CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1746|Reply: 0

[CARI Info Kioks]TAN CHONG MOTOR UMUM PELANTIKAN PEGAWAI KANAN PENGURUSAN

[Copy link]
Post time 2-4-2013 10:02 AM | Show all posts |Read mode

Struktur pengurusan kanan yang baru (dari kiri ke kanan):
Khoo Cheng Pah, Dato’ David Chen Yuen Thiam, Dato’ Dr. Ang Bon Beng and Tan Keng Meng


Kuala Lumpur, 30 Mac 2013 - Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah mengumumkan pelantikan pegawai-pegawai kanan yang baru demi mengukuhkan lagi struktur pengurusannya berkuat-kuasa pada 1 April 2013. Pelantikan itu adalah sebahagian daripada pertumbuhan dan pelan pertukaran jawatan dalam ETCM bagi membolehkan ia terus membawa Nissan dan ETCM ke tahap lebih tinggi di peringkat tempatan dan serantau.

Dato’ Dr. Ang Bon Beng akan memikul tanggungjawab baharu dan lebih kritikal dalam pertumbuhan ETCM serta kehadiran Nissan di pasaran Indo-China, dibantu oleh Khoo Cheng Pah. Satu pasukan pengurusan yang baru akan menguruskan operasi Nissan dan ETCM di Malaysia yang bakal diketuai oleh Dato’ David Chen Yuen Thiam dengan disokong oleh Tan Keng Meng.

Dato’ Dr. Ang Bon Beng, yang kini merupakan Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) akan dilantik sebagai Pengarah Kanan Serantau. Beliau bertanggungjawab memantau keseluruhan operasi perniagaan ETCM di Indo-China.
Dato’ Dr. Ang yang memiliki pengalaman selama bertahun-tahun lamanya dan rekod cemerlang dalam membina kejayaan operasi ETCM di Malaysia kini akan mengetuai operasi Nissan di Indo-China untuk mencapai kejayaan yang sama.

Ulas Dato’ Dr. Ang Bon Beng, “Saya akan mengadaptasi dan mengulangi kejayaan ETCM di Malaysia kepada operasi di Indo-China. Dengan struktur pengurusan baharu ini, saya benar-benar percaya kami akan mampu untuk meneruskan pertumbuhan dan meningkatkan kehadiran jenama Nissan dan ETCM di Malaysia serta di peringkat serantau.

“Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh Dato’ David Chen dalam industri automotif, beliau mampu mengetuai ETCM di Malaysia untuk meneruskan kejayaan ke peringkat lebih tinggi,” tambahnya.

Dato’ David Chen Yuen Thiam telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. Tanggungjawab Dato’ David Chen merangkumi keseluruhan operasi Jualan, Pemasaran serta Perancangan Produk ETCM di Malaysia. Beliau akan memulakan struktur organisasi yang baru bagi memacu hasil jualan dan perniagaan di Malaysia.

Berbekalkan pengalaman selama bertahun-tahun dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa, Dato’ David akan terus meningkatkan kualiti serta standard ke dalam semua aspek operasi syarikat.

Sebelum menyertai ETCM, Dato’ David Chen ialah Pengarah Urusan Operasi Antarabangsa Abdul Latif Jameel Group di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Dato’ David Chen berkata, “Saya yakin mampu untuk meneruskan kejayaan yang telah dibina oleh Dato’ Dr. Ang selama ini iaitu pertumbuhan perniagaan serta  jualan yang mapan buat Nissan dan ETCM.”

Tan Keng Meng akan dilantik sebagai Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. di Malaysia. Beliau mahu membawa barisan model Nissan yang lebih inovatif dan aktiviti-aktiviti pemasaran yang kreatif ke dalam industri automotif tempatan.


Khoo Cheng Pah, Pengarah Jualan ETCM ini akan dilantik sebagai Pengarah Serantau operasi perniagaan ETCM di Indo-China. Beliau akan berpangkalan di Vietnam dan membantu Dato’ Dr. Ang dalam mengurus keseluruhan operasi perniagaan ETCM di Indo-China.

Semua perubahan pengurusan kanan di atas akan mengukuhkan fokus untuk mencapai sasaran perniagaan Nissan dan ETCM di Malaysia serta rantau Indo-China.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.106607 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list