CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4675|Reply: 20

Teguran Tentang Hijab Sekarang

[Copy link]
Post time 12-10-2013 11:52 AM | Show all posts |Read mode

Fikir-fikirkan lah…
_ _ _ _ _ _ _ _ _
Kehadapan Hijabista dan Hijabisters yang disayangi…
Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda
Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.
Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?
Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.
Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.
Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.
Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam
Ikhlas,
Muslimah yang Risau
Adakah anda bersetuju dengan surat terbuka ni? Apa pendapat anda?

sumber http://mustaqimmah.blogspot.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 12:06 PM | Show all posts
memang betol pon... merepek meraban je fesyennye... rimas aku tengok... hijaBISTA la sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 02:37 PM | Show all posts
susahnya mau tegur...kalau cakap jangan lah over sangat...dituduh kata ni lah extrimist bla bla bla...
Ya lah Islam tak larang berfesyen, tapi sampai melebih lebih macam bertungkus lumus nak tonjol diri pun...tak boleh jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 04:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 08:12 AM | Show all posts
Taliban Style.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 12:41 PM | Show all posts
Fesyen???.... aku rasa ini punca segalanya. Takde nas yg mengharamkannya. Tapi pada  aku ianya dihindarkan. Cuba tutup jer aurat tanpa memikirkan fesyen. Dari situ baru hadir makna iman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2013 09:28 PM | Show all posts
wan72 posted on 14-10-2013 12:41 PM
Fesyen???.... aku rasa ini punca segalanya. Takde nas yg mengharamkannya. Tapi pada  aku ianya dihin ...

Ye, pada anda ye. Pada sya dan ramai orang pun,ye. Tapi secara praktikalnya, kalau sergah orang jangan berfesyen, sekadar menutup awrat, rasa macam mengetatkan perkara yg ada kelonggaran pulak.
Begitu jugak dng tudung di atas ni...kalau setakat hari ni nak pin kejap kiri kejap kanan, esok ada lipat lipatan. tahundepan lain gaya pulak,  etc..tak ada masalah.
Yg jadi masalah bila berfesyen tujuan utk tunjuk aku lain dri orang, lihatlah aku. Yg tu baru masalah.

ps: Kalau fesyen tu maknanya corak bentuk baju, tak ada masalah. Nabi pun ada fesyen yg berbeza pd setiap pakaian. Ada jubah style yaman, ada style rom yg ketat di tangan, ridak-baju labuh separuh saja......tapi semuanya sekadar bentuk pakaian, bukan utk bermegah-megah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:47 PM | Show all posts
amukgemuk posted on 14-10-2013 09:28 PM
Ye, pada anda ye. Pada sya dan ramai orang pun,ye. Tapi secara praktikalnya, kalau sergah orang ja ...

o..kay...tapi Wa rasa kalau setakat berfesyen je tak jadi masalah kot..... ala....burkha Afghanistan tu pun bukan semua sama ma... kalau perhati betul-betul ada fesyennya jugak..... gitu jugak niqab, walaupun selalunya nampak sama tapi sebenarnya ada kelainan jugak...tapi tu la tujuannya sebab nak kelainan pakaian harian je, bukan nak menunjuk
Tapi tu la kan.....kalau dlm konteks majalah hijabister tu....fesyen jadi tak betulla, pendapat wa la je...
...meaning..betul la yang ditulis tu.......kalau dah sampai bermajalah tu...rasanya macam sungguh-sungguh nak berpesen la ye...
...mungkin first nak sokongan pd Muslimah berhijab, tapi tiap kali edisi baru keluar, mesti nak ada kelainan yang betul-betul punya...which...mendedahkan kepada tabarruj.
Sorry to say, wa lagi suka kalau fesyen atau evolusi tudung dalam konteks ni la kan.........diketahui hanya dengan berada dalam masyarakat...which...hmmm......lagi baik kalau tak ada majalah khusus tentangnya...

ups...sekadar pendapat.......


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 11:57 PM | Show all posts
ade ke org baca majalah cam ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 06:46 PM | Show all posts
amukgemuk posted on 14-10-2013 09:28 PM
Ye, pada anda ye. Pada sya dan ramai orang pun,ye. Tapi secara praktikalnya, kalau sergah orang ja ...

jubah yg separuh = kurta

ridak = shawl
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 02:30 PM | Show all posts
si_wawa posted on 14-10-2013 09:47 PM
o..kay...tapi Wa rasa kalau setakat berfesyen je tak jadi masalah kot..... ala....burkha Afghanist ...

Ada positif & negatif majalah camni...pertamanya dapat mengingatkan wanita yg tak bertudung utk bertudung khasnye remaja..harapnye....sebab perempuan nie memang nampak  cantik sangat klu bertudung....dari fesyen2 rambut yg mengerbang & cam siput tu..hehe..jgn marah...keduanye...menjadikan artis bertudung sbg ikon juga boleh menarik perhatian wanita2 yg x bertudung...maklum le sekarang semua suke artis...apa dibuat semua nak diikut....namun ada negatif gak...tudung berfesyen nie kadang kala menjadi lain atau tidak mengikut aturan sebenar cara bertudung & berpakaian mengikut islam...warna...fesyen..kain...ditambah pakaian lak yg seksi....so apa kata editor majalah dapat panduan & nasihat dari mereka yg arif & betul dalam agama untuk perkara ini...lebih baik...perlukan byk majalah2 islam yg betul2 islam....utk pengetahuan semua...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 04:31 PM | Show all posts
redseven posted on 16-10-2013 02:30 PM
Ada positif & negatif majalah camni...pertamanya dapat mengingatkan wanita yg tak bertudung utk be ...

warna pn ada aturan dalam islam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 12:45 PM | Show all posts
roy3 posted on 16-10-2013 04:31 PM
warna pn ada aturan dalam islam ke?

kena le tanya yg lebih arif....cuma setahu warna agak gelap dikatakan lebih sesuai....cam org lelaki..pakaian sembahyang..rasul S.A.W labih suka warna putih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 01:10 PM | Show all posts
roy3 posted on 16-10-2013 04:31 PM
warna pn ada aturan dalam islam ke?

yang tak terlalu melampau sampai tarik perhatian , ni yg tak boleh ...

tapi i bukan suke pun warna terang merengak ( oghang kedah kata) ...sakit mata  haish....

lebih suka pastel colours, earth dull colours ...org kate  i suka pakai baju warna makcik makcik hahahahah

tapi u noticed tak malaysians yg suka pakai bersolek 5 4 macam kalau ke kuliah ...

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 01:53 PM | Show all posts
pasal colour tu ustaz aku penah ckp yg xkisah pun pakai colour ape..
sbb ade lelaki tertarik dgn colour terang..tp ade jugak yg tertarik dgn colour gelap...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 09:46 PM | Show all posts


sejujurnya, i nak pakai pn rasa segan..
tapi xtaulah kalau orang lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
redseven posted on 16-10-2013 02:30 PM
Ada positif & negatif majalah camni...pertamanya dapat mengingatkan wanita yg tak bertudung utk be ...

Yea btul,

In my opinion, kalau minat kite pd cooking, kite akan bc majalah resipi,kalau minat kite pd komputer kite bc majalah IT..

Manja minat irma so hr tu ade beli maj cover irma & natasha hudson b'hijab..

Tp kalau mood nk m'nambah ilmu agama manja x beli la hijabista..tgk "tanya uztazah" kat tv9 sj..

Point +
Respect penulis sbb brani menegur sesama Islam

Point-
Perlu ke sambil2 tu mghukum org lain?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 04:56 PM | Show all posts
manjalara_01 posted on 25-10-2013 03:56 PM
Yea btul,

In my opinion, kalau minat kite pd cooking, kite akan bc majalah resipi,kalau minat k ...

betul tu cik adik cantik....salah....kita tegur....n bagi cadangan sekali....yg betul..kita sokong...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:46 AM | Show all posts
jatuh kan hukum ja...
abes cerita.....
cnth... x pkai tudung or hijab yg berlandaskan islam kena sebatan or denda...
baru orng2 islam kt malaysia neh akan patuh pada syariat islam....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:24 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 18-10-2013 01:10 PM
yang tak terlalu melampau sampai tarik perhatian , ni yg tak boleh ...

tapi i bukan suke pun wa ...

Assalamualaikum mbhcsf,

Aku rasa mcm dah tulih kat sini.
Tapi bila scroll....................tak ada pung.

Dr. Zakir Naik kata...............ada 6 syarat berhijab. (tutup aurat)





Salam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.061214 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list