CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2928|Reply: 0

RAHSIA SURAH AL-WAQIAH

[Copy link]
Post time 24-7-2013 10:58 AM | Show all posts |Read mode
    
                                                                      Rasulullah  SAW bersabda:
  
"  Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran  selamanya"
  
Surah  Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber  kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan  surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah  menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan,  bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya  adalah sahih.
  
Khasiat surah Al-Waqiah :
  
1.  Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita  dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan  kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada  Abdullah yang sedang sakit tenat.
  
Uthman  berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu.  Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin?  Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah  "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah  SAW   bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak  akan jadi miskin selama-lamanya."
  
2.  Mereka yang membaca  surah ini sebagai wirid,  dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan  kemudahan selama-lamanya.
  
3.  Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap  malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.
  
4.  Surah al-Waqiah ini jika dibaca  disisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit,  Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada  orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
  
Insyaallah  dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan  dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki  dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan  memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan  amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
  
Buat  peringatan,amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan kekayaan dan  kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati  dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan. Bacalah surah ini dengan  besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan  perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini,  Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.
  
Disediakan  oleh:
  
Nor  Ashikin Binti Kamaruzaman
  
Praktikal Bahagian Dakwah
  JAIS
  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.291222 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list