manganini posted on 25-4-2013 03:05 AM 
kenapa mesti buat sebelum kawen.. boleh je buat lepas kawin..
tapi jangan la lambat sangat, nanti j ...
sokong
blh rujuk kat sini hukum nya dri web UZARtapi bg saya gmbr pra wedding ni tak terhad pada gmbr ambil untuk tujuan majlis prkhwinan tapi termasuklah gmbr masa berkapel2, dan bertunang (mcm saya - saya tak nak tapi fmly smua paksa ambl gmbr, Tuhan je la tau aku rasa mcmana time tuh).
aku 'kod and angkut' sikit dari uzar tu ek
1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding) Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :- a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26) Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi.
Last edited by cat_miow on 4-5-2013 05:02 PM
|