CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6889|Reply: 35

Novel The Ice Queen by Edd Mustafa

[Copy link]
Post time 14-5-2013 01:23 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

Saya pendatang baru kat thread ni, selalu jadi silent reader je. Nak minta pendapat kawan-kawan sekalian gaya penulisan novel yang korang suka...Contoh..


1) Bahasa watak utama dia~ "Aku" or "nama" means kalau nama watak utama dia Ain, dalam novel tu ; Ain sedang makan or lebey prefer Aku sedang makan. Yang mana?

2)Korang suka tema apa? Cinta je? Keluarga je? or korang lebey prefer novel yang lebey drpd 1 tema.. means dlm novel tu ada cinta, kekeluargaan, saspen, pembunuhan dll.. [pendek kata semua rasa ada dlm 1 novel]

3)Kalau dalam novel, korang mengharapkan apa? Means originaliti cerita.. sebab ada sesetengah novel lebey kurang je citer dia..so apa yg korang hrap kelainan dalam sesebuah novel?

4)Apa yang jadi tarikan untuk korang untuk teruskan mmbc novel? Perwatakan? Jalan citer yang saspen? or fizikal watak? means hero dia hensem belaka ke..heroin dia cantik jelita je~

Saya tanya soalan-soalan ni sebab saya sedang dalam proses menulis novel. Saya berhajat nak jadi penulis novel time 15 thn..[bajet nak jd penulis termuda  m'sia..hehe] tp sebab masa yang terhad [sbb sy duduk kt asrama]. So, umur 18 baru boleh buat..biasa saya tulis novel pastu post kt blog sy sendiri..saya first time buat novel jd ingat nak minta pendapat dan cadangan korang kt sini..sbrg usul dan pendapat sgt dihargai..   

P/s : Minta perhatian semua, saya dah edit tajuk dan saya dah post novel saya yang pertama [bajet novelis je.. keh keh keh]




Last edited by edd-mustafa on 15-5-2013 05:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 09:38 AM | Show all posts


berapa umur skrg ni?

posting waktu camni tak tidor ke?



Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 09:41 AM | Show all posts
Meh aiolss jwb..

1. Bergantung kpd penceritaan. Penggunaan aku menunjukkan cerita berdasarkan apa yg aku tahu/ aku berada di dlm lokasi/situasi yg diceritakan. Penggunaan aku berat sikit... kena pandai mencipta plot di mana aku terlibat di dlmnya

2.Minat pembaca pelbagai. Ada yg tak suka cinta. Muak sbb dah terlalu byk dilambakkan. Ada yg suka esp remaja dan macit2 perasan remaja . Kalau dipelbagaikan novel akan lebih menarik. eg: gengster ganas giler dlm masa yg sama jatuh cinta pd seseorang. Lepas tu timbul konflik.. nak bertaubat nasuha ke tak

3.Kelainan tentu saja lebih membawa tarikan. Anyway kalau klise tp cara pengolahan atau mesej kuat, mak ok je!

4.Bunga2 bahasa/ gaya penulisan. Aiols suka bahasa2 yg membuai2 rasa but not too 'sastera' sampai tak faham.
  Semasa perbualan, aiols suka bahasa santai.  Jln cerita... juga memainkan peranan
  fizikal watak? Aiols geli kalau digambarkan secara melampau2. Fairy tale sgt!

5.Yg ni tak ada dlm soalan tp aiols saja tambah...
  Jadilah penulis yg bertanggungjawab dgn menyebarkan mesej2 yg baik kpd pembaca.
  Aiols ambil contoh yg selalu berlaku kat tv/filem:
  asal jahat lepas tu berubah jadi baik. Mesej dah ok tp kisah jahat lebih byk diceritakan
  contoh paling baik yg aiols suka: Geng surau. Sisi hitam watak mayat ditunjukkan sebagai flashback sikit2


Sekian, terima kasihhhh!




Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 09:42 AM | Show all posts
UsuFie posted on 14-5-2013 09:38 AM
berapa umur skrg ni?

posting waktu camni tak tidor ke?

Tu! Mak marah dahh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 04:06 PM | Show all posts
kat malaysia ni genre novel yang paling laku adalah genre cinta/romantik

yang paling ramai suka ialah novel yg ceritanya pasal kahwin paksa dan kontrak

hero dan heroin sudah semestinya mesti hensem dan lawa supaya lebih ada daya tarikan

nak buat genre lain boleh tapi sebagai penulis baru lebih baik bermula dengan genre cinta kahwin paksa ni supaya senang dapat perhatian

kalau nak buat cerita yang lain daripada yang lain ataupun genre lain, anda mesti mempunyai nama dalam dunia penulisan terlebih dahulu dan mempunyai peminat yang ramai, baru boleh cuba buat.





Last edited by RED 666 on 14-5-2013 04:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 04:17 PM | Show all posts
RED 666 posted on 14-5-2013 04:06 PM
kat malaysia ni genre novel yang paling laku adalah genre cinta/romantik

yang paling ramai suka i ...

hahaha..... Mills n Boons sangat! Org putih suka kahwin paksa/kontrak zaman 70-an dulu.
Zaman la, zaman CSI, harry potter, The SAW...
Ramai saja yg minat. Tak kisah anda penulis baru atau lama, janji cerita anda menarik utk dibaca..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2013 04:23 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-5-2013 04:17 PM
hahaha..... Mills n Boons sangat! Org putih suka kahwin paksa/kontrak zaman 70-an dulu.
Zaman la, ...

itulah hakikatnya mengenai pasaran novel melayu di negara kita sekarang ini

tgk je kat penulisan2u tu, asal novel2 tajuk berkaitan cinta, suami, isteri dan kahwin paksa kontrek, mesti dapat rating tinggi

buat citer hantu, penyiasatan kat penulisan2u tu, sikit sgt yg nak membacanya

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 04:28 PM | Show all posts
RED 666 posted on 14-5-2013 04:23 PM
itulah hakikatnya mengenai pasaran novel melayu di negara kita sekarang ini

tgk je kat penulisa ...

Jadi kena lah pandai memilih penerbit yg bersesuaian.

ps: Pertama2 nawaitu kena betul! Apakah mesej yg nak disampaikan kpd pembaca/masyarakat. Jgn sekadar memikirkan pulangan modal sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 05:01 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-5-2013 09:42 AM
Tu! Mak marah dahh...


tentulah marah...usu rasa umurnya belum 15 tahun lagi kan...

..remaja ribena memerlukan tido sekurang2nya 8 jam...baru buleh bangun jam 6 pagi sharp. tanpa berjalan atau mandi sambil pejam mata..

aaa..kalu stok2 cam 'lady', 5 jam jah cukup... (tanpa gangguan)





Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 05:31 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-5-2013 09:41 AM
Meh aiolss jwb..

1. Bergantung kpd penceritaan. Penggunaan aku menunjukkan cerita berdasarkan apa ...

lady..citer tunjuk flasback mayat tu "geng surau" ke "tanah kubur"?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 05:33 PM | Show all posts
UsuFie posted on 14-5-2013 05:01 PM
tentulah marah...usu rasa umurnya belum 15 tahun lagi kan...

..remaja ribena memerlukan tido  ...

bukan umur dia dh 18 tahun ke? dia kata memula bajer nk tulis masa umur 15 dulu, tapi x dpt sbb dok asrama, so bila dh 18 nie baru leh start menulis..tu yg saya paham la..

notakaki: ayat dalam novel kena clear naa...nnt jadi camnie, org dah salah paham maksud ayat yg nk disampaikan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 06:37 PM | Show all posts
UsuFie posted on 14-5-2013 05:01 PM
tentulah marah...usu rasa umurnya belum 15 tahun lagi kan...

..remaja ribena memerlukan tido  ...

Akak UsuFie, terima kasih atas nasihat yg diberikan..   Saya tak dapat tido lagi sebab kena kemas barang banyak-banyak, lagipun kena balik kampung esok hari.. Sbnrnya, bkn slalu sya tido lewat.. Tiba-tiba idea nak post thread baru menjelma waktu tu.. memandangkan sy baru lg..sy kena tggu 1 jam~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 06:39 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-5-2013 09:41 AM
Meh aiolss jwb..

1. Bergantung kpd penceritaan. Penggunaan aku menunjukkan cerita berdasarkan apa ...

Thanks ladyFinger12, usul dan cdgn amat dihargai..selalunya novel yg sy post kt blog biasa bg kawan-kawan baca..minta kritikan..atau cadangan plot-plot yang menarik..ada juga tanya makcik-makcik saya pasal dunia penulisan ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 06:47 PM | Show all posts
RED 666 posted on 14-5-2013 04:06 PM
kat malaysia ni genre novel yang paling laku adalah genre cinta/romantik

yang paling ramai suka i ...

RED 666, saya pun perasan pasal hal tu..kebanyakan yg laku pasal kawin paksa, kawin kontrak. Saya memang terpikir nak tulis novel dgn genre gitu mmndgkan saya ni penulis baru. Tapi saya suka originaliti even sedikit. Asyik kawin kontrak ngan kawin paksa je..saya takut orang makin muak.. Means saya disini, masih ada genre cinta tapi bukan kawin paksa atau kawin kontrak..Jadi saya cabar diri nak tulis satu novel yang ada originaliti jalan cerita yang tersendiri tapi genre cinta tetap tidak dilupakan. Saya masukkan elemen saspen, kekeluargaan, agama.. Untuk hasilkan novel yang bagus, saya kena buat sikit 'research' dan sangat perlukan kritikan semua orang. Saya ingat kalau saya dah tulis banyak-banyak bab novel nanti, saya nak post disini, bagi semua forumer thread ni baca dan bagi pendapat. Tapi bukan sekarang la..akan datang.. Harap forumer disini sudi..          


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 06:52 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-5-2013 04:28 PM
Jadi kena lah pandai memilih penerbit yg bersesuaian.

ps: Pertama2 nawaitu kena betul! Apaka ...

ladyFinger12, sape la tak nak pulangan modal? ehehehe saya pun nak..tapi itu bukan tujuan utama saya menulis. Saya menulis sebab saya sangat sangat suka menulis [even tak dela bahasa bagus sangat]. Saya menulis sebab saya nak curahkan rasa hati dan fikiran saya dalam novel..Kalau saya pandai melukis, boleh la jadi kartunis cam jepun tu..[masalahnya tangan kayu..] Jadi menulis adalah pilihan saya.. Saya nak berkomunikasi dengan pembaca melalui tulisan.. Jadi saya sedang bekerja keras nak hasilkan novel yang terbaik, sebaik yang saya mampu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 06:55 PM | Show all posts
pooh83 posted on 14-5-2013 05:33 PM
bukan umur dia dh 18 tahun ke? dia kata memula bajer nk tulis masa umur 15 dulu, tapi x dpt sbb do ...

pooh83, terima kasih atas nasihat yang diberikan.. Saya sedang cuba perbaiki gaya penulisan saya, memandangkan saya baru berusia 18 tahun, pengalaman hidup dan ilmu tak banyak.. Jadi kena usaha sungguh-sungguh untuk tulis novel yang baik.. nanti tak adala nampak cam budak-budak je gaya penulisan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 10:22 PM | Show all posts
banyak juga ilmu yang saya dapat tentang citarasa pembaca dalam ni....bagus tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 09:34 AM | Show all posts
pooh83 posted on 14-5-2013 05:33 PM
bukan umur dia dh 18 tahun ke? dia kata memula bajer nk tulis masa umur 15 dulu, tapi x dpt sbb do ...


ooohh..ok ok..baru paham..dah 18 lah yer...

tp betul kan pooh..ayat2 kenalah 'pembaca' benar2 faham supaya tak keliru.  

Bkn semua pembaca boleh berada dalam minda penulis.  

Kang penulis nak sampaikan A, pembaca faham maksud B..



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 09:41 AM | Show all posts
edd-mustafa posted on 14-5-2013 06:37 PM
Akak UsuFie, terima kasih atas nasihat yg diberikan..   Saya tak dapat tido lagi sebab ...


ooo...no..no..no.. bkn ahkak Usu... tapi acik Usu...

Baguih la kalu ada semangat nak menulis dari usia muda.. bagus tu..
tapi kenalah pilih genre yg bersesuaian. .tak semestinya tema cintan cintun tu laku..gaya penulisan tu kenalah pandai menarik minat pembaca. Ikut golongan jugak. (bagi acik,  mmg acik usu tak suka tema ni...mcm tak blh nak digest lagi tema ni...(maksudnya tema cinta budak sekolah, yg jadi fav penulis muda skrg)

apa pun cubalah dulukan..ada penulis yg acik kenal tu kan..1st attempt terus publisher nak terbitkan..



Nota: tidur yg cukup tu penting utk awet muda...






Last edited by UsuFie on 15-5-2013 10:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 10:22 AM | Show all posts
edd-mustafa posted on 14-5-2013 06:52 PM
ladyFinger12, sape la tak nak pulangan modal? ehehehe saya pun nak..tapi itu bukan tujuan utama sa ...

Assalamualaikum adik Edd,

Memula akak pom macm ko gak masa nak memula menulis...dahtu pernah nak jd pelukis ala2 novel grafik Gempakstarz tuh...tp lama x asah bakat ngan pensel...dh tumpul dah...harpkn adik akak...dia mmg nak aktif jd pelukis komik...akak tukang bg idea citer...huhuhu....

Akak tetiba start nak menulis dlm tret penulisan asalnya akak wat speku sendiri kat tret drama2... x sangka dpt sambutan ...huhu....pastu akak beranikn diri cuba nak menulis kat tret nih...(ramai otai2 penulis hebat kat tret ni...superb..Selingan Pujian...Ahaks) & yg pasti genre cinta langkah pertama akak...

Sudi2lah baca SAATKU KENAL CINTA (http://mforum2.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D2) & CINTA KITA (http://mforum2.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1) ....PROMOTE....komen amat2 dialu2kn....



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.398398 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list