officials have said in the past judges would be given discretion in sentencing.

The code is to be applied only to Muslims, who make up about two-thirds of a population of 420,000.

- bbc.co.uk

p/s: Kalo nk compare dgn Kelantan ok je...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.090083 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list