View: 4124|Reply: 20
|
APA HUKUM MASALAH NI YE?
[Copy link]
|
|
Saya nak tanya
cite nye bab claim - claim staff gomen n gomen.
saya tak tau sgt nak cerita sbb bkn saya alami
tapi setau saye..
kwn saye ade beli brg2 dan claim
ni mcm die act as supplier lah - buat quotation n gomen akn byr die
die keje gomen (sori saya taktau sgt bab gomen beli brg dan claim)
so die pon up harga kat sini (dpt untung la , saya kire dlm 50%)
kite paham la..minyak+masa+tenaga die angkat brg kann..
dan alasan die up sampai 50% sbb gune duit die, masa 2-3bln tuk die dpt blik duit tu
dan macam org meniaga la , mana nak rugi kan
so persoalan:
1. berapa % harga yg dibolehkan naik?
2. kalo lah die naikkan harga sampai 2-3kali ganda - apa hukum die?
|
|
|
|
|
|
|
|
hukum haram aja..
dh jelas dia claim lebih dari nilai brg tu..
dh serupa mencuri namanya..
psl nilai tu tinggi dari nilai yg dinyatakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmni dinamakn ketirisan dlm perbelanjaan wang kerajaan..
abis duit cukai rakyat.. |
|
|
|
|
|
|
|
i dunno I hanya buat satu je claim dalam 5 tahun keje |
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 13-5-2013 07:29 PM 
hukum haram aja..
dh jelas dia claim lebih dari nilai brg tu..
dh serupa mencuri namanya..
pendapats aya macam ni jgk
macam haram...
tapi nak cube memahami apa yg die bgtau.
die kata mcm bisnes lah
macam kite anggap kite sbg supplier n supply brg ke gomen
die pinjam lesen supplier gomen (org punye)
kalo dah nama pon bisnes...
mesti la nak untung.
tp yg saya musykil...byk mana untung yg dibenarkan??
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam islam tak menghadkan untung banyak mana.
Dalam kes ni saya hanya nampak mungkin ada penyalahgunaan kuasa dan tidak amanah oleh staf gomen tu. Anyway, saya tak pasti, dalam staf manual gomen, ada kata ka tak boleh terlibat dalam business? |
|
|
|
|
|
|
|
baulu posted on 14-5-2013 10:49 AM 
Dalam islam tak menghadkan untung banyak mana.
Dalam kes ni saya hanya nampak mungkin ada penyala ...
so dlm hal ni halal ke haram ke harus ke?
kalo kata islam tak had kanuntung byk mana
dalam kes ni..bsnes ngan gomen
suke hati nak taruk harga byk mana ke?
dlm hal salahguna kuasa sume tu kann
die just pinjam lesen org..
mungkin jgk la salahgune...
(saye tatau ni - serkap jarang jah sbb bkn gomen staff)
|
|
|
|
|
|
|
|
silica_SiO2 posted on 14-5-2013 10:59 AM 
so dlm hal ni halal ke haram ke harus ke?
kalo kata islam tak had kanuntung byk mana
Keuntungan (kalau tanpa penyalahgunaan kuasa etc tu) adalah halal. Dan harus meletakkan kadar keuntungan yang dia rasa reasonable. Lagipun, pengguna mempunyai pilihan untuk cari sumber lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
rozza posted on 15-5-2013 02:36 PM 
persoalan kurang jelas..
cemana nak jelaskan ye.
1. kalo dlm bisnes berapa % nak up harga/ambik untung.
2. dlm kes bisnes ngn gomen - suke hati ke nak cekau untung byk mana?
sbb gomen bkn syarikat
|
|
|
|
|
|
|
|
saya tak pasti kes mcm ni..
sebab u kata dia beli barang.. then claim.. bleh ke mcm tu dalam gomen..
biasanya gomen kalu buat perolehan, akan pilih sebutharga yang paling mengunungkan kerajaan( sekurangnya 3 sebutharga)
soklan u seolah2 dia beli barang dulu pastu baru calim.. |
|
|
|
|
|
|
|
rozza posted on 15-5-2013 03:10 PM 
saya tak pasti kes mcm ni..
sebab u kata dia beli barang.. then claim.. bleh ke mcm tu dalam gomen. ...
ala2 mcm claim.
sng cite saya rasa cam claim la(sbb sy bukan org gomen)
saya ada bgtauu..die ade pinjam lesen supplier dari kawan die
so die act as supplier..
dan die beli2 dulu brg tuh
pastu buat quotation
kat sini nampak la tak telus/bias
sbb dah mmg die yg menang bidding (mcm bukak tender)lah kan
tapi yg jd persolalan saya..
dia buat quotation
up harga sampai 50% dari harga asal.
so skrg ni hukum kat sini
1. ade forummer ckp tak kesah nak up bp pon untung kalo bisnes
2. ade forummer ckp - staff gomen mana buleh bisnes dgn gomen
(kes integrity lah ni kan)
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam kes ni, untung tu mungkin hak dia nak untung lebih, tapi ada ketidak telusan disitu. kalu dah up sampai 50%.. biasa gomen juga akan melihat harga pasaran... dan saya rasa, dari segi dokumentasi, menggunakan nama kawan dia.. so kalu disiasat lebih mendalam, kawan u seolah2 tidak terlibat... tapi saya masih kompius, bleh ke beli barang dulu...then claim, macam claim petty cash jee...ha3
|
|
|
|
|
|
|
|
rozza posted on 15-5-2013 03:33 PM 
dalam kes ni, untung tu mungkin hak dia nak untung lebih, tapi ada ketidak telusan disitu. kalu dah ...
hadoi
bkn mcm petty cash
tp kalo dah dpt payment lambat
dari kes die cite la
so saya assume mcm claim la
sbb die gune duit die dulu
kalo org bisnes,
opkos la u kuar modal dulu
dlm 2-3 bulan dah deliver
krg dpt la payment
|
|
|
|
|
|
|
|
senang citer.. kawan u dan org dalam gomen tak telus.
|
|
|
|
|
|
|
|
rozza posted on 15-5-2013 03:49 PM 
senang citer.. kawan u dan org dalam gomen tak telus.
so buleh buat ke camni?
telus tak telus cite kemudian
yg penting $$$$ masuk kantung
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya bila company buat claim dengan government, ada yang kata dapat lambat, maka nak pusing duit bisnes dah kurang. Ini disadvantage kepada company.
Sebab tu dengan government, company selalu up lebih. Itu alasan mereka.
Pasal % banyak mana keuntungan tu kena ada standard dan perbandingan yang adil, ia bersifat subjektif, bergantung kepada jenis barang dan perkhidmatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal claim staf gomen, dia kena telus dalam claim dia. Kalau dia bukannya yang layak buat bisnes, dia hanya patut buat claim sekadar nilai barang + kos2 lain yang tak dapat dielakkan, bukan berdasarkan keuntungan.
Yang kategori dibenarkan buat bisnes, bila dia ada company sendiri, ni kes lain pula. Dia boleh claim dengan keuntungan, sewajarnya tidaklah melampau keuntungan claim dia (jika ada standard yang ditetapkan)
Last edited by mnm77 on 15-5-2013 07:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Mengambil Untung Lebih 50 Peratus atau 100 Peratus
Ramai pelanggan saya yang mengikut pergi memborong di China sering berada dalam situasi serba-salah apabila mereka ingin menjual sesuatu barangan dengan mengambil untung lebih daripada 50% atau 100%.
Perasaan ini timbul kerana mereka pernah mendengar ustaz ataupun rakan mereka menyebut bahawa kononnya tindakan mengambil untung seperti ini adalah HARAM dan bertentang dengan ajaran Islam.
Dalam artikel ini saya akan terangkan kepada anda dari aspek dalil Hadith dan dari segi logik bahawa perkara ini sebenarnya langsung tidak ada kebenarannya.
(Namun jika saudara pembaca mempunyai dalil lain, saya alu-alukan pandangan anda)
Dari Segi Dalil
Cuba lihat permata Hadis di bawah
Hadis riwayat Al-Bukhari, menyatakan bahawasanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberi Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung.”
Hadis ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, kemudian menjualnya dengan harga 100 peratus keuntungan iaitu satu dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh Rasulullah SAW, malah dipuji dan didoakan sahabatnya itu.
Itu yang pertama. Dari aspek kedua pula, tidak ada sebarang Hadith mahupun Ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa adalah haram untuk seseorang mengambil untung melebihi sesuatu peratus.
Dengan itu, mengambil keuntungan dalam perniagaan adalah diharuskan, cumanya yang ditegah oleh Islam adalah apabila kita menindas orang yang ingin membeli ataupun menipu orang yang membeli daripada kita.
Contohnya, jika kita membeli sebuah cawan di China dengan harga RM 1 dan di Malaysia dijual dengan harga RM 10. Keuntungan anda adalah 1000%. Namun pembeli anda tidak merasa tertindas dan anda tidak pula menipu mereka dalam menjalankan transaksi ini. Maka ini adalah transaksi yang halal dan memang biasa dilakukan.
Contoh kedua pula, anda membeli cawan di China dengan harga RM 1. Setibanya di Malaysia, memandangkan anda seorang Pengetua sekolah, anda mewajibkan semua pelajar di sekolah anda membeli cawan ini dan anda menjualnya dengan harga RM 2. Walaupun keuntungan yang diambil itu sedikit, namun elemen pemaksaan itu menjadikan transaksi ini HARAM.
Contoh ketiga, anda membeli cawan plastik di China dengan harga RM 1, setibanya di Malaysia anda menjual kepada rakan anda cawan ini tetapi anda memberitahu rakan anda cawan ini adalah cawan kaca. Maka transaksi ini menjadi haram kerana terdapat unsur penipuan di dalamnya.
Dari Aspek Logik
Dari aspek logik pula, sewaktu anda menjual sesuatu barangan, terdapat banyak lagi faktor-faktor yang tidak boleh dikira dengan nilaian duit.
Contohnya, anda menghadiri Kursus Borong China, kemudian mengikuti Rombongan Memborong ke China dan anda berjaya membeli cawan dengan harga RM 1.00.
Jika total kos anda ke China itu adalah dalam RM 3000 dan anda hanya membeli 100 cawan itu. Purata kos ini terhadap bilangan cawan yang anda beli ialah RM 30 bagi setiap cawan.
Kos Cawan – RM 1.00
Kos Travel – RM 30.00
Kos total – RM 31.00
Sekarang berapa harga cawan ini yang anda boleh jual ? Adakah RM 60 atau RM 35 jika kononya mahu nampak ‘Islamik’ ?
Selain itu, bagaimana pula anda ingin mengira kos masa yang anda luangkan untuk pergi di China, kos telefon, kos pengangkutan, kos makan minum sepanjang di China dan pelbagai kos-kos sampingan lain. Bagaimana kita mahu masukkan semua ini dalam barangan yang kita ingin jual ?
Adalah hampir mustahil untuk anda mengira semuanya.
Logik yang keduanya pula, bagaimana pula orang yang menawarkan servis ingin meletakan harga bagi servis mereka ?
Contohnya seseorang yang menawarkan servis membaiki kapal laut berbanding dengan seseorang yang menawarkan servis membaiki basikal ? Adakah harga yang kita bayar ini bergantung semata-mata kepada berapa jam mereka membaiki sesuatu produk ini ? Ataupun ia bergantung kepada kepakaran masing-masing ?
Pelaburan di sini bukan saja dari aspek duit, malah dari pelbagai aspek lain termasuklah kepakaran, situasi kesukaran membaiki, pengalaman, kemahiran dan pelbagai aspek lain lagi yang tidak boleh untuk kita nilai dengan duit.
Maka dengan adanya dalil yang sahih dan hujah logik, jelaslah bahawa mengambil untung dalam perniagaan adalah perkara yang halal dan ianya tidak dihadkan kepada tahap tertentu.
Selain itu, sebagai peniaga yang bijak, sudah tentu kita faham bahawa harga barangan di pasaran biasanya akan bergerak berasaskan permintaan (demand) dan sumber (supply) dan ini dipanggil “market system”. Perkara ini juga disokong oleh Islam.
Sekian, terima kasih
Posted by Shahabudeen |
|
|
|
|
|
|
|
ya la.
so clear kat sini..mmg halal.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|