CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4275|Reply: 17

Bicara Hati Seorang Suami

[Copy link]
Post time 18-2-2013 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Sayamerupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau ygcukup menyedihkan…Saya merupakan seorang suami..kepada seorangisteri yg amat baik dan setia….namun saya tidak pernah menghargaikasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktuitu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kacadan permata.

Sayatelah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak sayacintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorangyang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya….bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untukpengetahuan semua perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkanoleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2013 11:37 AM | Show all posts
Terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat. Selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru. Saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.                     

Sepanjang kehidupan kami,  saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya. Namun rupanya isteri saya ini adalah wanita yang penyabar..pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik, dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Pernah suatu hari saya menampar mukanya apabila dia bertanya pada saya ”Abang dah solat? Abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya. Perasaan geram...marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila, Bengkak pipinya. Dia menangis terisak-isak. Saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya tetapi rupa-rupanya dia bersabar dan masih melayan saya sebagai suaminya. Last edited by Leyla on 18-2-2013 11:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 11:58 AM | Show all posts
Ni cerpen ke novel? Atau sekadar luahan bicara hati?

macam pernah ku baca ini... Tapi di mana ya?

Dapat bini solehah dia abaikan...  Then bini dia mati kan? Lepas tu si somi menyesal tak sudah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 09:51 AM | Show all posts
klu da ade..x yah smbung laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 04:25 PM | Show all posts
Leyla posted on 19-2-2013 09:51 AM
klu da ade..x yah smbung laaaa

eh, sambung jek lahh... Mungkin ada yg belum pernah baca dan nak baca.

Btw, lady bukan baca kati cari, dun worry!

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:21 AM | Show all posts
haah rse mcm pnh bc kt blog dlu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2013 01:58 PM | Show all posts
leyla...sambung je laa....kalo dh ada pun kt mana2 citer ni, tak kuasa aku nk merayau meraban mencarinya..kan senang kt sini je. tq leyla ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 01:12 PM | Show all posts
adzah posted on 24-2-2013 01:58 PM
leyla...sambung je laa....kalo dh ada pun kt mana2 citer ni, tak kuasa aku nk merayau meraban mencar ...

okay la.. aku smbung ekk
sape yg da baca..baca la lg skali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2013 01:21 PM | Show all posts
Pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong. Suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 01:31 PM | Show all posts
Isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Saya..kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya

Ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap Ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….Saya menangis sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 10:59 AM | Show all posts
hish..cam takde kegembiraan langsung dlm idup pempuan ni..kalo betul ada bini camni mau aku kena salam dgn dia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:16 AM | Show all posts
apsal aku macam pernah baca je rentetan kronologi cerita ni.?????????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 11:20 AM | Show all posts
CikTigger posted on 28-2-2013 11:16 AM
apsal aku macam pernah baca je rentetan kronologi cerita ni.?????????????

nk trus kan x?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:27 AM | Show all posts
Leyla posted on 28-2-2013 11:20 AM
nk trus kan x?

tak payah la.. tak menarik pon
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:32 AM | Show all posts
tak salah kalau nak sambungkan tetapi pastikan kalau bukan nukilan Leyla sila nyatakan siapa penulisnya untuk kita mengenali siapa empunya cerita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 12:11 PM | Show all posts
Adilla posted on 28-2-2013 11:32 AM
tak salah kalau nak sambungkan tetapi pastikan kalau bukan nukilan Leyla sila nyatakan siapa penulis ...

ooo.. klu cam tu xpe laa..saya tutup jer laaa since ramai da baca..
nti saya cari story lain yg best2 ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 12:18 PM | Show all posts
Leyla posted on 28-2-2013 12:11 PM
ooo.. klu cam tu xpe laa..saya tutup jer laaa since ramai da baca..
nti saya cari story lain yg ...

Jangan rasa kecil hati dik...sejak dulu lagi memang dah diwar2kan pada setiap n3 jika hasil penulisan itu bukan hak kita, wajib bagi setiap individu menyatakan sekali empunya karya itu datang dari siapa. Ini untuk mengelakkan jika ada sebarang masalah dikemudian hari...

harap dapat terima ia apa yang akak nyatakan itu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 12:28 PM | Show all posts
Adilla posted on 28-2-2013 12:18 PM
Jangan rasa kecil hati dik...sejak dulu lagi memang dah diwar2kan pada setiap n3 jika hasil penuli ...

trima kasih.. x kecik ati pon..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075855 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list