View: 6717|Reply: 78
|
Topik perbahasan AdAkAmA dengan forumer
[Copy link]
|
|
Dialu-alukan adik Adakama sebagai forumer yang baru register tak sampai sebulan untuk menjelaskan permasalahan yang dibincangkan dengan forumer-forumer lain di sini
Forumer lain yang ingin memberi teguran, nasihat, atau nak berbahas di sini dialu-alukan.
@Dzulqarnain
@burungantu
@Zackmaster
@boking7
Topik perbincangan yang merelet off-topic dari thread
http://mforum.cari.com.my/forum. ... ra=page%3D1&page=10
...lebih elok disambung di sini
Silakan...
Last edited by mnm77 on 28-6-2013 01:39 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi..khas untuk adakama
 |
|
|
|
|
|
|
|
ambo yg sekadar mencelah .. pun di ajak sama
hehe
takmboh aa
kita bab2 spesifikasi perincian ni
dok molek hujah2 secara terbuka
harus beradab kalau nak bicara tang hal yg kurang umum faham
ambo chiow dulu aa
caya aa mod |
|
|
|
|
|
|
|
er.. 
i'll take it as due to respect..
but i think i'll juz make way for bro Dzul~ 
Wassalam 'alaikum~ |
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 28-6-2013 02:16 AM 
Post on 27-6-2013 04:35 PM
anggaran saya, kamu ada masaalah mental ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ini cerita pasal apa aah ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Patih posted on 30-6-2013 01:54 PM 
ini cerita pasal apa aah ....
Ini cerita pasal off topic dari thread lain... kat sini nak sembang topik apa pun dengan forumer Adakama, lebih 'open to discussion'
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-7-2013 08:04 AM 
Ini cerita pasal off topic dari thread lain... kat sini nak sembang topik apa pun dengan forumer A ...
macam tu sekali keistemawaan dia dapat ...
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-7-2013 08:04 AM 
Ini cerita pasal off topic dari thread lain... kat sini nak sembang topik apa pun dengan forumer A ...
soalan saya. apa tujuan kamu membuka tajuk ini? adakah kerana syariat yg Allah perintahkan? seakan2 saya ternampak kamu sedang mengadakan satu ruang utk mensyirikkan Allah dlm tajuk besar agama Islam. bukankah lebih baik kamu letakkan post kamu di ruangan yg bersuaian kerana saya tidak nampak maksud kebaikkan kpd agama Allah kerana apa yg kamu lakukan menjurus kpd kebaikan kpd saya yg akhirnya merugikan iman kamu. malah jika berlaku kpd org lain, pasti kamulah penyebabkan berlakunya permusuhan sesama umat.
sesungguhnya Rasullullah Saw tidak pernah melakukan perkara yg kamu lakukan kerana jelas maksud bidaah yg dilarang olehNya. boleh diumpamakan tindakan kamu ini mengadakan sunnah baru dgn mengetengahkan nama individu lain mengikut selera nafsu kamu sendiri tak gitu? jika kamu beriman kpd Allah, tidaklah kamu mengadakan sesuatu yg samar2 akan maksud niat sedangkan tiadalah saya meminta kamu utk adakan sesuatu yg tidaklah saya kisahkan jika melibatkan personal matter pada hati kamu. bayangkan, jika apa yg kamu lakukan ini berlaku kepada seseorg yg tidak kuat imannya, nescaya dgn tindakan kamu ini menyebabkan yg kurang iman terus hilang imannya.
teringat pula kisah abu jahal dan abu lahab seakan2 sama macam apa yg kamu lakukan. jika mahu dikatakan saya bersangka2, cerminlah tajuk yg kamu ada2kan samaada berbentuk jelas atau kesamaran. sesungguhnya di dalam kesamaran memudahkan syaitan menguasai diri manusia itu sendiri tanpa sesiapa jua menyedari. tidakkah memanggil org lain itu menjelaskan kamu tidak berpuas hati dgn saya? jika kamu benar2 beriman, tidaklah kamu mengadakan tajuk yg jelas merugikan tindakan yg kelihatan meragukan. sesungguhkan meninggalkan keraguan itu dituntut dalam beragama. tidakkah kamu tahu perihal ini dalam beramal?
kalau nak molek, buat aje tajuk ini ; adakah manusia boleh dikatakan mencipta forum? barukah dikatakan beriman kpd Allah dgn membincangkan ilmu yg bermanfaat. sebenarnya kamu mencari ilmu. masaalahnya ilmu Allah tidak sama sepeti yg kamu mahu. tidakkah beriman itu mendengar dan mentaati perintah Allah? kamu tak faham makna iman yg Allah maksudkan ke?
Last edited by AdAkAmA on 5-7-2013 05:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
saya tidak sama sekali menerima teguran dari saudara/ri mnm777. kerana byk post saya baca tidak mencerminkan nilai2 dlm beragama. saya bertrus terang supaya jelas tindakan yg kamu lakukan ini merugikan amal kamu. saya boleh diamkan dari menasihati kamu jika saya mahu. masaalahnya saya beriman kpd Alquran dan sunnah. jika saya tidak menegur kamu, sudah pasti saya akan dipersalahkan olehNya. |
|
|
|
|
|
|
|
AdAkAmA posted on 5-7-2013 05:22 AM 
soalan saya. apa tujuan kamu membuka tajuk ini? adakah kerana syariat yg Allah perintahkan? seakan2 saya ternampak kamu sedang mengadakan satu ruang utk mensyirikkan Allah dlm tajuk besar agama Islam. bukankah lebih baik kamu letakkan post kamu di ruangan yg bersuaian kerana saya tidak nampak maksud kebaikkan kpd agama Allah kerana apa yg kamu lakukan menjurus kpd kebaikan kpd saya yg akhirnya merugikan iman kamu. malah jika berlaku kpd org lain, pasti kamulah penyebabkan berlakunya permusuhan sesama umat.
sesungguhnya Rasullullah Saw tidak pernah melakukan perkara yg kamu lakukan kerana jelas maksud bidaah yg dilarang olehNya. boleh diumpamakan tindakan kamu ini mengadakan sunnah baru dgn mengetengahkan nama individu lain mengikut selera nafsu kamu sendiri tak gitu? jika kamu beriman kpd Allah, tidaklah kamu mengadakan sesuatu yg samar2 akan maksud niat sedangkan tiadalah saya meminta kamu utk adakan sesuatu yg tidaklah saya kisahkan jika melibatkan personal matter pada hati kamu. bayangkan, jika apa yg kamu lakukan ini berlaku kepada seseorg yg tidak kuat imannya, nescaya dgn tindakan kamu ini menyebabkan yg kurang iman terus hilang imannya.
teringat pula kisah abu jahal dan abu lahab seakan2 sama macam apa yg kamu lakukan. jika mahu dikatakan saya bersangka2, cerminlah tajuk yg kamu ada2kan samaada berbentuk jelas atau kesamaran. sesungguhnya di dalam kesamaran memudahkan syaitan menguasai diri manusia itu sendiri tanpa sesiapa jua menyedari. tidakkah memanggil org lain itu menjelaskan kamu tidak berpuas hati dgn saya? jika kamu benar2 beriman, tidaklah kamu mengadakan tajuk yg jelas merugikan tindakan yg kelihatan meragukan. sesungguhkan meninggalkan keraguan itu dituntut dalam beragama. tidakkah kamu tahu perihal ini dalam beramal?
Dik, kamu tulis panjang-panjang untuk meluahkan rasa kecewa tu.... saya jawab seringkas yang boleh, takmau panjang-panjang berjela sangat....
1. Tujuan saya buka tajuk ni dah diberitahu, sila baca post awal
2. Untuk ikut peraturan forum, dan supaya berbincang di thread yang sesuai
Soalan saya:
Sila nyatakan bahagian mana yang saya mengadakan RUANG SYIRIK (menyekutukan Allah).
Kalau Abangcute, dia tak akan jawab soalan, dia akan pusing PANJANG BERJELA, bila tak boleh jawab dia tuduh orang lain tak bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa, mengandai fasiq, kafir, syirik dan sebagainya, sambil mengaku diri sendiri hebat (mungkin untuk lihatkan kepada orang lain kononnya dia menang....??)
Kamu dah tuduh, maka atas tanggungan kamu untuk membuktikan tuduhan itu, ataupun kamu ni memang masih lagi Abangcute yang sama yang dah isytihar tarik diri tu!
kalau nak molek, buat aje tajuk ini ; adakah manusia boleh dikatakan mencipta forum? barukah dikatakan beriman kpd Allah dgn membincangkan ilmu yg bermanfaat. sebenarnya kamu mencari ilmu. masaalahnya ilmu Allah tidak sama sepeti yg kamu mahu. tidakkah beriman itu mendengar dan mentaati perintah Allah? kamu tak faham makna iman yg Allah maksudkan ke?
Silakan kalau nak buat tajuk: "adakah manusia boleh dikatakan mencipta forum?"
Kenapa tak buka sendiri?
Siapa kamu yang nak menilai ilmu Allah tidak sama seperti yang saya mahu?
Sedangkan sebelum ni kamu kata Allah tak izinkan thread ditutup, kamu boleh ugut tolak semua kedit dengan izin Allah, sedangkan kamu tak berkuasa pun berbuat apa yang kamu dah kata, lepas tu bila Allah izinkan saya tutup thread yang kamu dok buat off topic memanjang tu kamu tuduh saya buka ruangan untuk syirik pula!
Last edited by mnm77 on 5-7-2013 11:05 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
AdAkAmA posted on 5-7-2013 05:39 AM 
saya tidak sama sekali menerima teguran dari saudara/ri mnm777. kerana byk post saya baca tidak mencerminkan nilai2 dlm beragama. saya bertrus terang supaya jelas tindakan yg kamu lakukan ini merugikan amal kamu. saya boleh diamkan dari menasihati kamu jika saya mahu. masaalahnya saya beriman kpd Alquran dan sunnah. jika saya tidak menegur kamu, sudah pasti saya akan dipersalahkan olehNya.
1. Saya berterus terang, KAMU BUKANNYA TAHU SETIAP AMAL SAYA, kerana kamu bukannya malaikat pencatit amalan saya. Saya tidak dapat habuan apa-apa secara duniawi pun sekiranya kamu terima atau tak terima teguran.
2. Kamu boleh beri nasihat kepada saya, tiada masalah. Kamu tak perlu isytihar pun.
3. Jika benar kamu beriman kepada Al-Quran dan Sunnah, sila nyatakan bukti dalil 2 juta tahun pasal reaktor nuklear yang kamu kata dari Allah
4. Sila nyatakan apa yang kamu maksudkan dengan istilah 'MUKMIM'
5. Kesesatan atau kesalahan yang kamu bawa juga perlu ditegur, tak perlu diperbesarkan berjela-jela. Mengaku salah, tersalah, tersilap, atau berikan dalilnya DARI AL-QURAN dan SUNNAH, jika kamu nak buktikan yang kamu benar!
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Patih posted on 1-7-2013 12:31 PM 
macam tu sekali keistemawaan dia dapat ...
Sedara boleh lihat 'keistimewaan' nya...
Menilai iman amal taqwa syirik fasiq orang lain... sekiranya tak dapat menjelaskan dalil-dalil yang diminta....
Juga menilai 'mental' orang lain seperti kenyataan ini:
anggaran saya, kamu ada masaalah mental ke?
Last edited by mnm77 on 5-7-2013 09:11 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 5-7-2013 09:00 AM 
1. Saya berterus terang, KAMU BUKANNYA TAHU SETIAP AMAL SAYA, kerana kamu bukannya malaikat pencat ...
saya tahu amal kamu amatlah lemah kerana tidak mungkin kamu tahu apa yg perlu diberitahu. jika kamu beramal dgn apa yg Dia maksudkan, sudah pasti tidaklah sama seperti apa yg kamu lakukan sekarang ini. apa yg kamu lakukan setakat ini terpulang kpd Allah untuk menentukan dan tidaklah saya kisahkan mengenai apa yg kamu persoalkan melainkan menasihati mereka2 yg mahu mendengar nasihat (bermaksud contoh teladan kpd orang lain yg mahu memelihara iman).
kamu seorang pengamal ilmuNya akan tetapi kamu tidak memahami apa yg Dia maksudkan. seperti seorang yg buta yg diberikan petunjuk olehNya akan tetapi menganggap sesuatu itu tidak sesuai kerana hati kamu memilih jalan mengabaikan petunjukNya dengan menjadikan sangkaan pada akal sebagai sebab utk menyatakan sesuatu. amal soleh yg kamu bicarakan di dalam topik ini sebenarnya bukanlah amal soleh akan tetapi suatu bentuk penyampaikan ilmu kebatilan yg dizahirkan olehNya tanpa diri kamu disedari. dan inilah hakikat kpd mereka2 yg diberikan ilmu kebatilan olehNya tanpa diri sendiri menyedari apa yg dihujahkan itu merugikan diri sendiri.
terdpt beberapa darjat membezakan ilmu seseorang itu dengan seseorang yg lain. darjat yg tidak mampu dicapai oleh kamu adalah mengenali Allah. seseorang yg mengenali Allah akan menyatakan sesuatu yg berdasarkan Alquran dan sunnah Rasullullah saw. perumpamaan kamu dan saya adalah seperti berikut :
kamu : jika 10 ditolak 1 kamu akan menjawab 9
saya : jika 10 ditolak 1 saya akan menjawab 0
kenapa kamu menjawab 9? kerana akal kamu belum melepasi makam taubat yg Dia kehendaki. kenapa saya menjawab 0? kerana apa yg saya nyatakan itu bergantung pada apa yang Dia kehendaki. itulah bezanya kamu dan saya walaupun pada hakikatnya kamu dan saya hanyalah hamba Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita mengkaji masaalah @mnm777 -> tajuk dan isi kandungan utama
Dialu-alukan adik Adakama sebagai forumer yang baru register tak sampai sebulan untuk menjelaskan permasalahan yang dibincangkan dengan forumer-forumer lain di sini -> apalah yang kamu sedang bincangkan dan rancangkan? sedangkan hakikat pencipta itu jelas hanyalah hak milik Allah (kerana termaktub di dalam Alquran). setiap keterangan Alquran perlu disusun dalam maksud kefahaman. jika kamu tidak memahami Alquran, pergilah memohon kepada Allah untuk diberikan petunjuk sebelum kamu mempelajari ilmuNya. kewujudan manusia hanyalah sebab berlakunya perbuatan Allah sedangkan perbuatan Allah itu sentiasa terjadi samada sedar ataupun tidak sedar kerana ianya berkaitan dengan qada' dan qadar. di dalam perbuatan Allah itulah maksud pencipta dan manusia bukanlah pencipta dari maksud hakikat kebenaran yg dinyatakan olehNya. maka jika manusia menyatakan dirinya mencipta sesuatu, maka terbatallah syahadahnya kerana melanggar ketetapan Allah. tidakkah post yg kamu drag ini merugikan amal kamu disebabkan keadaan kamu yg buta dari menerima kebenaran yang Dia nyatakan? adakah kamu menganggap diri kamu Tuhan kepada forum? Tuhan yg menciptakan forum? atau lebih baik kamu katakan begini, Allahlah yang menciptakan forum ini. dan diri kamu hanyalah diilhamkan apa yg diizinkan olehNya.
Forumer lain yang ingin memberi teguran, nasihat, atau nak berbahas di sini dialu-alukan.
@Dzulqarnain
@burungantu
@Zackmaster
@boking7
-> yg menariknya, kamu sedang menarik perhatian sedangkan diri kamu teraba-raba mencari sesuatu yg menyebabkan hati kamu tidak tenteram? seakan-akan kamu seronok2 menyatakan sesuatu sesuka hati kamu perihal yg cuba kamu ciptakan? tanda manusia itu bertuhankan forum bila suka hati aje menyatakan sesuatu hal orang lain sedangkan dirinya sendiri masih tidak mengenali hakikat qada' dan qadar itu hak milik Allah. jika sudah kamu tahu maksud qada' dan qadar, tidaklah kamu ciptakan tajuk ini.
Topik perbincangan yang merelet off-topic dari thread : -> layanlah topik itu dan lihatlah beza orang yg mengaku beriman berbanding mereka yg mengingkari ketetapan Allah pada maksud pencipta itu hanyalah Allah. majoriti umat Islam yang beriman TAHU perihal ini (pencipta hanyalah Allah) cuma jumlah mereka ini amatlah sedikit disamping dilalaikan olehNya atas faktor Dia yg Maha Mengatur segala urusan ini.
@mnm777 |
|
|
|
|
|
|
|
@AdAkAmA
maaf, sy yg pinta tuan mod buat thread khas untuk saudara..
jadi, saudara boleh salahkan sy sahaja..silakan~ |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 5-7-2013 08:46 AM 
Dik, kamu tulis panjang-panjang untuk meluahkan rasa kecewa tu.... saya jawab seringkas yang boleh ...
dalam bersyariat, umat Islam dituntut berpesan2 untuk tidak melanggar ketetapan Allah. berdasarkan kenyataan kamu :
Silakan kalau nak buat tajuk: "adakah manusia boleh dikatakan mencipta forum?"
Kenapa tak buka sendiri?
Siapa kamu yang nak menilai ilmu Allah tidak sama seperti yang saya mahu?
kembali kepada tajuk terdahulu yg kamu pertikaikan : kamera itu ciptaan umat Islam. kenapa kamu tidak mengubah tajuk itu sedangkan kamu mampu melakukannya? sudah cukuplah bukti kamu sebenarnya tidak beriman kepada kitab Alquran dan kamu tidak melakukan apa yang Dia perintahkan. dan barang sesiapa yg mengikut kamu dan mengambil nasihat kamu, maka tergolonglah mereka2 itu dalam golongan yg mengingkari ketetapan Allah. dan Dia sudah menjelaskan perihal ini secara jelas di dalam Alquran sedangkan kamu tidak diberi kefahaman perihal ini kerana kamu terlalu mengikut hawa nafsu yg didasari dengan akal dan bisikan hati.
orang yg berilmu dan beriman itu tidak memerlukan bisikan pada hati kerana yg dizahirkan itu dari akal yg diilhamkanNya.
kenapa pula saya nak buka topik? sedangkan tajuk yg kamu buka ini pun sudah menjelaskan diri kamu sebenarnya amat jauh dari apa yg Dia kehendaki dalam bersyariat.
agama itu nasihat. jika kamu tidak mahu mendengar ketetapan Allah, tidakkah itu menjelaskan betapa diri kamu amat jauh dari maksud beriman kepada Allah? kamu memandang ilmu yg dinyatakan oleh orang lain dengan sangkaan "si polan itu tidak tahu" sedangkan hakikat sebenarnya diri kamu tidak tahu langsung malah menariknya tidaklah pula kamu tidak mahu memperbetulkan akidah, syariat dan akhlak umat Islam ketika berforum sambil mereka melanggar ketetapan Allah itu pencipta dan manusia bukanlah pencipta tidak kamu endahkan. berbaloikah cara kamu bersyariat sambil kamu menyombong diri kepada Allah? apa kamu fikir kamu bagus sedangkan kamu tiada satu pun yg baik kamu sedang lakukan malah keburukkan jugalah yg kamu cuba ada2kan dalam bentuk bidaah yg dilarang.
tajuk ini menarik : pencipta kamera itu orang Islam yg kamu war2kan tak gitu? sepatutnya kamu boleh mengubah tajuk itu (kpd yg lebih baik seperti yg saya sarankan) akan tetapi kamu tidak melakukannya malah kamu mempertikaikan ketetapan yg sudah Allah tetapkan. sudah jelas ketika berforum (perbuatan) kamu itu merujuk kepada maksud menderhaka kepada ketetapan Allah yg merujuk terus kepada Alquran. dan tidaklah saya kisah jika kamu mahu mengingkari ketetapan Allah kerana itulah maksud org2 yg tidak mahu beriman kepada Allah sambil menderhaka sambil tidak memahami maksud "kami mendengar dan kami taat" yg Allah maksudkan.
saya tengok ramai yg mahu masuk kumpulan kamu. baguslah macam tu. kerana sememangnya Allah sudah tetapkan dari 1000 orang... 1 manusia masuk syurga, yg lain masuk neraka. so, kalau nak digolongkan pada golongan 999 -> saya tak kisah pun.... kerana itu jalan syariat yg kamu pilih berdasarkan akal kamu sambil kamu lupa amanah yg Allah beri kepada sesiapa yg beriman kepada Dia. dan tugas saya sekadar menasihati mereka2 yg mahu mendengar nasihat. jika kamu tidak mahu mendengar nasihat, tunggulah azab yg Dia janjikan kepada mereka2 yg menderhaka kepadaNya di akhirat kelak. saya akan bertepuk tangan seperti mana yg Dia maksudkan terhadap mereka2 yg ingkar dengan nasihat yg telah ditetapkan olehNya.
|
|
|
|
|
|
|
|
AdAkAmA posted on 5-7-2013 11:08 PM 
Mari kita mengkaji masaalah @mnm777 -> tajuk dan isi kandungan utama
Dialu-alukan adik Adakama se ...
Bagaimana pula dgn kajian masaalah mental saya?  |
|
|
|
|
|
|
| |
|