CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3171|Reply: 14

Surah Syaitan (Rushdie) dan cara menjawabnya

[Copy link]
Post time 27-8-2013 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Saya baru didedahkan tentang Surah Syaitan yg menjadi isu besar selepas penulisan Salman Rushdie. Saya berniat utk menjawab soalan dari mereka yg membawa isu Surah Syaitan ini. Bolehkah saudara atau saudari membantu utk menjawab soalan dari mereka ini? Berikut adalah soalan2 daripada mereka yg mahu mengetahui lebih lanjut:-

a) Adakah Nabi pernah mengucapkan surah tersebut?
b) Adakah org Islam sendiri yg mengatakan perkara tersebut pernah berlaku ataupun ini hanya khayalan org bukan Islam yg jahat?
c) Kalau Nabi pernah mengucapkan surah tersebut, apa sebabnya?
d) Adakah Ibn Ishaq, Wakidi, Ibn Sa'd, dan Tabari (penulis Islam) membuktikan Nabi pernah mengucapkan surah tersebut?
e) Adakah Nabi mengucapkan surah tersebut utk menyebarkan Islam kepada Quraisy?
f) Apakah kaitan Ibn Abbas dlm Hadis Sahih membuktikan hal ini wujud?
g) Apa kaitan Surah An-Najm dlm al-Quran dlm isu ini?
h) Adakah surah di Madinah bercampur-aduk dgn surah di Mekkah?

Marilah kita sama2 menjawab mereka secara ilmiah sambil belajar al-Quran dan Hadis secara mendalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 09:04 AM | Show all posts
saya tidak tahu suroh itu suroh apa....

boleh cerita sikit tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2013 09:07 AM | Show all posts
ussopp posted on 27-8-2013 09:04 AM
saya tidak tahu suroh itu suroh apa....

boleh cerita sikit tak?

Yg diperkatakan adalah ini kot:-



     

(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang
membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa
"Al-Laat" dan "Al-Uzza" -

              (An-Najm
53:19
) | <Embed>  |                                 
English Translation  
|                                                 Tambah Nota  |                                                 Bookmark                                                                                                                                                                



     
Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak
disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?

             (
An-Najm 53:20) | <Embed>  |                                 
English Translation  
|                                                 Tambah Nota  |                                                 Bookmark

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:28 AM | Show all posts
apa masalahnya dengan suroh itu?

apa yang salman rushdie tuduh sebagai bermasalah ya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2013 09:32 AM | Show all posts
ussopp posted on 27-8-2013 09:28 AM
apa masalahnya dengan suroh itu?

apa yang salman rushdie tuduh sebagai bermasalah ya?

Ni pasal Salman Rushdie:-
http://ms.wikipedia.org/wiki/Salman_Rushdie

Ini ditulis oleh Salman Rushdie:-
http://ms.wikipedia.org/wiki/The_Satanic_Verses
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:44 AM | Show all posts
ya sy sudah pun  melihat ia secara umum yakni, suroh syaitan itu bermaksud buku itu punya nama...
yg menceritakan tentang apa yg dia dakwa sebagai kekarutan....

jika saudara tahu, apakah yg tidak kena dgn suroh an-najm itu menurut salman rushdie?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-8-2013 09:49 AM | Show all posts
ussopp posted on 27-8-2013 09:44 AM
ya sy sudah pun  melihat ia secara umum yakni, suroh syaitan itu bermaksud buku itu punya nama...
y ...

Ko paham Inggeris:-
http://en.wikipedia.org/wiki/Satanic_Verses

Saya tak berapa paham. Jadi mintak saudara tolong perjelaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 01:13 PM | Show all posts
huh penat baca....

ya sudah pun memahami....

pertama mereka mengatakan nabi menukar ayat Quran demi mengambil hati org quraisy sebelum dia ada kuasa....

selepas dia ada kuasa, maka dia tukar ayat surah an-najm itu menjadi seperti mana yg kita baca sekarang....

sumber diambil dari sumber islamik sendiri.....



ada dua penyelesaian:

1. ulamak2 sudah pun mengatakan hadis atau sumber cerita itu adalah fabrication(rekaan) ...

maka ia tidak terpakai.....

banyak kerancuan daripada tuduhan itu boleh rujuk salah satu dr web ini...


http://www.answering-christianit ... /satanic_verses.htm

http://siraajunmuneer.wordpress. ... %E2%80%9D-incident/


2. sekiranya kisah ini benar sekalipun, ia tidak menggugat kebenaran islam......tetapi cerita ini pelik sikit  sebab masalah masa(time line).....atau jalan cerita dia......maka seakan sukar untuk benar...

namun sy akui pelik bukanlah hujjah....kerana boleh jadi pelik itu benar....

maka jika ia benar, pun tiada masalah, Islam tetap benar macam biasa....



sebab mana ada agama monotheism sebaik islam.....
nak cari agama mana lagi?

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 09:44 PM | Show all posts
gogo2 posted on 27-8-2013 09:49 AM
Ko paham Inggeris:-
http://en.wikipedia.org/wiki/Satanic_Verses

salam,

oic, surah yg ini ke? amat mudah untuk dijawab jika benar2 beriman kepadaNya. kena baca sampai habis baru faham kerana terdapat trick untuk apa yg dipersoalkan. saya tertarik dengan yg ini (sesudah membaca keseluruhan) :

     Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,
     Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

sebenarnya inilah tipu daya yg cuba dipesongkan oleh kaum2 yahudi untuk memesongkan akidah (nak pinda Alquran akan tetapi tidak diizinkanNya-maka mencari sebab untuk menyesatkan dengan mengambil keterangan yg samar2). ini merupakan godaan syaitan untuk menambahkan keraguan pada petunjuk Alquran itu sendiri. bukan surah yg dimaksudkan itu syaitan, akan tetapi mereka2 itulah syaitan yg sebenar2nya (tentera2 dajjal). mereka2 ini menamakan sesuatu yg tidak berdasarkan pada petunjuk kebenaran di atas kebenaran yg disampaikan oleh Rasullullah saw dan dibukukan berdasarkan sunnah2 para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin untuk membuktikan kebenaran petunjuk itu datangnya dari Allah swt. maka menolak keterangan dengan menamakan sesuatu yg tidak sepatutnya dihukum Kaf-Fa-Ra (merujuk terus dajjal zaman moden).

maksudnya kita sememangnya berada diambang kiamat tak gitu? so kenapa susah2 nak fikir yg bukan2? bukankah Dia sudah menerangkan secara jelas?

kembali kepada keterangan ini jika membaca komen dari mereka2 yg tidak bertanggungjawab kerana Allah swt tidak akan membenarkan kefahaman terhadap golongan Kaf-Fa-Ra dalam beragama jika mereka2 ini tidak mengikut undang2 dan peraturanNya (yg ini kena cari ilmu dan beramal dengan ilmu yg diketahui). dalil yg perlu difahami :
        
        Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.         

jawapan dari saya untuk semua post anda :saya beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan saya.

so saya sudah berlepas dari tanggungjawab menyampaikan apa yg diketahui. sesungguhnya yg menyebarkan dakyah2 itulah mereka2 yg rugi diakhirat kelak. semoga Allah melindungi orang2 yg beriman kepadaNya ketika berada di dunia juga diakhirat kelak (insya'allah)



Last edited by AdAkAmA on 27-8-2013 09:57 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 10:07 AM | Show all posts

Sebelum saya kupas soalan-soalan di atas, perlu dijelaskan bahawa terjemahan 'Satanic Verses' merujuk kepada 'ayat-ayat Syaitan' secara literalnya.

Jawapan kepada soalan:
a) Adakah Nabi pernah mengucapkan surah tersebut?

1. Yang memberi jolokan ayat dari Surah An-Najm itu sebagai ayat Syaitan atau rangkap Syaitan, diambil dari sumber:
John D. Erickson (1998). Islam and Postcolonial Narrative. Cambridge, UK: Cambridge University Press.
John L. Esposito (2003). The Oxford dictionary of Islam. Oxford University Press
Dalam rujukan di atas, disandarkan kepada sejarawan dan penafsir Al-Quran seperti Ibn Ishaq, Waqidi, Ibn Sa'd, dan At-Tabari namun konteks yang disampaikan oleh penulis itu telah dimanipulasikan untuk tujuan memburukkan Islam.

2. Tidak mungkin penulis Islam mempercayai rangkap itu 'Satanic Verses' hanya kerana disebut nama tuhan-tuhan berhala yang disembah kaum musyrikin, yang mereka guna sebagai wasilah kepada Allah. Yang mempercayai sedemikian hanyalah orang yang tak faham asbab nuzul surah itu dan tujuan memburukkan Islam.

3. Surah An-Najm bukannya perintah untuk percaya kepada berhala, bahkan Surah itu menjelaskan perkara BATIL yang dilakukan oleh puak musyrikin.

4. Nabi dan umatnya mengucapkan Surah An-Najmi seperti yang dibaca oleh umat Islam pada harini, bukannya seperti yang dituduh oleh Salman Rushdie melalui salah-fahamnya.

b) Adakah org Islam sendiri yg mengatakan perkara tersebut pernah berlaku ataupun ini hanya khayalan org bukan Islam yg jahat?

1. Orang Islam tidak mempercayai tuduhan Salman Rushdie tersebut, yang diambil dari sumber yang dimanipulasikan untuk memburukkan Islam.
2. Ayat Al-Quran TIDAK diubah oleh Syaitan melalui lidah rasul, kerana Allah sendiri menjamin akan ayat-ayat-Nya.
3. KEFAHAMAN yang SALAH boleh berlaku bila Syaitan mempengaruhi orang yang suka memutar-belit ayat Al-Quran, yang mana mereka bertujuan menentang ayat-ayat Allah. Mereka dijanjikan NERAKA.

&#1608;&#1614;&#1575;&#1604;&#1617;&#1614;&#1584;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614; &#1587;&#1614;&#1593;&#1614;&#1608;&#1618;&#1575; &#1601;&#1616;&#1610; &#1570;&#1610;&#1614;&#1575;&#1578;&#1616;&#1606;&#1614;&#1575; &#1605;&#1615;&#1593;&#1614;&#1575;&#1580;&#1616;&#1586;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614; &#1571;&#1615;&#1608;&#1604;&#1614;&#1648;&#1574;&#1616;&#1603;&#1614; &#1571;&#1614;&#1589;&#1618;&#1581;&#1614;&#1575;&#1576;&#1615; &#1575;&#1604;&#1618;&#1580;&#1614;&#1581;&#1616;&#1610;&#1605;&#1616;
Dan orang-orang yang berusaha dengan maksud menentang ayat-ayat Kami dengan melemahkan (kemahuan untuk beriman); mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka.
&#1608;&#1614;&#1605;&#1614;&#1575; &#1571;&#1614;&#1585;&#1618;&#1587;&#1614;&#1604;&#1618;&#1606;&#1614;&#1575; &#1605;&#1616;&#1606; &#1602;&#1614;&#1576;&#1618;&#1604;&#1616;&#1603;&#1614; &#1605;&#1616;&#1606; &#1585;&#1617;&#1614;&#1587;&#1615;&#1608;&#1604;&#1613; &#1608;&#1614;&#1604;&#1614;&#1575; &#1606;&#1614;&#1576;&#1616;&#1610;&#1617;&#1613; &#1573;&#1616;&#1604;&#1617;&#1614;&#1575; &#1573;&#1616;&#1584;&#1614;&#1575; &#1578;&#1614;&#1605;&#1614;&#1606;&#1617;&#1614;&#1609;&#1648; &#1571;&#1614;&#1604;&#1618;&#1602;&#1614;&#1609; &#1575;&#1604;&#1588;&#1617;&#1614;&#1610;&#1618;&#1591;&#1614;&#1575;&#1606;&#1615; &#1601;&#1616;&#1610; &#1571;&#1615;&#1605;&#1618;&#1606;&#1616;&#1610;&#1617;&#1614;&#1578;&#1616;&#1607;&#1616; &#1601;&#1614;&#1610;&#1614;&#1606;&#1587;&#1614;&#1582;&#1615; &#1575;&#1604;&#1604;&#1617;&#1614;&#1607;&#1615; &#1605;&#1614;&#1575; &#1610;&#1615;&#1604;&#1618;&#1602;&#1616;&#1610; &#1575;&#1604;&#1588;&#1617;&#1614;&#1610;&#1618;&#1591;&#1614;&#1575;&#1606;&#1615; &#1579;&#1615;&#1605;&#1617;&#1614; &#1610;&#1615;&#1581;&#1618;&#1603;&#1616;&#1605;&#1615; &#1575;&#1604;&#1604;&#1617;&#1614;&#1607;&#1615; &#1570;&#1610;&#1614;&#1575;&#1578;&#1616;&#1607;&#1616; &#1751; &#1608;&#1614;&#1575;&#1604;&#1604;&#1617;&#1614;&#1607;&#1615; &#1593;&#1614;&#1604;&#1616;&#1610;&#1605;&#1612; &#1581;&#1614;&#1603;&#1616;&#1610;&#1605;&#1612;
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitanpun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
(Al-Hajj, 51-52)

4. Berkatian tafsir Tabari, penulisnya Imam Tabari sendiri menyatakan dalam muqaddimah kitabnya, bahawa bukan semua riwayat yang disampaikannya itu sahih, beliau hanya mengumpulkan apa yang sampai kepada beliau. Urusan pensahihan dilakukan oleh Ulama terkemudian. Namun, pihak yang suka memburukkan Islam sangat gembira untuk ambil riwayat yang mereka lihat dapat menimbulkan kontroversi bertujuan membuat kekeliruan.
5. Apabila ada riwayat yang kontroversi, maka kita akan berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah. Permulaan Surah An-Najmi dalam Al-Quran sendiri menjelaskan (ayat 1-4):
Demi bintang ketika terbenam.
kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.
dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya.

Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).

Maka sesungguhnya tuduhan dari riwayat yang kata Syaitan menyampaikan ayat kepada Nabi merupakan tuduhan yang BATIL dan TIDAK DITERIMA, sekalipun jika ada riwayat kontorversi yang dikatakan diambil dari sumber At-Tabari.

c) Kalau Nabi pernah mengucapkan surah tersebut, apa sebabnya?

Tiada apa yang cacat cela dari Surah An-Najm, dan tiada umat Islam percaya pun itu rangkap Syaitan. Tak timbul isu untuk percaya tuduhan di atas.

d) Adakah Ibn Ishaq, Wakidi, Ibn Sa'd, dan Tabari (penulis Islam) membuktikan Nabi pernah mengucapkan surah tersebut?

Mereka yang meriwayatkan dari sumber sejarah, hanya membuktikan yang kafir musyrikin merupakan penyembah berhala Al-Laat, Al-'Uzza dan Al-Manat sebagai wasilah kepada Allah. Para sejarawan tidaklah melakukan pensahihan periwayatan. Periwayatan mereka tidak diambil sebagai lebih benar dari Al-Quran dan tak membuktikan Nabi mengucapkan seperti yang dituduh sebagai satanic verse. Mereka hanya meriwayatkan apa yang sampai dari mereka melalui amalan-amalan orang ketika zaman itu. Ulama hadith terkemudian yang melakukan pensahihan periwayatan.

e) Adakah Nabi mengucapkan surah tersebut utk menyebarkan Islam kepada Quraisy?

Nabi tidak menyebarkan satanic verse, sebaliknya Nabi menyampaikan Al-Quran.

f) Apakah kaitan Ibn Abbas dlm Hadis Sahih membuktikan hal ini wujud?
Sila lampirkan hadith sahih dari Ibn Abbas!

g) Apa kaitan Surah An-Najm dlm al-Quran dlm isu ini?

Boleh jelaskan kaitan apa yang dimaksudkan? Surah An-Najmi TIADA kaitan dengan satanic verse.

h) Adakah surah di Madinah bercampur-aduk dgn surah di Mekkah?

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur. Ada ayat Makki ada ayat Madani.

WAllahu a'lam





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 10:11 AM | Show all posts
ussopp posted on 27-8-2013 01:13 PM
huh penat baca....

ya sudah pun memahami....

Terima kasih saudari dlm menunjukkan kebenaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 10:12 AM | Show all posts
mnm77 posted on 28-8-2013 10:07 AM
Sebelum saya kupas soalan-soalan di atas, perlu dijelaskan bahawa terjemahan 'Satanic Verses' meru ...

Saya kena buat rujukan banyak sikit sebab banyak sgt info saudara/saudari kemukakan sebelum menjawab soalan saudara/saudari. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 10:17 AM | Show all posts
Dalam Al-Quran, berapa banyak pujian-pujian terhadap Allah? Terlalu banyak! Dan berapa pula banyak celaan dan LAKNAT terhadap Syaitan? Juga banyak!

Kalaulah Syaitan yang menyampaikan ayat Al-Quran, sudah tentu TERAMAT bodoh sangat sangat sangat sangatlah si Syaitan tu sampai setiap kali nak baca Al-Quran, kena baca Ta'awwuz dengan ucapan laknat dan rejam terhadap diri Syaitan sendiri. Inilah yang dianjurkan menerusi Al-Quran itu, dengan ucapan Bismillah pula terkandung puji-pujian membesarkan Allah!

Maha Suci Allah, Al-Quran itu Kalam Allah yang BENAR!

Secara logik pun kita boleh nilai yang tak mungkin ayat-ayat Al-Quran itu satanic verses! Last edited by mnm77 on 28-8-2013 10:18 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 01:00 PM | Show all posts
AdAkAmA posted on 27-8-2013 09:44 PM
salam,

oic, surah yg ini ke? amat mudah untuk dijawab jika benar2 beriman kepadaNya. kena baca  ...

Terima kasih atas jawapan saudara/saudari.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 05:29 PM | Show all posts
gogo2 posted on 28-8-2013 01:00 PM
Terima kasih atas jawapan saudara/saudari.

usahlah berterima kasih kepada saya kerana saya tidaklah layak untuk diucapkan dengan perkataan itu. saya khuatir dengan perkataan itu akhirnya menyebabkan diri saya menjadi sombong atau disombongkan oleh orang2 yg suka merosakkan agama. kepada Allah jualah yg perlu kita bersama2 berterima kasih dan bersyukur kerana semua itu adalah petunjukNya dan saya sekadar menunjukkan jalan mencapai kepada matlamat petunjukNya.

semoga Allah melindungi dan melimpahkan rahmatNya ke atas muslimin dan muslimat yg ikhlas dalam usaha mencari penyelesaian yg berpunca dari perbuatan syaitan itu sendiri (dari kalangan manusia dan jin). amin

Last edited by AdAkAmA on 28-8-2013 05:32 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.153869 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list