View: 3118|Reply: 4
|
Minta pendapat - kemalangan akibat pembinaan MRT di Taman Tun Dr. Ismail
[Copy link]
|
|
Saya terbabit dalam kemalangan pada isnin lepas 22hb Januari 2013. Kejadian berlaku di Jalan Damansara berdekatan dengan Taman Tun Dr Ismail di mana sebahagian jalan tersebut terlibat dalam kerja-kerja pembinaan MRT. Pada ketika itu saya menunggang motosikal dan motosikal saya melanggar lubang di kawasan projek MRT tersebut. Kemalangan tersebut menyebabkan tulang bahu sebelah kanan patah, tulang pinggul mengalami sedikit keretakan dan luka-luka kecil. Pertanyaan saya, selain daripada laporan polis, patutkah saya membuat aduan atau tuntutan daripada pihak MRT memandangkan lubang yang saya langgar itu memang di kawasan pembinaan. Kawan-kawan saya sempat mengambil gambar di lokasi kejadian.Kemalangan ini telah menyebabkan saya tidak dapat menjalankan pekerjan harian serta rutin kehidupan seperti biasa. Minta pendapat saudara saudari. Terima kasih. - Zaihan -
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon tanya pendapat peguam. takut nnti MRT spin bukan salah dia? |
|
|
|
|
|
|
|
betul saranan AdamBillionaire tu, mungkin boleh panjangkan ke biro aduan. sebab ko skang langgar lubang, bukan langgar tiang landasan lrt mahupun kon yang pihak developer letak sepanjang jalanraya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kawasan pembinaan , jika melaluinya adalah risiko sendiri , namun mungkin ada loop di sini ... seperti tanda amaran yang tidak mengikut saiz atau tidak ' official ' .
Keadaan lubang tersebut ~ adakah di sebabkan oleh lubang yang di gali atau bekas berlubang yang terjadi akibat kesan penggunaan jentera berat ...
Projek MRT ada third party liability insurance ... Kena usaha sedikit lah ...
Surat tuntutan ( selain dari lapuran polis ) hendaklah di olah dengan ' cantik ' ... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-1-2013 12:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
terima kasih rakan2..sy belum buat repot polis lg sbb masih admitted, esok mgkn discharge bru nk bt repot. ptg td wakil kontraktor mrt dari mmc gamuda dgn maju jaya corp dtg, kononnya nk amik statement n bt internal report, x paham la jugak knp dorg dtg ramai2 sebenarnya..ada sorg drp mamat yg dtg tu blh ckap mmg kecuaian drp dorg..xpe ape2 hal sy akan bt repot polis dulu, pastu bru nk cari lawyer tnya ape2 tindakan lanjut yg sepatutnya... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|