CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2182|Reply: 15

Minta Pendapat Kwn2 Semua

[Copy link]
Post time 2-3-2013 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Apa khabar semua...

Saya ingin mendapat pendapat dengan kawan2 semua dengan masalah yang saya hadapi sekarang dan saya harap kawan2 dpt beri pendapat masing ye.


Semalam pakcik saya baru sahaja dapat yg telah dibeli daripada usercar. Dalam 2 minggu lepas, sebelum pakcik saya beli atau sign apa2 agreement... pakcik saya dah check dan test drive kereta dan semuanya ok. Tetapi selepas bank lulus, pakcik saya baru sahaja dapat kereta semalam, tetapi pada hari nie masa nk bawa kereta dah macam-macam kerosakkan yg berlaku. Dan apa pendapat kwn dengan masalah yg dihadapi oleh pakcik saya, bolehkah pakcik saya boleh pulangkan kereta tersebut kepada usercar tersebut dan minta kedai usercar repair kerosakkan pd kereta tersebut? Bolehkah minta bank tahan ataupun minta duit jualan tersebut daripada usercar tersebut jika kedai usercar tersebut taknak repair kerosakan? Pulangkan balik kereta tersebut? ataupun bagaimana?

Saya berharap sangat... kawan2 yg ada pengalaman dapat membantu dengan memberi pendapat dan idea yang terbaik bagi membantu pakcik saya menyelesaikan masalah ini secepat mungkin sbb pakcik sy dah pening kepala memikirkan masalah ini. Kerjasama kawan2 semua amatlah saya hargai.


Tq

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2013 12:58 PM | Show all posts
used car mana? mohon bg nama syarikat supaya kawan2 forumer lain berhati hati. setahu adam kalau tak de warranty dari used car? mmg tak blh claim balik. lgpun dh bayar kan? silap pakcik awk sebab tak follow up? masa nak bayar kena check lg sekali? adakah komponen sama? barang sama? biasanye bila dh booking? owner used car akan tukar part2 dalam kereta ke barang murah dan rosak.. jd berhati hatilah. ok. di galakkan beli kereta dari kenalan yang rapat berbanding used car.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2013 01:21 PM | Show all posts
so usercar mmg xnak repair ke? ataupun pihak bank boleh bantu x supaya kedai usercar tersebut bertanggungjawab utk repair kerosakan tersebut?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2013 01:23 PM | Show all posts
dan takkan ada cara lain supaya kedai usercar tu bertanggungjawab utk repair kerosakkan tersebut sbb baru je ambik kereta semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 01:25 PM | Show all posts
cuba bawak ke tribunal (ttpm)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2013 01:40 PM | Show all posts
kalau hantar je terus ke kedai usercar tu suruh diorang repair...rasa-rasanya diorang layan x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2013 01:45 PM | Show all posts
cuba dulu hantar... kalau tak layan, gi ttpm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2013 01:50 PM | Show all posts
Tq tapi selalunya ada x kes mcm saya dimana selalunya kedai usercar sanggup bertanggungjawab utk repair kerosakkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2013 02:28 PM | Show all posts
Cuba la dulu bawak pegi kedai tu. Kalo nasib baik, diorang repair. Sesetengah kedai used car bagi jaminan sampai sebulan. Aku pernah ikut cousin aku gi beli kete second hand. Macam2 dia tanya dan dia mintak kedai repair/ganti yang mana2 dia tengok tak elok. Contohnya dia mintak kedai repair yang bumper yang calar, screen wiper yang dah keras dan mintak cuci seat. Kedai tu pun ada janji bagi warranty 1 bulan.
Masa dia bayar deposit, dia mintak salesman tu tulis warranty ngan apa2 yang patut repair/tukar tu kat resit. Masa ambik kete tu dia check lagi, dah buat ke belum apa yang di minta. Dalam tempoh sebulan tu, kete yang dia beli 2 kali kete dia berenti tepi jalan. 1st time tu belting kipas apa ntah putus. Yang tu tak mahal, RM130 jer. Yang mahal yang second time, absorber tiba2 rosak satu. Kete jadi lowered sebelah. Yang ni kene RM3000. Dua2 kes tu, kedai kete yang settlekan ngan workshop.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2013 04:37 PM | Show all posts
Itu saya x pasti... kalau pihak kedai usercar xde tulis warranty dlm resit pembayaran so mcm mana ye? ada apa2 idea x yg boleh bantu pakcik saya sbb pakcik saya cakap diorang hanya cakap mulut je. xde hitam putih lak tu. kalau kwn2 ada idea harap dapat bantu saya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 09:24 PM | Show all posts
pegi jer usedcar tuh.. tanye.. besa paling cikai pon warranty seminggu.. kalu setakat bank jer lulus.. name kete tuh belum buat lagi.. besa amik seminggu baru name tukar.. cakap kat usedcar tuh.. kalu xmoh repair.. cancel kete tuh amik kete lain.. or cari kedai lain..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 02:33 AM | Show all posts
ada nmpk x kedai used car tu tampal label kat every part kete yg ada tulis tarikh ko beli?

kalo x de, mn ada warranty or bukti yg ko nak conform yg used car tu ada tkr part yg ori/asal kpd part yg tiruan/rosak

tu la org kt beli 2nd hand car ni ikut nasob gak. ada nasib baikdan ada nasib malang.

btw kalo used car tu nak repair part yg rosak tu pun atas budi bicara dia la..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 08:26 AM | Show all posts
Keta cap apa uncle ngko beli nih?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 03:44 PM | Show all posts
aku penah beli wira 1.6 2nd dulu.. warranty pun seminggu je usedcar bagi.. tapi lepas 2 bulan aku pkai baru dtg masalah .. g/box auto bermasalah.. ampeh.. last2 tukar g/box manual.. setel.. sampai la aku jual balik kereta tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 04:09 PM | Show all posts
biasanya usedcar bagi warranty 2 mggu...
pengalaman aku sendiri beli kete wira....lepas lenjan seminggu...water pump pecah....
aku call aje used car tu dia suruh pomen dtg ambil kete, tukar water pump.....setle..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 01:51 PM | Show all posts
kebiasaannya kereta yang dibeli dari penjual kereta terpakai memberi jaminan dari 7 sehingga 30 hari dari tarikh pembelian melainkan kerosakan tertentu yang telah diberitahu dan dipersetujui oleh pembeli.

Sila buat tuntutan dengan syarikat terbabit atau laporkan kepada tribunal tuntutan pengguna jika gantirugi yg dituntut tidak melebihi RM25k.

boleh buat aduan kepada KPDNKK. Caranya terus datang ke pejabat terdekat atau melalui online http://e-aduan.kpdnkk.gov.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.055966 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list