View: 2594|Reply: 21
|
Harta Sultan Atok Nujum
[Copy link]
|
|
Maka tersebutlah sebuah kisah di dalam KitabTajul Al-Mulukin Wa Siyassah Lil Foyos berkisar tentang Kesultanan Empayar Poyos yang tersangatlah mashyur di seluruh nusantara hatta seantero dunia hendaknya...Adapun diriwayatkan pada genap 3 bulan purnama selepas Raya Haji pada tahun Gajah maka gemparlah seluruh empayar akan khabar tidak enak dari istana...Tuan punya empayar Duli Yang Dimuliakan Tuanku As-Sultan Atok Nujum Al-Foyos Wal-Gilers yang kesekian lamanya gering akibat terlebih makan Tonik Limau Selasih pemberian Tok Ambak telah dikhabarkan mangkat di julang...
Adapun perkhabaran kemangkatan As-Sultan Atok Nujum Al-Foyos Wal-Gilers amatlah berat untuk diterima oleh tiga orang Putera baginda dan bermuram durja serta berdukacitalah mereka itu bersama keseluruhan rakyat Empayar Poyos hendaknya...Dipendekkan cerita...setelah selesai segala urusan pemakaman baginda sultan...maka wasiat baginda yang dibawah peliharaan Memanda Bendahara Tok Bongok al-Changluuni pun diperdengarkan kepada sekelian rakyat jelata...
“ Wahai sekelian rakyat Empayar Poyos...ketahuilah bahawa dengan diperdengarkan wasiat beta ini maka bererti beta sudah pun meninggalkan kalian semua untuk selama-lamanya...kepada semua anakanda beta...Putera Mahkota Badi Morta As-Samdoli , Putera Kili Morta Al-Loqlaqi dan Putera Gita Morta As-Sengali janganlah terlalu lama kalian bermuram durja...Relakanlah pemergian beta ke alam baka...Kepada anakanda Badi Morta As-Samdoli, beta dengan ini mengamanahkan Kesultanan Empayar Poyos kepada anakanda...perintahlah dengan adil dan saksama serta penuh kebijaksanaan dan hikmah dalam memastikan Empayar Poyos terus makmur seantero dunia...
Harta pusaka beta yang bernilai hampir 34 Billion Dirham merangkumi lombong-lombong, ladang-ladang, hotel-hotel serta rumah-rumah sewa.....50% beta serahkan kepada Baitulmal dan 50% lagi beta serahkan kepada Yayasan Sultan Al-Foyos untuk digunakan bagi dinikmati sekalian rakyat serta memakmurkan Empayar Poyos...
Adapun Wang simpanan beta di dalam bank beta serahkan kepada kesemua anakanda beta Putera Mahkota Badi Morta As-Samdoli , Putera Kili Morta Al-Loqlaqi dan Putera Gita Morta As-Sengali serta kepada Tok Ambak Ketua Kultus Bayang Hitam....mungkin kalian semua terkejut bagaimana nama Tok Ambak boleh berada di dalam wasiat beta ini...ketahuilah bahawasanya Tok Ambak sangat berjasa besar kepada beta..Tonik Limau Selasih yang dibuatnyalah yang menyembuhkan beta daripada kesan santau angin Makcik Sihir Lakhsmina serta mengembalikan kesihatan batin beta sehingga berhasil mendapat Putera Gita Morta As-Sengali 3 tahun lepas....malangnya beta terlalu gelojoh sehingga berlaku penyalahgunaan tonik dan memudaratkan kesihatan beta...
Harta di dalam bank yang berjumlah 945 Juta Dirham itu beta serahkan kepada mereka berempat dengan pecahan seperti berikut....Putera Mahkota Badi Morta As-Samdoli akan mendapat bahagian terbesar sekali.....Putera Kili Morta Al-Loqlaqi akan mendapat kurang 5% daripada bahagian Putera Mahkota Badi Morta As-Samdoli.......Putera Gita Morta As-Sengali akan mendapat kurang 2% daripada bahagian Tok Ambak.......manakala Tok Ambak pula akan mendapat kurang 4% daripada bahagian Putera Kili Morta Al-Loqlaqi..."
---------------------------------------------------------------------------------------
Actually panjang lagi cerita ni....tapi aku dah malas nak cerita...kalau korang terer...cuba kira berapa dirham harta Almarhum Sultan Atok Nujum Al-Foyos Wal-Gilers yang Tok Ambak Ketua Kultus Bayang Hitam dapat?
Last edited by rosemary70 on 28-2-2013 11:14 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
penin2 bukan dgn nombor,tapi dengan ayat tt |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa soalan yg tt tanya banyak yg saya jumpa pendek2 je sebenarnya?
Panjang sangat cerita ni tt.  |
|
|
|
|
|
|
|
erm...barulh mencabar minda..... |
|
|
|
|
|
|
|
erm...barulh mencabar minda..... |
|
|
|
|
|
|
|
panjang nya soalan.. pening nk baca
tunggu jawapan je la |
|
|
|
|
|
|
|
A = Putera Mahkota Badi Morta As-Samdoli
B = Putera Kili Morta Al-Loqlaqi
C = Tok Ambak
D = Putera Gita Morta As-Sengali
Cari C
A + B + C + D = 945 jota
A + B + C + D = 100%
A - 5% = B -> A = B + 5%
C - 2% = D
B - 4% = C -> B = C + 4%
[B + 5%] + [C + 4%] + C + [C - 2%] = 100%
[C + 4%] + 5% + C + 4% + C + C - 2% = 100%
4C + 11% = 100%
4C = 89%
C = 89/4 = 22.25% x 945 jota= 21,026,250,000 |
|
|
|
|
|
|
|
terbaek ah FMKiller  |
|
|
|
|
|
|
|
mizzacu posted on 28-2-2013 01:25 PM 
terbaek ah FMKiller
tapi tak tau la betul ke tak...wuahahaha!!
|
|
|
|
|
|
|
|
iols ni kekadang 3+5 pun kena cari calculator  |
|
|
|
|
|
|
|
juling dah mata nak calculate pun terbantut..hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
aku dapat 210,262,500 pening jap |
|
|
|
|
|
|
|
panjang nya teka teki  |
|
|
|
|
|
|
|
ehh....sy salah kira la...
C = 89/4 = 22.25% x 945 jota= 210,262,500
hehehe...salah tekan kalkulator.  |
|
|
|
|
|
|
|
FMKiller posted on 1-3-2013 11:40 AM 
ehh....sy salah kira la...
C = 89/4 = 22.25% x 945 jota= 210,262,500
patut aku rasa no ko banyak...
|
|
|
|
|
|
|
|
anna-zara posted on 1-3-2013 12:21 PM 
patut aku rasa no ko banyak...
yer la...terdarab dengan 945 billion. 
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi jawpan kite tu betul ke x?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku plak dpt 125,212,500,hu2 Last edited by xpdckelate on 1-3-2013 03:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dalam 200 mil sebab dia dekat2 suku % |
|
|
|
|
|
|
| |
|