JENTERAELEKTRIK SIFAR EMISI NISSAN LEAF DIPAMERKAN DI UCSI
KUALA LUMPUR,25 Februari 2013– EdaranTan Chong Motor (ETCM) telah bekerjasama dengan University College Sedaya International (UCSI) untuk memberi peluang kepada para pelajarUCSI untuk melihat Nissan LEAF secara lebih dekat. Pameran LEAF itumembolehkan para pelajar mengetahui dengan lebih lanjut mengenaiteknologi dan inovasi Nissan LEAF. Di samping meningkatkan kesedarantentang pentingnya mengurangkan penggunaan bahan bakar berasaskanfosil, emisi karbon dan gas-gas berbahaya kepada alam sekitar.
ETCM berbangga untuk mempamerkan kenderaan eektrik sifar emisi, NissanLEAF kepada kakitangan dan pelajar di UCSI sebagai sebahagiandaripada kempen kesedaran hijau. Dengan harapan ia akan memberiinspirasi kepada semua orang agar lebih peka terhadap alam sekitar.Para pelajar juga diberi peluang untuk merasai sendiri kuasa dankesenyapan Nissan LEAF melalui pandu uji yang dijalankan. Turut hadir ketika pameran dan berkongsi pengalamannya ialah seorang DutaNissan LEAF ETCM, Hanis Azarea Bt. Mohammad Azman. Beliau berceritatentang pengalamannya bersama kereta elektrik sepenuhnya, Nissan LEAFselama enam minggu dan bagaimana ia menukar pandangannya mengenaimobiliti mapan.
“Kami harap dengan pameran LEAF di UCSI akan memberi lebih kesedaranmengenai kepentingan mengurangkan pengeluaran karbon menerusipengangkutan emisi sifar. Kami gembira untuk menunjukkan LEAF kepadapara pelajar dan kakitangan UCSI, selain membenarkan mereka merasaisendiri apakah sebenarnya kenderaan elektrik (EV),” jelas PengarahEksekutif ETCM, Dr. Ang Bon Beng.
“Pameran pada hari ini berjaya membuktikan mengenai pentingnya kerjasama diantara industri dan akademik,” kata Timbalan Naib Canselor (HalEhwal Akademik dan Penyelidikan) UCSI, ProfesorEmeritus Dr Lim Koon Ong.
“Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting buat UCSI dan ETCM. Ia turutmenggambarkan bagaimana dua pihak boleh bekerjasama untukmeningkatkan kesedaran dan menanam ‘mentaliti hijau’ kepadagenerasi muda,” tambahnya.
ETCM memulakan kempen kesedaran EVpada Mei 2012 melalui pelbagai projek seperti program Duta LEAF,pameran bergerak LEAF dan seminar-seminar EV.
Nissan LEAF merupakan kenderaan elektrik 100 peratus sifar emisi pertamayang dihasilkan secara massa. Strategi Nissan adalah tidakmenghadkan pembangunan kenderaan-kenderaannya. Sebaliknya mengadakanpendekatan komprehensif untuk mempromosikan mobiliti mapan dengancara terlibat dalam pembangunan dan jualan bateri, menjalin kerjasamadi peringkat global dan tempatan, mengatur infrastruktur pengecasan,mengkaji penggunaan kedua bateri lithium-ion pada EV, menggalakkankitar semula alat ganti terpakai dalam proses produksi kenderaanserta memperkenalkan konsep-konsep mobiliti baharu.
Nissan memang terkenal dengan pendekatan mobiliti mapan dengan menawarkanmodel-model cekap bahan api yang menerajui kelasnya dan disokong olehteknologi-teknologi hijau termaju secara berterusan.
Last edited by CariReporter on 26-2-2013 11:06 AM
|