CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9217|Reply: 8

Cukur Bulu Kemaluan

[Copy link]
Post time 22-5-2013 04:33 PM | Show all posts |Read mode

**saya edit tajuk asal: 'Sebab Haram Mencukur Bulu Kemaluan' kepada 'Cukur Bulu Kemaluan'
~mnm77~

POSTED BY MYKHALISON 2:10 PM7 COMMENTS

Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.



Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.



Last edited by mnm77 on 23-5-2013 09:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2013 04:51 PM | Show all posts
tajuk thread tak sesuwei
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 05:01 PM | Show all posts
terkejut bace tajuk die..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 05:23 PM | Show all posts
haram sebab cukur depan org

chey~
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 05:27 PM | Show all posts
lahhh... tajuk bg orang cuak je... sebab haram tuh ramai je orang tau... tp ade jugak yg gatal gi cukur bulu kat spa la... salon la... hapa la aku pon x tau nama tempat tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 05:50 PM | Show all posts
maniack88 posted on 22-5-2013 05:23 PM
haram sebab cukur depan org

chey~

ala2 jawapan UAI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2013 08:54 PM | Show all posts
apa pendapat anda semua akan amalan sesetengah wanita yg  you know pi buang bulu cara brazillian wax lah mak datuk waxlah dengan you know mendedahkan sebahagian aurat  yg mmg patut ditutup walaupun dengan wanita  semata mata untuk buat waxing / buang bulu badan

dah lah buang bulu badan ni semua tahu hukum , kecuali di kawasan badan yg dibenarkan tapi  u know ...ada segelintir  dari kita ni ...

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 06:46 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 22-5-2013 08:54 PM
apa pendapat anda semua akan amalan sesetengah wanita yg  you know pi buang bulu cara brazillian wax ...

Sekarang dah ramai orang buta penglihatan jadik masseuse brazillian waxing  mak nenek nee tau...utk cater pada orang orang yang tak selesa bulu kemaluannya dilihat orang.........

Nanti seminggu sebelum hari pernikahan kau.........aku akan bagi kau contact numbernya........




























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2013 02:52 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.860488 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list