|
AKTOR terkenal, Imran Khan menitiskan air mata ketika begitu asyik menghayati filem Qayamat Se Qayamat Tak.
Menurut sumber, Imran menganggap filem tersebut begitu tersentuh perasaannya sehingga tidak dapat menahan air mata.
"Imran beranggapan, selama berlakon dalam filem mahupun menonton filem, dia tidak pernah merasa sedih. Tapi berlainan pula dengan jalan cerita dalam filem tersebut.
"Filem itu dipenuhi dengan kisah percintaan yang mulia, akhirnya berpisah jua.
"Bagi Imran, banyak pengajaran dan juga babak menyentuh hati menyebabkan dia menangis," kata sumber.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|