CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4086|Reply: 13

RAHSIA DI BILIK HOTEL

[Copy link]
Post time 25-9-2013 06:09 PM | Show all posts |Read mode
RAHSIA DI BILIK HOTEL YANG PERLU ANDA TAHU....

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.


Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.


Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2013 06:37 PM | Show all posts
kondom dlm cerek??? yucksssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:01 PM | Show all posts
tt, kalau berkenaan cctv dalam hotel cmne nk check ek? sorry, nnti aku nak honeymoon dengan che ta?risau plak ada orang rakam.. kesian aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:02 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 25-9-2013 06:37 PM
kondom dlm cerek??? yucksssssssssssss

kondom nk beli kt ne ek? farmasi ke? yang aku tau jenama durex je.. masa kt sekolah agama, kedai apek pun ada jual kondom. tp rasanye xselamat sebab made in china kut??
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 04:53 PM | Show all posts
ku tak rasa benda ni berlaku dalam persekitaran Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 04:04 AM | Show all posts
termuntah lak baca pasal dlm cerek tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2013 09:52 AM | Show all posts
tt, kalau berkenaan cctv dalam hotel cmne nk check ek? sorry, nnti aku nak honeymoon dengan che ta?risau plak ada orang rakam.. kesian aku


KATA UAI...TUTUP LAMPU..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 04:28 PM | Show all posts
hotel mahal also meh?


tp smmgnya hotel mmg kotor
mcm la cuci betol2 kan
bedsheet tu hahh
eeeeee esp hotel bajet.. eww ewww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2013 12:26 PM | Show all posts
Biasanya kalau pergi hotel, gelas tu saya basuh dulu bersih2 sebelum pakai. Biasanya memang bawa pencuci botol susu anak. pakai sabun pencuci tu. lepas tu bilas dengan air panas. baru pakai.
cerek pula saya akan masak air first round dan buang. second round baru pakai. masak air mineral/minuman yang dalam botol je. air dari paip memang tak pakai untuk masak.
sebab dua benda tu memang pakai tiap kali pergi hotel sebab nak buat susu anak :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 12:36 PM | Show all posts
CANTIKKKKKKKK...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 01:57 AM | Show all posts
pengotoq sial
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 05:40 PM | Show all posts
Saya if gi tidur kat hotel- mmg jadi satu kemestian utk halang pintu dgn something... sendal kerusi ke letak meja ke -mana2 yg boleh lah.. coz mmg takut pun pintu kena buka. Cawan mmg semestinya dibasuh dulu b4 guna. Tapi most of the time, tak guna pun cawan dlm bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 11:31 PM | Show all posts
dah agak juga..  patut lah housekeeping buat kerja laju jah

even hotel mahal2 pun kalau u perasan towel and bedsheet bau klorin kuat.. hangit!
jadi i selalu bawa towel sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 11:09 AM | Show all posts
kalau nak berjimak dlm hotel, bawak kelambu sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.056358 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list