View: 21339|Reply: 22
|
Soalan pasal perkahwinan tapi agama yang berlainan
[Copy link]
|
|
seperti dalam tajuk, saya chinese, ingin tahu jikalau lelaki ialah christian dan perempuan ialah islam, kalo kahwin, perempuan tu masuk christian boleh tak? ataupun perempuan tu kena terima hukuman dari mahkamah Islam baru boleh masuk christian?
Thank you.
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin hasil daripada tulisan di bawah ini dapat menjawab persoalan sedara ![](static/image/smiley/default/1.gif)
Hukum wanita Islam berkahwin lelaki Kristian
Oleh: DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi pengajian Islam)
SOALAN: Saya mempunyai teman lelaki beragama Kristian. Justeru pengetahuan agama saya agak cetek, saya terus hanyut dengan teman lelaki itu. Ini tidak bermakna saya mengamalkan ajaran Kristian. Saya tetap bersama Islam, cuma saya tidak mengamalkan gaya hidup Islam sahaja.
Soalan saya, bolehkah saya kahwin dengan lelaki beragama Kristian itu tanpa dia memeluk Islam. Saya keliru kerana ada orang mengatakan lelaki beragama islam harus kahwin wanita beragama Kristian, tetapi tidak harus sebaliknya. Harap tuan jelaskan hukum sebenarnya. - SARAH, Sungai Tua, Selangor.
JAWAPAN: Saya berasa dukacita kerana anda merelakan diri anda untuk berteman lelaki seorang Kristian sehingga hanyut dibawa arus. Walaupun anda masih tetap bersama Islam, tetapi saya tidak ketahui setakat mana anda dihanyutkan teman lelaki itu. Saya harap anda pulang segera ke pangkal jalan, makin segera makin baik bagi anda.
Di samping berdukacita, saya masih mampu juga bersyukur kepada Allah kerana anda tidak mengamalkan ajaran Kristian, tetapi saya sedih kerana anda tidak juga mengamalkannya gaya hidup Islam. Mungkin ertinya tidak bersembahyang dan tidak menunaikan rukun Islam yang diwajibkan.
Dalam situasi ini ada sedikit kebaikan jika anda cuba pengaruhi lelaki itu supaya dia memeluk Islam. Jangan merelakan diri anda dipengaruhinya, kemudian bolehlah dibincangkan soal perkahwinan. Jika dia benar-benar meminati anda, nescaya dia bersedia melakukan apa sahaja yang anda sukai.
Sebagai seorang wanita beragama Islam, anda tidak dibenarkan sama sekali menjadi isteri kepada lelaki bukan Islam sekalipun dia merupakan seorang penganut agama Kristian kerana dibimbangi nanti dia akan mempengaruhi anda supaya menukar agama.
Sesebuah rumah tangga hendaklah didirikan di atas asas-asas kebahagiaan dan kerukunan, di atas prinsip keimanan dan ketakwaan. Islam meragui bagaimana keamanan boleh diwujudkan dalam sebuah rumah tangga yang isterinya beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. sedang suami memusuhinya. Lambat laun sama ada rumah tangganya runtuh atau isteri secara paksa atau sukarela akan menurut agama suaminya.
Lain halnya dengan suami yang beragama Islam, berkahwin dengan wanita ahli kitab (beragama langit). Suami ini tetap beriman kepada nabi-nabi Isa dan Musa yang diimani oleh penganut agama Yahudi dan Kristian. Pasangan mungkin beroleh kebahagiaan sepenuhnya kerana suami tidak perlu memaksa isteri menurut agamanya. Hanya jika isteri yang beragama Kristian atau Yahudi itu menyatakan kesediaannya beragama Islam, maka itulah yang diharap-harapkan dan selesailah masalahnya.
Rujukan perkahwinan antara pasangan berlainan agama ini, antaranya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan jangan kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman memeluk Islam dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik (al-Baqarah: 221).
Islam tidak membenarkan perkahwinan antara seorang muslim dengan wanita kafir musyrik (penyembah berhala) kerana perbezaan akidah antara pasangan ini terlalu jauh. Mereka berbeza tentang hari akhirat, syurga, neraka, dosa dan pahala, kira-kira sukar untuk dicari jalan damai antara mereka padahal perkahwinan itu suatu usaha bagi mencari kedamaian.
Islam juga melarang wanitanya mengahwini lelaki bukan Islam, seperti dinyatakan terdahulu, kerana Islam tidak membuka jalan bagi orang kafir berkuasa terhadap orang Islam. Jika jalan perkahwinan dibuka kepada bukan Islam dengan membenarkan mereka mengahwini wanitanya bermakna tiada halangan bagi bukan Islam berkuasa terhadap orang Islam, sedangkan Allah berfirman yang bermaksud: Dan Allah tidak sekali-kali memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman (an-Nisa': 141).
Perkahwinan antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab, Islam membenarkannya. Ini selaras dengan pandangan khas Islam terhadap kafir kitabi, sekalipun telah diketahui mereka telah mengubah kandungan kitab suci mereka sejak awal-awal lagi.
Dalam konteks perkahwinan, wanita ahli kitab dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Wanita yang tinggal dan menjadi warganegara kepada sebuah negara Islam. Wanita ini juga disebut ahl al-zimmah (kafir yang tertakluk kepada pemerintahan Islam). Ulama berpendapat lelaki beragama Islam harus kahwin dengan wanita ini.
2. Wanita ahli kitab yang tinggal dan menjadi warganegara kepada negara bukan Islam. Ulama sepakat berpendapat lelaki beragama Islam tidak harus berkahwin dengan wanitanya kerana kedudukannya lebih kuat, mungkin pengaruhnya juga lebih besar.
Sejarah menunjukkan terdapat beberapa orang sahabat rasulullah s.a.w. mengahwini wanita ahl al-zimmah yang tinggal di bawah pemerintahan Islam, antaranya Uthman ibn Affan. Beliau mengahwini Nailah bt al-Farafisah seorang wanita penganut agama Kristian yang kemudian memeluk Islam.
Sejarah juga meriwayatkan Huzaifah ibn al-Yaman berkahwin seorang wanita Yahudi dari al-Mada'n, Iraq. Demikian juga dengan Jabir ibn Abdullah yang mengahwini wanita beragama Yahudi atau Nasrani pada masa pembukaan Kufah ketika pemerintahan Saad ibn Abu Waqqas (Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 7/153).
Ada hikmat mengapa Islam membenarkan lelaki Islam berkahwin wanita Yahudi atau Nasrani tetapi tidak membenarkan sebaliknya, kerana seorang lelaki muslim beriman kepada semua rasul dan mempercayai prinsip-prinsip asas yang dibawa mereka. Akidah isterinya yang belum Islam itu tidak dibimbangi. Sebaliknya lelaki ahli kitab tidak mengiktiraf agama dan nabi yang dianuti isterinya yang beragama Islam.
Selain hukum syarak seperti yang dinyatakan di atas, ada lagi beberapa perkara yang perlu diambil sebelum sesuatu perkahwinan diteruskan termasuk soal-soal keluarga, suasana semasa, politik dan budaya bangsa.
Sesetengah penulis berpendapat wanita beragama Yahudi pada zaman ini sepatutnya tidak dipilih untuk dijadikan isteri oleh lelaki muslim kerana sikap mereka yang angkuh dan tidak berperikemanusiaan. Faktor ini cukup membuktikan tidak ada jaminan kesetiaan kepada keluarga Islam jika mereka dikahwini.
Dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Pilihlah wanita yang beragama, rugilah anda jika tidak memilihnya. Hadis ini jelas menyatakan wanita yang kuat agama lebih baik daripada wanita yang lemah agama. Secara tidak langsung ia juga bermakna wanita yang beragama Islam lebih baik daripada wanita yang beragama Yahudi atau Nasrani.
Ulama dari mazhab Maliki dan Hanafi memfatwakan, kalaupun sah tetapi terlalu makruh berkahwin dengan wanita Yahudi dan Kristian, kerana wanita-wanita ini bebas memilih makanan dan minuman yang halal menurut agamanya, mereka harus makan babi dan minum arak, mereka boleh pergi ke gereja, sedangkan suami tidak berhak melarangnya.
Dalam suasana ini para suami banyak haknya yang terhakis. Suami tidak berupaya melarang isteri makan babi, minum arak dan ke gereja. Kita juga boleh mengambil kesimpulan, jika makan minum tidak dapat dikawal, maka tiada apa lagi yang boleh dikawal oleh suami, oleh itu apalah ertinya beristeri jika pinggan mangkuk terpaksa berasingan buat selama-lamanya.
Kalangan ulama ada juga yang melihat perkahwinan ini dari aspek al-Qawamah (penguasaan suami dalam rumah). Islam hanya mengharuskan lelaki beristerikan ahli kitab jika mereka mempunyai kekuatan menentukan pendidikan anak-anak dalam keluarga dan berhak membuat pilihan untuk mereka. Jika suami gagal dalam menguasai rumah tangga dan membuat keputusan, maka demi menjaga keselamatan agama anak-anak dan zuriat akan datang, perkahwinan dengan mereka wajar dilarang (Muhmud Syalt, al-Fatawa, halaman 279-280).
Ada lagi pandangan menyatakan jika bilangan umat Islam sedikit dalam sesebuah negara, iaitu mereka merupakan kumpulan minoriti, lelaki Islam diharamkan berkahwin dengan wanita bukan Islam. Ini kerana jika hukum keharusan itu diteruskan ia akan menimbulkan masalah kepada wanita Islam seperti sukar mendapatkan pasangan dan sebagainya.
Saya setuju dengan pendapat ini. Malah zaman ini sepatutnya ada peraturan khas melarang mana-mana orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam sama ada Yahudi atau Kristian, sekalipun mereka bernaung di bawah pemerintahan Islam atau bukan Islam.
Suasana pada zaman ini jauh berubah di mana wanita lebih banyak menguasai rumah tangga. Memang benar apa yang dikatakan oleh Ibn Umar, Yahudi dan Kristian juga kafir musyrik apabila mereka mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 2.htm#ixzz2O2qAFqIL
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
sepul posted on 20-3-2013 11:01 AM ![](static/image/common/back.gif)
mungkin hasil daripada tulisan di bawah ini dapat menjawab persoalan sedara
many thanks... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 20-3-2013 11:25 PM ![](static/image/common/back.gif)
Panjang nyer!!!
Pendek kata, dalam undang-undang Malaysia, sesiapa non-Muslim yang ingin berkahwin dengan orang Muslim, dia haruslah masuk Islam.![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bro, saya berharap anda berfikir 1000 kali jika mahu masuk agama Islam cuma kerana awak sukakan seorang gadis. Adakah tindakan awak tu berbaloi dan bijak? Apakah halangan yang bakal diharungi? Cinta tu indah, tapi tak mungkin akan berakhir dengan kegembiraan. Kalau hubungan awak berdua terputus selepas berkahwin, awak akan menyesal.
Lagipun, kalau kita nak masuk Islam, kita perlu memahami dan cintakan agama tu dulu, baru cintakan awek ko tu.
BTW, I'm also a Chinese and am facing the very same problem like you.![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
peringatan.....
islam kerana perkahwinan tidak dilarang....
walaupun mungkin kerana dia mencintai gadis, kita jangan halang...boleh jadi ia suatu proses yg membawa kepada kebenaran.......
semoga Allah membawa dia kepada kebenaran.... |
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 20-3-2013 11:53 PM ![](static/image/common/back.gif)
peringatan.....
islam kerana perkahwinan tidak dilarang....
Benar kata awak.... tetapi kalau hati tak diletakkan 100% kepada Allah, dia cuma mahukan gadis tu saja, adakah mereka akan bahagia kelak? Jika berlaku apa-apa nanti, lelaki convert tu pasti akan menyesal. Keluarga dia dah tak terima dia lagi. Percayalah, semuanya nampak manis tetapi hakikatnya tidak.![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 20-3-2013 11:59 PM ![](static/image/common/back.gif)
Benar kata awak.... tetapi kalau hati tak diletakkan 100% kepada Allah, dia cuma mahukan gadis tu ...
dalam hal ini kita serah pada Allah...hidayah milik Allah...
sudikah kamu bertanggungjawap jika mengharamkan sesuatu yg tidak diharamkan?
manusia ni macam2 cara dia dapat hidayah,
ada orang dapat hidayah walopun melalui cinta pada seseorang....walaupun mungkin mula2 niat dia nak brkahwin saja....
yakni, salah satu cara org memeluk islam ialah melalui perkahwinan.....jgnlah kita halang....
apa yg tidak diharamkan jgn diharamkan...jika tidak kita akan menyusahkan perkahwinan org lain....
atau menyekat jalannya ISlam seseorang....
bukan hak kita menilai hati manusia...walau apa pun tanggapan kita.
potongan hadis bagi orang yg judge hati manusia....
....................................................................................(panjang cerita)
Nabi berkata. “Aku tidak disuruh untuk meneliti isi hati manusia dan membelah dada mereka.” Kemudian Nabi melihat kepada orang itu dalam keadaan berdiri kerena takut sambil berkata: “Sesungguhnya akan keluar dari orang ini satu kaum yang mereka membaca Al-Quran yang tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka lepas dari agama seperti lepasnya anak panah dari busurnya.” HR. Bukhari, no. 4351 dan Muslim no. 1064.
ni hadith lain.....
Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengutuskan kami dalam suatu pasukan. Kami sampai di Al-Huruqat, suatu tempat di daerah Juhainah pada waktu pagi. Aku berjumpa seorang lelaki, lelaki tersebut menyebut لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lalu aku menikamnya. Aku menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah. Rasulullah bertanya dengan sabdanya: Adakah kamu membunuhnya sedangkan dia telah mengucapkan kalimah syahadat لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya lelaki itu mengucap demikian kerana takutkan hayunan pedang. Rasulullah bertanya lagi: Sudahkah engkau membelah dadanya sehingga kamu tahu dia benar-benar mengucapkan Kalimah Syahadat atau tidak? Rasulullah mengulangi soalan itu kepadaku menyebabkan aku bercita-cita untuk menyerah diri pada ketika itu juga. (sahih muslim) 140.
baca link ni..
baca sini
http://teaching4muallaf.blogspot ... -islam-kerana.html.
Last edited by ussopp on 21-3-2013 01:49 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
U know...my suggestion is do not be afraid of Islam for it is so lovely beautiful, learnt it first.
Guna masa ni untuk self reflect - fine the answers yourself. takut out of fear ke, atau takut kerana belum memahami Islam sepenuhnya? takut kerana tuntutan atau tak bersedia ke ...ape? kalau inilah menjadi persoalan, anda boleh berusaha mencari pertubuhan Islam yg bagi info...
dan sekiranya...
kalau cinta itu mengusik jiwa awak untuk mengenal siapa itu ALLAH, your true ilah / rabb / god .yang MAHA Penyayang ..maka take that chance , learnt Islam first to know HIM... take your time... satisfy your curiosity as in why this religion - is being called the way of life, why over centuries wow man...this religion still standing stout and always being 'popular' due to good reason or somehow due to stigma or being the victim of stereotyping ... why ? why is this happening?
org tak akan memaksa awak menerima Islam but then at least u know...have the chance to know it first hand, seek the advice of the experts ... those practising Islam ......kalau nak lah...
jgn tengok org but tengok agama tu...
Last edited by mbhcsf on 21-3-2013 11:47 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 20-3-2013 11:59 PM ![](static/image/common/back.gif)
Benar kata awak.... tetapi kalau hati tak diletakkan 100% kepada Allah, dia cuma mahukan gadis tu ...
sebab tu niat yg elok untuk berkahwin tu....diniatkan juga untuk yg UTAMA untuk mengenal , dan menyayangi ALLAH...itu yg utama...kalau minda dan hati kita terbuka bersih ...nak kenali Allah ...dan ini cara untuk kenal ALLAh melalui perkahwinan...wow for me satu rezeki yg sangat indah
indah sebab apa
- menikmati hikmah perkahwinan dan di sampaing itu belajar mencintai ALLAH
and you know...kan cinta itu perlukan pengorbanan dan pengorbanan dalam konteks ini adalah pengorbanan yg MEMBAHAGIAKAN
dan tak ada istilah teraniaya atau terkorban
kalau kedua isteri dan suami tu tahu yg perlu dibimbing ...
mmg akan ada implikasi dan u kena tengok juga yg BERJAYA
kenapa FOKUS yg tak BERJAYA , FOKUS yg berjaya ....banyak je...
yg penting berusaha untuk menjadi yg berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 20-3-2013 11:49 PM ![](static/image/common/back.gif)
Bro, saya berharap anda berfikir 1000 kali jika mahu masuk agama Islam cuma kerana awak sukakan seor ...
may i know what is the main conflict within you that somehow i can sense that it sort of blocking your qalb/ hati to know, appreaciate Islam ?
i could sense that you find it soemthing very difficult ...is it something to do with fear? or fear because u may not know much or fear because you might be misinformed...?
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 21-3-2013 11:55 AM ![](static/image/common/back.gif)
You're a born Muslim. Very different from us non-Muslim, you know?
Ada kawan saya dah masuk Isl ...
please share with us ..sama sama explore the unexpressed hidden 'feeling' tu , may be ?
bukan nak judge awak pun, ni forum ...untuk discuss things u know lelebih lagi hal yg macam ni , kalau disuarakan within acceptable ways ...i rasa semua nak tahu ...
then u ceritalah supaya kita org boleh faham...
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 21-3-2013 11:55 AM ![](static/image/common/back.gif)
You're a born Muslim. Very different from us non-Muslim, you know?
Ada kawan saya dah masuk Isl ...
usually kalau kita kaji kan
konflik tu muncul sebab expectation unmet ...i am sure it takes two to tango in marriages...
sebab knowledge - based ...
the key is to understand the religion , first hand with good teachers ...dan si isteri yg tahu hukum ....dan juga dedua dedua manusia yg mengetahui akal maksud lafaz akad tu ...
hmm ...well...marriage is beautiful and a bit tricky pada saya personally ... |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 21-3-2013 12:06 PM ![](static/image/common/back.gif)
please share with us ..sama sama explore the unexpressed hidden 'feeling' tu , may be ?
bukan n ...
Saya tak perlu nak explain. Saya sendiri pun masih lagi berdepan dengan masalah ini. Apa yang saya katakan tu cumalah perkara yang akan dihadapi oleh mana-mana orang yang ingin masuk Islam. ![](static/image/smiley/default/bye.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 21-3-2013 11:55 AM ![](static/image/common/back.gif)
You're a born Muslim. Very different from us non-Muslim, you know?
Ada kawan saya dah masuk Isl ...
but then you know pity you laa, you are stuck at that point without taking chances which could lead to certain outcomes?if you know what i mean...
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 21-3-2013 12:10 PM ![](static/image/common/back.gif)
usually kalau kita kaji kan
konflik tu muncul sebab expectation unmet ...i am sure it takes tw ...
Ya... saya setuju.![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 21-3-2013 12:11 PM ![](static/image/common/back.gif)
Saya tak perlu nak explain. Saya sendiri pun masih lagi berdepan dengan masalah ini. Apa yang saya ...
hmmm...the inner conflicts ,ke? it is tough because the fear is there kan..i can sense that...it is paralysing...the back of the mind...what iffs...i can understand that though. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesiapa from our brothers yg ingin share , brothers yg dalam situasi yg sama dan selamat berkahwin ? may be ? kat sini ...if you are a SR ...perhaps may be this is the platform for you to share / discuss...??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|