CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1388|Reply: 0

Duit Telah Dijadikan Tuhan

[Copy link]
Post time 29-8-2013 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Duit telah menjadi tuhan buatan
Tuhan palsu yang sangat merosakkan insan
Bukan sahaja pekerjaan dunia memerlukan duit, pekerjaan Akhirat pun  duit diperlukan
Sudah banyak pekerjaan Akhirat tempat cari makan
Gelanggang ibadah sudah menjadi gelanggang mengambil upah
Mengajar muqaddam dan Al Quran telah jadi gelanggang mencari makan dan  wang
Sebelum pengajian dimulakan berlaku tawar-menawar lebih dahulu
untuk menetapkan berapa bayaran
Berdakwah dan membuat syarahan, pendakwah tidak akan memberi syarahan   
kalau tanpa bayaran yang ditetapkan
Mengaji agama atau kelas agama juga dikena bayaran setiap orang yang  mengikut pengajiannya
Tidak akan ada yang mahu mengajar tanpa dibayar upah zaman sekarang
Sekalipun orang itu sudah ada gaji yang lumayan atau banyak wang
Begitulah hidup di akhir zaman duit menjadi utama bukan Tuhan
Tidak seperti di zaman saya masih kanak-kanak mengaji muqaddam
dan Al Quran tidak dikenakan bayaran
Bahkan mengaji kitab di rumah tuk guru untuk menambah ilmu tidak pernah  ada bayaran
Bahkan adakalanya atau mak guru kami yang mengaji diberi makan
Kami yang mengaji guru kami buat kami macam anak kandungnya
Dirotan, dia beri makan, dia nak marah, dia bagi kasih sayang macam  emak kandung
Depan orang tua kita dia hendak marah, dia rotan, dia hendak suruh
atau hendak buat arahan
Orang tua kita rasa bangga pula melihat pak guru atau mak guru merotan
Kerana itulah saya dengan guru sampai sekarang di dalam ingatan,
payah hendak melupakan
Begitulah guru saya dahulu gelanggang Akhirat dia tidak jadikan tempat  cari makan, bahkan dia beri makan
Sungguh jauh keikhlasan guru dahulu dengan guru sekarang  
setelah duit menjadi Tuhan buatan



Last edited by servantforever on 29-8-2013 01:30 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.050022 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list