CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3628|Reply: 0

Yamaha XJ-6 Naked 2013 tampil dengan gaya urban

[Copy link]
Post time 15-5-2013 10:08 AM | Show all posts |Read mode

Yamaha x j 6 naked lawa wey!!!


SENARIO memiliki motosikal berkuasa tinggi semakin mendapat tempat yang cukup baik dalam pasaran tempatan.

Menerusi model-model pertengahan, bilangan motosikal dalam segmen sebegini jelas semakin ketara di atas jalan raya yang begitu  berbeza sekitar era 90-an.

Untuk rekod, Yamaha XJ-6 Diversion yang dilancarkan pada pertengahan tahun 2011 telah berjaya terjual sebanyak 1000 unit. Memandangkan sambutan yang cukup menggalakkan, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd memperkenalkan model seiras, XJ-6 Naked.
Bagi menguji jentera terbaharu Yamaha ini, penulis berkesempatan mengikuti aktiviti kelab MYXJ6 berkonvoi dari Sungai Buloh sehingga Lumut di Perak.

Konvoi Yamaha Fun Ride selama sehari itu mendapat kerjasama Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd. Objektifnya adalah bagi memberi peluang para pemilik motosikal, sama ada dari jenis Diversion atau Naked berhubung antara satu sama lain.

Berbalik kepada model terbaharu ini, ia merupakan sebahagian dari versi asal Yamaha XJ-6 Diversion yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Spesifikasi enjin tidak berubah kecuali berat keseluruhan yang lebih ringan. Selain imej yang tiada fairing di hadapan, XJ-6 Naked dibezakan dengan pemegang pembonceng di bahagian belakang dan ketiadaan tongkat dua berbanding versi Diversion.

Model Yamaha XJ-6 Naked masih mengekalkan ciri-ciri motosikal berkuasa tinggi dengan kapasiti enjin 4 lejang 600cc. Kelebihan enjin yang menggunakan 4 piston jelas dapat dirasai dengan hantaran kuasa lebih linear.

Setiap kali pendikit dibuka penghantaran kuasa yang dihasilkan adalah mengikut kemahuan dan kawalan penulis sekali gus memudahkan ia dikawal terutamanya ketika menguasai selekoh-selekoh sukar serta tidak rata dengan penuh keyakinan.
Sama seperti model terdahulu, XJ-6 Naked tiada kekurangan sekiranya dibawa untuk perjalanan jauh atau dalam kelajuan tinggi. Pada pengalaman penulis, model ini juga sesuai untuk dibawa sekitar ibu kota atau bandar raya sesak.

Semasa melalui waktu puncak berikutan hari bekerja, penulis memuji model ini kerana ia jentera yang mudah untuk dikendalikan. Gabungan klac dan pusingan hendal yang ringan serta brek yang cukup responsif menjadikannya sesuai bagi semua peringkat golongan penunggang.

Dari segi kedudukan, tempat duduk yang lebar dan posisi yang tidak terlalu membongkok nyata membantu penulis menangani kesakitan pinggang seperti yang penulis alami ketika menunggang di jalan persekutuan bermula dari Kuala Selangor sehingga ke Lumut (melalui lebuh raya Kayan).

Selain itu, faktor yang banyak membantu penulis menangani jalan raya beralun dan kesesakan trafik di jalan lama adalah suspensi XJ-6 Naked.

Bagi membuktikan ia berkesan bukan sahaja untuk seorang penunggang, penulis membawa rakan dari Yamaha Hong Leong Motor sebaik berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat di Hutan Melintang.   

Nyata, XJ-6 Naked masih lagi dianggap selesa walaupun dengan pembonceng di belakang. Penulis juga dapat merasakan ia masih lagi meyakinkan terutamanya ketika berdepan dengan selekoh semasa melalui laluan Teluk Intan ke Sungkai di Perak.

Kombinasi suspensi depan dan belakang yang lembut membantu motosikal untuk mendapatkan cengkaman ketika melalui permukaan jalan raya yang kurang rata dengan mengurangkan kesan lantunan. Ini membantu otot-otot tangan lebih rehat dari kesan hentakan dan getaran. Kombinasi ini turut membantu motosikal berhenti dengan lebih mudah dan cekap.

Menarik bagi versi Naked ini, sudut stereng yang sama dengan model Diversion tidak menghilangkan sifat asalnya yang mudah dikawal ketika menukar arah dan melakukan pusingan “U”. Keseimbangan yang sempurna membuatkan XJ-6 Naked versi 2013 sebuah motosikal berkuasa tinggi dalam kelasnya yang paling mudah ditunggang dan dikendalikan.
XJ-6 Naked 2013 tampil tanpa pengadang angin hadapan masih boleh memecut dengan kuasa maksimum sama seperti model Diversion tetapi kesan tamparan angin kencang pada bahagian depan mengehadkan keupayaan sebenar.

Gaya urban nyata lebih sesuai bagi model ini kerana tidak sukar untuk mengendalikannya sambil menyelit dicelah-celah kenderaan lain tatkala berdepan dengan kesesakan jalan raya.
Paparan kelajuan digital dan takometer jarum penunjuk digandingkan bersama memudahkan panduan dibaca dan dilihat ketika menunggang.

Sistem brek depan dan belakang cukup baik dengan kekuatan yang diperlukan ketika membrek keras dengan setiap tekanan ke atas tuil brek yang dirasakan lembut tetapi bertindak balas dengan sempurna.

Jika versi Diversion boleh menguasai selekoh dengan mudah, XJ-6 Naked tidak kehilangan sifat itu. Setiap kali menukar arah selekoh, motosikal bergerak dengan stabil dan seimbang, tidak memerlukan banyak tenaga. Tanpa penghalang angin hadapan, pandangan menjadi lebih luas dan jelas.

Harga jualan juga masih relevan sekitar RM 38,500 (tidak termasuk perlindungan insurans dan cukai jalan) dan ia disasarkan kepada penunggang baru.
Motosikal berkuasa tinggi memerlukan sokongan pengeluar untuk mendapatkan alat ganti yang asli dan murah.

Terdapat dua warna pilihan menarik iaitu White (Putih) dan Race Blu bagi model terbaharu Yamaha XJ6 Naked ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.097095 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list