True-X posted on 24-3-2013 05:06 PM 
salam... aku pon konpius..
aku bace translation quran...aku nampak hukum potong tangan sahaja..
...
skdar perkongsian...
jenis2 jenayah hudud
1. zina
Bagi pesalah muhsan, hukumannya adalah rejam iaitu dilontardengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati. Bagi pesalah yang bukan muhsan,hukuman sebatnya adalah sebanyak seratus rotan di khalayak ramai. dalil: الزَّانِيَةُوَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلاتَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَبِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَالْمُؤْمِنِينَ (٢) (Surah al-Nur 24:2) Maksudnya enzina perempuan dan lelaki hendaklah disebat setiap mereka sebanyak seratuskali sebatan dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihanterhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum Allah jika benar kamu berimankepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yangdikenakan kepada mereka itu sekumpulan daripada orang yang beriman.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Apabila(hukum) daripadaku sesungguhnya Allah memberi penyelesaian terhadap penzina;dara atau perawan, disebat seratus kali dan dibuang kawasan setahun; janda ataududa disebat seratus kali dan direjam dengan batu (sampai mati).”
2. Qazaf
Hukuman bagi kesalahan qazaf atau membuattuduhan bahawa seseorang itu melakukan zina yang mana tuduhan itu tidak dapatdibuktikan dengan empat orang saksi ialah sebat sebanyak 80 kali disampingkesaksiannya ditolak selama-lamanya sehingga dia bertaubat atas perbuatannyaitu.
وَالَّذِينَيَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَفَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًاوَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (٤) (Surah al-Nur 24:4) Maksudnya  an orang yang melemparkan tuduhan berzina kepada perempuan yang terpeliharakehormatannya kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlahmereka 80 kali dan janganlah kamu terima kesaksian mereka itu selama-lamanya,kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
3. minum arak
Allah berfirman يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُوَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْتُفْلِحُونَ (٩٠) (Surah al-Ma’idah 5:90) Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorbanuntuk) berhala, dan menilik nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dantermasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan itu) agar kamuberuntung.
Rasulullah S.A.W. mengenakan hukuman sebat sebanyak 40 kali kepadapenjenayah minum arak. Namun Umar pula menambah hukuman 40 kali sebat lagimenjadikannya sebagai ta’zir.
4. mencuri
وَالسَّارِقُوَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالا مِنَاللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (٣٨) (Surah al-Maidah 5:38) Maksudnya  encuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan kedua-dua merekasebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan sebagai kemurkaan daripadaAllah dan Allah maha perkasa, maha bijaksana.
5. merompak (hirabah)
Jenayah ini dianggap sebagai jenayah mencuri yang besar (sariqahkubra) kerana ancaman terhadap harta dilakukan secara terang-terangan danseterusnya mengancam nyawa manusia. Firman Allah S.W.T: إِنَّمَاجَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأرْضِفَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْوَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الأرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِيالدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ (٣٣) (Surah al-Ma’idah 5:33) Maksudnya:Sesungguhnya hukuman mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukankerosakan dimuka bumi, hendaklah dibunuh, disalib, atau dipotong tangan dankaki mereka bertimbal balik atau dibuang kawasan. Demikian itu sebagaipenghinaan mereka didunia, dan di akhirat mereka mendapat azab yang besar.
6. menentang pemerintah yg adil
Jenayah menentang pemerintah (Baghy)bermaksud kezaliman yang melampaui had dan batasan. Niat derhaka ini dilakukan dengan melampaui batas dan menjejaskanketenteraman awam. Firman Allah S.W.T:وَإِنْطَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْبَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الأخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى …تَفِيءَ إِلَى أَمْرِاللَّهِ (Surah al-Hujurat 49:9) Maksudnya:Jika dua kumpulan orang mukmin berperang, hendaklah kamu perdamaikan, jika satukumpulan menentang kumpulan yang lain pula, bunuhlah kumpulan yang menentangsehingga mereka kembali kepada perintah Allah.
7. murtad
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Nahl: مَنْكَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُمُطْمَئِنٌّ بِالإيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْغَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (١٠٦) (Surah al-Nahl 16:106) Maksudnya:Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah ia beriman, dia mendapat kemurkaanAllah kecuali orang yang terpaksa kafir padahal hatinya tetap dalam iman (makadia tidak berdosa), tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, makakemurkaan Allah menimpanya dan mereka akan mendapat azab yang besar.
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang menukar agamanya (murtad) hendaklah dibunuh.”
semoga bermanfaat...
|