CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9199|Reply: 12

Kisah Wali Allah Yang Solat Di Atas Air

[Copy link]
Post time 5-5-2013 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah yang menarik yang boleh di kongsi bersama tentang kisah seorang wali Allah yang solat di atas Air.. Semoga kisah ini dapat di jadikan teladan kepada kita semua..

Nak dijadikan cerita pada suatu ketika ada sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Hiasan


Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!” Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!”

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, “Apa hal?” Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, “Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?”

Wali itu berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah.”

Para penumpang itu berkata, “Apa yang mesti kami buat?”

Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat.”

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.”

    
Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.”

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?”

Wali Allah itu berkata, “Saya ialah Awais Al-Qarni.”

Peniaga itu berkata lagi, “Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.”

Wali Allah berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?”

Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah.”

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a’alam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2013 05:17 PM | Show all posts
suatu kisah menarik untuk "pedoman" bagi mereka2 yang nak jadi wali...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 06:04 PM | Show all posts
pertamanya, yg saya tahu org soleh nama nya uwais al-qarni ada laa....

kedua cerita ni datang dari mana, yaa?

zaman kita, kita bukan saja berdepan dengan golongan yang kurang dlm agama, malahan berlebihahn dalam agama sehingga membuat cerita palsu, maka harus diprhatikan dari mana sumber ilmu agama itu diambil
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 10:24 PM | Show all posts
Pada pandangan saya, jika Rasullullah SAW tidak pernah bersolat di atas air, maka ada SOMETHING WRONG dari pernyataan ini kerana boleh jadi benar atau boleh jadi tidak benar. Maka jika Rasullullah SAW tidak pernah bersolat di atas air, dari kisah yang dimaksudkan, adalah lebih baik kita bersangka baik itu adalah UJIAN kepada kita untuk menguji keimanan kita samaada mahu mengikut Sunnah Rasullullah ataupun Sunnah-sunnah yang lain dari itu. Kerana sesuatu yang samar-samar itu perlu dilihat dalam banyak maksud (samaada mendatangkan kebaikkan atau memudaratkan iman).

Allah Jua Maha Mengetahui
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 12:35 AM | Show all posts
ada tak cerita wali Allah yg solat atas angin

....kapal terbang tu terhoyong hayang
dlm kargo kpal terbang tu ada harta anak yatim.........

akhirnya kapal terbang tu landing dgn selamatnya.....maka jutawan tu........
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 11:05 AM | Show all posts



Org solat dalam laut:



org dah solat di udara:







Last edited by kertasputih on 8-5-2013 11:06 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2013 11:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 12:02 PM | Show all posts
Apa yg penting adalah pengajaran tentang kekuasaan Allah. itu jer. Pasal kehebatan para wali tu semuanya berlaku dengan izin Allah. Jgn dibandingkan dengan Nabi pulak. Betapa hebat para wali ni, darjatnya tidak pernah melebihi para Nabi. Nabi tak sembahyang atas air bukan sebab Allah tak izin tapi mungkin takde keperluan untuk berdakwah atau takde kesusaian pada masa itu. Nabi pun tak pernah mintak dan takde keperluan pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2013 12:40 AM | Show all posts
Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdullillah....


Masa Tentera Islam dibawah pimpinan Syaidina Sa'ad Bin Abi Waqqas R.A dalam Perperangan Qadisiyyah menetang Parsi (Paglima depa Rostam Farrokhzad ).....

Pasukan tentera Islam tu.....kalau tak salah Uncle..tentera Islam 30 000 orang....(tentera Parsi 120 000 !!  )

Rostam takut kemaraan Tentera Islam.....nyorok seberang Sungai Djlah (Tigres)...(Bawak lari perahu semua)...

Sekali.....Syaidina Sa'ad R.A arahkan tentera Islam semua masuk Sungai...seberang dgn selamba!

( Ulama ada yg kata...Tentera Islam jalan atas air...& ada yg kata "Sungai tebelah"....)...

Yg pasti.....Paglima Saad Bin Abi Waqqas berjaya menewaskan tentera Parsi!....

p/s : nampaknya taklah ganjil sangat kisah berjalan atas air......Tentera Islam berpuluh ribu tu!...   



Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat CERITA, semua agama ada saja cerita/motivasi pelik2 tentang tokoh mereka. Umat sebelum umat Nabi SAW lagi pelik2, macam2 ada. Semoga kita dijauhi dari menjadi Umat Nabi SAW tapi mentaliti tahap Umat yang telah dihapuskan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:53 PM | Show all posts
sorinyer....

kadang2 terlalu banyak criter magic2 .. aku tak tau nak pecaya atau tak

zaman skrg ni mesti ade org mintak youtube..... nak buktikan btol atau tak

neeway.. nice story.... tp nak pecaya.. ntah laa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
True-X posted on 14-5-2013 10:53 PM
sorinyer....

kadang2 terlalu banyak criter magic2 .. aku tak tau nak pecaya atau tak

Cerita jer, bukan bersumber alquran atau alhadis pun. Kdg kecewa dgn pengongsi2 cerita yg kureng bertanggungjawab tanpa mencek sumber atau rasional cerita. Seolahnya kita belum faham umat terakhir ini tertegak dengan apa dibanding umat2 awal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 11:10 AM | Show all posts
Alhamdullillah..


Tidak jadi salah UNTUK TIDAK PERCAYA.....

TAK SALAH JUGA.........Untuk percaya...


CTH :
Kalau 30 tahun dulu saya keluar dari dlm bilik dan kata...
"Saya dah berbincang dengan anak saya tentang majlis perkahwinan dia...dan dia dah tunjuk pun kain yg dia nak buat baju dll "...saya masuk bilik di Kg Ulu Sekinchan...sedang anak saya di Marselle , Perancis....Pasti ada yg menuduh saya gila....merepek......mengarut dlll.....


TAPI....kalau HARI NI...tak siapa yg nak rasa pelik dgn "Skype " dll...  


Tapi...itulah...tak salah pun nak percaya ke idaknya...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.071675 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list