CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43978|Reply: 140

Cerpen: Episod Cinta Amir~TAMAT~

[Copy link]
Post time 7-10-2013 08:46 PM | Show all posts |Read mode
This is my second attempt...tapi kali ni genre komedi sket...romantik komedi la konon2 nye




Last edited by Lynn9 on 2-12-2013 11:08 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2013 08:48 PM | Show all posts
Hampir pukul 10.30 malam barulah aku off kan PC.  Sebesar-besar office, tinggal aku seorang sahaja rasanya.  Sebab cuma tempat aku sahaja yang masih terpasang lampu.  Rata-rata pekerja lain semua pulang seawal pukul 5 petang tadi.  Aku mengemas-ngemas meja.  Menyusun semula fail-fail yang berselerak di atas meja.  

Entah kenapa tadi aku tak terasa sangat yang aku bersendirian.  Tapi bila time aku nak keluar ke lobi lif, semacam pula rasanya.  Penakut juga aku ni.  Aku tersengih sendiri.  Pak guard di lobi menegur aku.

“Lambat balik hari ni?”

Aku beritahunya ada kerja sikit.  Sambil aku mengangkat tangan.  Malam itu pula cuaca nampak suram.  Tak taulah suram sebab memang langit dah gelap atau sebab nak hujan.  Aku mendongak kepala ke langit.  Tak ada satu bintang pun.  Sah nak hujan ni.  Angin dingin mula bertiup sepoi-sepoi bahasa.  Aku mempercepatkan langkah.  Mahu segera sampai ke rumah sebelum ditimpa hujan.

Dari stesen LRT untuk ke rumah aku mengambil masa kurang dari 5 minit.  Sebab itulah aku lebih suka menggunakan perkhidmatan LRT daripada bersesak-sesak memandu di jalan raya di Kuala Lumpur ini.  

Sedang aku leka berjalan, tiba-tiba mata mengarah ke satu lembaga yang sedang duduk di pondok menunggu bas.  Berdetik hati ini.  Aku meneguk liur sambil mengerling jam di tangan.  Pukul 11 malam.  Ada lagi ke bas yang lalu waktu-waktu begini.  Hari ini hari Rabu, nasib baik bukan malam Jumaat.  Tapi seram sejuk juga aku dibuatnya.  Semakin hampir dengan pondok bas itu aku nampak sesusuk tubuh perempuan.  Dengan beg-beg besar.  Gaya macam nak pindah ataupun mungkin dia lari dari rumah.  

Tapi kepala otak ini lebih ligat memikirkan samada yang duduk di situ manusia betul ataupun hantu.  Hala untuk ke rumah aku memang situ sajalah jalannya.  Memang kena lintas depan pondok bas itu.  Kenderaan pula kurang malam itu dengan cuaca yang sejuk.  Membuatkan aku terasa nak buka langkah seribu.  Bila aku lalu depan perempuan itu, dia bingkas bangun.  Menuju ke arah aku yang telah berdiri kaku di situ.  

“Assalamualaikum?”

“Err...Waalaikumussalam..” jawab aku sedikit gementar.  

Segera sangkaan aku yang bukan-bukan tadi meleset.  Ye lah takkanlah hantu boleh bagi salam pula.  Perempuan itu melempar senyum ke arah aku.  Aku terkulat-kulat mengulum senyum.  

“Err...encik..eh..encik pulak...mmm...saudara, boleh minta tolong?” tanya perempuan itu tergagap-gagap.  Sambil buat muka welfare.  Muka kesian.  
Aku mengerut dahi.  Skemanya panggil aku saudara.  

“Tolong apa?”

“Sebenarnya...err..sebenarnya...saya..saya” masih lagi tergagap-gagap menutur kata.  

Aku masih memandang muka dia.  Masih menunggu dia menghabiskan kata-katanya.  

“Err..sebenarnya saya tak ada duit tambang nak balik”

Aku ingatkan apa tadi.  Aku meraba kocek seluar, ada dalam RM20 aku hulur dekat dia.  Tangan dia sedikit menggeletar menyambut pemberian aku.  Dan dengan tak semena-mena hujan turun dengan lebatnya.  Terpaksalah aku berteduh dekat pondok bas tadi tu.  Dengan perempuan misteri itu.  Yang baru 2 minit aku jumpa.  

Mencurah-curah betul hujan malam itu.  Dan untuk beberapa ketika aku dan dia sama-sama membisu seribu kata.  Untuk menambahkan kejanggalan, tak ada satu teksi pun yang lalu, bas langsung tak nampak bayang.  Kalau tak kerana report yang aku bawa balik tadi, dah aku redah hujan tadi.  Tapi mengenangkan report dalam beg, terpaksalah aku membuat keputusan untuk menunggu di situ sampai hujan reda. Last edited by Lynn9 on 7-10-2013 09:02 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 09:08 PM | Show all posts
Lynn9 posted on 7-10-2013 08:48 PM
Hampir pukul 10.30 malam barulah aku off kan PC.  Sebesar-besar office, tinggal aku seorang sahaja r ...

Hampir menjengah ke pukul 12.00 tengah malam barulah hujan mula reda.  Nak biarkan perempuan itu menunggu seorang diri di situ tak sampai pula hati aku.  Walaupun badan ini dah letih.  Nak landing atas katil.

“Awak nak balik mana ni?” tanya aku.  Memecah kesunyian.

Geleng.  Dia menjungkit bahu.  Aik! Tadi kata tak ada duit tambang, bila aku tanya nak balik ke mana, dia menjungkit bahu pula.  Pelik betul. Entah-entah sengaja nak pau duit aku.  Entah-entah ada kaki pukul standby  kat belakang.  Mata aku mulalah meliar memandang ke semua sudut.

“Habis tu..tadi awak kata awak tak ada duit tambang?”

“Sebenarnya...saya...saya...tak ada tempat tinggal”

Pulak.  Mulut aku hampir tenganga.  Habis tu macamana dia boleh sampai ke sini?   Dia kata sebab driver teksi suruh dia turun dekat sini.  Ye lah..dia nak pergi mana sebenarnya?  Pelik betul aku dengan minah ni.  Dia cakap dia kena tipu dengan driver teksi.  Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Memikirkan samada cerita dia betul ataupun dia hanya reka.

“Boleh ke...kalau...err... saya nak tumpang rumah awak?”  

Last edited by Lynn9 on 7-10-2013 09:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 06:13 PM | Show all posts
Membuatkan aku macam nak koma.  Gila! Berani betul perempuan ni nak ikut lelaki balik rumah.  Biar betul.  Dia kata dia datang ke KL nak cari kerja.  Dengan berbekalkan duit RM200.  Kena tipu dengan driver teksi, habis duit tu semua.  Dia mula menangis.  Membuatkan aku serba-salah.  
Sudahnya, aku bagi dia tumpang rumah aku.  Untuk malam itu saja kata ku.  Tegas.  Bila sampai dekat depan gate apartment tempat aku tinggal, hati aku mula berdebar-debar.  Biar betul...takkan aku nak tumpangkan dia kat rumah aku.  Tak pasal-pasal kena tangkap basah pula nanti.  Tapi..kalau aku tinggalkan dia seorang diri kat situ, tengah-tengah malam begini..tak tergamak pula hati ini.  Buatnya dia kena bunuh ke..kena rogol ke..ishh!! Aku melepas keluh.  Payah.  

Sedar tak sedar, kami dah melangkah masuk ke dalam rumah aku.  Aku beritahu dia boleh tidur dekat bilik kosong itu.  Dia mengangguk.  Segera dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.  Bilik itu memang kosong, cuma ada sehelai tikar mengkuang saja.  Sebab bilik itu aku buat bilik solat.  
Malam itu aku tak berani nak tidur dalam bilik.  Aku baring di atas sofa, di ruang tamu.  Manalah tau entah-entah dia kebas barang-barang dalam rumah aku nanti.  Siapa tahu siapa dia yang sebenarnya.  Entah pukul berapa barulah aku terlena.  Terlentok depan kaca TV.

Keesokkannya aku tersentak bangun bila dengar bunyi bising-bising di dapur.  Mimpi ke aku ni?  Segera aku melangkah masuk ke dapur.  Perempuan semalam itu melemparkan senyum ke arah aku.  Dekat atas meja dah ada roti bakar dan scrambled egg.
  
“Eh..apa awak buat ni?”

“Buat breakfast untuk awak..” selamba je dia jawab.  Rumah siapa ni?  Rumah aku ke rumah dia?  Pandai-pandai selongkar peti ais aku.  Pakai dapur aku.  

“Sebelum langit cerah, lebih baik awak keluar dari sini.  Nanti ada jiran-jiran yang pandang serong pula” kata aku.  Tak betah pula rasanya.  

“Saya dah kemas barang-barang saya..sekejap lagi saya keluarlah..”

“Terima kasih sebab tumpangkan saya kat rumah awak..” dia menghadiahkan senyum ikhlas pada aku.  Ikhlas? Ye la kot.  Pada pandangan zahir aku. Last edited by Lynn9 on 8-10-2013 07:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 06:49 PM | Show all posts
Sewaktu aku melangkah keluar dari rumah dia pun terkocoh-kocoh mengusung beg-beg dia keluar ke jalan besar.  Lega rasanya hati ini.  Malam selamat!

Hati aku bernyanyi kecil.  Kisah itu tidak akan aku ceritakan pada sesiapa.  Aku tersenyum sendiri bila mengenangkan peristiwa malam tadi.  Pelik betul.  Macam-macam perangai manusia ni.  

Dan malam itu, aku pulang lewat lagi.  Banyak kerja yang aku kena siapkan.  Dalam hati bersungut juga, tapi nak buat macamana dah kerja.  Kena kejar drop dead dateline.  Tapi kali ini aku tidak berseorangan, ramai juga yang kena stay back.  Tak adalah kecut sangat perut aku sewaktu melangkah keluar dari office tadi.  

Seperti hari-hari sebelum ini, aku akan berjalan ke stesen LRT.  Malam itu cuaca nampak baik.  Banyak bintang-bintang di langit.  Teringat pula kata-kata emak, kalau banyak bintang di langit maknanya ramailah orang yang beribadat.  

Tiba-tiba imbauan aku terputus.  Perempuan semalam?  Dia duduk lagi di pondok bas itu.  Bila dia nampak kelibat aku,dia bingkas bangun.  Aku menepuk dahi.  Dia ni lagi?  Dia mengusung beg-begnya ke arah aku.

“Apa lagi awak nak ni?” tanya aku.  Tak habis-habis lagi ke nak menyusahkan aku.

“Mmm...saya..tak dapat cari kerja...tak dapat cari rumahsewa...” ujarnya.

“So?”

“Mmm...boleh ke kalau saya tumpang rumah awak lagi?”.  

Dia buat muka welfare sekali lagi.  Sambil tersenyum sumbing.  Dalam mata dia ada sinar yang mengharapkan agar aku mengangguk setuju.  Aku rasa terpempan.  Tak tahu apa nak cakap lagi.  Aku beritahu dia yang tak manis kalau aku bagi dia bermalam lagi kat rumah aku. Cukuplah semalam itu.  Malam yang penuh azab.

Tapi dia kata, dia tak ada tempat lain nak tuju.  Tak ada saudara-mara atau kenalan.  Datang KL nak cari kerja nak tolong mak bapak di kampung.  Mulalah hati aku cair.  Simpati. Dan entah kenapa aku benarkan dia bermalam lagi kat rumah aku dalam bilik yang sama.  Dan sekali lagi aku terlentok di sofa di ruang tamu.

Sedar-sedar dah pagi. Breakfast dah tersedia di atas meja. Baju aku dah bergosok.  Aku bingkas bangun meninjau-ninjau kepala mencari perempuan semalam.  Dia sibuk menyidai baju di belakang.  Bila nampak muka hairan aku dia melempar senyum.  Aku tersenyum tawar.  Terus melangkah masuk ke bilik.  Nak bersiap ke tempat kerja.  

Tak pernah aku breakfast kat rumah kecuali cuti hujung minggu.  Itu pun aku tapau dari kedai.  Tapi masuk hari ini dah dua hari aku breakfast kat rumah.  Sebelum aku melangkah keluar dari rumah, dia menerpa ke arah aku.   Last edited by Lynn9 on 8-10-2013 06:51 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 07:03 PM | Show all posts
Lynn9 posted on 8-10-2013 06:49 PM
Sewaktu aku melangkah keluar dari rumah dia pun terkocoh-kocoh mengusung beg-beg dia keluar ke jalan ...

“Awak...err...boleh tak saya..”

“Saya apa lagi ni?” Apa lagi yang awak nak bebankan kepala otak saya ni?” ujar aku, belum pun sempat dia menghabiskan ayat.  Dia terkulat-kulat memandang lantai.

“Huh, apa tadi?”

“Mmm...boleh ke kalau saya tumpang duduk sini sementara saya dapat kerja?”

Cepat saja aku membangkang. Kerja gila! Kalau mak bapak aku tahu ada perempuan tinggal dalam rumah aku mahu aku kena sepak terajang nanti. Dua malam ini pun dah kira seksa, dia nak tumpang sampai dia dapat kerja.  Sampai bila?  Kalau sampai sebulan dia tak dapat kerja macamana?  Kalau setahun? Dua tahun? Aku masih menggeleng-geleng kepala.  Kes naya!

Dia bagi aku muka welfare lagi.  Kali ini aku keraskan hati, tak akan berganjak dengan pendirian aku.  Tapi dia kata, sementara dia nak dapat kerja.

Sementara nak dapat duit untuk cari rumah sewa.  Dia berjanji tak akan kacau aku.  Tak akan menyusahkan aku lagi.  Tak menyusahkan?  Nak tinggal kat rumah aku tak menyusahkan?  Gila minah ni.  

Dia psycho aku sekali lagi dengan kisah sedih dia.  Membuatkan aku jadi serba-salah.  Dalam terpaksa, dengan berat hati aku beralah.  Membenarkan dia menumpang seminggu lagi.  Seminggu saja!  Beribu kali dia ucap terima kasih pada aku.  Aku hanya mampu menghela nafas panjang.  Tak sangka aku termakan juga pujuk rayu dia.  Inilah kelemahan lelaki.  Sekali lagi aku melepas keluh.

Last edited by Lynn9 on 17-10-2013 07:07 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2013 07:46 PM | Show all posts
Lynn9 posted on 17-10-2013 07:03 PM
“Awak...err...boleh tak saya..”
“Saya apa lagi ni?” Apa lagi yang awak nak bebankan kepala ot ...

Entah kenapa sepanjang perjalanan ke office pagi itu bibir aku asyik mengukir senyum.  Tersenyum sendiri.  Walaupun dah dua malam perempuan itu menumpang di rumah aku, nama dia pun aku tak tahu lagi.  Dan aku pun tak tahu kenapa aku boleh senang-senang bagi dia tumpang rumah aku. Cuma hati ini terusik juga sebenarnya. Bila baju bergosok, breakfast tersedia. Aku tersenyum sendiri lagi. Patutlah ramai kawan-kawan aku yang dah berkira-kira nak kahwin.  Syok juga kalau ada orang di rumah.

Petang itu aku pulang awal. Pukul 7.30 malam aku dah melangkah masuk ke rumah.  Suasana rumah sunyi sepi.  Aku meninjau-ninjau kepala mencari kelibat perempuan misteri yang belum bernama itu. Tapi tak nampak pun.  Mungkin dalam bilik.  Tiba-tiba mata mengarah ke meja makan.  Ada makanan yang tersedia dibawah tudung saji.  Dengan sekeping nota.

Kepada Saudara yang tidak bernama tetapi baik hati:
Sebagai ucapan terima kasih,saya sediakan makan malam untuk awak.
Ikhlas,
Zurin


Aku tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala.  Zurin rupanya nama dia.  Ada ke patut panggil aku saudara yang tidak bernama.  Skema betulminah ni.  Sesudah makan aku capai pen dan sekeping kertas.


Kepada perempuan misteri bernama Zurin:
Terima kasih sebab sediakan makan malam, tapi saya tak terima rasuah, so cepat-cepatlah cari rumah sewa.
From:
Amir Zuhdi

Aku selit nota itu bawah pintu bilik dia.  Pintu bilik dia? Pintu bilik sembahyang aku tu lah...Hati aku berbunga.  Malam itu aku berani tidur dalam bilik.  Tak tahulah kenapa.  Mungkin aku rasa confident yang dia tak akan kebas barang-barang dalam rumah aku.

Tengah malam tiba-tiba aku terjaga dari lena.  Mungkin sebab panas sangat malam itu.  Atau mungkin sebab nak hujan.  Aku melangkah keluar ke dapur.  Mencari air dalam peti sejuk.  Sewaktu aku menuju balik ke bilik, aku ternampak Zurin tidur atas sofa depan ruang tamu. Entah macamana kaki aku tersadung wayar telefon.  PRANGG!! Gelas yang aku genggam terlepas dari tangan.  Habis berkecai.  Membuatkan Zurin tersentak dari tidur.  Dia bingkas bangun.  Cepat-cepat memetik suis lampu.  Dia tolong aku mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai.

Last edited by Lynn9 on 17-10-2013 07:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 08:26 PM | Show all posts
Best. Bahasa yang kemas, editing pun kemas, senang nak baca. Sambung banyak-banyak sikit ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 08:29 PM | Show all posts
aylanins posted on 17-10-2013 08:26 PM
Best. Bahasa yang kemas, editing pun kemas, senang nak baca. Sambung banyak-banyak sikit ya {:1 ...

setuju dengan aylanins
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 08:39 PM | Show all posts
aylanins posted on 17-10-2013 08:26 PM
Best. Bahasa yang kemas, editing pun kemas, senang nak baca. Sambung banyak-banyak sikit ya {:1 ...

heheheh thank you, thank you
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 08:48 PM | Show all posts
“Err...tak pe lah biar saya yang bersihkan” kata aku.

“Tak pe..biar saya tolong awak..”

Entah macamana tangan aku berdarah terkena serpihan kaca.  Aku tak sedar pun.  Tiba-tiba Zurin ambil tisu atas TV, lap darah di tangan aku.  Dia membelek-belek kalau ada serpihan kaca yang tertusuk di tangan aku.  Tak kekok pun.  Aku yang terkedu.  Tak biasa.  Bersentuh tangan dengan perempuan.  Inilah kali pertama dalam hidup aku bersentuh tangan dengan perempuan selain mak dan adik perempuan aku.  

“Sikit je ni...cuba angkat tangan awak letak kat mulut”

Mungkin sebab gabra, aku turutkan saja kata Zurin.  Sudahnya dia gelakkan aku.  Aku yang terpinga-pinga tidak faham.  Dia kata, kalau tangan aku masih boleh sampai ke mulut, kira ok lagilah tu.  Kira aku boleh suap nasi masuk mulut lagilah.  Dia kenakan aku rupanya.  Sudahnya aku tersengih sumbing.  Lawak ke?

Lepas itu aku cepat-cepat melangkah masuk ke bilik.  Kunci pintu.  Bukannya takut dengan dia tapi takut dengan diri sendiri.  Takut dengan kenyataan yang lelaki dan perempuan tak boleh berdua-duaan.  Takut ada syaitan datang menggoda.  

Entah kenapa mata aku terus tak rasa mengantuk lepas itu.  Sudahnya terkulat-kulat aku memandang siling.  Nak tengok TV, dia baring di luar.  Payah.  Tak tahulah pukul berapa barulah aku terlelap.  Dalam lena yang amat panjang.  

Kalau tak kerana pancaran matahari yang masuk celah-celah langsir, mungkin aku masih hanyut dibuai mimpi.  Mungkin masih berkelubung di atas katil.  Aku bangkit malas.  Lebur solat subuh.  Adui.  

Bila pintu aku kuak, suasana sunyi sepi.  Kelibat Zurin langsung tak nampak.  Dah keluar ke?  Aku jengok bawah tudung saji.  Kosong.  Air pun tak berjerang.  Dah tak nak tolong buatkan breakfast untuk aku ke?  Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.  Pintu bilik Zurin masih tertutup.  Mungkin dia pun terlajak tidur.  Aku mengetuk pintu bilik.  Bukan nak suruh dia tolong buatkan breakfast, cuma nak pastikan yang dia tak ada dalam bilik.  Dua tiga kali aku ketuk pintu tak ada jawapan, aku pulas tombol pintu.  Terkejut aku, rupanya dia ada di dalam.  Masih tidur.  Masih baring beralaskan beg baju dia.  Rupanya aku tak bagi dia bantal.  Selimut pun aku tak bagi.  Rumah bujang..

Aku panggil nama dia dua tiga kali tapi dia masih kaku di situ.  Alamak.  Mulalah aku panik.  Mati ke budak ni?  Perlahan-lahan aku cuba merapati Zurin.  Dengan hati yang berdebar-debar.  Aku sentuh bahu dia.  Cuba gerak-gerakkan badan dia.  Barulah dia bergerak sikit.  Hidup lagi rupanya.  Aku mengurut dada.  Dia memandang lemah ke muka aku dengan wajah pucat lesi.  Tak berdarah.  Kenapa ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 08:49 PM | Show all posts
wipers81 posted on 17-10-2013 08:29 PM
setuju dengan aylanins

thank you...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 09:21 AM | Show all posts
bila nk smbung lynn..kenape plak dgn zurin tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 07:16 PM | Show all posts
Lynn9 posted on 17-10-2013 08:48 PM
“Err...tak pe lah biar saya yang bersihkan” kata aku.

“Tak pe..biar saya tolong awak..”

“Eh! Awak ok ke ni?” tanya aku.  Dia hanya mengangguk lemah.  Bila aku sentuh dahi dia, panas.  Demam rupanya.  Entah kenapa laju saja aku cempung tubuh longlai dia dan baringkan dia di atas katil aku.  Aku selongkar peti ais cari panadol dan capai secawan air suam di dapur. Segera aku berlari ke bilik suruh dia telan panadol.  Lepas itu aku selimut badan dia.  Kelam-kabut juga aku dibuatnya.

Aku tersandar di atas sofa. Mata masih mengarah ke pintu bilik yang sengaja aku renggangkan.  Sebelum keluar dari bilik sempatlah aku capai tuala dengan t.shirt lusuh aku.  Terus ke bilik mandi. Selesai mandi aku siap ala kadar turun bawah.  Nak cari makanlah apa lagi.  Jam dah hampir lewat tengahari.  

Aku menyusur gerai menjual makanan yang tumbuh bagai cendawan berdekatan apartment kediaman aku. Mencari-cari gerai yang menjual bubur nasi.  Mungkin itu sahaja makanan yang sesuai dengan tekak orang sakit.  Fikirku.  Kalau ikutkan tekak aku, bila aku demam atau tak selera nak makan, maggi kari lah pembuka selera.  Yang aku hirup kuah sampai licin.  Tapi itu akulah.  Tekak aku. Selera aku.  Sambil menunggu pesanan aku siap aku pekena nasi campur dulu. Perut dah berkeriuk minta diisi. Elok habis makan aku terus melangkah balik ke rumah.  Tak tega lah pula nak tinggalkan Zurin bersendirian dalam keadaan macam tu.

Sewaktu aku menguak pintu bilik, dia masih berselubung bawah gebar.  Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.  Perlahan-lahan aku rapat ke katil.  Kejut dia suruh makan.  Dia memandang lesu ke muka aku.  Tak berselera nak makan.  Puaslah juga aku pujuk-pujuk dia suruh makan sebab perut tu kena isi juga.  Buat alas nak makan ubat.

“Bubur nasi ke?” tanya dia tak berselera.

“A’ah bubur, makanlah sikit, awak kena makan ubat nanti” ujar aku.  

“Maggi kari ada?”

Sudah minah ni. Demanding la pula.  Kalau dari tadi aku tahu dia nak makan maggi tak payah lah aku susah payah cari bubur nasi.  Nasib baiklah dia demam kalau tak...ishh!

“Maggi kari tak ada, makan je lah bubur ni dulu” kata aku.  Kali ini dia yang menggaru-garu kepala.  

“Nah, buka mulut”

Dia memandang ke muka aku. Riak wajah Zurin macam muka anak kena marah dengan emak.  Aku pun tak tahu kenapa laju saja tangan aku menyuap bubur nasi ke mulut dia.  Dia pun telan saja.  Tiga kali suapan, dia dah menolak.  Dia cakap tak boleh nak paksa tekak dia telan lagi.  Tapi aku berkeras mahu dia menghabiskan bubur tadi.  Bagi ada tenaga sikit.  Cepat sihat.  Aku nak katil aku balik.  Paksa punya paksa, dia terbelahak kat atas katil aku itu.  Habis cadar aku kena muntah dia.  Beribu kali dia minta maaf.  Rasa bersalah.  Aku melepas keluh.  Terpaksalah aku bongkar almari cari cadar lain.  Nak marah pun tak ada gunanya.  Dia bukannya sengaja pun.  Lepas tukar cadar, aku suruh dia telan panadol dua biji dan berehat.  Kalau larat aku suruh dia pergi mandi.  

Last edited by Lynn9 on 20-10-2013 07:27 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 07:28 PM | Show all posts
awanjingga posted on 19-10-2013 09:21 AM
bila nk smbung lynn..kenape plak dgn zurin tu?

sorry bz sket...huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 07:29 PM | Show all posts
Sehari suntuklah aku berkelana di depan.  Melenggak TV.  Sesekali aku jenguk juga dia dalam bilik takut dia nak apa-apa.  Nak keluar rumah pun hati tak senang.  Menjelang lewat petang suhu badan dia dah turun sedikit.  Cuma dia masih lesu.

Malam tu aku masak maggi kari untuk makan malam.  Semangkuk untuk dia, lagi semangkuk untuk aku.  Aku tinggalkan mangkuk maggi tu di sebelah katil.  Aku pesan dia suruh makan.  Tak kuasa aku nak suap dia lagi, buatnya dia terbelahak lagi.  Naya.  Sebelum keluar dari bilik sempat juga aku warning dia kalau nak muntah cepat-cepat pergi bilik air.  Aku dah tak ada cadar lain nak ganti.  Dia buat muka toya, sambil memandang muka aku.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2013 08:12 PM | Show all posts
Keesokkan harinya bila aku bangun dari tidur aku dapati Zurin sudah tiada dalam bilik aku.  Aku meninjau-ninjau ke dalam bilik.  Di bawah katil.  Manalah tahu dia tergolek jatuh ke sebelah sana.  Tiba-tiba pintu bilik dikuak.  Oleh kerana terkejut aku terhantuk kepala ke bucu katil.  Aduh! Aku menggosok-gosok dahi.  Zurin ketawa kecil.  Sampai hati dia gelakkan aku.  Mentang-mentang dah sihat.

“Awak, saya dah ok” ujarnya.  Aku masih menggosok-gosok dahi.  

“Baguslah” ujar aku pendek.  Boleh lah dia cepat-cepat cari kerja. Segera keluar dari rumah aku.  Dah tak betah aku hidup macam ni.  Sebelum terkantoi.

Tapi dia buat muka selamba.  Ajak aku keluar breakfast.  Macamlah dia yang nak bayar.  Tapi aku tak sampai hati nak tolak perlawaan dia. Walaupun aku yang kena bayar nanti.  Itulah first time aku keluar makan berdua dengan perempuan.  Tak biasa.  Tapi aku cuba control kejanggalan aku.  Sepanjang perjalanan ke warung mamak berhampiran, masing-masing senyap.  Sebenarnya tak tahu nak cakap apa.

“Banyak juga kedai makan kat sini eh?” Zurin memecah kebisuan.  Aku hanya mengangguk.

Kami melabuh punggung di kerusi bersebelahan kaunter bayaran.  Memesan roti telur dan teh panas kurang manis.  Tapi  tetap manis juga.  

“Awak kerja dekat mana?” Zurin bertanya.

“Jalan Ampang...Engineering Consulting company” ujar aku.  Dia hanya mengangguk.  

“So, awak ni engineerlah ye?”

Kali ini aku pula yang mengangguk.  Dia bertanya lanjut mengenai perkerjaan aku.  Aku terangkanlah sedikit sebanyak pada dia.  Tak tahulah dia faham ke tidak.  

“Dekat office awak tu ada kerja kosong tak?”

“Ada” jawab aku sambil menghirup teh panas.  Mata Zurin memandang muka aku bersinar.  

“Cleaning lady!” sambung aku.

Sambil tergelak besar. Terbahak-bahak.  Aku sengaja nak kenakan dia.  Nak balas dendam yang dia kenakan aku dulu.  Tapi wajah Zurin bertukar suram.  Dia menjeling tajam ke arah aku.  Membuatkan aku terkulat-kulat mengulum senyum.  Mulalah aku gelabah.  Leceh minah ni.  Gurau pun tak boleh.  Dia cakap aku pandang rendah pada dia.  Guraulah beb.  Gurau...tak boleh gurau duduk surau!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 08:39 AM | Show all posts
sambung pls...

cite best ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 06:39 AM | Show all posts
Memaksa aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.  Leceh betul.  Sudahnya terpaksalah aku meminta maaf pada dia.  Barulah dia mengukir senyum.  Entah kenapa tiba-tiba hati ini berdetik.  Cute juga minah ni.  Nak-nak bila time dia tarik muka masam tadi.  Aku tersenyum dalam hati.
“Kerja macamana yang awak cari?” tanya aku.
  
Dia menguntum senyum sekali lagi.  Manis. Matanya kembali bersinar.  

“mmm...saya suka bidang modelling...nak jadi model..”

Sekali lagi aku tergelak besar.  Kata-kata yang terpacul dari mulut dia benar-benar menggeletek tangkai hati aku.  Bersungguh-sungguh aku gelakkan dia.  Muka dia mula merah padam.  Malu bercampur geram.

“Model??” ayat tak boleh blah.  Terbahak-bahak aku bantai gelakkan dia.  Membuatkan dia menarik muka 14 inci semula.  Merajuk lagi minah ni.  Dan sekali lagi aku terkulat-kulat mengulum senyum.  

“Ok..ok..seriuslah sikit, awak nak cari kerja macamana?” tanya aku lagi mahu kan kepastian.  Aku kira tentu dia sengaja nak mengenakan aku tadi.  Tapi bila dia cakap yang dia benar-benar serius aku terpaksa tersenyum sumbing.  Mencuka lagi wajah Zurin.  Sekali lagi dia menjeling marah.  Sebab aku memperlekehkan dia.  

Aku menghela nafas panjang.  Kalau setakat nak jadi receptionist ke, bolehlah juga aku tanya-tanyakan office-office di building tempat kerja aku tu.  Ini nak jadi model.  Manalah aku tahu.  Bukannya dia tak lawa tapi..banyak lagi kerja lain yang dia boleh buat.  Tapi untuk tidak mengecilkan hati dia, aku janji untuk tanya-tanya kawan di office kalau-kalau mereka tahu atau ada jalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 06:40 AM | Show all posts
Dan sebelum cita-cita dia nak jadi model itu tercapai aku suruh dia cari kerja sementara cepat-cepat.  Dia mengangguk.  Tak tahulah faham atau buat-buat faham.  Aku cuba bertanyakan latar belakang perihal diri dia.  Tapi tak banyak yang dia kongsi dengan aku.  Asal aku sentuh soalan berbaur peribadi dia diam.  Banyak yang dia cuba berahsia.

Bila aku tanya samada dia tak rasa takut atau janggal tinggal serumah dengan aku.  Dia hanya menggeleng.  

“Kenapa tak takut?”

“Sebab awak baik...”

“Mana awak tahu saya baik?”

“Saya tahulah..”

“Saya ni lelaki...manusia biasa...”

Kali ini dia memandang ke muka aku.  Dia tenung muka aku menyebabkan aku serba tak kena.

“Kenapa? Awak terfikir nak buat benda-benda yang tak senonoh pada saya ke?”

Cepat sahaja aku menyangkal.  Tak lah sampai ke situ.  Tapi aku cakap dekat dia yang aku tak sedap hati.  Berdosa lelaki dan perempuan tinggal serumah.

Mulalah dia buat muka welfare sekali lagi.  Walaupun air muka dia sedikit berubah.  Bukannya aku tak nak minta tolong budak-budak perempuan di office suruh tumpangkan minah ni.  Tapi department aku semuanya lelaki.  Ramai yang bujang pula tu.  Department lain aku tak berapa kenal.  Rata-ratanya yang aku kenal dah berkahwin.  Seganlah pula aku nak minta tolong.  Apa pula mereka fikir nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.217218 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list