CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 0

[CARI Info Kioks]Pelanggan Nissan menikmati Acara Mencari Harta Karun

[Copy link]
Post time 6-3-2013 10:41 AM | Show all posts |Read mode













Pelanggan Nissan menikmati Acara Mencari Harta Karun
yang pertama di Asia di LEGOLAND Malaysia



JOHORBAHRU, 5 Mac 2013 Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan LEGOLANDMalaysia untuk acara Mencari Harta Karun Nissan pada 2 Mac 2013. Iamerupakan aktiviti Mencari Harta Karun pertama di Asia yang diadakandi LEGOLAND® Malaysia khas untuk pelanggan Nissan.

Meluahkanrasa teruja mengenai kerjasama dengan LEGOLAND Malaysia,Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Dato’ Dr. AngBon Beng berkata, “Sejak tahun lalu, kami telah bekerjasama denganSekolah Memandu LEGOLAND Malaysia untuk memberi peluang kepadakanak-kanak belajar mengenai peraturan lalu lintas dan memandu diatas litar berdasarkan kepada trafik sebenar. Kali ini, kami berbesarhati kerana dapat menganjurkan acara Mencari Harta Karun Nissan 2013di Taman Tema LEGOLAND Malaysia. Pelanggan kami merupakan penyokongyang hebat and kami menghargai sokongan mereka dengan menganjurkanaktiviti yang unik dan menarik ini.”

ETCMadalah komited terhadap pemberian ganjaran kepada pelanggan-pelangganmelalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang tahun

Acara Mencari Harta Karun Nissan 2013 bermula pada pukul 9.00 pagi di bilikpameran ETCM, Johor Jaya hingga ke LEGOLAND Malaysia. Parapeserta memandu kereta masing-masing dan berkonvoi seperti sebuahkeluarga Nissan yang besar. Sejumlah 117 peserta yang terdiridaripada 33 kereta Nissan telah bersiap sedia untuk permulaan acaraini.

Sebaik sahaja tiba di LEGOLAND Malaysia, mereka disambut oleh pelbagaiaktiviti menarik. Terdapat aktiviti ‘Cari Perbezaan’ yang memerlukan para peserta mengenal pasti perbezaan di antara dua buah kenderaan;Nissan Almera 1.5L (A) E vs. Nissan Almera 1.5L (A) VL dan 2013Nissan Teana 2.0L (A) vs. 2013 Nissan Teana 2.5L (A).

Peserta-peserta juga perlu mencari petunjuk melalui papan tanda yang boleh dilihatsepanjang perjalanan untuk menemui lokasi tertentu dan bertemu denganmarshal bagi membolehkan pasport mereka dicop. Rasanya sepertikembali ke zaman kanak-kanak apabila sebahagian peserta berseronokdan cuba membina model-model Lego sehampir mungkin dengan patung asalmenggunakan kepingan-kepingan logo yang diberikan.

Setiap pasukan yang mengambil bahagian kemudian perlu merakam sekepinggambar bersama dengan model yang baru dilancarkan iaitu 2013 NissanTEANA  2.5L dengan ruangdalaman berwarna hitamyang anggun dan SistemAmaran Titik Buta (Blind Spot Warning System) yang dipamerkan di Sekolah Memandu. Lebihdaripada 100 pelanggan telah mengambil bahagian dalam acara sulungini. Majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah pula diadakan padapenghujung hari di Horizon Hills Golf & Country Club. Tigapemenang utama telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000(hadiah utama),   RM700 (hadiah kedua) dan RM500 (hadiah ketiga).

Tempat No.Kumpulan Nama Pemenang Skor
Johan 13 RAJIMELAMBARAN
SHIRLEYHOE
VENKATESWARAN
ESWARAN
158 / 170 mata
Naib Johan 6 HAVINESH
KASTURI
157 / 170 mata
Pemenang ketiga 19 TAN HANN YANG
LIM CHEE WEI
CHANMIN PIAO
CHAICHIN CHUAN
136 / 170 mata


Bermula April 2013, ETCM juga akan menganjurkan Bengkel-bengkel KeselamatanJalan Raya dan Ikhtiar Hidup di Bandar untuk Wilayah Tengah, Selatan,Timur, Utara Sabah dan Sarawak.Acara-acara ini diadakan berikutan maklum balas memberangsangkan daripada bengkel-bengkel sebelumnya yang dianjurkan pada tahun laluberkaitan pentingnya mencegah daripada menjadi mangsa jenayah sertakeselamatan jalan raya.

Maklumatlanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my

Last edited by CariReporter on 6-3-2013 10:43 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056306 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list