CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6591|Reply: 25

NASIB MUALAF

[Copy link]
Post time 25-7-2013 07:45 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum. .... Di bulan yang mulia ini, aku ingin kongsi satu peristiwa yang sangat menyayat hati berkenaan dua perempuan mualaf yang berbangsa cina. Kisah inii berlaku di salah sebuah pusat membeli belah di Kuantan. 2 orang mualaf ini berpakaian rasmi bank yang seksi yang mencari pelanggan kad kredit. Setelah bercakap mengenai produk mereka aku memberi business card aku yang bekerja di institusi penyelidikan Islam yang terkemuka di negara.

Setelah melihat business cars aku, kedua2 mualaf ini mengaku bahawa mereka telah memeluk Islam 2 tahun yang lalu. Kemudian aku bertanya kenapa masih memakai mini skirt dan tidak menutup aurat. Mereka berkata mereka tidak mendapat panduan hidup Islam dan masih berminat dengan Islam. Aku pun minta mereka datang ke pej aku dan memberi peluang untuk mendengar syarahan agama di masjid2 dan memberi peluang untuk berhubunh dengan PERKIM.

Berita Harian Metro pada hari ini juga mengisahkan nasib Iman Mualaf yang daif..Mereka tidak dibela dengan panduan dan wang ringgit untuk memujuk hati mereka...mana pergi zakat bagi asnaf mualag yang berjuta2 itu...Jika kita umat Islam tidak mampu untuk memberi panduan dan wang ringgit, banyak lagi badan2 agama lain sanggup untuk memberi mereka beribu2 ringgit untuk menyesatkan mereka kembali kepada agama asalnya....

Sama2 kita renungkan nasib mualaf ini...Mungkin hidayah yang mereka terima dari Allah s.w.t lebih baik daripada kita yang dilahirkan Islam...Wallahualam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 08:49 AM | Show all posts
Hubungi pihak ni https://www.facebook.com/MalaysiaRevertedMuslim

InsyaAllah diorg boleh membantu..

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 09:24 AM | Show all posts
Berita Harian Metro pada hari ini juga mengisahkan nasib Iman Mualaf yang daif..Mereka tidak dibela dengan panduan dan wang ringgit untuk memujuk hati mereka...mana pergi zakat bagi asnaf mualag yang berjuta2 itu...Jika kita umat Islam tidak mampu untuk memberi panduan dan wang ringgit, banyak lagi badan2 agama lain sanggup untuk memberi mereka beribu2 ringgit untuk menyesatkan mereka kembali kepada agama asalnya....

Sama2 kita renungkan nasib mualaf ini...Mungkin hidayah yang mereka terima dari Allah s.w.t lebih baik daripada kita yang dilahirkan Islam...Wallahualam...
Salam...

Sepengetahuan saya, dah ada peruntukan untuk muallaf.... samada mereka tahu atau tidak, samada umat Islam tahu atau tidak, itu juga menjadi persoalan yang patut diketengahkan...

Persoalan mana pergi wang peruntukan untuk muallaf bukanlah menjadi isu utama, lebih dari itu ialah tanggungjawab memberi panduan kepada mereka...  

Saya sendiri pernah dengar luahan muallaf yang pernah pergi ke PERKIM, diberi wang, buku rujukan, dan memang mereka (muallaf) hargai pemberian itu, namun yang kurang ialah panduan kehidupan secara praktikal. Yang ini agak sukar, pada pandangan saya staf PERKIM pun terhad, dan ada komitmen masing-masing, maka kita perlukan sukarelawan...

Dan saya rasa umat Islam kena tampil, samada secara individu atau berjema'ah, atau dengan kerjasama PERKIM dan badan-badan yang sesuai, untuk memberi panduan secara praktikal kepada saudara baru... kalau ada keinginan tentu akan ada jalannya.... cumanya pengorbanan yang diperlukan...

WAllahu a'lam





Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:00 PM | Show all posts
interesting bila dibaca. apa boleh buat. itulah yg dinamakan akhir zaman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya...memang ada agensi berkenaan spt PERKIM, Jabatan Agama, Pusat Zakat Negeri boleh membantu....Tapi saya rasa mereka ni hanya duduk di pejabat tunggu mualaf dapat pejabat mereka...mereka tidak turun padang atau memebimbing hingga ke rumah mereka...kena ingat mualaf ini ramai yang tidak tahu nak mengadu pada siapa atau berat nak panjat pejabat agama...hal ini sgt penting dan minta JAKIM ambik berat dan perhatian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi kejadian seorang insan yang ingin mengenali Islam. Pejabat saya terletak dalam masjid. ...kadang2 pak guard ni kena bersopan sikit bila layan orang bukan Islam bila mereka hendak melawat masjid kita...memang ada peraturan..tapi kekadang kena juga guna pertimbangan....


Ada seorang wanita dari Taiwan dalam rombongan bas melawat masjid negeri...yanh peliknya wanita tersebut menangis terasak-asak untuk berada di kawasan kiblat kita...dia kata hendak kawasan kiblat kerana dia berasa ada sesuatu keajaiban...tetapi dihalang oleh pak guard tadi....

Inilah antara contoh orang bukan Islam yang boleh dilembutkan hatinya untuk mengenali Islam...

APAKAH KITA BOLEH MENJAWAB PERTANYAAN ALLAH "ADAKAH KAMU TELAH MENYEBARKAH DAKWAH BAHAWA AKU ADALAH TUHAN YANG SEBENAR"....???

Apa jawapan kita sebagai khalifah dan hamba Allah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2013 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru2 ini saya pergi ke Masjid Negara pun pegawai masjid melayan mat dan minah salleh dengan kasar dan menghalau mereka seperti anjing!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 07:32 PM | Show all posts
itulah tanda guard yg jahil ilmu agama. maka bermula dari guard dan sesiapa yg terlibat termasuklah pengurusan masjid, iman dan bilal juga yg membayar upah menjadi guard termasuk pengurusan yg berkaitan -> golongan yg akan masuk penempatan dijanjikan Allah secara free bernama neraka. berapa lama tak tahu ler. melainkan terlepas azab dgn Rahmat Allah. Last edited by AdAkAmA on 26-7-2013 07:34 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 08:10 PM | Show all posts
saya menerangkan ilmu berkaitan qada dan qadar. jika ada kesalahan, mohon perbetulkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 08:16 AM | Show all posts
perkara ni dah bertahun2 Kebajikan Maysarakat Malaysia bersuara ...namun yang dengar pegawai2 yang pekak telinga ...hingga meke bangga membuat laporan ...ada duit zakat baki berjuta2 ...setiap tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 03:57 PM | Show all posts
Assalamualaikum.. Thanks TT for sharing this. FYI sy juga merupakan sorang saudara baru. Alhamdulillah, keadaan sy tidak sesukar seperti 2 gadis mualaf yg TT ceritakan tu. udah mempunyai kerja yg tetap. walaupun keluarga masih tidak tahu, so saya tutup aurat sejauh mana yang mampu je. honestly saya masih belum bertudung.

Saya faham sgt2 apa yg dilalui oleh 2 orang mualaf tu.. sblum kita mengucapkan syahadah, mmg berduyun2 orang nak tolong.. masing2 kejar pahala nak bantu. tapi bila dah start bimbing, they realise that it's not easy to commit, and so they back off.

On the other hand, i think it's important to know the reason why someone revert to Islam. we gotta make sure we can cope and manage life without expecting zakat asnaf utk mualaf.. tangan yg memberi adalah lebih baik dr yg menerima. berusahalah ke arah yg lebih baik.. Allah tidak kejam utk bagi kita masuk Islam tapi susahkan perjalanan itu. Wallaualam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 04:36 PM | Show all posts
mungkin reply ni keluar drpd thread yg dibincangkan,cuma nak cerita je la.

Rasullullah S.A.W sangat pemurah pada bulan Ramadhan,Baginda suka bersedekah dan bersegera melakukan kebaikan.ianya umpama angin yang bertiup kencang.

Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 04:40 PM | Show all posts
Antara dakwah terbaik zaman skrg adalah bersifat lemah lembut bukan shj sesama Islam malah terhdp bukan Islam....tunjukkan akhlaq yg mulia dll maka itulah yg mampu mempengaruhi hati2 mereka.... Di zaman awal kedatangan Islam mmg Islam terpaksa disebarkan dgn peperangan...kerana nak menegakkan syi'ar serta meneruskan kelangsungan Islam dari dihina ditindas dll...tp kini zaman dah berubah & Islam dah lama bertapak di seluruh dunia....tinggal utk kita dakwah scara paling berhikmah.



Kalau omputeh yg datang melawat masjid dihalau dgn kasar atau kuang ajar, maka itu secara tak lgsg menjatuhkan imej Islam bilamana penganut berakhlaq kureng...mana tau dgn kita berckp sopan santun berbudi bahasa akhirnya omputeh td boleh berminat dgn Islam....atas hidayahNYA...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 04:43 PM | Show all posts
Sy sering mendengar luahan serta perkongsian ilmu serta pengalaman para muallaf dlm IKIM.fm ruangan ape ntah tp bersama saudara baru, mmg Alhamdulillah menarik tp satu yg sy tak berkenan ialah hobi DJ bertanya muallaf ttg pndgn mereka berkenaan umat Islam di Malaysia...yakni ttg Muslim2 yg tidak mengamalkan Islam...


Rata2 kondem Muslim yg sejak lahir Muslim kerana nature of the question....sdgkan byk yg positif kerana Muslim jgk yg selalu membimbing mereka2 muallaf di Malaysia & dlm mana2 agama pun ade penganut yg baik & tak baik....so soalan2 tu sy tak setuju.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 04:56 PM | Show all posts
kepakayam posted on 28-7-2013 03:57 PM
Assalamualaikum.. Thanks TT for sharing this. FYI sy juga merupakan sorang saudara baru. Alhamdulill ...

Wa'alaikumusalam warahmatullah.

teruskan isitiqamah mendalami Islam,
InsyaAllah hidayah akan terus mengalir dalam darah aliran darah anda.
pepatah melayu ada mengatakan
alang-alang menyeluk pekasam,
jgn dibiar sebelah ketiak saja menjadi masam,
teruskan sampai kedua-dua ketiak kita menjadi masam.

Wallahu'alam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 09:09 AM | Show all posts
matabelalang posted on 26-7-2013 06:52 PM
Baru2 ini saya pergi ke Masjid Negara pun pegawai masjid melayan mat dan minah salleh dengan kasar dan menghalau mereka seperti anjing!

Ehh betul ke sedara? Dihalau macam anjing? Takl ah sampai macam tu kot?

Sebab tu lah dakwah bukannya untuk non-Muslim semata-mata.... DAKWAH KEPADA ORANG ISLAM JUGA MESTI DILAKSANAKAN! Orang Islam juga perlukan nasihat dan perinagatan yang bermanfaat!

Kita marah orang Islam tak reti berdakwah kepada non-Muslim, tak reti atau tiada ilmu bila berdepan dengan non-Muslim....tapi kita tak pun berdakwah secara hikmah dan bijaksana kepada orang Islam sendiri!

KITA JUGA TURUT BERSALAH DALAM HAL INI!

APAKAH KITA BOLEH MENJAWAB PERTANYAAN ALLAH "ADAKAH KAMU TELAH MENYEBARKAH DAKWAH BAHAWA AKU ADALAH TUHAN YANG SEBENAR"....???

Apa jawapan kita sebagai khalifah dan hamba Allah?

Saudara sebagai orang yang ada kesedaran tentang kelemahan umat Islam Alhamdulillah..... maka kita yang dikurniakan kesedaran ini patut berdakwah dengan bahasa yang baik kepada pak guard tu.... supaya nanti pak guard tu dapat berdakwah pula atas kapasiti dan kemampuannya.... pak guard dapat pahala... kita pun dapat pahala atas setiap dakwah pak guard tu....

Mungkin dia tiada ilmu pengetahuan pasal dakwah dan hikmah, tetapi kita pula letakkan beban dia untuk berdakwah kepada non-Muslim sedangkan bila dia buat silap kita marahkannya pula? Ini dah jadi beban kepada mana-mana umat Islam apabila menyaksikan kesalahan umat Islam yang membawa kepada orang semakin jauh dari agama Islam patut diperbetulkan ikut kemampuan masing-masing...

Menuding jari mencari salah semata-mata tanpa melibatkan diri untuk berdakwah bukannya cara dakwah yang berkesan... maka umat Islam mesti berganding bahu bersatu dan saling memberi peringatan antara satu sama lain

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman (Az-Zariyat, 55)

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 29-7-2013 09:13 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2013 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang saya beritahu adalah realiti bukan!...Ada sesetengah kita beranggapan bahawa non-muslim sebagai kafir, musuh etc...sebab tu berlaku perkara yang merosakkan syariat Islam itu sendiri kepada non-muslim...hakikatnya mereka juga adalah manusia yang dicipta Alkah untuk mendapat mendapat rahmat Allah...Tugas kita berdakwah tidak pernah selesai...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:02 AM | Show all posts
Dengan binatangpun kita buat baik apa lagi dengan manusia..............................

inilah ciri ciri Muslim sejati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:35 AM | Show all posts
bestfriend i pn mualaf. india sri lanka. kahwin dengan melayu islam, dapat anak kembar. convert sebab kahwin lah. tapi husband dia nak kawen ngn melayu pulak.dia frust sgt2 n minta cerai (dengn harapan laki tu xjadi kawen) tapi malangnya laki tu ceraikan dia. tinggal lah dia terkontang kanting. yang bestnya, lepas bercerai, dia bercinta dengn india yg alim. dah 7 tahun. tapi nak kawen, ditentang oleh keluarga bf dia tu. sebab, dia islam. family laki tu takut anak dia kena convert. i tanya dia, dia convert sbb ex-husband dia. knapa dia xconvert balik dari islam untuk bf dia skang? itu ja masalah yg myebabkan dorg xle kawen. dia jwb. "because deep inside, i know that islam is the real religion. it's stupid to call all the things that made by human as god. and for me, even im not a good muslim, the god is here. Allah is here (smbil tepuk dada dia).." dia banyak menyedarkan aku yang tak berapa peduli pasal sensitiviti agama sebelum ni. dia byk buat aku berfikir. dorg ni klau dpt bimbingan yg betul, dorg leh serap nilai keinsafan tu lebih baik berbnding melayu sedia ada. (merujuk diri sndiri) tapi i nk bimbing pn...i merangkak sma2 dengan dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 09:55 AM | Show all posts
Memang benar .. kita Islam kerana mak ayah kita Islam ... jiwa Islam tiada dalam diri kalau kita tidak megamalkan cara hidup Islam ... bagi mereka yang mualaf, mereka kaji perbandingan agama, buat pemerhatian terhadap kejadian alam semeste, kemudian mendapat hidayah Allah yang terbit dari jiwa mereka sendiri ...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.730277 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list