CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11281|Reply: 11

CERPEN : Aku Bukanlah Untukmu... update di 10#. ~TAMAT~

[Copy link]
Post time 19-10-2013 01:17 PM | Show all posts |Read mode

              Saat terpandangkan wajah lelaki di hadapan, terus sahaja cair hatiku dengan bisikan kalimah yang sememangnya aku nantikan selama ini. Tidak aku menyangka samasekali, baru sekarang dia melafazkannya setelah hampir setahun kami menyulam kasih. Hati ini, rasa seperti disirami air yang dibaca mantera cinta. Berbunga-bunga hingga mekarnya kembang setaman. Wangiannya pula, tersebar ke merata-rata setelah dihembus angin lembut yang datang menyapa. Inikah rasanya apabila kita sedang bahagia? Subhanallah…

            “Kenapa diam Ila? Awak tak sudi ke?” soalnya yang masih betah menatapku. Tidak berkalih pandangannya dariku. Tenungannya sangat tepat mengenai jantungku. Aku terpana sebenarnya hingga menyukarkan bibirku meluahkan kata. Rasa bahagia mula menyemarak dan kian memenuhi seluruh tubuhku hingga terasa sesak kini. Tanpa sedar aku menyimpulkan senyuman manis padanya.

            “Adakah maksud senyuman itu ‘iya’? soalnya lagi. Aku menganggukkan kepala.

            “Alhamdulillah…” ucapnya. Kami saling berpandangan. Masing-masing sedang berbalas senyuman.

*****

            “Kenapa kamu tak beritahu awal-awal bahawa kamu sudah punyai pilihan hati? Kenapa perlu rahsiakan hal ini Razlan? Mana ibu nak sorokkan muka? Munafik tahu apabila kita memungkiri janji. Apa ibu nak jawab pada Makcik Hasnah kamu? Beria-ia ibu mahu jodohkan kamu dengan anaknya, Salma.” Laung puan itu, emak kepada Razlan. Aku yang pertama kali bertemu dengannya rasa terkejut dengan sambutan yang diberinya.

            “Ibu, apa ni?! Malulah dengan Karmila. Kalau Lan tahu begini layanan ibu, sumpah Lan takkan bawa dia berjumpa dengan ibu. Lebih baik kami kahwin lari saja. Siapa yang suruh ibu berjanji dengan kawan ibu tu? Lan tak kata pun nak kahwin dengan anak dia. Ibu yang pandai-pandai menabur janji, sekarang ibu jugalah yang perlu mengakhiri semua ini. Lan tetap dengan keputusan Lan untuk menikahi Karmila.” Tegas lelaki itu.

            Aku hanya mampu memerhatikan pertikaian dua beranak itu. Aku hanya orang luar, tidak patut masuk campur urusan keluarga ini. Beginikah selalunya situasi apabila dua beranak ini berhadapan? Kecut-perut saat memerhatikan puan yang sedang menyinga itu. Aku menelan air liur. Rasa tersekat di kerongkongku. Jika pertemuan pertama begini layanan yang aku dapat, gerun aku untuk membayangkan andai aku menjadi sebahagian keluarga ini. Sungguh tidak dapat akalku untuk menjangkau pemikiran masa depan.

           “Tengok, sudah pandai membentak ibu sekarang kamu ini Lan. Dari mana kamu belajar semua ini? Hanya kerana seorang perempuan, kamu berubah hingga sanggup ketepikan ibu yang melahirkan kamu. Baik, kalau itu yang kamu mahukan… terserah. Jangan kata ibu cuba menyekat kebahagiaan kamu pula. Dan kamu pula… Karmila ya nama kamu. Saya bersetuju dengan hasrat anak saya yang mahu menikahi kamu hanya kerana mahu menjaga hubungan anak dengan ibu. Sebagai orang luar, jaga tata-tertib kamu selepas ini!” tegas kata-katanya.

            Dia memandangku dengan pandangan yang sangatlah tajam. Hingga ianya mampu menghiris sedikit hatiku meninggalkan luka yang berdarah. Mampukah luka ini sembuh atau akan semakin merebakkah ia kelak? Aku hanya menyerahkan pada takdir untuk menentukan suratan yang sudah tertulis untukku. Aku yakin, niat yang baik dan ikhlas begitu juga balasannya.

*****



Last edited by wipers81 on 18-1-2014 08:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2013 08:04 AM | Show all posts
best...nak lagi....nak belajar mengarang nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 05:51 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 20-10-2013 08:04 AM
best...nak lagi....nak belajar mengarang nih.

hehehe... sabar ya beng. ini baru semalam saya nukilkan sementara menunggu encik suami habis berbincang dengan rakan-rakannya di perpustakaan. sambil melihat sekeliling, nah ini yang terhasil dari saya...
sambungannya... akan datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 12:23 PM | Show all posts

Aku Bukanlah Untukmu...


              “Saya minta maaf atas semua kekasaran yang telah ibu tonjolkan selama ini. Sebab itulah saya enggan menemukan awak dengannya selama ini. Sekarang, saya bersyukur kerana kita akhirnya bersatu. Saya harap, awak janganlah ambil hati dengan ibu. Walaupun mulutnya sentiasa menuturkan ayat berbisa, hatinya tidak begitu.” Razlan memujukku. Dia mengenggam erat jari-jemariku. Terasa cepat benar hati ini terpujuk.

              “Lan, janganlah risau. Saya bukan dididik untuk berlaku kurang ajar dengan sesiapa. Walaupun hidup sebatang kara, saya tahu erti hormatkan orang tua. Saya hanya mahu menumpang kasih sayang awak dan kalau boleh saya mahukan begitu juga dari keluarga awak. Saya harap, awak jangan ubah diri awak selepas ini. Kekallah menjadi anak kepada ibumu. Diri saya, usah dikhuatiri. Saya sudah biasa hidup begini hingga tidak tahu lagi erti dikeji atau keji.” Balasku kembali. Dia mengangguk tanda menyetujui percakapanku. Segala gundah di hati, ku halau pergi sejauh yang mungkin. Bersangka baik, semolek-molek perbuatan.

              Sepanjang hidup memegang gelaran yatim piatu, aku sudah muak dengan semua tohmahan. Jika dilayan, aku juga akan turut hanyut dibawa arus kemungkaran. Mujurlah keyakinan dan keimanan terhadap Allah S.W.T masih menebal dalam diriku walaupun kadangkala hampir sahaja ia memuingkan aku, tetap saja aku berpaut pada Yang Satu. Satu helaan nafas terhasil dariku. Masih panjang lagi perjalanan aku yang pastinya aku mahukan ia menuju ke Jannah disamping lelaki yang ku cintai ini. Hidup bersamanya kini saling melengkapi fitrah hidup ku dalam menggapai cinta yang kekal abadi dan hakiki.


Last edited by wipers81 on 23-10-2013 12:29 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 12:29 PM | Show all posts
itu untuk hari ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 02:59 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 20-10-2013 08:04 AM
best...nak lagi....nak belajar mengarang nih.

beng punya citer zulaikha tu dah abes ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2013 04:40 AM | Show all posts
fatehana posted on 23-10-2013 09:59 AM
beng punya citer zulaikha tu dah abes ke

herkk!

sedang dalam rombakan besar-besaran. makin didalami ilmu penulisan novel ni...makin rasa kerja menulis ini adalah sesuatu yang lebih serius! bukan ikut suka suki je. Dan beng betul2 kagum dengan ramai penulis kat sini dapat berikan tumpuan dan semangat untuk terus menaip. Beng lemahhhh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2013 06:06 PM | Show all posts
jom kepada pembaca yang sedang bersenang-lenang, mari berehat sambil baca karya saya ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2014 08:41 PM | Show all posts

RE: Aku Bukanlah Untukmu...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2014 08:45 PM | Show all posts

RE: Aku Bukanlah Untukmu...


             Saat aku memandang wajah lelaki di hadapan, terus sahaja cair hatiku dengan bisikan kalimah yang sememangnya aku nantikan selama ini. Tidak aku menyangka sama sekali, baru sekarang dia melafazkannya setelah hampir setahun kami menyulam kasih. Hati ini, rasa seperti disirami oleh air yang dibaca mantera cinta. Berbunga-bunga hingga mekarnya kembang setaman. Wangiannya pula, tersebar ke merata-rata setelah dihembus angin lembut yang datang menyapa. Inikah rasanya apabila kita sedang bahagia? Subhanallah… memang indah sekali.

            “Kenapa diam Ila? Awak tak sudi ke?” soalnya yang masih betah menatapku. Tidak berkalih langsung pandangannya dariku. Tenungannya, sangat tepat mengenai jantungku. Aku terpana sebenarnya hingga menyukarkan bibirku untuk meluahkan sebarang kata. Rasa bahagia mula menyemarak dan kian memenuhi seluruh tubuhku hingga terasa sesak kini. Tanpa sedar, aku menyimpulkan senyuman manis padanya.

            “Adakah maksud senyuman itu, iya?" soalnya lagi. Aku menganggukkan kepala.

            “Alhamdulillah,” ucapnya. Kami saling berpandangan. Masing-masing sedang berbalas senyuman.
                                                                                                ~29Jun 2008 –


            “Kenapa kamu tak beritahu awal-awal bahawa kamu sudah punyai pilihan hati? Kenapa perlu rahsiakan hal ini Razlan? Mana ibu nak sorokkan muka? Munafik tahu apabila kita memungkiri janji! Apa ibu nak jawab pada Makcik Hasnah kamu? Beria-ia ibu mahu jodohkan kamu dengan anaknya, Salma.” hambur wanita separuh abad itu, ibu kepada Razlan. Siap disentengkan lengan bajunya hingga menyerlahkan deretan gelang yang bersalut emas. Aku yang pertama kali bertemu dengannya rasa terkejut dengan sambutan yang diberikan.

            “Ibu, apa ni?! Malulah dengan Karmila. Kalau Lan tahu begini layanan ibu, sumpah, Lan takkan bawa dia berjumpa dengan ibu. Lebih baik kami kahwin lari saja. Siapa yang suruh ibu berjanji dengan kawan baik ibu tu? Lan tak pernah kata pun nak kahwin dengan anak dia. Ibu yang pandai-pandai menabur janji jadi sekarang ibu jugalah yang perlu mengakhiri semua ini. Lan tetap dengan keputusan Lan untuk menikahi Karmila.” Tegas lelaki itu. Masya Allah, beginikah selalunya keadaan mereka berdua apabila bersemuka.

            Aku hanya mampu memerhatikan pertikaian dua beranak itu. Aku hanya orang luar, tidak patut masuk campur urusan keluarga ini. Kecut perut saat memerhatikan puan yang sedang menyinga itu. Aku menelan air liur, terasa tersekat di kerongkongku. Jika pertemuan pertama begini layanan yang aku dapat, gerun aku untuk membayangkan andai aku menjadi sebahagian keluarga ini. Sungguh tidak dapat akalku untuk menjangkau pemikiran di masa hadapan.

            “Tengok, kamu sudah pandai membentak ibu sekarang! Dari mana kamu belajar semua ini? Hanya kerana seorang perempuan, kamu berubah hingga sanggup ketepikan ibu yang melahirkan kamu. Baik, kalau itu yang kamu mahukan… terserah. Jangan kata ibu cuba menyekat kebahagiaan kamu pula. Dan kamu pula… Karmila ya nama kamu, saya bersetuju dengan hasrat anak saya yang mahu menikahi kamu hanya kerana mahu menjaga hubungan anak dengan ibu. Sebagai orang luar, jaga tata-tertib kamu selepas ini!” tegas kata-katanya.

             Dia memandangku dengan pandangan yang sangatlah tajam. Hingga ia nya mampu menghiris sedikit hatiku meninggalkan luka yang berdarah. Mampukah luka ini sembuh atau akan semakin merebakkah ia kelak? Aku hanya menyerahkan pada takdir untuk menentukan suratan yang sudah tertulis untukku. Aku yakin, niat yang baik dan ikhlas begitu juga balasannya.
                                                                                               ~30Jun 2008 –


             “Saya minta maaf atas semua kekasaran yang telah ibu tonjolkan selama ini. Sebab itulah saya enggan menemukan awak dengannya. Sekarang, saya bersyukur kerana kita akhirnya sudah bersatu. Saya harap, awak janganlah ambil hati dengan ibu. Walaupun mulutnya sentiasa menuturkan ayat berbisa, hatinya tidak begitu.” Razlan memujukku. Dia menggenggam erat jari-jemariku. Terasa cepat benar hatiku ini terpujuk.

             “Lan, awak janganlah risau. Saya bukan dididik untuk berlaku kurang ajar dengan sesiapa. Walaupun hidup sebatang kara, saya tahu erti hormatkan orang tua. Saya hanya mahu menumpang kasih sayang awak dan kalau boleh saya mahukan begitu juga dari keluarga awak. Saya harap, awak jangan ubah diri awak selepas ini. Kekallah menjadi anak kepada ibumu. Diri saya, usah dikhuatiri. Saya sudah biasa hidup begini Lan. Hinggakan tidak tahu lagi apa itu erti dikeji atau keji.” Aku membalas kembali genggaman tangannya, dengan nada yangl embut aku menuturkannya. Segala gundah di hati, aku halau pergi sejauh yang mungkin. Bersangka baik, itulah semolek-molek perbuatan.

             Sepanjang hidup memegang gelaran yatim piatu, aku sudah muak dengan semua tohmahan. Jika dilayan, aku juga akan turut hanyut dibawa arus kemungkaran. Mujurlah keyakinan dan keimanan terhadap Allah S.W.T masih menebal dalam diriku walaupun kadangkala hampir sahaja ia memuingkan aku, tetap saja aku berpaut pada Yang Satu. Satu helaan nafas terhasil dariku. Masih panjang lagi perjalanan aku yang pastinya aku mahukan ia menuju ke Jannah di samping lelaki yang aku cintai ini. Hidup bersamanya kini saling melengkapi fitrah hidupku dalam menggapai cinta yang abadi dan hakiki.
                                                                                               ~21Julai 2008 ~


              Aku menutup diariku. Semua itu telah ku coretkan tanpa satu ayat pun yang tertinggal. Selama tiga tahun bergelar menantu kepada Puan Rokiah nama ibu mertuaku, langsung aku tidak dilayan seperti mana yang aku fikirkan dahulu. Kali pertama bertemu dengannya, sangkaku layanan benci lagi dibenci yang akan aku terima. Tetapi, sebaliknya pula. Adakah dia sudah menerima kehadiranku dalam keluarganya ini? Sehingga hari ini, tiada langsung kata-kata keji yang aku terima. Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana memudahkan urusanku. Aku benar-benar bersyukur kerana dapat berpayung di sini, berkongsi secebis kasih yang memang aku dahagakan.

               Namun, tidaklah seratus-peratus aku meletakkan harapan untuk kekal bahagia begini. Perlulah sedikit bersiaga untuk menempuhi onak dan duri di hari mendatang. Selama tiga tahun ini juga perkahwinan kami masih belum berhasil untuk mempunyai zuriat. Aku masih menanti kehadiran bayi di dalam rahimku ini dengan penuh kesabaran dan tidak pernah sekalipun aku putus berdoa. Mungkin belum masanya lagi dan pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini.

             “Tak balik lagi ke suami kamu tu Ila. Dah pukul 8.00 malam ni.” tanya ibu mertuaku.

            “Belum lagi ibu. Agaknya banyak kerja di pejabat. Ibu nak minum apa-apa ke?” soalku kembali kepadanya yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu itu.

            “Sekejap lagilah Ila. Mari, temankan ibu.” Ajaknya. Aku hanya menurut dan terus sahaja melabuhkan duduk disebelahnya. Hari kedua dia bermalam di rumahku. Sejak mula berkahwin, Razlan telah mengajakku berpindah.

            “Selalu ke suami kamu tu pulang lewat begini Ila?” aku memandang wajahnya. Aku terdiam seketika.

            “Kenapa kamu diam Ila?” tanyanya lagi.

            “Memang abang Razlan sering balik lewat kebelakangan ni bu. Tapi Ila faham, yalah tugasnya semakin banyak di pejabat. Lagipun, untuk siapa dia mencari rezeki kalau bukan untuk keluarga kita bu.” Jawabku. Sejak berkahwin, Razlan menyuruhku berhenti kerja, katanya dia mampu menyediakan segala keperluan buat diriku.

            “Kamu terlalu baik Ila. Ibu minta maaf kerana banyak menghina kamu selama ini. Kamu benar-benar menantu yang baik.” Kata-kata ibu mertuaku itu benar-benar menyentakkan aku.

            “Apa yang ibu cakapkan ni? Buat apa nak minta maaf, ibu tak ada salah dengan Ila. Tiada siapa faham akan perasaan seorang ibu yang mahukan hanya yang terbaik untuk anaknya. Ila tak pernah salahkan ibu. Ibu adalah ibu mertua yang baik.” Bukanlah pembohongan dan bukanlah jujur sepenuhnya kata-kataku itu. Namun apa yang pasti dia jarang mengganggu rumahtangga kami selama ini.

            “Assalamua’laikum.” Ucap suara dari luar. Aku bingkas bangun. Pantas tangan memulas tombol pintu rumahku. Sebaik terkuak daun pintunya,

            “Wa..a’laikumussalam.” Jawabku. Hampir terlupa aku mahu menjawab salamnya kerana terkejut. Dia tersenyum memandangku dan wanita di belakangnya begitu juga.

            “Mari masuk Julia. Inilah Karmila.” Pelawanya kepada wanita itu. Terus sahaja wanita itu melangkah masuk dan hanya senyuman sahaja yang dihulurkan bukan tangannya.

            “Ibu, inilah Julia yang Lan ceritakan tu. Julia, pergilah salam ibu saya.” Suruh Razlan. Aku yang sedang berdiri di belakangnya hanya mampu diam sahaja, tidak berkutik. Dalam hati tertanya, apa semua ini?

            “Karmila, abang ada sesuatu nak beritahu pada Karmila. Sebenarnya abang dengan Julia dah bertunang. Kami akan bernikah tak lama lagi. Hanya keizinan Ila dengan tandatangan borang poligami ni saja yang abang nantikan.” Kata-kata suamiku itu umpama halilintar yang menyambar bumi, berdentum bunyinya. Aku jadi tergamam. Betulkah lelaki itu, suamiku?

            “Hah, apa yang abang cakap ni? Sejak bila abang bertunang?” pandanganku silih berganti, antara suamiku dan ‘tunangnya’.

            “Dua bulan lepas dan ibu pun tahu pasal tu. Abang tak nak cakap banyak, Ila tandatangan saja borang tu.” Arahnya. Tepat pandanganku terhala ke arah ibu mertuaku yang sedang menundukkan wajahnya.

            “Sampai hati ibu buat Ila macam ni. Apa salah Ila bang, ibu?” air mata mula bergenang di tubir mataku.

            “Ila tak ada salah pun. Lan yang terlalu mendesak ibu. Katanya, dia mahu menolong Julia yang sering sahaja diganggu oleh lelaki di luar sana kerana dia seorang janda. Suaminya lari meninggalkan dia mengikut perempuan lain dan dia pula menanggung tiga orang anak. Ibu hanya menurut saja Ila. Maafkan ibu, nak.” Penjelasan dari ibu mertuaku ibarat sebutir peluru yang dilepaskan tepat mengenai kepalaku.

             “Hah. Dan kenapa awak membalasnya kepada saya Julia? Awak tahu kesakitannya bagaimana ditinggalkan oleh suami, kan? Saya tidak menghina wanita yang bergelar janda tetapi wanita seperti awak yang memalukan kaum kita. Awak tahu Razlan sudah beristeri, mengapa tidak awak berjumpa dengan saya terlebih dahulu?” habis semua ku lepaskan.

            “Jangan nak biadap dengan Julia, Ila.” Tinggi nada suamiku. Kali pertama Razlan bersikap begitu. Kini aku pasti, siapa yang bertakhta di hatinya.

            “Baik, saya akan tandatangan borang itu tapi dengan syarat, awak lepaskan saya malam ini juga. Kalau tidak, saya tak akan tandatangan,” aku memberinya kata dua. Dia kelihatan serba salah.

            “Tidak, saya tak akan lepaskan awak.” Balasnya. Ah, orang lelaki.

            “Saya tetap dengan keputusan saya Razlan. Kalau awak enggan melepaskan saya, saya tak nak tandatangan borang tu.” Sekali lagi aku menegaskan.

            “Awak jangan menyesal Karmila. Awak ingat dengan ugutan awak tu, saya takut. Saya tak kisah, saya akan bernikah di sempadan.” Tegasnya pula. Aku merenung wajahnya.

            “Razlan, kalau awak nak bawa saya bernikah di sana, saya tak nak. Apa kata orang nanti. Sama ada awak lepaskan dia atau saya,” boleh pula perempuan itu menyampuk. Aku memandanganya, tajam pandanganku itu. Dia menjeling.

            “Kenapa dengan awak Ila? Susah sangat ke nak beri izin?” soalan yang bagiku memang patut diberi penampar.

            “Jika agama kita membenarkan kaum isteri berkongsi suami dengan lelaki lain, awak sanggup terima?” soalku. Tiba-tiba sahaja datang ilham itu.

             “Awak dah gila ke Ila? Apa yang saya buat ini sebahagian dari sunnah nabi. Kenapa awak nak pertikaikannya?” katanya.

             “Lihat, apa jawapan awak apabila saya ajukan soalan itu. Itulah orang lelaki, asal kahwin lebih saja, ikut sunnah nabi. Tidakkah awak tahu Lan, betapa banyaknya sunnah nabi yang boleh diikut selain kahwin lebih? Menolong isteri di rumah, sunnah nabi. Menyukai haiwan seperti kucing, sunnah nabi. Nabi sukakan warna hijau, juga sunnah. Jadi mengapa perlu sunnah yang satu itu selalu dibangkitan? Pandai awak Lan, menggunakan kesempatan itu sedangkan esok kita akan menyambut Maulidur Rasul. Tergamak awak buat saya macam ni di malam yang mulia ini.” panjang syarahanku. Dia kelihatan tercengang.

             “Sudahlah kamu berdua. Lan, ibu dah lama berdiam diri melihat perangai kamu kebelakangan ni. Ibu tak nak kehilangan Karmila. Dia menantu yang baik dan ibu akui sudah mula sayangkan dia. Keputusan di tangan kamu Lan. Ibu tak nak kamu hancurkan hidup Karmila.” Tiba-tiba ibu mertuaku bersuara. Aku meluru ke arahnya, dia kudakap dengan erat.

             “Ibu, apa yang ibu katakan ni?” dia terduduk di atas sofa. Rambutnya yang tadi kemas kini agak berserabut akibat diramas.

            “Lan, macam mana ni. Saya sayangkan awak dengan sepenuh hati. Saya nak awak buat pilihan, saya atau dia.” Sekali lagi wanita itu mendesak. Suamiku terus sahaja menarik tangan wanita itu dan meluru keluar dari rumah. Aku dan ibu mertuaku hanya mampu melihat sahaja. Bagaimana dengan aku? Adakah benar mereka akan bernikah di sempadan. Air mataku bercucuran jatuh.

             “Sabarlah Ila. Ibu benar-benar minta maaf. Saban malam ibu berdoa semoga Lan tidak berubah hati. Sabar ya nak.” Dia mendakapku dan perlahan dia mengusap belakang tubuhku.

             Aku masih menanti kepulangan suamiku. Tersengguk-sengguk aku menahan kantuk di sofa. Ibu mertuaku telah kusuruh tidur di dalam kamar yang aku khaskan buatnya. Kini jarum jam telah menunjukkan pukul 12.15 malam. Ke mana perginya suamiku itu? Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, aku mengambilnya. Satu pesanan ringkas telah aku dapat, aku menekan punat untuk membacanya.


                                                                     Karmila binti Said. Saya Razlan bin Isma dengan ini
                                                                                menceraikan kamu dengan talak satu.


            Berjujuran air mataku menuruni membasahi pipi yang selama ini kering sahaja. Aku tidak menyangka sama sekali tergamak dia menghantar pesanan ringkas seperti itu di malam yang mulia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammaad S.A.W semoga keberkatan di malam kelahiran baginda akan melimpah ke atasku. Aku juga tidak mampu mendoakan yang tidak baik kepada suamiku. Harapanku, semoga dia berbahagia dengan pilihannya. Aku tidak boleh berlama lagi, aku harus mengemas semua pakaianku. Mulai esok, aku tidak akan menangis lagi.


~TAMAT~


Last edited by wipers81 on 14-1-2014 09:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2014 09:02 PM | Show all posts
Macam mana dengan karya yang ini? Setiap komen anda, memang saya nantikan untuk memperbaikinya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
walaupun ringkas tp menarik dan x klise..penceritaan sampai di hati dan kejadian yg mmg ada berlaku masa kini..gaya lelaki pengecut...(cth terbaru yg bernikah baru semlm) teruskan berkarya ye..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.071705 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list