nak habaq hana dah ubah nama hero dari Zaim ke Irfan. sorry k. ada masalah ckit ngan nama tu. apapun tq coz sudi baca...
Irfan merenung wajah yang tenang dalam tidur. Tersenyum melihat wajah comel itu namunsenyumannya sirna bila menyedari ada kesan air mata di pipi. Sesekali terdengaresakan kecil. Apa yang di sedihkan? Irfan kerut dahi. Wajah itu di renungteliti. Ada kesedihan di wajah yang tenang itu. Kenapa?
Aliatersedar dari lenanya bila terasa ada seseorang disisinya. Perit terasa matabila di buka apatah lagi dalam keadaan bilik yang terang. Irfan berdiri di sisikatil. Sedang merenungnya dengan pandangan yang sangat lain. Wajah itu jugakelihatan resah.
“hhmm...bila abang datang? Maaf Lia tak sedar abang datang,” Alia bersuara perlahan. Irfan sekadar tersenyum hambar.
“Kenapa Liamenangis?” soal Irfan. Alia tersentak mendengar pertanyaan Irfan. Kelu lidahnyauntuk bersuara.
“mana adaLia menangis....” Alia bersuara perlahan. Cuba mengukir senyuman. Namun tetaphambar pada pandangan Irfan malah mata itu takkan mampu menipunya. Mata yangpenuh kesedihan, penuh kelukaan. Mata cantik yang memukau pandangannya sedaridahulu. mata yang mengambarkan perasaan hati pemiliknya.
“Lia takboleh tipu abang sebab mata Lia takkan mampu menipu...” Irfan bersuaraperlahan. Tubuh Alia di hampiri. Tangannya mengusap kesan air mata di pipi.
“Ini takkanmampu menipu abang Lia.... apa yang mengganggu Lia? Lia tahukan Lia bolehcerita apapun pada abang. Abangkan abang Lia yang paling baik...” Irfan memelukAlia. Cuba menenangkan Alia.
“Ya abangmemang abang yang paling baik pada Lia tapi abang lupa abang suami Lia dan Liaisteri abang... Lia ni isteri bukannya adik abang... Lia isteri abang...abangsuami Lia bukannya abang Lia. Lia Cuma nak suami Lia...” bisik Alia perlahan. Irfan terkedu mendengar bicara Alia itu.
*************************************************************************************************
“Maafkan abang Lia. Abang dah tak sanggup untuk terus hidup dalam kepura-puraan lagi. Abang dah tak sanggup untuk menipu Nazrina lagi. Abang rasa cukup setakat ini sahaja. dengan ini abang lepaskan Alia dengan talak satu. Abang tak nak seksa Alia sebab abang tahu abang takkan mampu untuk cintakan Alia...” Irfan bersuara tenang. Alia tergamam. Hanya air jernih mengalir di pipi. Terasa sebeban batu menghempap tubuhnya. Hatinya terluka. Sangat terluka. Sampai hati Irfan. Inikah pengakhiran kisah mereka.
“Alia terima tapi satu pinta Lia, jangan pernah lupa beritahu anak Lia siapa ibu yang mengandung dan lahirkan dia sebab biar apa cara pun abang sembunyikan kebenaran siapa Lia pada abang dan anak kita Lia yakin kebenaran itu akan terbongkar juga...” ucap Alia tenang. Ada senyuman di bibirnya. Entah mengapa jauh di sudut hati dia tahu Irfan takkan mampu menyembunyikan apa yang berlaku selamanya.
Irfan terus melangkah. Tangisan Nurin Alia bergema. Tahu detik ini dia akan terpisah dengan ibunya. Alia menangis. Tangisan Nurin Alia amat memilukan hatinya. Anak mama... maafkan mama sayang... mama sangat cintakan papa sebab itu mama korbankan apa sahaja untuk dia yang mama cinta. Adakah mama bodoh sayang? Bodohkah mama yang mencintai dia yang tak menyintai mama? rintih hati Alia. Tangisannya bagaikan tiada penghujung.
Last edited by shana85 on 13-2-2013 10:11 PM
|