Bab1
Jam bertali hitam pada pergelangan tangan aku kerling. Sudah pukul 1 petang. Aku bingkas bangun dan menolak kerusi. Zainina merenungku dan mengorak senyuman manis. Aku membalas senyumannya. Mencapai handbag milikku sebelum mengatur langkah ke arahnya.
“Nak pergi dah?”
Aku angguk.
“Kalau bos dah balik, beritahu dia ya.”
“Wokeh! Drive elok-elok. Aku takut nanti ada hamba Allah yang tercium dashboard sebab hang bawak kereta laju,” ujarnya nakal.
Bibirku dicebik. Ada saja modal untuk menyakatku. Tapi ada yang dikatakannya benar-benar belaka. Aku memang suka memandu laju.
“Ya, nenek.”
“Siapa nenek hang?”
“Tak lain dan bukan,hang!”
Laju saja aku menggeleng sebelum melangkah keluar dari agensi pelancongan ini. Pandanganku diluruskan. Tanganku diletakkan di batang leher.Menghirup udara segar memang satu perkara yang bagus.
Bekerja di saatpenyaman udara terpasang bukan satu perkara yang bagus.
Aku menghayun langkah ke kereta. Seorang lelaki yang memakai t-shirt putih dan jeans hitam terlanggar bahuku. Terus aku jatuh terduduk. Dia merenungku. Lama! Bibirnya digerakkan seolah-olah berkata sesuatu. Sepasang mata kuyu itu jatuh pada wajahku lama. Ciptaan Allah yang tampan. Ah! Apa yang aku mengarut ni?
Terkial-kial aku cuba bangun. Jemarinya dihulurkan kepadaku. Ingin membantuku berdiri namun aku tetap berdiri dengan kekuatanku sendiri.
“Maaf!”
Aku menggeleng. “Tak apa.”
“Err… nak tanya boleh?”
“Apa?”
“Cik kerja kat agensi pelancongan ke?”
Aku angguk tiga saat. Dia menggaru kepalayang tidak gatal. Senyuman yang terukir di bibirnya seolah-olah hanya palsu belaka. Tidak pernah aku lihat lelaki ini. Tampan namun senyuman yang begitu palsu!
“Ya. Kenapa?”
“Saya cadang nak pergi London. Err…”
Bibirku mengoyak senyuman nipis. “Saya memang kerja kat situ tapi saya tak urus bahagian tu.”
“Oh. Okey. Terima kasih.”
“Sama-sama.”
*****
Syahrain menarik muncung. Melompat masuk kedalam kereta dan meletakkan beg sekolahnya di belakang. Jemarinya membetulkan tudung yang sudah senget. Aku menggeleng. Ada-ada saja anakku ini. Salah aku juga kerana lewat mengambilnya. Ini semua kerana lelaki yang bertanyakan soalan kepadaku sebentar tadi.
Aku meneruskan pemanduan. Memandang dia sekilas.
“Kenapa mama lambat ni?”
“Tadi pergi dating dengan pakwe dulu,”gurauku.
“Pakwe? Siapa? Tak kenalkan kat Rai pun.”
Tawaku meletus. Aku menggeleng. Nurul Syahrain terlalu polos. Percaya saja dengan kata-kata insan lain.
Sudah lama aku menjaga Syahrain. Meskipun dia bukannya darah dagingku, aku tetap menyayanginya. Ya! Terlalu mustahil dia anakku. Aku baru berusia 25 tahun dan tidak mungkin punya anak yang berusia 10 tahun. Persetankan soal itu. Dia tetap anakku walau apa pun terjadi. Tiada siapa mampu mengambilnya dariku.
Kerana dia, aku sanggup dibuang keluarga. Perit namun itu kenyataannya. Aku terpaksa menjaga anak ini dan mak tidak mahuaku menjaga anak ini. Dia memberi dua pilihan kepadaku. Menjaga anak ini atau terus di sisinya.
Dan aku memilih untuk menjaga Syahrain. Sejakaku berusia lapan belas tahun aku tidak bertemu dengan mak. Selama ini, akumenumpang di rumah Abang Saifullah. Berkali-kali dia memaksaku untuk kembali ke rumah namun aku degil.
Aku tersentak di saat bahuku digugahberkali-kali.
“Ma, siapa pakwe mama?” soal Syahrain manja.
“Mama tak ada pakwe, sayang.”
“Kenapa tak cari?”
“Malas!”
“Kalau mama malas, nanti Rai tak ada ayah.” Dia merungut.
Nurul Syahrain punya ayah namun aku tidak pasti di mana dan aku tidak boleh membiarkan ayahnya mengambil dia semula. Ibu kandungnya sudah berpesan kepadaku. Biar dia terus di sisiku. Ya! Biar terus disisi.
Keretaku berhenti di hadapan rumah Abang Saifullah. Sepanjang aku bekerja, Syahrain akan duduk di sini. Kak Haifa akan menjaga dia.
“Dah sampai!”
Dia mengangguk. Membuka pintu kereta. Menjulurkan kaki keluar dari kereta. Dia merenungku lama.
“Ma, mama perlukan suami dan Rai perlukan ayah.”