CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12646|Reply: 10

Kos Tukar klass & timing belt Satria lama 1.3

[Copy link]
Post time 28-6-2013 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Salam warga forum..
firts time post thread sini, harap ada yang sudi membantu and bagi cadangan..

Kereta saya Satria model lama 1.3 saja
sebelom-sebelom ini dah tukar macam-macam dah
air cond,radiotor, cat bumbung semua tu dah abis banyak belanja
radiator 2kali kena.. mcm celaka org mula buat tu.. baru tukar pasang radiotor baru terus seketul
elok 2,3 hari je lepas tu jadi balik.. then g balik kedai sama dia tmpung2 je yang rosak tu..
lepas tu dah fed up sangat tukar yang baru lgi seketul harga 400 gak la..

Baru ni kereta meragam lagi.. kereta saya mengalami semput2 teruk juga..
mulanya saya fikir sebab minyak hitam yang 2 bulan tak tukar (jarang naik kereta sebab tu lama x tukar)
lepas tukar minyak hitam pon jadi lagi..
nak buat modal lah kan so tunggu gaji baru buat heheh

semalam sy pergi ke bengkel suami kepada rakan sekerja..
sebab dok terkena ngan orang yang tak kenal teruk-teruk
last2 rosak benda yang sama 2,3 kali
jadi saya cuba rakan suami pulak so law apa2 kita ley direct dia tak hehehe
so semalam pergi la bengkel dia dan dia cek..
dia bagi tahu la yang kereta saya ni banyak sakit
mengalami kerosakkan yang amat teruk jugak la.. Maklumlah perempuan taw gasak je.. bab lain x pandai

kena tukar klas (taktahu ejaan sebenar harap betul la) then timing belt pon dah kena tukar sebab minyak dekat enjin dah liking dia kata..
kos untuk tukar klas je rm400, timing belt rm 200
semalam dia buat bagi hilang semput tu. dia tukar cable plug dan filter kalau x silap kos RM90

saya nak tanya pendapat forum mahal tak dengan kos yang dia berikan?
sebab rasa semalam tu macam agak mahal jugak..

thanks kepada yang beri respond.
Last edited by cheida_mymee18 on 28-6-2013 02:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 11:20 AM | Show all posts
Kalau ikutkan harga tu dgn siap pasang sekali ok. stended, tiada charge melampau..
lagipun bukan senang2 punya kerja, tukar timing belt/turun gearbok...
cuma harap2 tiada masalah timbul lepas ni, kalau ada masalah cepat2 hantar balik ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 02:29 PM | Show all posts
zulka posted on 28-6-2013 11:20 AM
Kalau ikutkan harga tu dgn siap pasang sekali ok. stended, tiada charge melampau..
lagipun bukan se ...

owh thanks yea..
itulah harap2 lepas ni x de masalah la..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga lebih kurang tu je...  alang2 tukar tu... tukar semua belting la... n chek skali mounting...

Kete yg sakit nie.. leh buatkan kita sakit jiwa... baik berhabisan skrg.. pastu live happily..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 02:39 PM | Show all posts
Chek_am8848 posted on 28-6-2013 02:32 PM
Harga lebih kurang tu je...  alang2 tukar tu... tukar semua belting la... n chek skali mounting...
...

belting n mouting tu apa?
sorylah nk tahu jugak hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 03:08 PM | Show all posts
cheida_mymee18 posted on 28-6-2013 02:39 PM
belting n mouting tu apa?
sorylah nk tahu jugak hihihi

Mounting tu benda yg pegang engine. Ada 4 bijik. Bila dah lama - getah dlm mounting tu keras. Jadi engine bergegar semcm dan kereta rasa mcm wobble ketika memecut sebab engine shifted...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-6-2013 03:20 PM | Show all posts
Bell posted on 28-6-2013 03:08 PM
Mounting tu benda yg pegang engine. Ada 4 bijik. Bila dah lama - getah dlm mounting tu keras. Jadi ...

owhhh
so law tukar menda tu brapa pulak kos?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Belting tu.. tali yg pusing2 dlm sebelahbenjin tu la..

Maunting tu... alat utk menampung enjin kat bahagian sambungan enjin ke body... alat nie tak nak bagi engin bergegar. Kiranya macam pelapik la...

Pegi la jenguk kat enjin bay tu.. untung 2 leh jumpa belting ngan mounting tuh... itu pun kalu kete tt pakai belting la.. hahhaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya elok tt tukau je semua mounting tu.. nt baru dpt rasa betapa senyapnya enjin...

Dulu masa chek lepas tukau... terkadang TERstart kete 2 kali.. sbb x prasa kali pertama tuh enjin dah idup...

Ongkosnya tak ingat berapa. .. x mahal pun.. tapi kalu pi bengkel semata2 nk tukau mendalah ru..mmg mahal la..koz leceh punya keje... tambah2 lagi kalu kete kelisa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 04:22 AM | Show all posts
cheida_mymee18,

dari segi kos barang yang ditukar dan upah pemasangan sebenarnya berbeza ikut bengkel, dan bergantung juga pada jenis/jenama barangan tu (alat ganti asli / tiruan / jepun / china / terpakai). Tak semua bengkel/mekanik jujur bila tukar barang di kereta, itu juga 1 faktor anda kena "sembelih" dan kena tipu hidup-hidup.  Seeloknya, kalau nak puas hati dan agak murah/berbaloi, beli sendiri segala alat ganti yang hendak ditukar di kedai menjual alat ganti kereta atau di bahagian spare part di pusat servis EON 3S , bukan beli di bengkel. Harga barang di kedai alat ganti biasanya sekali / 2 x ganda lebih murah dari yang dijual di bengkel kereta sendiri.

Saya pon biasanya beli sendiri segala barangan sama ada di kedai alat ganti/di EON/kedai barangan lusuh kereta. Seeloknya minta mekanik yang anda betul2 kenal/jujur beritahu barangan apa yang perlu dibeli (di luar) untuk kereta anda. Selepas tu baru ke kedai alat ganti dan beli sendiri barang (ingat, tak semua mekanik mahu buat benda ni, sebab dia tak boleh untung banyak dengan menggalakkan anda beli barang sendiri).

Timing belt / tali sawat untuk enjin ni adalah komponen penting untuk dijaga, seeloknya pakai jenama Mitsubishi OEM atau jenama Proton sendiri atau jenama Gates. Tapi kena hati-hati, dah banyak yang tiruan sekarang (walaupun di kedai alat ganti sendiri). Beli sekali tensioner / bearing dari jenama buatan Jepun (contoh Koyo), oil seal (cari yang buatan Jepun atau beli Proton asli di EON pusat servis). Minyak hitam elok guna jenis semi sintetik dari jenama TOTAL atau ELF (bengkel tertentu aja ada jual TOTAL dan ELF ada jual di mana2 kedai alat ganti). Oil filter elok beli jenis Proton asli dari EON pusat servis atau jenama Mitsubishi dari mana2 kedai alat ganti:

1. Pusat alat ganti EON/Proton seluruh Malaysia:
http://www.eon.com.my/index.php/ ... and-service-centers

2. kedai alat ganti C.B. Auto, Serdang, Selangor:
http://www.autoworld.com.my/v2/a ... d=3526&page=236  

   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 09:51 AM | Show all posts
ded1 posted on 29-6-2013 04:22 AM
cheida_mymee18,

dari segi kos barang yang ditukar dan upah pemasangan sebenarnya berbeza ikut be ...

wow...
terima kasih atas detail sharing dari ded1...
really appriciate that...
by the way saya tinggal dekat penang...
maybe kalau ada kedai2 spare part yang ded1 tahu area sini...
thanks a lot.. ur information mmg sangat berguna buat saya.. masih!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.324934 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list