ETCM Anjur Bengkel Keselamatan Diri untuk Para Pelanggan Nissan
Kuala Lumpur, 10 April 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan menganjurkan Bengkel Keselamatan Diri bermula dari 11 Mei hingga 6 Julai 2013 yang direka secara eksklusif untuk semua pelanggan Nissan. Bengkel itu akan membantu untuk menjawab kebimbangan tentang peningkatan jumlah kemalangan jalan raya dan jenayah terutama ke atas golongan wanita.
Mengulas mengenai program yang berorientasikan kepada pelanggan ini, Pengarah Urusan ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan buat para pelanggan Nissan. Tahun ini, kami juga akan mengadakan Bengkel Keselamatan Diri di Sabah dan Sarawak bagi memastikan para pelanggan di Malaysia Timur turut mendapat peluang untuk menimba kemahiran berkaitan aspek keselamatan jalan raya.”
ETCM telah memperkenalkan dua program berbeza di bawah Bengkel Keselamatan Diri yang terdiri daripada Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar dan Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan Raya. Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar merupakan modul baharu yang direka khas untuk semua pemilik kenderaan Nissan wanita sebagai satu bentuk mempertahankan diri sekiranya mereka berdepan dengan situasi berbahaya. Bengkel ini akan memberi fokus kepada cara-cara pencegahan jenayah melalui latihan ikhtiar hidup, teknik mempertahankan diri mengenai bagaimana menjadi lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.
Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan Raya pula bakal diadakan di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Fokus bengkel ini lebih kepada mendidik para peserta tentang apa yang perlu dilakukan jika seseorang individu berdepan dengan situasi mengancam nyawa seperti mangsa kemalangan atau bagaimana untuk memberi bantuan awal kepada mereka yang tercedera.
Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar bermula pada 4 Mei, diikuti pada 11 Mei dan 29 Jun yang akan diadakan di wilayah Tengah, Selatan dan Utara. Bengkel ini hanya boleh disertai oleh pelanggan wanita berusia 17 tahun ke atas sahaja. Tarikh penganjuran Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan Raya pula adalah pada 18 Mei, 15 dan 22 Jun yang diadakan di Sabah dan Sarawak. Pendaftaran untuk kedua-dua bengkel ini adalah percuma.
Sertai kami dan belajar lebih banyak tentang keselamatan diri. Ini kerana kami ambil berat mengenai keselamatan diri anda dan orang yang tersayang. Individu-individu profesional akan berada di sana untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka tentang pencegahan jenayah serta keselamatan jalan raya. Untuk mendaftar, sila hubungi Jabatan Khidmat Pelanggan ETCM di talian 03-4047 8788 atau e-mel kepada kami di alamat: [email protected] dan kami akan melayan anda serta-merta.
Jadual Bengkel Keselamatan Diri 2013 | Selatan | Utara | Tengah | Timur | Sabah | Sarawak | Bengkel | Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar | Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar | Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar | Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan Raya | Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan Raya | Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan Raya | Tarikh | 11 Mei | 29 Jun | 9 Julai | 18 Mei | 15 Jun | 22 Jun | Venue | Grand Paragon Hotel, Johor Bahru | G Hotel, Penang | Royale Bintang, The Curve Hotel, PJ | Zenith Hotel, Kuantan | Ming Garden, Kota Kinabalu | Grand Margherita, Kuching | Yuran Pendaftaran | Percuma | Percuma | Percuma | Percuma | Percuma | Percuma |
Last edited by CariReporter on 23-4-2013 02:41 PM
|