burungantu posted on 24-2-2013 11:04 PM 
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh TT...
Tuan kat mana?
bismillah wassholatu wassalam 'ala rosulillah, amma ba'ad;
Majlis Fatwa Kebangsaan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
The 48th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 3rd April 2000 has discussed the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani Sufi Order. The Conference decided that the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Sufi Order led by Syeikh Nazim contradicts with the creedal doctrine of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah and deviates from the teachings of Islam. Practitioners of this Order must repent at once.
All states are required to issue a fatwa that is gazetted which decrees that the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Sufi Order led by Syeikh Nazim is unlawful (haram) and must not be practiced by Muslims as it is a deviation from the true teachings of Islam.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... kh-nazim-al-haqqani
antum boleh tengok sendiri kesesatan yang jelas tariqat ini di youtube. teramat lah jauh mereka tersasar dari petunjuk suri tauladan kita, penutup segala nabi dan rosul muhammad shollallohu 'alaihi wa sallam. kita memohon perlindungan kepada ALLOH dari fitnah syubuhat dan fitnah syahawat.
benarlah sabda nabi yang mulia shollallohu 'alaihi wa sallam dalam sebuah hadits yang panjang dari sahabat hudzaifah ibnul yaman bahawa rosululloh shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :
"(akan muncul) para da'i-da'i (pendakwah) yang menyeru ke neraka jahannam. barangsiapa yang menerima seruan mereka, maka mereka pun akan menjerumuskan diri ke dalam neraka." (riwayat imam al-bukhori)
kita memohon kepada ALLOH keselamatan, wALLOHul musta'an.
Last edited by irbadh on 25-2-2013 03:57 PM
|