Hadith-Hadith, berupa panduan Islam mengenai kucing.
Antaranya..
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan, bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya, lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lalu ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang jinak rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapatseekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasukperhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawahambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”.
Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Rasul Muhammad SAW telah memberitahu hal ini sejak 1500 tahun yang lalu, hanya kini baru ditemui oleh para ilmuan. Lihat kajian-kajian ini..
Lysozyme menjadi agen
pembersih di dalam tubuh kucing
Kajian Yang Dijalankan..
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa.
Yakni yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil sepertienterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernamalysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Itulah istimewaya kucing, sehingga ia dijadikan binatang peliharaan yang jinak. Sehingga lekat gelaran seorang sahabat Nabi SAW yang meminati kucing bernama Abu Hurairah periwayat hadis terkenal, ertinya 'bapa si anak kucing'!
"kucing ada masalah..
kenapa kucing ada masalah??
pergi kedai makan, dia mintak tulang ayam..
kita sepak, correct?
kucing ada masalah..
ALLAH jadi kucing sebegitu..
kalu dia boleh bercakap, dia bercakap..."
Kata2 mutiara dari....err.....kalau anda bijak bestari, sapekah yg menuturkan kata2 ini? Sy tak lari tajuk tau....ini juga amat berkait rapat dgn kucing.
Saya suka 1 st part of the article (hadith & sejarah)....tapi 2nd part tu.....saya kuatir akan ada banyak pertikaian...
Bukan apa...pengalaman peribadi...
Ibu mertua tercinta saya...mulanya dimaklumkan Dr pakar di ISC dia ada masalah dgn darah dia...(Dr ambil sample sum sum dari dalam tulang punggung)..
Tapi..memandangkan faktor umur...rawatan yg akan menyakitkan dll....Dan dia pun pada zahirnya sihat...atas nasihat seorang sahabat yg juga Dr pakar...kami ambil pendekatan utk mengubat secara simptom je.....maksudnya...kalau demam...bagi ubat demam dsbnya...& teruskan enjoy life...
Alhamdullillah...Ibu mertua saya happy je....teruskan hari hari mcm biasa...
Tapi...suatu hari....Ibu saya telah terrrr pijak ekor kucing dia...& kucing tu bertindakbalas dgn cara cakaran 7 gigit pada betis!..
Tak lama selepas itu...kesan cakaran & betis membengkak...& ciritbirit...muntah dsbnya...
Ambulan dipanggil..(waktu tu petang)...& Ibu saya dimasukan ke wad hospital besar..
Menjelang subuh esoknya ....Ibu saya dijemput pulang oleh Allah....Inna lillah wainna ilaihi rajiun...(Al Fatihah buat Ibu)
Saya rujuk kepada dr...& diberitahu..ini adalah kesan Salmonella Infection drp Kucing....munkin tak bahaya pada org biasa...Tapi sebab Ibu saya ada masalah darah & ada suppressed immunity.....jadi problem...(tapi...memang rahmat Allah juga utk Ibu saya...dia tak lama menderita sakit...sekejap je sakit ...dah dipanggil Allah)
Sedihnya...Ibu kandung saya sendiri yg terlalu amat dicintai pulak sekarang ini ada masalah darah....yes...buat masa ni..sehat (lapuran Dr pakar)..
Saya cuba elakkan ibu saya drp kucing...tapi...susah juga...sebab...dah memang kucing mariii juga...banyak pulak tu...walau tak dibela...
kucing saya kalau berak atau kencing mesti kena basuh nontot dia... kalau tak, tak leh tido ngan saya kena halau dari bilik ... selalu kalau dia berak sure dia nyorok kat bawah katil... then saya tahu dia dah kencing atau berak/////...
burungantu posted on 21-1-2013 05:57 PM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullillah..
Terbaca citer anda, sy teringat satu kisah jugak ttg kucing yg baru2 ni sy handle.. Ade 1 pasangan nih di utara semenanjung, dtg sbb nak bercerai...suaminya keje xxxx sambilan, manakala isterinya tak bekerja walaupun ade MA...reason for not working: sering gering (tak sihat le tu) sbb dia ade penyakit Talasemia yg selalu kene gi blood-treatment di hospital...
Nak jd citer si suami ni jenis poligami, si istri yg Talasemia nih istri ke-2 kot (or ke-3) tp doktor penah pesan supaya jgn main dgn kucing..camtu le kot pesanan si doktor (menurut si suami). Dgn istri yg sakit nih takde anak, plak tu slalu kene tinggal sbb suami slalu jgk balik ke umah istri2 lain......so boring nak mampos la si istri neh.. Dah le sakit, takde anak plak...so boring sensorang di umah... Suami dia slalu pesan kat dia jgn main ngan kucing, tp dek krana kebohsanan yg teramat dia selalu bg makan kat kucing2 yg ada di sekitar rumah dia....walaupun dilarang, dia selalu curi2 bg makan kucing (tp takde la peluk2 kucing tu)..
Pastu tetiba dtg utk bercerai atas tuduhan NUSYUZ terhadap si isteri sbb DERHAKA pd suami...puncanya sbb istri dok bg gak makan kucing tuh walau dah berkali2 dipesan...kata suami dah 4 tahun dah larang, so istri dia neh dianggap nusyuz oleh suami atas sbb tuh...
Errr....mcm dah panjang citer ni, ade yg berminat nak tau selanjutnya ke sbb kes diorg tuh hari tu jgk selesai...cuma ada citer2 lain la sblm selesai.....
Dipendekkan citer, diorg nih bercerai jgk setelah lama dok bincang sbb si isteri kecewa bilamana suami mula ungkit citer2 mase sblm kawen lebih sedekad lalu....tuduh pelik2 last2 istri tawar hati & tetap ckp dia nak bg makan kucing2 kelaparan tuh, maka bercerailah diorg hari tu jgk......
suka tengok persian dan siamese cats ..
tapi maseh kitten aahh .. hehe
persian cats .. bukan syiah punya ..
siamese cats .. bukan buddhist punya
haha ..
but tak suka pelihara cat aahh .. hehe
paling tak suka ..
miang kucing .. gatal .. haha
alim kucing .. aksyen alim .. hehe
ni joget apa eehh ? hehe
semua dah jadi datok n nenek .. agak nya .. haha
supernaturalee posted on 22-1-2013 04:48 PM
berkait...tp rasanya ni kes "kerana nyamuk sekor, kelambu dibakor..."
ade mslh lain sbnrnya ni. ...
Ntah la...tp suami neh jenis suke nunjuk mcm pandai pertikai abis sume ape yg kita ckp...lagak ala2 ustaz gitew pastu kita yg sbg tuan rumah pun kena la handle dgn wisdom utk mengatasi keegoan si suami neh...last2 dia akur bila ditanyakan soalan2 penting ttg perceraian & selepas perceraian yg dia gagal jwb....kat situ dia malu & trus slow....
Aku ckp la no offence utk beri mkn kucing kalau itu dpt hiburkan hati dia yg keseorangan takde anak & suami plak slalu tinggalkan dia...lagipun bg makan kucen dpt pahala lg......masalahnya dia plak anggap aku sokong tindakan istri dia utk derhaka suami yg larang bg makan kuceng.. Aku ckp la bukan itu maksud aku, bg aku sepatutnya isu gini tak dijadikan alasan utk bercerai & tuduh isteri nusyuz kerana tu je..
Aku ckp kat dia mcm kita laa...kita expect istri utk taat 100% kat kita, tp adakah kita sendiri jenis mentaati 100% kpd sang Pencipta ALLAH ta'ala???
kelmarin..
mase tgh tgk tv..
kucing missy ni jenis cerdik dan manja..pantang missy baring tgk tv..
die akan panjat atas dada missy n duduk btol2 atas dada ni..
setiap ari rutin die mcm tu..
so..kelmarin..lps die duduk tu..die jilat2 muka missy..
slalu jilat2 dagu or pipi je..tp aritu die jilat idung..so missy terbau la air liur die...
bau mcm air liur org or baby..tak kuat sgt..pestime bau air liur kucen ni..hehehee..
missy trkejot..bersilat kejap dpn die..tmpar2 pipi die soh jgn jilat lagi..
tp kejap je die dgr ckp..smlm jilat lagi dagu n pipi..