CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5673|Reply: 4

bolehkah bekas isteri ziarah kubur bekas suami?

[Copy link]
Post time 29-7-2013 09:28 AM | Show all posts |Read mode
saya nak tnya. boleh bekas isteri ziarah kubur bekas suaminya dulu sedangkan sekarang dia dh kawin dgn suami baru? apakah hukumnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2013 11:14 PM | Show all posts
hukum nya sah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 11:00 PM | Show all posts
dari segi praktikal ada 2 keadaan :
1) terjadi fitnah sehingga penceraian berlaku antara suami baru
2) terjadi bida'ah yg mendatangkan kebaikkan ataupun sebaliknya. dan bida'ah ini sebaik2nya dijauhi

Dalil :

   
  
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ
Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal,
1. sedekah jariyah,
2. ilmu yang bermanfaat
3. anak soleh yang mendoakannya
hadis riwayat muslim.

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.         

maka, tanggungjawab bekas isteri tidak termasuk dalam senarai ini. maka inilah amalan yg dimaksudkan bida'ah jika diamalkan. memerlukan persetujuan si suami baru terlebih dahulu. maka si isteri bersuami baru sewajarnya kembali kepada Alquran dan sunnah ketika beramal dengan ilmu yg dimaksudkan dan bukannya ilmu yg tidak bermanfaat walaupun ada manfaatnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 08:36 AM | Show all posts
bkn ape, sblm ni sy ada dgr segelintir yg ada pengetahuan agama yg bercakap..sekiranya isteri/suami itu telah pun berkahwin lain setelah pasangan meninggal dunia...ini bermakna isteri/suami dah tiada hubungan antara kedua-duanya termasuk dgn keluarga isteri/suaminya itu...dan bagi isteri harta pusaka suaminya sudah tidak dapat lagi.

itu bab persaudaraan dan harta pusaka...jadi yg bab ziarah kubur ini saya kurang jelas lagi...jadi betul komen razhar itu..jadi tiada keraguaan saya selepas ini. terima kasih...

*andai ada lagi yg boleh ditambah oleh rakan2 sekalian. saya alu-alukan...cukup menjadi rujukan saya utk jua disampaikan pada yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:58 AM | Show all posts
memastikan sesuatu perkara yg dilakukan diterima olehNya itu perlu melihat kepada apa yg Dia tetapkan. jika Dia menyatakan seperti dalil yg sudah diterangkan di atas, maka adalah lebih afdal untuk tidak memikirkan si suami yg sudah meninggal dunia kerana amalan yg dilakukan oleh si isteri itu tidak membantu bekas suami yg sudah tiada didunia dan diakhirat kelak kerana diri si isteri itu sudah menjadi amanah yg Dia tetapkan terhadap si suami yg baru. jika mahu juga pergi ke kubur bekas si suami, lebih baik jgn berkahwin (nasihat). inilah dinamakan hikmah kehidupan dari pengalaman mereka2 yg diberikan petunjuk berdasarkan Alquran dan sunnah. sewajarnya tidak dihukumkan sah ke atas sesuatu perbuatan bida'ah yg terkandung maksud fitnah kerana hukum sah yg dimaksudkan itu hanya pada maksud akad antara makhluk2 dan Tuhannya (yakni Allah sahaja yg Maha Mengetahui hakikat yg sebenar2nya). pun begitu, terdapat satu lagi hukum yg sewajarnya dilihat iaitu merujuk kepada kehidupan kerana sewajarnya perkara yg ditanyakan itu sebenarnya merujuk kepada hukum hati yg telah ditetapkan olehNya (wajib,sunat,harus,makhruh dan haram) dan bukannya pada maksud hukum sah sedangkan hukum sah itu hanya tertakluk pada akal dan bukannya hati. maksudnya hukum sah itu bila dinyatakan pada akal, maka tidaklah sampai kepada matlamat sebenar iaitu memelihara jiwa. maka dihukumkan haram jika seseorang itu menyampaikan hukum tidak kena pada maksud memelihara hati kerana disitulah kunci kesesatan yg disebabkan oleh hukum yg berdasarkan pada maksud akal (membenarkan akad yg merupakan priority yg tidak boleh dibantah).

pada akal terkandung 3 hukum asas.wajib, harus dan mustahil. jika pada akal sudah tidak menerima hakikat dalil yg dinyatakan di atas ini sebagai satu pegangan dalam berakidah, renung2kanlah adakah kita mengikut jalan yg lurus (jalan yg Dia redhoi)?

sewajarnya, kita melihat dari apa yg kita maksudkan perkahwinan, jika sesuatu perkara yg dilakukan itu melibatkan 2 unsur, iaitu fitnah dan bida'ah, sewajarnya kita memikirkan hala tuju jalan yg Dia redhai terlebih dahulu. hubungan si isteri yg masih hidup bila sudah dimaksudkan terputus amalannya ketika di dunia dengan bekas si suami, maka menjadi keutamaan kepada si isteri untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap si suami baru berbanding si suami lama. cukuplah sekadar berdoa kepada bekas si suami lama atas kesalahan dan dosa2 yg pernah si isteri lakukan sambil memohon diampunkan akan dosa bekas si suami yg sudah meninggal dunia.

marilah kita melihat keadaan umat2 Islam hari ini. jika dikatakan janda, apakah yg terdapat pada kotak pemikiran kita? bila dikatakan duda, apa pula yg dikatakan pada kotak pemikiran kita. maka bila dikatakan si isteri yg bersuami baru melawat kubur bekas si suami, apa akan terjadi? keselamatan jiwa lebih diutamakan untuk zaman ini dan bukannya meletakkan sesuatu hukum yg bukan pada maksud dan tempat yg tidak sesuai dengan maksud memelihara agama itu sendiri.

antara kelemahan umat Islam hari ini adalah pendakwah2 yg menyampaikan sekadar menggunakan hukum akal sehingga membentuk akal umat Islam sekadar menggunakan akal tanpa menggunakan hati untuk berhukum sedangkan hukum sebenar itu sepatutnya berdasarkan pada jiwa (akal dan hati) dan bukannya akal semata2. inilah antara bukti jelas betapa kita yg sebenar2nya berada di suatu zaman yg penuh kerosakkan yg berpunca dari kalangan ulama2 itu sendiri.

jika mahu dihukumkan sah sesuatu perbuatan, maka si isteri yg bersuami baru memerlukan saksi untuk mengesahkan perbuatan bida'ah yg dilakukan itu mengikut syariat dan tidak merosakkan rumah tangga itu sendiri. sah itu zahir dari saksi maka yg menyatakan sah itulah kaum2 yg tidak mahu kembali merujuk kepada petunjuk Alquran dan sunnah. oleh itu bertanyalah kepada para arifin dari kalangan ahlul zikri perihal ini.

tidakkah mencintai Allah itu sewajarnya mengatasi maksud mencintai dunia? renung2kanlah.
Last edited by AdAkAmA on 19-8-2013 10:23 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.390350 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list