CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11329|Reply: 103

DOSA PEREMPUAN

[Copy link]
Post time 24-3-2013 05:10 PM | Show all posts |Read mode
salam...

skrg ni kt fesbuk ramai la yg tepek..dosa org perempuan sebelum kawen ditanggung bapanyer,.... setelah berkahwen ditanggung suaminyer?

ade sesaper boleh share dalil/hadith dan sebagainyer?

sebab dalam quran aku x jumpe yg mengatakan dosa2 perempuan ditanggung oleh ayah dan suaminyer.... atau pon aku x perasaan?

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

kalau semua dosa di tanggung oleh bape dan suaminyer... adakah perempuan itu bebas dari dosa?


thank you in advance
Last edited by True-X on 24-3-2013 05:15 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2013 05:36 PM | Show all posts
istilah yg lebih tepat... DAPAT SHARE @ SAHAM DOSA  
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 08:01 PM | Show all posts
sya_sugar_sugar posted on 24-3-2013 05:36 PM
istilah yg lebih tepat... DAPAT SHARE @ SAHAM DOSA

Mengikut kata mod dalam Islam x da istilah Burden of Sins
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 08:50 PM | Show all posts
nobito posted on 24-3-2013 08:01 PM
Mengikut kata mod dalam Islam x da istilah Burden of Sins



ini dinisbahkan dalam soal 'MEMEGANG AMANAH @ TANGGUNG JAWAB'

CONTOH PEMEGANG AMANAH :

1. PEMIMPIN SEBUAH NEGARA/KEPALA NEGARA/PEMERINTAH YG ADA BERATUS-RATUS RIBU, JUTA RAKYAT DI BAWAH NAUNGAN NYA
2. AYAH SELAKU KETUA KELUARGA
2. SUAMI SELAKU KETUA KELUARGA

APA YG MEMBEZAKAN ORG YANG MEMIMPIN DGN DI PIMPIN...?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 08:54 PM | Show all posts
Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam.
Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Last edited by sya_sugar_sugar on 24-3-2013 09:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 08:55 PM | Show all posts
sya_sugar_sugar posted on 24-3-2013 08:50 PM
ini dinisbahkan dalam soal 'MEMEGANG AMANAH @ TANGGUNG JAWAB'

CONTOH PEMEGANG AMANAH :

Dosa yang diwarisi atau Burden of Sins tidak wujud dalam Islam...mod yang bagitahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2013 08:58 PM | Show all posts
nota: (TAPI YG NI ARTIKEL KOPIPES MAGGI SEGERA, BACA TU & NILAI DGN SEBAIKNYA, TERUTAMA PHRASE, WORDS DALAM BRACKET TU IKUT TAFSIRAN PENTAFSIR..)

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )




Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?


Last edited by sya_sugar_sugar on 24-3-2013 09:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 09:00 PM | Show all posts
nota: (TAPI YG NI ARTIKEL KOPIPES MAGGI SEGERA, BACA TU & NILAI DGN SEBAIKNYA, TERUTAMA PHRASE, WORDS DALAM BRACKET TU IKUT TAFSIRAN PENTAFSIR..)

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1)     Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله



Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)



Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-



قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)


Last edited by sya_sugar_sugar on 24-3-2013 09:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2013 09:00 PM | Show all posts
Salam;

Nota: (TAPI YG NI ARTIKEL KOPIPES MAGGI SEGERA, BACA TU & NILAI DGN SEBAIKNYA, TERUTAMA PHRASE, WORDS DALAM BRACKET TU IKUT TAFSIRAN PENTAFSIR..)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-



هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)



Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )



Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)



Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )


Last edited by sya_sugar_sugar on 24-3-2013 09:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 09:01 PM | Show all posts
IJMAK ULAMA'
nota: (TAPI YG NI ARTIKEL KOPIPES MAGGI SEGERA, BACA TU & NILAI DGN SEBAIKNYA, TERUTAMA PHRASE, WORDS DALAM BRACKET TU IKUT TAFSIRAN PENTAFSIR..)

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )




Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.


Last edited by sya_sugar_sugar on 24-3-2013 09:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 09:01 PM | Show all posts
Dayus adalah dosa
(TAPI YG NI ARTIKEL KOPIPES MAGGI SEGERA, BACA TU & NILAI DGN SEBAIKNYA, TERUTAMA PHRASE, WORDS DALAM BRACKET TU IKUT TAFSIRAN PENTAFSIR..)


Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :


لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )


Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.


Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :


والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )



Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-


الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 ) Last edited by sya_sugar_sugar on 24-3-2013 09:03 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 09:24 PM | Show all posts
sya_sugar_sugar posted on 24-3-2013 08:58 PM
nota: (TAPI YG NI ARTIKEL KOPIPES MAGGI SEGERA, BACA TU & NILAI DGN SEBAIKNYA, TERUTAMA PHRASE, WORD ...

it means lepas bapa/ayah itu telah meninggal.. maka mereka tiada lagi mennggung dosa perempuan itu?

bagaimana jika masih hidup?.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 09:30 PM | Show all posts
yg hidup... hanya dipertanggungjawabkan atas kecuaian memimpin keluarga & tak bertegas.
itu fahaman saya...

Cik boleh tanya pendapat sahabat lain , mereka lebih jelas dan arif dari saya.
Saya kopipes artikel mee segera yang selari dengan pendapat saya aja... tadinya.


mengenai yg telah meninggal.
ada  pendapat.

Yg lain-lain terputus melainkan
3 jenis amalan baik yg berterusan (anak soleh , harta infaq/wakaf, ilmu bermanfaat)
akan keep continuing

ini reflects
(anak tak soleh kaki maksiat, penyumbang dosa, segala paparan gambar tak senonoh misalnya di website, FB, ilmu yang menyesatkan) akan keep going

maafkan saya, ni sekadar cetek ilmu kail sejengkal dari saya.
maaf juga kalau menyinggung perasaan mana-mana pihak.
tunggulah kita tunggu pendapat para sahabat yg lain.
adat diskusi.
.





Last edited by sya_sugar_sugar on 24-3-2013 09:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 09:57 PM | Show all posts
ni jawapan

dah ada soalan yg sama

http://mforum2.cari.com.my/forum ... read&tid=511597
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 09:59 PM | Show all posts
nobito posted on 24-3-2013 08:55 PM
Dosa yang diwarisi atau Burden of Sins tidak wujud dalam Islam...mod yang bagitahu

awak bercakap ttg burden of sins , saya kat thread awak tu saya  kasi link yg sama

dan saya tulis  juga yg burden of sins  dalam konteks ini difahami semua org Islam  pada peringkat tanggungjawab.

dan babies yg lahir tak menanggung dosa.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 07:55 AM | Show all posts
nobito posted on 24-3-2013 08:55 PM
Dosa yang diwarisi atau Burden of Sins tidak wujud dalam Islam...mod yang bagitahu

Dosa/amal yg diwarisi tu 'bad deeds' le sedara
i.e. hutang, nazar, curi, etc.
Umpama akaun dibawa ke bawah
bkn tanggungan pewaris cuma memberatkan adja (menghantui).
Pewaris perlu menebus bad deeds yg atas2 i.e. ibu, bapa, datuk, seterusnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 08:25 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 24-3-2013 09:59 PM
awak bercakap ttg burden of sins , saya kat thread awak tu saya  kasi link yg sama

dan saya tul ...

kalau orang dah buat dosa mesti la dihukum begitu juga orang yang menanggung akan dapat beban dosa...nama pun sudah TANGGUNG...mesti la ia satu kewajipan/tanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:34 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 25-3-2013 07:55 AM
Dosa/amal yg diwarisi tu 'bad deeds' le sedara
i.e. hutang, nazar, curi, etc.
Umpama akaun dibaw ...

lain ke Burden of sins dengan Bad deed...perbuatan jahat bukan ke menghasilkan dosa....dan perbuatan jahat juga menghasilkan akibat...Rasanya dalam kelas agama Islam kat sekolah ada sebut Akibat2 Dosa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:58 PM | Show all posts
nobito posted on 25-3-2013 08:34 AM
lain ke Burden of sins dengan Bad deed...perbuatan jahat bukan ke menghasilkan dosa....dan perbuat ...

Dosa kpd Tuhan x sama dgn dosa kpd makhluk
'Deed' tu bkn le dosa/pahala tp amal/tuntutan yg diwarisi
dan perlu ditebus/dituntut utk dosa/pahala...
Jika berakhir baik - dpt le pahala
Jika berakhir buruk - dpt le dosa
Membiarkan 'deed' itu x ditebus/tuntut smpi kiamat berakhir dgn dosa le...

cth: Jenazah yg berhutang perlu jelaskannya, waris perlu cari pemiutang utk membayar atau minta dihalalkan.
Jika tiada cara menjejaknya, mohon kpd yg Maha Kuasa melembutkan hati pemiutang menghalalkannya.

p/s: Bkn hutang harta je, kadang2 kita menyakiti hati/fizikal org lain tanpa niat. Maka, bermaaf-maafan le lbh baik. Kelak dituntut di Hari Pengadilan nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 11:14 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 25-3-2013 08:58 PM
Dosa kpd Tuhan x sama dgn dosa kpd makhluk
'Deed' tu bkn le dosa/pahala tp amal/tuntutan yg diwar ...

salam..

pening jgk la manja baca thread2 mcm ni..
al-maklum la..manja ni..tahap ABC..ilmu agama...


cume kadang2 rasa turn off..bile nak tambah ilmu agama..
sbb slalunye..xde jawapan yg black & white..atau yg jelas..
semuanye grey jek....or maybe manja ni..slow...aka lambat tangkap..??..

anywho..psl bab nak clearkan hutang tu..
manja ade tanye sorg uztaz..die kata kalau susah nak settlekan hutang..
sbb x dpt jumpe pemiutang..bleh sedekah kan sejumlah wang..di masjid
lebih byk skit..dari jumlah hutang..& niat nak clearkan hutang..
ok ke cara ni??..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.259742 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list