|
salam
"Apabila masuk bulan Ramadhan,dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam,
serta dibelenggu syaitan-syaitan itu."
syukur dah hampir pertengahan ramadhan, syaitan bisa dibelenggu
dan kini rantainya dah mula longgar dah
dek kerana persiapan menyambut raya leee, dgn semua persiapan tersusun atur
sampai lupa istilah AIDIL FITR itu sendiri
iaitu HARI DIBEBASKAN DARI NERAKA
gamaknye lah - camna perlu dibuat apabila DIBEBASKAN DARI NERAKA????
sekadar untuk direnung bersama
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
"Apabila masuk bulan Ramadhan,dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam,
serta dibelenggu syaitan-syaitan itu."
syukur dah hampir pertengahan ramadhan, syaitan bisa dibelenggu
dan kini rantainya dah mula longgar dah
dek kerana persiapan menyambut raya leee, dgn semua persiapan tersusun atur
sampai lupa istilah AIDIL FITR itu sendiri
iaitu HARI DIBEBASKAN DARI NERAKA
gamaknye lah - camna perlu dibuat apabila DIBEBASKAN DARI NERAKA????
sekadar untuk direnung bersama
Salam...
Terima kasih atas renungan yang dikongsi di sini
Syaitan dibelenggu?? Ya betul...tapi Syaitan durjana yang 'besar'/degil/melampau sahaja dibelenggu... yang kecik-kecik yang tidak mampu membuat masalah seperti yang 'besar' tu masih dapat berkeliaran...
Macam juga hadith yang menyebut malaikat tak masuk dalam rumah yang ada gambar di dalamnya, bukan umum semua malaikat, yang dimaksudkan ialah malaikat rahmat.
Berkaitan Syaitan dirantai/dibelenggu dalam bulan Ramadhan, kenalah lihat beberapa hadith dan juga penjelasan Ulama.
Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
“Apabila masuk sahaja Ramadhan, maka pintu-pintu Jannah (Syurga) pun dibuka, pintu-pintu jahannam ditutup, dan syaitan-syaitan pula dibelenggu.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ
“Apabila tiba saja malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan-syaitan dan jin-jin yang ganas (yang besar). Pintu-pintu Neraka ditutup dan tiada satu pun terbuka. Pintu-pintu Syurga pula dibuka dan tiada satu pun yang tertutup.” (Hadith Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah)
Imam Ibnu Khuzaimah (Rah) menyatakan:
باب ذكر البيان أن النبي صلى الله عليه و سلم إنما أراد بقوله: و صفدت الشياطين مردة الجن منهم لا جميع الشياطين إذ اسم الشياطين قد يقع على بعضهم
“Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi SAW: “Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.”
(Sahih Ibnu Khuzaimah)
Al-Hafiz Ibnu Hajar (Rah) menyatakan :
المراد بالشياطين بعضهم وهم المردة منهم وترجم لذلك بن خزيمة في صحيحه وأورد ما أخرجه هو والترمذي والنسائي وبن ماجة والحاكم
“... (Berdasarkan pendapat yang lain) apa yang dimaksudkan syaitan dalam hadith ini merujuk kepada sebahagiannya, iaitu mereka yang ganas lagi menentang. Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Sahihnya untuk hadith berkaitan, lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim... (sebagaimana di atas).”
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Syaitan Dibelenggu, Tetapi Kenapa Maksiat Berleluasa?
Imam al-Qurthubi menjelaskan:
فإن قيل كيف نرى الشرور والمعاصى واقعة في رمضان كثيرا فلو صفدت الشياطين لم يقع ذلك فالجواب أنها إنما تقل عن الصائمين الصوم الذي حوفظ على شروطه وروعيت ادابه أو المصفد بعض الشياطين وهم المردة لاكلهم كما تقدم في بعض الروايات أو المقصود تقليل الشرور فيه وهذا أمر محسوس فإن وقوع ذلك فيه أقل من غيره اذلا يلزم من تصفيد جميعهم أن لا يقع شر ولا معصية لأن لذلك اسبابا غير الشياطين كالنفوس الخبيثة والعادات القبيحة والشياطين الإنسية
“Apabila dikatakan, “Mengapa kita masih melihat kejahatan dan maksiat berlaku di bulan Ramadhan. Sekiranya syaitan dibelenggu, bukankah sepatutnya perkara seperti itu tidak akan berlaku?”
Maka jawabannya, “Bahawasanya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu para penentang yang ganas dari kalangan mereka sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya. Apabila semua syaitan dibelenggu, juga tidak menjadi sebab untuk tidak akan berlakunya kejahatan dan kemaksiatan. Kerana sebab berlakunya kemaksiatan itu turut didorong oleh sejumlah faktor lainnya selain dari faktor syaitan. Boleh jadi disebabkan nafsu yang buruk, tabiat yang kotor, dan syaitan-syaitan dari kalangan manusia sendiri.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 4/114)
Dipetik dari:
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/ ... etika-ramadhan.html |
|
|
|
|
|
|
| |
|