CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3570|Reply: 28

Beribadat 500 Tahun Tidak Menjanjikan Syurga

[Copy link]
Post time 1-7-2013 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Beribadat 500 Tahun Tidak Menjanjikan Syurga
>> WEDNESDAY, OCTOBER 19, 2011



Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya, "Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar, panjang bukit itu 30 puluh hasta dan lebarnya 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru".

Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu dia pun sembahyang. Dalam sembahyang, dia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika dia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.

Berkatalah malaikat lagi, "Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat tahu bahawa dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat: "Masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku". Maka berkata orang itu, "Dengan disebabkan amalku?" Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, iaitu nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah s.w.t. berfirman, "Masukkan dia ke dalam neraka". Apabila dia ditarik ke neraka maka dia pun berkata," Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatmu. "Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat, "Bawakan dia ke mari". Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu, "Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada". Lalu orang itu menjawab, "Engkau ya Allah". Kemudian Allah s.w.t. bertanya lagi, ”Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?”. Jawab orang itu, "Ya Allah, dengan rahmatmu.” Allah s.w.t. bertanya lagi, "Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?". Jawab orang itu, "Engkau ya Allah". Allah s.w.t. bertanya lagi, "Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?"

lalu orang itu berkata, "Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya." Allah s.w.t. berfirman, "Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku." Malaikat Jibrail berkata, "Segalaa sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t".

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t.berikan pada hambanya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah s.w.t. sebaliknya mohonlah dengan rahmatnya.

Kerana hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya. Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah s.w.t. memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam Syurga Firdaus.

Masuk Syurga itu terletak pada rahmat Allah, dengan melakukan apa yang diperintahkannya dan menjauhi dari segala apa larangannya mendekatkan kita pada RahmatNya. Jangan sesekali kita angkuh dengan amal ibadah dan ilmu yang kita ada namun hendaklah kita sentiasa bersyukur, ikhlas dan sentiada merendah diri kerana tiap suatu nikmat atau dugaan datang daripada Allah.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2013 06:33 AM | Show all posts
sebab tu org x solat,kaki rasuah,suka berzina sering cakap "kita masuk Syurga bukan kerana ibadat......"

cer jawab???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 09:20 AM | Show all posts
JANGAN LAK BILA BACA THREAD NI KORANG TAK NAK BERAMAL SOLAT DAN SEBAGAINYA TAPI CUMA NAK KATA SYURGA PAHALA TU BUKAN KITA YANG TENTUKAN SO JANGAN RIAK ATAU SOMBONG KALAU RASA DIRI TU DAH TINGGI SANGAT TARAF AMALANNYA...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 10:40 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 2-7-2013 06:33 AM
sebab tu org x solat,kaki rasuah,suka berzina sering cakap "kita masuk Syurga bukan kerana ibadat... ...

salam

masok aaahh .. syurga dunia .. akhirat neraka .. hehe


dunia ini syurga bagi orang kafir ..
jail bagi orang mukmin ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 11:25 AM | Show all posts
NorAddin posted on 2-7-2013 10:40 AM
salam

masok aaahh .. syurga dunia .. akhirat neraka .. hehe


Wak DIN, tidak mustahil bagi orang orang mukmin,didalam KETERBATASAN mereka hidup diatas muka bumi ini tetap peroleh serta merasakan kemanisan didalam setiap ibadah yang dilakukan?

Bagaimana yang dikatakan hidup didunia ini bagi orang mukmin...ibarat penjara?

The phrase best of both worlds can never apply to orang orang mukmin?

Hmmmm

Last edited by crankshaft on 2-7-2013 11:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 11:30 AM | Show all posts
crankshaft posted on 2-7-2013 11:25 AM
Wak DIN, tidak mustahil bagi orang orang mukmin,didalam KETERBATASAN mereka hidup diatas muka bu ...

salam pokcik ..

saya bukan wak .. pokcik .. haha

anyway ..
4 perkara ..
  • Tawadhu' .. merendahkan diri
  • Suci lidah nya dari dusta
  • Suci perut nya dari makan makanan yang haram
  • Suci badan nya dari loba dan tamak

wassalam


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2013 11:36 AM | Show all posts
NorAddin posted on 2-7-2013 11:30 AM
salam  pokcik ..

saya bukan wak .. pokcik .. haha

Rasanya panggilan Wak ada nilai penghormatan  dari BITCH  kheen? He he....

Anyway ......your 4 points in relation to dunia ini penjara bagi orang mukmin? Elaborate sikit boleh?

Hmmmm

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 11:43 AM | Show all posts
Wak Din...awat lambat reply?

Tak dapat cari jawapan dari pak google ka?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 02:17 AM | Show all posts
salam

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w.:
‘‘Amal perbuatan apakah yang paling disukai Allah?’’
Baginda s.a.w. menjawab:
‘‘Amal yang kekal (dikerjakan) walaupun sedikit.’’
Sahih Bukhari

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:29 AM | Show all posts
NorAddin posted on 16-7-2013 02:17 AM
salam

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w.:


Ini bak pepatah..buat baik biar berpada buat jahat jangan sekali ka WAK DIN?

Tapi kalau baiknya dibuat secara consistent tapi dalam kadar yang sedikit...sedangkan kemungkaran nya lebih banyak yang dibuat dari sedikit yang baik itu...how ah WAK DIN?

Aku yang bingung....

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:39 AM | Show all posts
Setakat copypaste hadis kehulu kehilir...tapi bila ditanya akan huraiannya ...korner kelililing gelanggang.....

Macam aku nak kasi singgah terompah jamban aku kat muka jenis macam nee....

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:41 AM | Show all posts
crankshaft posted on 16-7-2013 02:29 AM
Ini bak pepatah..buat baik biar berpada buat jahat jangan sekali ka WAK DIN?

Tapi kalau baikn ...

salam

dah betul aahh .. Pokcik Sting ..

takut yang d'kendung keciciran ..
yang d'kerjar tak dapat ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:49 AM | Show all posts
NorAddin posted on 16-7-2013 02:41 AM
salam

dah betul aahh .. Pokcik Sting ..

So memang nko setakat tahu copypaste hadis tapi HARBAM MURAKKAB bab huraiannya? Yes? No?

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:53 AM | Show all posts
crankshaft posted on 16-7-2013 02:49 AM
So memang nko setakat tahu copypaste hadis tapi HARBAM MURAKKAB bab huraiannya? Yes? No?

salam

haha .. sama macam ko .. tahu tanya aje ..
tapi Jahil Murrakab .. aahh .. Pokcik Sting .. hehe

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:58 AM | Show all posts
NorAddin posted on 16-7-2013 02:53 AM
salam

haha .. sama macam ko .. tahu tanya aje ..

Bak kata orang2 yang terdahulu dari kita.....kalau Tak tahu sila bertanya...utk elakkan dari sesat jalan......nampaknya aku telah bertanya pada salah orang...?


Darn it.....





Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:01 AM | Show all posts
crankshaft posted on 16-7-2013 02:58 AM
Bak kata orang2 yang terdahulu dari kita.....kalau Tak tahu sila bertanya...utk elakkan dari sesat ...

salam

haha .. biasa ahh Pokcik Sting ..
sesat hujung jalan .. balik pangkal jalan .. hehe

wassalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 03:10 AM | Show all posts
NorAddin posted on 16-7-2013 03:01 AM
salam

haha .. biasa ahh Pokcik Sting ..

So adakah Wak DIN didalam persimpangan menyesat kan orang orang disini?....setakat copypaste tapi tidak dapat berikan huraiannya?...korner selagi boleh korner?



Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:15 AM | Show all posts
crankshaft posted on 16-7-2013 03:10 AM
So adakah Wak DIN didalam persimpangan menyesat kan orang orang disini?....setakat copypaste tapi  ...

salam

biasa aahh .. Pokcik Sting ..
tertaklok pada si penanya itu .. macam Pokcik Sting ..
kalau salah pemikiran .. salah lah pengambilan ..
maka salah tafsiran .. salah huraian ..
sememang nya akan membawa salah Iqtikat ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:24 AM | Show all posts
NorAddin posted on 16-7-2013 03:15 AM
salam

biasa aahh .. Pokcik Sting ..

Kalau nko dah tak boleh nak beri huraiannya...ngapa perlu copypaste? Bukankah satu PENGANIAYAAN pada orang yang musykil akan PERKARA yang nko paste sedangkan nko sendiri tidak tahu huraiannya untuk menjawab?

Ini yang nko sebut ilmu yang dikongsi yang dapat memberi manfaat?kalau  lebih ramai orang yang confuse serta tidak mendapatkan huraiannya yang betul......camna nko nak sebut ilmu yang bermanfaat?

Nak aku sambung lagi?

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:29 AM | Show all posts
crankshaft posted on 16-7-2013 03:24 AM
Kalau nko dah tak boleh nak beri huraiannya...ngapa perlu copypaste? Bukankah satu PENGANIAYAAN pa ...

salam

yello .. dey .. Pokcik Sting ..
jangan jadi Kelingstuff .. ooppss .. crankshaft ..
baca statement saya betul betul ..
kalau Pokcik tak dapat tafsir/context what i'm writing ..
hard luck .. aahh POkcik ..

tak kan nak spoon feed .. macam  tumby kecik .. haha

wassalam


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.115438 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list