View: 4807|Reply: 20
|
ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA???
[Copy link]
|
|
ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA[size=0.75em] Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma manusia. Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya. TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? - Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
- Tanah Bukit Tursina
- Tanah Iraq
- Tanah Aden
- Tanah Al-Kautsar
- Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
- Tanah Paris
- Tanah Khurasan
- Tanah Babylon
- Tanah India
- Tanah syurga
- Tanah Tha’if
Kata Ibnu Abbas : 1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. 3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian. 6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak. 9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya. 13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan. Bagaimanakah prosesnya : 1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”. 2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”. 3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”. 4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna. 5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera : 1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya. Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk  I) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi masih ada lagi yg percaya dgn teori darwin berkaitan revolusi manusia
Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat yang kering (yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (cipptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Maka bersujudlah para malaikat itu kesemuanya bersama-sama. Kecuali Iblis. Ia enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu. Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?”. Berkata Iblis: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah ciptakan dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”.
Surah Al-Hijr : 28-33 Last edited by miss_calamansi on 30-7-2013 07:29 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Boleh saya tahu sumber asal artikel tu dari mana?
Sebelum-sebelum ni pun dah ada forumer yang copy paste artikel yang sama...
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
Tanah Bukit Tursina
Tanah Iraq
Tanah Aden
Tanah Al-Kautsar
Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
Tanah Paris
Tanah Khurasan
Tanah Babylon
Tanah India
Tanah syurga
Tanah Tha’if
Saya pun nak tahu juga, tanah Paris tu ada disebut dalam Al-Quran atau Hadith kah? Saya musykil dengan riwayat tersebut, kalau boleh nak tahu sumber asalnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
tapi masih ada lagi yg percaya dgn teori darwin berkaitan revolusi manusia haha ..
kalau semua nak jadi berok ..
berok jadi apa pulak ..?
kan berok jadi banyak .. hehe
kan ada perbezaan kejadian antara Insan dan Haiwan ..
kita pilih lah ..
moga tidak kita semua jatuh ke martabat yang serendah rendah nya ..
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)
wassalam

|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 1-8-2013 06:15 PM 
ya tak ya juga ya
mungkin ibnu abas diilhamkan nama tu kottt
kan selepas tu baru ada org islam yg gi ke sana
yelah, cita camni adalah cerita ISLARIAAH je
kisah2 yg boleh kita ambil tapi tak le diimani
dan kena juga tahu ibnu Abas tu dah DIDOAKAN Nabi dalam ilmu
nak tahu ke satu lagi versi pasal tanah yg dijadikan Adam ni???
Saya ok kisah sebegini dikira sebagai kisah 'ringan' yang boleh kita ambil pelajaran tanpa diimani, tapi ada kemusykilan yang menyebabkan saya bertanya macam tu.
Tanah Paris tu dalam bahasa Arab zaman Nabi dan sahabat disebut apa ya?
Adakah Paris telah wujud pada zaman sahabat?
Bagaimana ejaan atau sebutan Paris itu?
Ini kemusykilan saya... kalau sesiapa boleh rungkaikan.... ada sebab saya tanya kemusykilan ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini lah masalahnya... wikipedia tu tak berikan sumber asalnya....
Kalau wikipedia tu letak sumber asal, kira boleh buat semakan.... kalau tak letak sumber asal, siapa-siapa yang jumpa sumber ntah dari mana letak di wikipedia pastu diambil maklumat itu disebarkan, dah jadi sesuatu yang tak baik menyebarkan kecelaruan, melainkan ada bukti sumber untuk dibuat rujukan tak kisahlah sumber tu hadith sahih ke, hasan ke dhaif ke.... setidak-tidaknya ada sumber....
Dari wikipedia tu:
Tanah Paris (Perancis) - tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak.
Zaman sahabat Paris tu dipanggil apa? Kalau Perancis, zaman sekarang ni disebut 'FARANSA' dalam bahasa Arab. Yang musykilnya adakah negara Perancis dah wujud secara spesifik pada zaman sahabat? Atau masih digelar RUM yang merangkumi Eropah pada masa kini?
Macam negara 'Syam' pada zaman sahabat (mungkin nama ini sempena matahari 'Syamsi'), sekarang dikenali sebagai Syria (sebutannya 'Surya', dan suria = matahari dalam bahasa Melayu)... macam ada kaitan menarik pulak istilah-istilah ni... namun Syam dahulu itu bukannya betul-betul Syria sekarang ni, jajahan Syam dahulu lebih besar dari negara Syria sekarang ni, juga dikenali dengan Syria Besar (سوريّة الكبرى Suriyyah Al-Kubra)
dan dr Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam.
(ni yg aku tau leee)
Kalau yang tu ada sumber asal riwayatnya, aku tak musykil. Yang musykil ni macamana 'Paris' atau 'Perancis' dengan khususnya disebut dalam periwayatan tersebut, dan sebagai anggota dari tanah untuk melakukan istinjak pula tu?
Last edited by mnm77 on 3-8-2013 11:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm...i tak faham, penulis yg menilis ttg kejadian manudia ni, iman selaindari bersumberkan al quran dan hadith , dia tau semua peringkat ni dari sumber ilmu mana?
Adakah nabi Muhammad saw sendiri memnystakannya dalam hadith daih, kalau ya ok where is it?
Kakau tak, tang mana ilmu ni datang, dari mana? Sapa iktiraf org ni yg dakwa segala proses ni?
Is it pemissible in Islam ye? |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 2-8-2013 08:04 AM
Saya ok kisah sebegini dikira sebagai kisah 'ringan' yang boleh kita ambil pelajaran tanpa diimani ...
Tanah paris , sejurus srlrpa membaca i tetingat satu je sounded like macam tanah kapur plaster of paris
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tanya pembuka thread ni bukan tau nak respon soalan yang menggugat.....
Dia tau kopi pes jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana dgn mereka yg suka buat novel kebenaran, jd cereka panjang plk? |
|
|
|
|
|
|
|
salam 
cari tanah asal untok dirikan solat ..
tanah ini .. ada obat .. ada angin ..
yang mana rukun ke2 d'dalam rukun 13
2. berdiri betul
الصلاة عماد الدين
sembahyang itu tiang Ugama ..
tiang itu tidak akan berdiri tanpa tanah ini ..
cari Tanah Nurani ..
wassalam

|
|
|
|
|
|
|
|
asal usul perangai ...ada tak ...TT???
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
asal usul ..
usul itu asal ..
asal gerak dari geri ..
gerak geri usul dan periksa ..
wassalam

|
|
|
|
|
|
|
|
dionysusxxyyzz posted on 10-8-2013 10:23 PM 
salaam
mungkin yg dimaksud adalah FARS, sebuah wilayah di Iran (ibukota: Shiraz)
Kalau Fars tu Paris, ada petikan teks Arabnya tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Asal-usul Kejadian Manusia
Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s. dan Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada hakikat tanah manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar daripada dua tulang sulbi manusia.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74;
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan roh (ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"
Didalam Surah At-Thariq : 5-7;
"Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (ke dalam rahim). Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan"
Nabi bersabda;
"Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan Adam dijadikan daripada tanah."
Menurut riwayat, ketika Allah swt menitahkan kepada malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula turun ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman;
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah swt.
Lalu Allah swt berfirman lagi;
"Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka Izrail berasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Allah berfirman lagi;
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."
Jenis-jenis tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s
Menurut riwayat tanah yang diambil dan digunakan untuk menjadikan Adam a.s mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s itu ialah sebagaimana berikut;
- tanah tapak Baitul Maqdis;
- tanah dari Bukit Tursina;
- tanah Iraq;
- tanah Aden;
- tanah Al-Kautsar;
- tanah tapak Baitullah;
- tanah Paris;
- tanah Khurasan;
Babylon
- tanah (Babylon);
- tanah India;
- tanah syurga;
- tanah Tha'if;
Menurut Ibnu Abbas;
Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
Dahinya dari tanah Iraq kerana di situ tempat sujud kepala.
Mukanya dari tanah Aden kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar di mana tempat menarik perhatian.
Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
Perutnya dari tanah Babylon . Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu-daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.
Proses kejadiannya;
Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran ke dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.
Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" . Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam a.s masih berada di syurga, ter sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Apabila Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah; di kepala ialah dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Di bawah ialah sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Pada tubuh itu juga dijadikan lima buah pancaindera;
- Mata alat penglihatan
- Hidung alat penciuman
- Telinga alat pendengaran
- Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
- Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya ke kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dirinya. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat yang mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia terbersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan 'Alhamdulillah'. Itulah ucapan Adam a.s yang pertama kalinya ke hadrat Allah swt. Allah pun berfirman, 'Yarhamukallah' yang membawa erti 'semoga engkau diberi rahmat Allah'. Oleh itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat kita mengucapkan 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya disunatkan mengucap 'Yarhamukallah'. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja dia mahu bangun. Padahal bahagian bawah badannya itu masih tanah dan keras.
Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Seketika itu Adam a.s terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian baginda diarak oleh para malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga sebagai tempat mula-mula Adam a.s. tinggal.
Siti Hawa telah dijadikan oleh Allah swt dari tulang rusuk kiri nabi Adam ketika berada di dalam syurga. Ketika mereka makan buah larangan atas pujukan iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya diturunkan oleh Allah swt ke bumi. Menurut riwayat Nabi Adam a.s turun di India. Namun mengikut sesetengah riwayat di Mekah dan terpisah dengan Siti Hawa. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah, di atas bukit 'Jabal Rahmah' - di 'Padang Perkenalan'.
Umur Nabi Adam a.s menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan mengikut riwayat yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalah 60 hasta dan ukuran tapak kaki Adam a.s sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal. Siti Hawa telah melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak ia kembar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada waktu itu maka dibenarkan berkahwin adik-beradik, tetapi dengan syarat bukan dengan kembar yang lahir sekali - sama-sama.
Disusun Oleh: Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah
(Unit Penerangan dan Penerbitan) JAIS.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 19-8-2013 12:02 PM 
Kalau Fars tu Paris, ada petikan teks Arabnya tak?
salaam 
ha ha ha ... sy katakan "mungkin" ...
melihat redaksi kalimatnya yg menyebutkan beberapa tempat di Timur Tengah dan budayanya ... sy pikir, ini adalah hasil pemikiran sufi ... dan yg serupa (note: sy BUKAN dari golongan itu).
beberapa sumber sufi menyebutkan:
In the beginning God Almighty in His majesty created a huge jewel of green peridot. No one but He knows its size. Then the Lord trained His gaze onto that jewel and looked on it with a glance of awe. Under the influence of God's gaze, this jewel became liquid and began to undulate. It turned into a sea and nbegan to boil and churn and was moved from its depths. As it boiled, it began to evaporate, and steam rose up from it. This vapor continued to rise, and below it remained a thickening, coagulated, precious mass. From the layers of vapor the Lord of the worlds created the seven heavens, and from the remaining primordial mass he created seven layers which He then made into the seven earths. The thickness of each of the layers of heaven and earth was five hundred thousand light-years, and as for the space separating each of them from the next only God knows Naqsbandi
bentuk kalimat seperti ini BUKAN termasuk hadist [Rasulullah].
sejauh yg sy cari di LIDWA, tidak terdapat ucapan seperti itu di dalam 9 kitab hadist utama (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Ibn Majah, Ahmad, Malik, Darimi) dan tidak mungkin dalam bentuk kalimat seperti itu.
entah, mungkin pada kitab2 makrifat ... hakikat ... ? ? ? yg pasti, jika memang status ucapan tsb berasal dari pemikiran sufi, tidak mungkin bisa diartikan secara harafiah/literal ...
dan mengenai PARIS ... bisa dipastikan, itu adalah terjemahan yg keliru
|
|
|
|
|
|
|
| |
|