CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2659|Reply: 7

PERLUKAH BER “BIN” KAN “ABDULLAH” APABILA MEMELUK ISLAM ?

[Copy link]
Post time 19-2-2013 02:14 PM | Show all posts |Read mode
                                                                                                Posted by Muhd Hazrie Abdul Wahab




Nama asalnya Ravi A/L Chandran. Ditukar kepada Saiful Islam Bin Abdullah, Saiful pergi ke rumah bapanya lalu menunjukkan kad yang membuktikan ia telah masuk Islam, ayahnya menerima keputusan itu dengan baik, tetapi, ayahnya berkata kepada Saiful, aku tidak pernah menghalang kamu untuk menerima Islam, tetapi, apabila kamu menerima Islam, kamu buang namaku, adakah Islam sebegitu kejam membuang ibu bapa ?

Penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara Malaysia. Dan tidak berlaku di negara-negara besar seperti Indonesia dan Arab Saudi.

Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya kesemuannya pasti ber “bin” yang sama “Abdullah”.

Tidak Berlaku Pada Zaman Sahabat

Pada zaman Nabi S.A.W jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabat akan ber “bin” kan “Abdullah”. Maka tidak adalah lagi disebut Umar bin al-Khattab, sebaliknya Umar bin Abdullah, tidaklah Uthman Bin Affan sebaliknya Uthman Bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi Ali Bin Abi Talib, sebaliknya Ali bin Abdullah. Hal ini kerana kesemua bapa-bapa mereka tidak menganut Islam. Adakah Rasulullah S.A.W menyuruh mereka-mereka ini menukar nama bapa mereka kepada Abdullah ? tidak sama sekali.

Orang Arab amat menjaga salasilah keterunan mereka sehingga ke beberapa peringkat. Merujuk dalam kitab “Riyadh as-salihin, karangan Imam An-Nawawi, menyebutkan : “Amir al-Mukminin Umar Al-Khattab bin Nufail Bin Abd al-Uzza. Abd al-Uzza bermaksud ” hamba sembahan berhala”. Jika dilihat nama datuk Nabi….bin Kilab. Kilab bermaksud anjing. Adakah Islam mengubah nama-nama ini kepada ‘Abdullah” ? tidak sama sekali.


Patung Al-Uzza di Kuil Manatu, Petra

Dalil-dalilnya :

Firman Allah S.W.T :Maksudnya :

“Panggilan anak-anak angkat itu ( dengan ber “bin” kan ) kepada bapa-bapa mereke sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai maula-maula kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
( Surah AL-AHZAB : 5 )

Al-Imam At-Tabari dalam tafsirnya mengatakan, ayat di atas, adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan sesorang kepada bukan bapanya. Islam amat menjaga keterunan.Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : “Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya.”
( Riwayat Al-Bukhari )

Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya :

” Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya”
( Riwayat Al-Bukhari )


Dr Wahbah Az-Zuhaili

Kata Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam karyanya al-fiqh al-islami wa adillatuhu : “Keadilan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan, sesiapa yang ada bapa yang dketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Ini semua demi mencegah perubahan hakikat sebenar.

“Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar at-Tafasir menyebut : “Wajib mem “bin” kan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor keldai.

“Nabi Muhammad S.A.W hanya mengubah nama individu yang menganut Islam jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak menukar nama bapanya. Umpamanya baginda mengubah sahabat Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan.

Ini jelas Islam tidak pernah melarang umatnya mengekalkan nama asal bapa dan ibu asal.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 02:33 PM | Show all posts
takder masalah..
Kat belah sini aje kot yg macam tu.... sampai orang ingat wajib macam tu..

antara ygmasuk Islam tapi kekalkan nama bapa....



Shah Kirit bin Kakulal Govindji


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 02:47 PM | Show all posts
owh.. baru tau.. trima kasih atas info
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 03:33 PM | Show all posts
Mak saya muallaf..atuk saya jugak muallaf..tapi sedih..dalam dokumen pengenalan diri ..mak ber"bin"kan abdullah dan bukannya nama atuk ..

Sebelum nie saya pernah tanya cekgu kat sekolah,,depa cakap wajib letak abdullah.. saya tanya hukum mana depa pakai ,tapi depa dok diam.. lah nie baru tau..

Bakal suami jugak insyaallah dalam proses berhijrah (muallaf) tapi satu hal yang menyentuh hati saya ,,dia merayu agar nama ayahnya dikekalkan,,baginya nama ayahnya terletak di belakang namanya sejak dia lahir.. dan dia ingin membawa nama itu sampai akhir hayatnya,, sekarang dah dapat jawapan,,terima kasih TT ..info yang bermanfaat sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 04:28 PM | Show all posts
Haram kerana membawa penghinaan dan menjatuhkan maruah induvidu kerana mengikut pemahaman agama Melayu, Bin Abdullah adalah untuk anak luar nikah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 04:31 PM | Show all posts
Hubungan kekeluargan tidak terputus walaupun berlainan agama...haram memutuskan hubungan kekeluargaan di dalam agama Islam yg benar (bukan mengikut pemahaman dakwah2 Melayu)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2013 08:26 AM | Show all posts
Kalau berdasarkan dalil dalam AL-Quran.. yang seadil-adilnya.. BIN kan nama ayah mereka yang sebenarnya..  Contohnya Kasim Bin Kandasamy.. barulah adil.. dah memang itu bapak yang melahirkan, membesarkan dan menjaganya sejak kecil...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 01:56 PM | Show all posts
ISU BIN BUKAN BAPA DAN IMEJ ISLAM
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
(artikel ini ditulis pada tahun 2007 semasa penulis [Dr MAZA] masih lagi sebagai Mufti Perlis ketika itu)
Apabila isu nama bapa wajib dikekalkan seperti yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis[1], ramai yang cuba mengambil bahagian memperkatakannya. Sehingga orang yang telah lama disepikan pun, termuncul membuat kenyataannya di dada media. Emosi dan sentimen juga dengan aktifnya menempatkan diri. Ada yang menunggu ‘bola tanggung’ merasakan barangkali inilah peluang yang dinantikan. Saya katakan: sabar dulu..
Isu ini sebenarnya bukanlah fatwa saya secara individu. Sebaliknya keputusan sebulat suara ahli jawatankuasa yang terdiri daripada dua belas anggota yang hadir. Sebahagian besar mereka adalah pensyarah universiti dalam bidang-bidang pengajian Islam yang berbagai dan ramai yang memiliki Ph.D mereka yang tersendiri. Alhamdulillah, Perlis mempunyai anggota fatwa yang teramai. Maka, tidak wajar untuk dianggap ia sesuatu yang dibincangkan sepintas lalu tanpa penelitian.
Hanya Di Sini
Memang, isu ini agak unik dan istimewa. Antara yang paling menyebabkannya istimewa, adalah penukaran nasab seorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara melayu kita ini. Yang pasti, hal seperti ini tidak berlaku di negara-negara Arab atau Indonesia yang besar itu. Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya, maka kesemua mereka pasti ber‘bin’ yang sama, iaitu ‘Abdullah’. Jika ada sepuluh yang bernama Ahmad, maka amatlah keliru untuk ditentukan Ahmad yang mana satu, kerana kesemua mereka ‘Ahmad bin Abdullah’. Maka –barangkali- terpaksalah pihak pengurus persatuan menghafal nambor kad pengenalan mereka. Begitu juga jika sepasang suami isteri menganut Islam, maka bertukarlah mereka menjadi insan-insan yang nama bapanya sama; Abdullah.
Tidak Pada Zaman Sahabat
Pada zaman Nabi s.a.w., jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabah akan ber’bin’kan Abdullah. Maka tidak adalah lagi disebut ‘Umar bin al-Khattab, sebaliknya ‘Umar bin Abdullah, tidaklah lagi Uthman bin ‘Affan, sebaliknya ‘Uthman bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi ‘Ali bin Abi Talib, sebaliknya ‘Ali bin Abdullah. Sebab, kesemua bapa mereka tidak menganut Islam. Namun apa yang berlaku tidak sedemikian rupa. Ya, baginda menukar nama-nama buruk individu yang menganut Islam tetapi mengekalkan hakikat ‘bin’ mereka. Sedangkan orang Arab begitu menjaga dan menyebut titis keturunan mereka sehingga ke beberapa peringkat. Umpamanya, jika kita membuka kitab yang masyhur, Riyadh al-Salihin, karangan al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) hadith pertama daripada ‘Umar bin al-Khattab. Al-Imam Al-Nawawi menyebut: “Amir al-Mukminin, ‘Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza…” ‘Abd al-‘Uzza bermaksud hamba berhalaal-‘Uzza. Jika lihat nama datuk nabi “… bin Kilab”. Kilab bermaksud anjing-anjing. Islam tidak mengubah sesuatu hakikat yang pasti.
Kaitan Akidah
Ada yang cuba mengaitkan isu ini dengan akidah. Seakan Fatwa Perlis tidak fikir tentang akidah. Bimbang jika bapanya bernama dengan nama syirik maka akan menjejaskan akidah anaknya yang menganut Islam. Alangkah lemah cara fikir yang seperti itu. Tidakkah dia tahu, bapanya itu bukan sahaja bernama dengan nama yang syirik, bahkan pengamal kesyirikan. Apakah jika Gopal a/l Subramaniam yang menganut Islam maka setelah nama Gopal ditukarkan kepada Marwan umpamanya, maka Subramaniam yang tidak meredhai Islam ini juga hendak ditukar?!. Maka setiap kali kita berjumpa Subramaniam, kita kena panggil dia ‘Wahai Abdullah’, kerana bimbang jika dipanggil Subramaniam maka rosak akidah anaknya Marwan?! Sesungguhnya kesyirikan tiada kaitan dengan semua itu!! Kalau kerana nama Subramaniam menyebabkan Marwan rosak akidahnya, apakah jika Subramaniam pergi ke kuil, Marwan anaknya yang masuk Islam pun menjadi kufur?! Tidakkah itu lambang pemikiran yang langsung tidak faham konsep akidah!!
Kenapa Ditimbulkan?
Ada yang tanya kenapa hendak ditimbulkan isu ini? Dah lama dah kita amalkan. Kita beritahu bahawa sesuatu perkara yang dibawa ke perbincangan fatwa negeri tentu ada sebabnya. Sama ada ia disebabkan pertanyaan, atau kekeliruan orang ramai mengenai soal hukum-hakam syarak. Maka ia pun dibahaskan.
Di sini saya sebutkan secara ringkas dua alasan utama keputusan tersebut dibuat. Pertama; Nas al-Quran dan al-Sunnah yang melarang hal tersebut. Firman ALLAH s.w.t:
(maksudnya): Panggilah mereka itu (dengan ber”bin”kan) kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai “maula-maula” kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab: 5).
Kata al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) dalam Tafsir al-Tabari menyebut: “Ayat ini adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan seseorang kepada bukan bapanya. Hadith-hadith juga begitu keras menegahnya”.
Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w., hal ini banyak disebut. Antaranya:
“Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Juga sabda baginda:
“Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya” (Riwayat al-Bukhari).
Menghormati Hak
Kenapa Islam melarang hal ini? Sebabnya kerana Islam ialah agama menghormati dan memelihara hak manusia. Islam ialah agama yang tidak pernah menipu hakikat. Seorang bapa, walau siapapun dia, dia tetap bapa. Sebab, benihnya yang sah itulah yang menghasilkan keturunannya. Bukan benih orang lain. Maka anak yang lahir itu berkait dengannya. Selepas itu adanya hukum-hakam berhubung dengan hak, perkahwinan dan harta. Menolak bapa yang hakiki, atau menidakkannya seakan dia tidak wujud boleh menyebabkan kekeliruan keturunan manusia, bercelaru dalam perkahwinan dan penafian tanggungjawab kekeluargaan. Sedangkan Islam adalah agama penegak keadilan hak dan penyebar kesejahteraan insan. Kata Dr Wahbah al-Zuhaili dalam karya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu:
“Keadilan dan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan kepada bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan…sesiapa yang ada bapa yang diketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Sesiapa yang tidak diketahui bapanya, maka dipanggil maula atau saudara seagama. Ini semua demi mencegah pengubahan hakikat sebenar”. (7/674, Damsyik: Dar al-Fikr 1989).
Inilah agama yang lurus. Sehingga Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar al-Tafasirmenyebut: “Wajib membinkan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor kaldai”.
Justeru itu, baginda Nabi s.a.w hanya mengubah nama individu yang menganut Islam, jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak mengubah bapanya. Umpamanya baginda mengubah nama sahabah Abd al-Syams bin Sokhr kepada Abd al-Rahman bin Sokhr. Ini kerana ‘Abd al-Syams bermaksud hamba matahari. Namun Sokhr yang bermaksud batu dikekalkan. Bahkan baginda tidak mengubah bapa seorang sahabah yang bernama Abdullah bin ‘Abd al-Asad. Bapanya bernama ‘Abd al-Asad yang bermaksud hamba singa. Baginda tidak mengatakan diubah nama bapa kerana takut rosak akidah. Sesiapa yang mahu pendetilan boleh tanya kepada ahli-ahli hadis yang menguasai Kutub al-Tarajim atau dia sendiri boleh merujuk kepada buku-buku al-Tarajim yang membincangkan biodata tokoh-tokoh yang disebut dalam sejarah Islam. Ini seperti kitab Al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, atau Siyar A’lam al-Nubala, karangan al-Hafiz al-Zahabi dan puluhan yang lain.
Jika demikian tindakan Nabi s.a.w dan para sahabah, apakah kita lebih faham Islam dibandingkan baginda dan para sahabahnya?!! Apakah kita ingin katakan baginda tidak menjaga akidah sehingga membiarkan sahabahnya kekal berbinkan “hamba singa”?!!. Aduhai para pengulas isu ini! Luaskan bacaan kita dan janganlah terlebih lajak dari lajunya.
Jaga Imej Islam
Kedua; isu ini timbul kerana kita ingin memelihara nama baik Islam. Pada zaman ini Islam diserang dengan berbagai tuduhan. Sering disalahanggap kononnya Islam tidak menghormati hak. Di negara kita ramai bukan Islam menganggap Islam tidak adil kerana menghapuskan hubungan antara anak dan bapa. Ada bapa yang sebut kepada anaknya yang baru masuk Islam: “awak masuk Islam, saya yang berjasa pada awak pun awak buang. Nama saya pun sudah tidak ada lagi. Siapa itu Abdullah bapa baru awak?!!” Maka mereka bertambah anti kepada Islam dan takut jika anak-anak mereka menganut Islam. Ada yang ingin masuk Islam, tersekat disebabkan bantahan atau sayangkan keluarga. Lebih parahlah jika nama keluarganya disuruh buang!!
Islam sebenarnya menyuruhkan anak melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa sekalipun keduanya tidak menganut Islam. Bahkan sekalipun kedua berusaha agar anaknya keluar meninggalkan Islam. Namun perintah ALLAH agar seorang anak berbuat baik dengan kepada ibubapanya terus kekal. Cuma jangan taat dalam perkara syirik, kufur dan maksiat. Lihat firman ALLAH dalam Surah Luqman ayat 15 :
(maksudnya) “Dan jika kedua ibubapa mendesakmu supaya engkau mensyirikkan denganku sesuatu yang engkau (dengan fikiran warasmu) tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada kedua; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik…”.
Soalan yang wajar diajukan; apakah termasuk dalam bergaul dengan ibubapa secara baik dalam urusan dunia ini -seperti yang diperintahkan dalam ayat di atas- jika kita menanggalkan ‘berbinkan’ mereka. Atau menukar nama mereka tanpa pengiktirafan mereka atau mereka menafikan ‘bin’ yang baru itu sebagai nama mereka. Tidakkah tindakan itu mengguris hati mereka tanpa sebab yang diizinkan. Sedangkan seseorang diperintahkan berbuat baik kepada kedua ibubapa sekalipun keduanya bukan muslim. Islam agama yang mengenang jasa dan hak.
Lebih dari itu, tidakkah tindakan itu boleh menjadikan mereka membenci dan bersangka buruk terhadap Islam?!! Bukankah menjadi kewajipan kita mempertahankan imej Islam ini?!! Maka, perbincangan Fatwa Perlis itu bagi saya mempunyai kemunasabahan yang kuat. Sekalipun amalan itu sudah lama, bukan bererti ia mesti dikekalkan dan tidak boleh diubah. Kata tokoh melayu yang disanjung, Pendita Za’ba, dalam bukunya yang hebat “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” yang ditulis pada tahun 30-an:
Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu – iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).
———————————————————————-
[1]. Keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh penulis selaku Mufti Kerajaan Negeri Perlis bertarikh 10 Mac 2007. Keputusan itu telah menimbulkan isu hangat di seluruh media negara termasuk di Singapura.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.525860 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list