Pada 13 Januari 2013 di Giant Batu Caves Selangor, sayabersama anak keluar dari pintu hypermarket tersebut untuk menuju ke kedai bukuberhampiran. Dalam perjalanan, sayadisapa oleh seorang gadis yang pada awalnya saya tidak ketahui identitinyasebagai seorang wakil penjual, mengajak saya untuk mengisi borangkajian/tinjauan tentang alam sekitar. Sebagai balasan, saya ditawarkan satu begkitar semula (shopping bag) berwarna hijau bertulis Barnes and Nobles. Bukankerana tertarik semata-mata dengan beg itu tetapi lebih kepada inginbekerjasama dengan kajian mereka, sayapun menurut. Jika saya ketahui awal-awalidentiti dan tujuan mereka sudah tentulah saya tolak. Setibanya di petak jualan mereka, saya diyakinkanhanya perlu mendengar sambil mengisi borang kajian dan tidak perlu membuatapa-apa pembelian. Pada ketika itu, saya mula sedar saya telah diumpan olehkumpulan penjual tetapi kerana tidak ingin bercakap kasar dan hanya inginmemenuhi borang yang diberikan, saya akur. Sambil mengisi borang tersebut, sayaditanya bermacam-macam soalan seperti ‘adakah saya tahu kebaikan jenama danproduk mereka dan impak kepada alam sekitar’, ‘adakah barang mereka mahal’ danpelbagai lagi. Setelah siap borang diisi, saya ditanya jika saya diberipilihan, tiga barang manakah yang ingin saya miliki dari produk-produk mereka.Antara produk-produk mereka yang saya perasan: Microwave Induction Cooker Water Filter Energy System Water Filter Vacuum Rice cooker Secara jujur saya memang tidak mahu membeli barangan merekakerana pada pendapat saya harganya agak mahal dengan jenama yang masih tidakdikenali itu. Hal itu saya nyatakan kepada penjual-penjual tersebut, tetapidengan taktik mereka, mereka masih mempunyai hujah yang barang-barang merekaitu dijual dengan harga yang murah. Lebih-lebih lagi mereka menawarkanpenurunan harga yang melampau dan pada saya tidak munasabah; dari lebih kurangRM6,000 kepada RM2,000 sahaja untuk pembelian 3 barang yang jelas sekali barangmurahan dari China. Tidak mahu bergaduh, saya terangkan yang saya mungkintakkan membeli hari ini, kerana saya nak berbincang dengan emak saya di kampungdahulu memandangkan saya memang berniat menghadiahkan penapis air kepada emak.Namun, penjual-penjual tersebut seperti tidak ingin melepaskan saya pergi, sayaditawarkan pula ansuran bulanan dan melalui kad-kad bank. Pada tahap ini, sayasudah mula hampir hilang sabar dan terus menolak. Mereka nampak terdesak bila melihatsaya seperti tak makan umpan mereka , penjual yang ‘berpromosi’ dengan sayanampak sedikit marah kerana mungkin sebab saya ‘tak makan saman’. Akhirnyamereka seperti memaksa saya membayar duit deposit RM50 yang saya DIJANJIKANSECARA MULUT dan ditulis secara umum pada resit bayaran, boleh dipulangkan padabila-bila masa seumur hidup jika saya ingin batalkan pembelian/tempahan saya. Memang salah saya waktu itu sayatandatangan tanpa baca dahulu keseluruhan syarat-syarat yang dikenakan. Memangtertera di situ, wang deposit tidak akan dikembalikan jika belian dibatalkan,tetapi terdapat syarat lain seperti barang tempahan dianggap lupus jika bakibayaran tidak dibuat dalam tempoh masa 3 bulan yang mana syarat itu dibatalkanoleh penjual tersebut, jadi saya diberi peluang seumur hidup untuk menjelaskanbayaran tersebut. Lebih kurang seminggu selepas itu, saya kembali bersamasuami untuk menuntut semula wang deposit. Saya bercakap dengan penjual yanglain dari yang saya jumpa sebelumnya. Menurut dia, saya hanya boleh dapatkanduit itu pada hari bekerja sebelum pukul 6 petang dan perlu datang semula padahari bekerja sebelum 6 petang. Pada 31 Januari (lebih kurang seminggu selepasitu) saya kembali pada waktu yang bersesuaian dan bercakap dengan gadis yangmenyapa saya pada hari pertama itu. Katanya, memang duit saya kira hapus sebabkalau saya nak tuntut semula duit deposit itu, hanya boleh dibuat dalam hariyang sama bayaran dibuat, satu syarat baru yang amat tidak lojik jika mahumenjanjikan deposit dipulang semula. Saya mula naik angin dan minta penjelasanlanjut. Menurut dia, duit saya hanya akan diganti dengan sejenis barang merekayang saya kurang kenal pasti (seperti termos) yang nilainya menurut merekaRM199. Saya beritahu barang itu tak bernilaipun bagi saya sebab saya tidak adakeperluan untuk itu. Tak cukup dengan itu, saya diminta untuk menghabiskan lagimasa dan duit minyak untuk kembali semula sekali lagi pada hari lain kerana vanyang kononnya tempat termos itu disimpan dibawa ‘bos’ mereka ke tempat lainketika itu. Kemudian suami saya masuk campur dan menyuruh mereka hantar sendiribarang tersebut ke rumah (rumah kami tak jauh dari situ) kerana tidak mahumembuang masa dan minyak berulang kali datang ke tempat itu sedangkan alasanmereka sentiasa berubah-ubah. Namun, sampai ke hari ini kami masih tidakdihubungi oleh mereka. Di rumah, saya membuat carian internet dan dapatirupa-rupanya saya bukan mangsa pertama, malah ada lagi yang lebih teruk ditipudengan jumlah wang yang banyak melibatkan jurujual produk jenama sama. Malahada lagi kes seumpama ini di negara jiran Indonesia. Ini link-link yangberkaitan: http://www.aduanrakyat.com.my/kes-penipuan-harga-produk-jenama-aowa http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=319754 http://bizniz87.wordpress.com/2009/07/25/kisah-penipuan-jenama-aowa/ http://bizniz87.wordpress.com/2011/02/03/kisah-penipuan-aowa-dari-sabah-awas-penipuan/ http://www.sabahforum.com/forum/kaunter-aduan-isu-pengguna/topic16583-15.html http://mengkuangberduri.blogspot.com/2011/06/awas-penipuan-jualan-barangan-aowa.html http://nurriz3120.blogspot.com/2012/09/taktik-penipuan-aowa.html
Pada mulanya saya ingin kemukakan hal ini ke TribunalPengguna. Memandangkan tribunal memaklumkan hanya boleh kembalikan sahaja wang RM50itu tetapi tidak boleh mendedahkan nama syarikat tersebut, ia tidak menyampaikantujuan saya yang mahu masyarakat tahu tentang kaedah penipuan ini dan nama syarikatitu (juga penjual-penjual tersebut) agar rakyat boleh menjauhkan diri sementarapihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya. Bagi saya, melihatkankes-kes/aduan-aduan yang tersebar di internet yang bukan sahaja di Malaysiatetapi sampai ke negara jiran sudah cukup membuktikan syarikat dan jenama terbabit harus disiasat dan diambiltindakan segera. Jika tidak, memang jelaslah pihak mereka ada ‘kabel’ denganpihak berkuasa. Bayangkan kes-kes yang kita ketahui hanyalah melalui internet,bagaimana pula dengan mereka yang masih tidak ada ‘online’ akses untuk mengetahuihal-hal seperti ini, atau ‘worst case scenario’ golongan-golongan tua dan kurang berpelajaran ditipu duit simpanan mereka oleh syarikat yangtidak bertanggungjawab seperti ini. Saya juga pernah menimbangkan untuk membuatlaporan polis sebelum dedahkan perkara ini di media tetapi khuatir jikakumpulan ini mempunyai kaitan dengan samseng dan gangster sehingga bolehmengancam keluarga saya. Oleh itu, saya menghantar kisah ini sebagai rujukanuntuk pihak berwajib serta mampu menyebarkan kisah penipuan ini kepada semuarakyat dengan segera. Kiraan mudah, jika mereka mampu menipu seorang pembeli sudahmendapat sehingga RM6,000 atau lebih, tiga mangsa seminggu sudah dapat membolotRM18,000 atau lebih. Jika dalam kes saya, deposit RM50 seorang, jika tiga orangsehari sudah RM150 atau lebih RM1,000 seminggu tanpa perlu menyerahkan sebarangbarangan. Apabila pelanggan datang menuntut kembali deposit, konon mahu gantidengan barang tetapi barang itu pula di tempat lain dan mangsa perlu datangkembali hari lain. Dengan sifat rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yangrata-rata tidak suka membuang masa atau menyusahkan diri, tambahan pula untukjumlah deposit yang agak kecil, akhirnya kumpulan penipu ini mendapat duitpercuma hampir setiap hari dengan hanya menjual air liur. Ini tiada bezanyadengan skim cepat kaya, skim piramid, gores dan menang atau mana-mana carapenipuan yang menjadikan penjenayah-penjenayah ini jutawan segera, memudahkanlagi mereka membuat penipuan lebih besar kelak. Saya berharap kisah ini dapat dikongsi dengan seramaimungkin rakyat Malaysia dan bagi media atau pihak yang mampu menyiasat danmendedahkannya, tolonglah lakukan dengan segera agar tiada lagi antara kitamenjadi mangsa. Bukan sahaja pihak berkuasa perlu bertindak, pihak pasar raya yangmenyewakan tapak juga sepatutnya lebih bertanggungjawab dan menyiasat latarbelakang penyewa agar pelanggan mereka tidak menjadi mangsa, seterusnyamencalit arang ke muka pemilik pasar raya itu sendiri. Di mana-mana pasar rayakini begitu mudah kumpulan penjenayah ini menapak, menahan orang ramai denganhadiah picisan dan pamplet sebelum 'memukau' dengan bermacam taktik dan ayatmenggoda. Ini sudah menjadi isu besar dan perlu tindakan segera. Walaupun kisahsaya tidak seteruk mereka yang ditipu ribuan ringgit, diharap cukup untukmengukuhkan harapan agar media, pihak berkuasa dan masyarakat setempat bersatumengekang dan menghapuskan taktik penipuan di tempat-tempat kita membeli barangkeperluan mahupun tempat membawa keluarga bersiar.
Terima Kasih,
Tambahan
Dan pada 12 Febuari 2013, saya ke Giant Batu Caves sekalilagi dan dapati kumpulan penjual penipu ini sudah berpindah ke tapak lain.Dengar cerita dari 'jiran' penjual mereka ke Ampang Point (entah betul atautidak saya tidak pasti) Tapi yang saya pasti mereka ini memang penipu dan sudahtentulah selepas ini mereka ingin mencari mangsa baru untuk dikenakan. Jadikita sebagai pengguna haruslah berhatihati agar tidak termakan taktik dan tipuhelah mereka ini di mana sahaja.
Last edited by narahashim82 on 15-2-2013 04:53 PM
|