CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40093|Reply: 300

Siapakah Qarin

[Copy link]
Post time 29-5-2013 12:55 PM | Show all posts |Read mode






Siapakah Qarin



Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 12:58 PM | Show all posts
soalan yg saye  tahuuuuuuuuuuu someone bolehhhhhhhhhhhhhh jawab  hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 12:58 PM | Show all posts
a  3 yr old  hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 05:27 PM | Show all posts
Qarin : jin dan malaikat

Kembar, adakah sepertimana kembarnya manusia? dilahirkan sama oleh kedua ibubapa kita? atau adakah qarin itu gantinama am saja??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 05:47 PM | Show all posts
Tiap manusia yang lahir ke dunia..akan lahir kembar tujuhnya iaitu Qarin...so memang lah sama...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 09:49 AM | Show all posts
sipolan posted on 29-5-2013 05:47 PM
Tiap manusia yang lahir ke dunia..akan lahir kembar tujuhnya iaitu Qarin...so memang lah sama...

kikikiki

aku tak ngaku ade kembor2 nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2013 10:07 AM | Show all posts
Alhamdulillah,

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan
Boleh tahu malaikat mana yang membisikan hal-hal kebenaran itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 10:43 AM | Show all posts
Penerangan berhubung 'makhluk' yang dinamakan 'Qarin".

Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."


Perkataan Qarin berasal daripada bahasa Arab yang bererti "teman", "pasangan" atau "pendamping".
Kemudian cerdik pandai seperti Imam imam Besar dan Ulama mentaksirkan pula seperti dibawah :-
Istilah Qarin kemudian meluas yang memiliki erti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehingga dia meninggal dunia.



Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf
“ Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)


Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:

Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain
perkataan yang indah-indah untuk menipu.

Merujuk kepada tajuk yang dibincangkan, disini saya berpandangan bahawa setiap sesatu yang disertakan kepada setiap makhluk yang bernama manusia adalah dengan 'arahan" Nya. Tiada sesuatu yang melata dialam 'kejadian' Allah ini diadakan untuk suka-suka tetapi semuanya adalah dengan 'kehendak' dan 'ketentuan'Nya. Ini adalah 'ujian' sebenar yang perlu ditempuhi atau dilalui oleh setiap manusia. Keinginan menjurus kepada kebaikan dan sebaliknya, semuanya datang dari dalam 'diri' sendiri. Samaada kita dapat memandu 'keinginan' tersebut ke destinasi yang kita " rasakan" samaada ianya akan  menjurus kepada  kebaikan mahu pun keburukan semuanya adalah diatas pertimbangan diri sendiri. Disini 'hati' dan ' akal' memainkan peranan yang besar didalam mengimbangi sesuatu keputusan seseorang manusia.Tetapi sekiranya seseorang manusia itu 'ikhlas' didalam setiap perbuatan , inshaallah, keputusan terbaik pasti dapat dikecapi.


APA BENARKAH PAPANTANDA 'DANGER' ITU MERBAHAYA? ANDA  SUDAH MELALUINYA?? JANGAN TERPEDAYA
                        
Berhubung dengan 'makhluk' yang disebutkan didalam Al Quran iaitu "Qarin" yang membawa maksud 'pendamping yang diserta", namun semua ini tidak menjadi halangan sekiranya kita mengerti dan mengetahui ' tujuan' kita didunia ini. Qarin ini adalah  ciptaan Allah yang kategorinya adalah seperti ' malaikat". Mana mungkin 'jin" kerana 'Qarin" adalah ' imbangan sifat negatif" yang terdapat didalam diri seseorang dan begitu juga 'malaikat yang memberikan aura positif' kepada diri manusia. Ini adalah 'pemgimbang' kepada setiap diri yang dipanggil ' manusia anak Adam".

Sesungguhnya kita sebagai manusia yang dijadikan Allah SWT sebagai 'kejadian' nya yang paling sempurna, maka, kita seharusnya bersifat berterima kasih dan kita seharusnya 'tidak' menyalahkan 'Qarin' didalam tindak-tanduk kita yang berlebih-lebih. Disebabkan manusia mempunyai keinginan yang melebihi dan mencintai apa yang dilihat dan yang dapat dirasa maka perasaan keinginan memiliki 'tercetus' didalam diri seseorang. Sekiranya ' aura negatif  Qarin" dan "aura positif' malaikat"  dapat diperseimbangkan dengan bantuan 'penghulu hati' serta 'berjantungkan akal" inshaallah, keputusan 'adil' akan dapat kita capai dan sepakati didalam 'diri".

Untuk menyalahkan 'Qarin' didalam perlakuan manusia yang melakukan kejahatan adalah satu 'tindakan' atau ' kefahaman' yang salah. Sesungguhnya sekiranya tiada 'Qarin" yang disertakan maka tidak akan ada malaikat yang akan mendampingi anak adam, maka, jiwa anak adam itu akan hanyut dan perjalanan kehidupan ini adalah 'one way street'. Maka semua manusia hanya akan menyukai satu perkara saja . Dengan ketiadaan makhluk Qarin ini maka Allah SWT tidak perlu menghimpunkan manusia diakhirat dan tiada hari pembalasan . . Untuk mengimbangi 'nikmat syurga' maka Allah SWT mengadakan " syurga neraka" untuk golongan ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2013 10:46 AM | Show all posts
Bila Tentera Iblis Bertemu Dengan Malaikat > Oleh Panji-Panji Halimunan
Ada sumber yang mengatakan jumlah malaikat lebih banyak daripada jumlah jin . Malaikat lebih kuat daripada jin. Ada juga sumber yang mengatakan rupa sebenar malaikat jibrail sangat besar dan bersayap. Malaikat juga mampu mengubah bentuk asal , menjadi seperti manusia , sebagai contoh.
Membunuh syaitan tidaklah berdosa kerana mereka memang musuh yang nyata seperti yang diterangkan oleh Allah dalam al-Quran. Nyata sangat sehingga tidak mungkin mereka akan bertaubat. Ini takdir yang kekal. Mereka iaitu Azazil (raja jin jahat dan syaitan) dan syaitan telah ditakdirkan kekal dalam kejahatan sampai masuk ke neraka.
Raja syaitan atau Azazil atau disebut juga sebagai Iblis, tinggal di laut, di istananya. Organisasi Iblis terdiri daripada pelbagai jin kafir dan jahat yang ada pelbagai tugasan. Berdasarkan hadis, setiap manusia yang lahir ke dunia, ada saudara kembarnya iaitu jin jahat yang dinamakan sebagai Qarin. Qarin ini selalu mengikuti manusia yang dianggap sebagai kembarnya , yang lahir serentak dengan kelahirannya. Tugas Qarin ialah menampakkan yang baik itu haram atau susah dilakukan , dan menampakkan yang jahat dan buruk itu halal dan mudah dilakukan.
Jin syaitan sentiasa cuba mengelakkan diri daripada bertemu dengan malaikat kerana biasanya malaikat tentu menang dalam perlawanan. Dikatakan bila bulan puasa, malaikat menangkap syaitan dan dipenjarakan Iblis dan syaitan ke bawah perut bumi yang sangat dalam dan dibebaskan selepas akhir bulan puasa. TETAPI kenapa manusia masih berbuat dosa? Sebab dalam tubuh manusia itu ada syaitan yang tidak dapat ditangkap oleh malaikat iaitu nafsu jahat manusia. Hati yang kotor mengambil masa yang panjang untuk dicucikan dengan sabun zikir , dengan berus mujahadah.
Ketika nabi Muhammad belum lahir, iblis dan syaitan dapat dengan mudah naik ke langit untuk mencuri tulisan-tulisan yang menyuruh orang berbuat baik. Selepas dicuri, tulisan itu diubah atau syaitan mencipta ajaran bidaah. Kemudian mengajarkannya kepada manusia. Bila nabi Muhammad telah lahir, iblis dan syaitan tidak dibenarkan naik ke langit tetapi Iblis berdegil dan memerintah tenteranya naik juga ke langit. Maka jin-jin itu naiklah ke langit tetapi tentera langit iaitu malaikat memanah jin-jin itu dengan panah api.
Banyak jin yang terkena panahan api itu, jatuh ke dunia , menjadi cacat. Maka digelarkan jin yang cacat itu sebagai syaitan. Ini menurut satu pendapat. Pendapat lain tidaklah begini. Tentera iblis gagal dan kalah dalam peperangan dengan malaikat. Ada jin-jin yang ditugaskan menggoda manusia di pasar-pasar. Ada pendapat mengatakan jangan jadi orang yang pertama atau yang terakhir hadir ke pasar. Apakah bahayanya?
Apa pula jin ifrit? Ada yang mengatakan ifrit ialah jin kafir dan jahat , yang mempunyai kekuatan dan kelebihan tertentu. Dari mana datangnya ilmu sihir? Pada pendapat saya ilmu sihir dicipta oleh iblis dan syaitan. Sihir itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa. Sihir itu sebenarnya syarat untuk manusia (pengamal sihir) mendapatkan bantuan jin. Ini pendapat saya. Jin mampu merasuk manusia, membuat wajah manusia kelihatan cantik. Mungkin dia menyerap terlebih dahulu ke wajah wanita yang mengamalkan sihir untuk kelihatan cantik. Kemudian jin yang dapat mengecilkan diri dan berada di wajah wanita itu mengubah wajah dia agar kelihatan cantik , kemudian wajah itu dikeluarkan , menyaluti wajah wanita itu. Jadi wanita hodoh itu kelihatan cantik. Ini teori saya saja.
Ilmu pengasih? Mungkin jin itu masuk ke hati dan otak manusia yang ingin digoda dengan ilmu pengasih itu lalu iblis itu menggoda agar manusia yang disihir dengan pengasih itu jatuh cinta dengan orang yang mengamalkan sihir atau ilmu pengasih itu.
Ilmu kebal? Mungkin iblis telah memperisaikan tubuh pengamal ilmu kebal tetapi perisai itu ghaib , tidak dapat dilihat. Justeru bila ada orang menetak orang yang mengamalkan ilmu kebal itu, maka tak lut, tubuhnya tidak cedera. Ini teori dan pendapat saya juga.

Jumpa bomoh, bomoh kata barang yang hilang itu ada di situ. Bila ke situ, memang benar ada. Jadi, bomoh boleh dipercayai? Ada hadis yang menyatakan bahawa bohong semua tukang nujum walaupun betul apa yang dikatakannya. Maksudnya, tukang nujum dan apa-apa jawatan yang termasuk dalam kategori ramalan nasib yang diharamkan ini (bomoh, dukun, pawang, dan sebagainya) sebenarnya tidak tahu, cuma meramalkan sahaja dan mengagak sahaja. Jin yang digunakan untuk mendapatkan maklumat barang hilang itu pun sebenarnya tidak tahu. Mungkin jin itu kata dia akan cari barang hilang dan jika jumpa, dia akan beritahu tuannya (bomoh). Mungkin juga jin itu yang diperintahkan oleh bomoh agar mencuri barang orang yang mendapatkan khidmat bomoh itu. Jadi, bila orang itu berjumpa bomoh itu, bomoh itu memang dah tahu di mana barang dia hilang. Jadi, bomoh itu dapat wang sebab ternyata barang yang hilang dijumpai di situ. Padahal ini sebenarnya tipudaya, pakatan antara bomoh dan jin untuk mendapatkan wang. Semua ini pendapat saya sahaja.
Ada saya baca satu kitab. Kitab itu mengatakan bahawa iblis (raja syaitan) akan lari dikejar oleh malaikat. Bila iblis nak terjun ke laut untuk melarikan diri, air laut tiba-tiba jadi kering. Allah memerintahkan agar segala jenis dan rasa kesakitan dikenakan kepada iblis itu oleh malaikat-malaikat yang mengepungnya. Maka IBLIS pun merasai pukulan dan siksaan daripada malaikat. Akhirnya matilah iblis itu.

Last edited by sipolan on 30-5-2013 10:47 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 10:53 AM | Show all posts
[ HAKIKAT MUHAMMAD ]
Dalam bahasatasawuf/sufi hakikat muhammad berhubungan dengan roh al quddus dengan rohal-muhammadiyah. dibawah ini penulis kemukakan analis hal tsb dalam perspektifwali agung Syeikh Abdul Qodir al-Jaelani dan juga dalam perspektif wali ditanah jawa , yang sebagian perjalanan pemahaman tentang tasawufnya banyak dipengaruhi oleh wali agung Syeikh al-Jaelani.
Anda mungkin pernahbertanya-tanya mengapa wajah rasulullah tidak bisa atau tidak boleh digambarkan? .. alasan yang muncul kadang karena pada saat itu belum adafotografi sehingga gambarnya tidak mungkin tepat, kalau hanya itu alasannya,kurang tepat bagi saya, karena pasa masa nabi-nabi yang lain juga belum adatekhnik foto, dan tidak dipermasalahkan gambar-gambar para nabi dan wali yangada.
Kalau kita melihatbanyak kitab dan buku yang ada, pengambaran Allah dan Nabi Muhammaddiilustrasikan dengan dengan cahaya yang terang benderang. inspirasi dariilustrasi cahaya tsb sebenarnya berasal dari QS:Al-Nur:35 tentang nur illahi.Sementara Muhammad adalah personalisasi di dunia nur tsb, maka dalam hal sosokMuhammad yang harus di perhatikan bukan person historisnya ,akan tetapiessensinya dalam bentuk substansi nur muhammad, cahaya pilihan dalam bentukmanusia yang terpuji (Sempurna), karena justru dengan nur muhammad itulah, makaperson historis Nabi Muhammad bermakrifat secara musyahadah dan dengan matatelanjang(Ibn Arabi:26) dan dengan cahaya makrifat Nabi Muhammad maka seluruhmakhluk dapat mengenali, dan melalui keutamaannya mengungguli seluruh makhluk,mereka memberi pengakuan. Jelas menurut Syeikh al-Jaelani, Nur Muhammad ciptaanpertama dan utama Allah,yang di cipta dari nur Allah (esensi) sendiri, ataumemang cahaya khusus yang di karuniakan Allah sendiri, untuk merujuk padakeutamaan dan kemuliaanya sebagai prototipe al-insan al-kamil(al-jaelani:121).
Dalam kaitan bahwaNabi Muhammad Hakikatnya bukan sosok historisnya yang harus di rujuk, makaasma’ Muhammad bukanlah nama asal dari rasulullah yang agung ini. Muhammadadalah nama dunianya, di mana nama aslinya sejak kecil adalah “Ahmad”, sosokyang penuh dengan keterpujian, sementara secara sepiritualnya, dan dalamposisinya terhadap Allah, Rasulullah mengemukakan dirinya sendiri bahwa: AnaAhmadun bi-la mim”. Artinya pada dirinya tidak lain penyandang nama “Ahad” diaadalah pengejawentahan dari Yang Esa. Inilah yang juga di sebut Roh Al- Quds,roh suci untuk meneruskan penzahiran yang paling sempurna dalam peringkat alamlahut(Al-jaelani:27) dalam hal ini para wali kuno tanah jawa memberikanpenjelasan secara tepat sbb:
‘…. Muhammad itu padahakikatnya Nur Allah, yang dalam bentuk lahir ialah muhammad “… persis ungkapanAl Ghazali: bahwa Muhammad yang seorang nabi/rasul dengan Muhammad yang seorangarab mesti kita harus bisa membedakan walaupun memang kenyataanya Nabi Muhammadlahir di jazirah arab.
Di sinilah rahasiadari menyatunya syahadat rasul ke dalam syahadat tauhid, dan inilah jawabanmengapa sejak Nabi Adam AS menghuni surga, digerbangnya sudah terdapat tulisansyahadat rasul ini. Ya Nur Muhammada selalu menyertai roh dari semua jiwa yangakan dan pernah ada di alam semesta ini. Ini pula kunci rahasia mengapa paranabi yang pernah ada memohon kepada Allah agar di jadikan sebagai umat NabiMuhammad saw.(Al-jaelani :121).
Nur muhammad dalamperspektih Syaikh Abdul Qodir Al-Jaelani di sebut dengan sebutan Roh Muhammad,yang diciptakan dari cahaya ketuhanan (nurun ala nurin) nur Muhammad merupakanrealitas ghaib yang menjadi inti segala penciptaan. Oleh karenanya kadang iadisebut Nur, Roh, Qalam (tercipta dari perkataan kun). Ia merupakan realitasyang memiliki banyak nama menurut fungsi dan dari mana sudut mana kitamemandang (al-jaelani:7).
Maka realitas batin seperti inilah yang diberikan kepada orang-orang sufisebagai Hakikat Al-Muhammadiyah. Jika disebut dengan nur tau cahaya karena iamemang bebas dan bersih dari segala kegelapan, karena adanya cahaya tsb.Realitas dalam fungsinya di dunia tampak pada gelarnya sebagai ‘Aqlal-kull(Akal semesta) karena pengetahuanya tentang segala sesuatu. Ia mendapatgelar Qalam, karena dari pengetahuannya dalam akal semesta ia menyebarkan ilmudan hikmah dan menzahirkan ilmu dalam bentuk huruf dan perkataan, ia disebutroh karena menjadi esensi kehidupan, dan memunculkan yang hidup.
Maka menurutAl-Jaelani, Muhammad adalah nama insan dalam alam gaib, di mana roh berkumpul,yang menjadi sumber dan asal segala sesuatu. Di sinilah letak dari logika bahwaAllah menciptakan alam, karena akan menciptakan person dari muhammad utkkeperluan alam ini. Dari kelahiran Nur Muhammad inilah diikuti oleh penciptaanmakhluk-makhluk yang lain serta Arsy-nya.
Dalampengejawentahannya, menurut al Jaelani dan para tokoh sufi lainya, Allahkemudian menurunkan nur dari tempat kejadiannya, yaitu alam lahut ke alam asma’Allah, yaitu alam penciptaan sifat-sifat Allah dan alam akal roh semesta.Kemudian di turunkan lagi ke alam malaikat utk di pakaikan pakaiankemalaikatan. Lalu diturunkan lagi ke alam ajsam yang terjadi unsur api, udara,air dan tanah, disitulah roh diberikan jasmaniah besertanafsu-nafsunya(al-jaelani:9).
Setelah roh mengalamibadanisasi inilah ia mulai mengalami kehilangan nur, dan lupa akan asal sertaperjanjian azalinya dengan Allah. Namun Allah juga tetap memberikannya bekaluntuk kembali dalam bentuk mata hati atau bashirah yang menjadi gerbang bagigerak bebas roh al -idhafi sebagai mursyid setiap jiwa. Hanya saja, basirah iniakan berfungsi optimal kalau seseorang selalu berada dalam taqarrubnya kepadaAllah.
Dengan bashirahnyainilah ia akan sanggup menembus kabut alam ghaib, dan menyingkap segala hijabyang menjadi penghalangnya untuk kembali kepada Allah. Orang sudah dapatmemfungsikan bashirahnya dan mendayagunakan Roh Al-Muhammad-nya sebagai pusatperjalanan sepiritualnya. maka ia akan bisa menembus semesta, karena letak nurmuhammad itu sendiri berada di langit tujuh berada dalam arsy-nya yang menyatudan menyanding dengan Allah itu sendiri. Ia akan dapat kembali terserap dalamkesatuan nur essensial, sehingga ia dapat melihat apa yang belum pernahdilihat, dan mengatasi semua penglihatan dan benda yang dapat dilihat..
Menurut Al-Jaelani,hal yang di perlukan orang awam utk membuka bashirahnya adalah dengan mencariorang yang bashirohnya sudah terbuka dan sudah di daya gunakan secara optimal.Hanya melalui orang yang sudah mata hatinya sudah di fungsikan secara semestinya,orang awam dapat memasuki dunia sufisme, serta menunggu giliranya untukterbukanya mata bashirohnya kepada Allah, karena hanya dengan terbukanya pintubashirohnya inilah, maka ia dapat menjalani fungsi utamanya di ciptakan didunia, yakni untuk bermakrifatullah. Yang harus di ingat adalah bahwa bahwaposisi Roh Al-Muhammadiyah ini hanya dapat bertahan dan berfungsi pada pribadirasul, nabi, auliya’ dan kekasih-kekasihnya. Maka tidak ada pilihan lain bagidiri kita masing-masing untuk semaksimal mungkin agar dapat menjadi hamba dankekasih Allah.
Tentu sempat munculpertanyaaan , mengapa roh suci ini di turunkan ke dunia yang fana’ ini ? Ia dihantarkan ketempat yang paling terendah supaya ia dapat kembali ke asalnyayaitu berpadu dan berdampingan dengan Allah saja atau “innal lillahi wa innailahi rajiun”. seperti ketika ia berada dalam pakaian daging, darah, dan tulangitu. melalui mata hati Yang ada di dalam wadag-nya, ia dapat selalu menanam,memelihara dan memupuk benih kesatuan dan ke-esaan, serta berusaha menyuburkanrasa “berpadu” dan berdampingan” dengan Allah. Demikian menurut Syaikh AbdulQodirAl-Jaelani (al-jaelani:28). Inilah hakikat roh suci.
Adapun ganjaran bagiroh suci, menurut al-jaelani, adalah melihat makhluk yang pertama dilahirkan.Ketika itu, ia akan dapat melihat keindahan Allah. Kepadanya di perlihatkanrahasia illahiah. penglihatan dan pendengaranya menjadi satu. tidak adaperbandingan, tidak ada persamaan, dengan sesuatu apapun. Dilihatnya kesatuanJalal (kegagahan, kemurkaan)dengan sifat Jamal (keindahan, kecantikan) Allah.Sifat Jalal dan Jamal menjadi satu dalam pandanganya (al-jaelani:27). Inilahkunci kearifan dirinya sebagai buah makrifat dan hakikat yang telah disaksikandan dialami oleh roh suci. Ia mendapat karunia kebeningan dan kesucian batinyaberupa shafa’ al-asror (rahasia-rahasia suci). Dan pengalaman parawali inilahyang menjadikan benar-benar hidup di sisi tuhannya, walaupun jasad kita kembalikepada zatnya masing. Inilah kehidupan sejati yang perlu kita capai hidup penuhdengan kesempurnaan di sisi illahi rabbi………………….

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 10:55 AM | Show all posts
[ 9 JENIS ROH ]
Menurut ilmu batinpada diri manusia terdapat sembilan jenis Roh. Masing-masing roh mempunyaifungsi sendiri-sendiri. Ke sembilan macam roh yang ada pada manusia itu adalahsebagai berikut :
1. Roh Idofi (RohIlofi) : Adalah roh yang sangat utama bagi manusia. Roh Idofijuga disebut "JOHAR AWAL SUCI", karena roh inilah maka manusia dapathidup. Bila roh tersebut keluar dari raga, maka manusia yang bersangkutan akanmati. Roh ini sering disebut "NYAWA". Roh Idofi merupakan sumber dariroh-roh lainnyapun akan turut serta. Tetapi sebaliknya kalau salah satu rohyang keluar dari raga, maka roh Idofi tetap akan tinggal di dalam jasad. Danmanusia itu tetap hidup. Bagi mereka yang sudah sampai pada irodat Allah ataukebatinan tinggi, tentu akan bisa menjumpai roh ini dengan penglihatannya. Danujudnya mirip diri sendiri, baik rupa maupun suara serta segala sesuatunya.Bagai berdiri di depan cermin. Meskipun roh-roh yang lain juga demikian, tetapikita dapat membedakannya dengan roh yang satu ini. Alamnya roh idofi berupa nurterang benderang dan rasanya sejuk tenteram (bukan dingin). Tentu saja kitadapat menjumpainya bila sudah mencapai tingkat "INSAN KAMIL".
2. Roh Rabani : Roh yang dikuasai dan diperintaholeh roh idofi. Alamnya roh ini ada dalam cahaya kuning diam tak bergerak. Bilakita berhasil menjumpainya maka kita tak mempunyai kehendak apa-apa. Hatipunterasa tenteram. Tubuh tak merasakan apa-apa.
3. Roh Rohani : Roh inipun juga dikuasai oleh rohidofi. Karena adanya roh Rohani ini, maka manusia memiliki kehendak dua rupa.Kadang-kadang suka sesuatu, tetapi di lain waktu ia tak menyukainya. Roh inimempengaruhi perbuatan baik dan perbuatan buruk. Roh inilah yang menepati pada4 jenis nafsu, yaitu :
·         Nafsu Luwamah (aluamah)
·         Nafsu Amarah
·         Nafsu Supiyah
·         Nafsu Mulhamah (Mutmainah)
Kalau manusiaditinggalkan oleh roh rohani ini, maka manusia itu tidak mempunyai nafsu lagi,sebab semua nafsu manusia itu roh rohani yang mengendalikannya. Maka, kalaumanusia sudah bisa mengendalikan roh rohani ini dengan baik, ia akan hidupdalam kemuliaan. Roh rohani ini sifatnya selalu mengikuti penglihatan yangmelihat. Di mana pandangan kita tempatkan, di situ roh rohani berada. Sebelumkita dapat menjumpainya, terlebih dulu kita akan melihat bermacam-macam cahayabagai kunang-kunang. Setelah cahaya-cahaya ini menghilang, barulah muncul rohrohani itu.
4. Roh Nurani : Roh ini di bawah pengaruh roh-rohIdofi. Roh Nurani ini mempunyai pembawa sifat terang. Karena adanya roh inimenjadikan manusia yang bersangkutan jadi terang hatinya. Kalau Roh Nuranimeninggalkan tubuh maka orang tersebut hatinya menjadi gelap dan gelapfikirannya.
Roh Nurani ini hanyamenguasai nafsu Mutmainah saja. Maka bila manusia ditunggui Roh Nurani makanafsu Mutmainahnya akan menonjol, mengalahkan nafsu-nafsu lainnya.
Hati orang itu jaditenteram, perilakunyapun baik dan terpuji. Air mukanya bercahaya, tidak banyakbicara, tidak ragu-ragu dalam menghadapi segala sesuatu, tidak protes biladitimpa kesusahan. Suka, sedih, bahagia dan menderita dipandang sama.
5. Roh Kudus (RohSuci): Roh yang di bawah kekuasaan Roh Idofi juga. Roh inimempengaruhi orang yang bersangkutan mau memberi pertolongan kepada sesamamanusia, mempengaruhi berbuat kebajikan dan mempengaruhi berbuat ibadah sesuaidengan kepercayaan yang dianutnya.
6. Roh Rahmani : Roh di bawah kekuasaan roh idofipula. Roh ini juga disebut Roh Pemurah. Karena diambil dari kata "Rahman"yang artinya pemurah. Roh ini mempengaruhi manusia bersifat sosial, sukamemberi.
7. Roh Jasmani : Roh yang juga di bawah kekuasaanRoh Idofi. Roh ini menguasai seluruh darah dan urat syaraf manusia. Karenaadanya roh jasmani ini maka manusia dapat merasakan adanya rasa sakit, lesu,lelah, segar dan lain-lainnya. Bila Roh ini keluar dari tubuh, maka ditusukjarumpun tubuh tidak terasa sakit. Kalau kita berhasil menjumpainya, makaujudnya akan sama dengan kita, hanya berwarna merah.
Roh jasmani ini menguasainafsu amarah dan nafsu hewani. Nafsu hewani ini memiliki sifat dan kegemaranseperti binatang, misalnya: malas, suka setubuh, serakah, mau menang sendiridan lain sebagainya.
8. Roh Nabati : Ialah roh yang mengendalikanperkembangan dan pertumbuhan badan. Roh ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi.
9. Roh Rewani : Ialah roh yang menjaga raga kita.Bila Roh Rewani keluar dari tubuh maka orang yang bersangkutan akan tidur. Bilamasuk ke tubuh orang akan terjaga. Bila orang tidur bermimpi dengan arwah seseorang,maka roh rewani dari orang bermimpi itulah yang menjumpainya. Jadi mimpi ituhasil kerja roh rewani yang mengendalikan otak manusia. Roh Rewani ini juga dibawah kekuasaan Roh Idofi. Jadi kepergian Roh Rewani dan kehadirannya kembalidiatur oleh Roh Idofi. Demikian juga roh-roh lainnya dalam tubuh, sangat dekathubungannya dengan Roh Idofi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:16 AM | Show all posts
Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :

Ada 8 langkah:

1. Cabut 7 helai rambut kepala.

2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

4.  Gulung  kain putih yang ada isinya tadi.

5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat  orang lain, cuma kita sendiri.


Jangan dicuba jika iman tidak kuat! Sebab itulah hikmahnya Allah melindungi mata kita daripada kita melihat alam ghaib.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 11:25 AM | Show all posts
sipolan posted on 29-5-2013 05:47 PM
Tiap manusia yang lahir ke dunia..akan lahir kembar tujuhnya iaitu Qarin...so memang lah sama...

SAMA IBUBAPA???? mana boleh sama bro!!!

Malaikat mana boleh manusia beranakkan.

Jin mana boleh manusia yg lahirkan

Anak dan keturunan manusia, hanya manusia, anak dan keturunan jin, ialah jin saja, anak dan keturunan kucing, ialah kucing saja....takkannya ada lainnya.


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 11:28 AM | Show all posts
sipolan posted on 30-5-2013 11:16 AM
Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :

Ada 8 langkah:
Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :

Ada 8 langkah:

1. Cabut 7 helai rambut kepala.

2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

4.  Gulung  kain putih yang ada isinya tadi.

5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat  orang lain, cuma kita sendiri.


Jangan dicuba jika iman tidak kuat! Sebab itulah hikmahnya Allah melindungi mata kita daripada kita melihat alam ghaib

Ni kaedah memanggil jin, yg hadir tu bukan qarin dari kalangan jin atau malaikat, tapi jin jin yg lain....menyesatkan
Last edited by hantukiller on 30-5-2013 11:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 11:46 AM | Show all posts
Hadoiiiiii..panjangnyerrrr..TT copy pastekan...hehehe

sampai malas aku nak membacanyer....TT copy cakap, qorin tu umurnyer panjang sampai tuannyer dah mati pon dia tak mati2 lagik...nak tanyer..

kat mana qorin nabi adam dan nabi2 sebelum ini.?
kat mana qorin nabi kekasih hati aku (muhammad) sekarang nih??
apa kerja qorin tu skarang nih?? sebab tugas untuk temankan tuannyer dah tak de??

cer cer...ceriter sket.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:51 AM | Show all posts
Penerangan berhubung 'makhluk' yang dinamakan 'Qarin".

Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."


Perkataan Qarin berasal daripada bahasa Arab yang bererti "teman", "pasangan" atau "pendamping".
Kemudian cerdik pandai seperti Imam imam Besar dan Ulama mentaksirkan pula seperti dibawah :-
Istilah Qarin kemudian meluas yang memiliki erti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehingga dia meninggal dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2013 11:53 AM | Show all posts
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Read more: http://pseudosupra.blogspot.com/ ... .html#ixzz2UkETDDf7
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:56 AM | Show all posts
Siapa Qarin di Sisi Manusia?Sutera Sayang | April 7, 2013        | 0 Comments
Siapakah Qarin?  Tentu ramai daripada kita telah tahu tentang kewujudan qarin ini tetapi kemungkinan ada yang masih tidak mengetahui tentang Qarin ini. Hakikatnya, begitulah kehendak Allah SWT bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak Adam, kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman ke mana sahaja kita pergi samada siang mahupun.

Qarin ini akan mengajak kita  melakukan kejahatan dan menahan daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT.  Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia maka ianya  digelar Qarin atau Jin pendamping manusia.


Qarin dijadikan Allah sebagai pendamping setiap manusia


Oleh yang demikian, maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia ke arah  kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah pula yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun jin qarin.
Rasulullah SAW ada bersabda  :

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدً إِلَّا وَمَعَهُ قَرِينُهُ مِنَ الجِنِّ وَقَرِينُهُ مِنَ المَلَائِكَةِ قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رسولَ اللهِ قَالَ وَإِيَّايَ وَلَكِنِّ اللهَ تعالى أَعَانَنِي عليه فَأَسْلَمَ فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ
“Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”

(Abdullah bin Mas’ud RA)



Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia.  Boleh dikatakan ianya sebagai “kembar” setiap manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah SAW sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.



Qarin mendorong manusia ke arah kejahatan (gambar hiasan sahaja)



Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong manusia membuat kejahatan. Sebagai contoh dalam situasi kita hari ini, qarin  akan sering membisikkan was-was, melalaikan solat, berasa berat hendak membaca al-Quran, terasa manisnya tatkala melakukan  maksiat dan sebagainya. Malah ia akan bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya daripada membuat ibadah dan kebaikan.


Maka dengan itu, untuk mengimbangi usaha qarin ini lalu Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.



Amalan zikir menjadi pendinding manusia daripada gangguan syaitan


Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.  Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyakkan berzikir,  membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.



Sayyidatina Aisyah  menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW  keluar dari rumahnya  (Aisyah),  lalu Aisyah berkata:

“Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa yang terjadi, apakah yang menyebabkan engkau cemburu?”

Maka Aisyah berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.”

Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?”  Aisyah bertanya lagi : “Apakah aku juga mempunyai syaitan?”

Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.”   Aisyah  bertanya : “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?”

Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

فُضِّلْتُ عَلَى آدَمَ بِخَصْلَتَيْنِ كَانَ شَيْطَانِي كَافِرًا فَأَعَانَنِي اللهُ عَلَيْهِ حَتَّى أَسْلَمَ وَكَانَ أَزْوَاجِي عَوْنًا لِي وَكَانَ شَيْطَانُ آدَمَ كَافِرًا وَزَوْجَتُهُ عَوْنًا على خَطِيئَتِهِ
“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam AS  dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantunya membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)


Ibn Muflih al-Muqaddasi pula menceritakan: “Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk.


Maka ditanya mengapa engkau kurus? Jawab syaitan tadi  “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, tatkala makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”


Seterusnya, Qarin hanya akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia itu meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang.


Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.


Oleh yang demikian, sebagai manusia biasa pastinya kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.  Manusia yang diberi akal oleh Allah untuk berfikir mana baik dan buruk.  Andai kita terpesong, maka tugas kita dianggap belum selesai jika tidak kembali kepada Allah kerana di akhirat nanti kita akan disoal olehNya tetapi Qarin terlepas.. maka siapakah yang rugi di sini.  Renung-renungkanlah…
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 12:01 PM | Show all posts
sipolan posted on 30-5-2013 11:51 AM
Penerangan berhubung 'makhluk' yang dinamakan 'Qarin".

Qarīn (Arab:قرين, ...

qorin tu dari mana??? kalo ikut pahaman engko qorin tu dari mana??
atau qorin tu tup2 ade cenggitu jek??..x de mak pak,..yg aku tahu..
dlm surah alikhlas tu.."lam yalid walam yuulad" tu hanyer Allah sahaja.."tidak beranak dan di peranakkan"

jadi dari mana qorin tu??? dari mak ayah manusia kah?? atau dari mak ayah qorin tu sendiri dan macammana dia boleh jadi kembar manusia lak??


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 12:04 PM | Show all posts
sipolan posted on 30-5-2013 11:56 AM
Siapa Qarin di Sisi Manusia?Sutera Sayang | April 7, 2013        | 0 Comments
Siapakah Qarin?  Tentu ramai ...

emmmmmmm copy paste jek laaaa...hehehe



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 1.382514 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list