minta abg-abg dan kakak-kakak senaraikan disini untuk membantu saya yang masih jahil dalam bab pemakaian serta apa yang tidak sepatutnya saya guna atau dipakai sebagai pakaian atau hiasan di badan. samada hukumnya haram atau sunat dan makruh..
diharamkan
1. emas
2. sutera
disunatkan
?
Makruh
?
minta jika ada penambahan-penambahan lainnya sila nyatakan dan saya juga ingin bertanya apakah hukumnya memakai
perfume zaffron..
angsaemas posted on 19-1-2013 09:52 PM
Atau maksud TT.."Perhiasan & barang yang diharamkan utk lelaki"?
Lebih kurang macam itu lah.. Angsaemas, kalau related dengan aurat wanita tu..fahamlah rasanya pada kebanyakkan og. Tetapi kadang-kadang ada yg menjadi sunah pun org. Lelaki Dah tak buat.. Kecuali bab kahwin saja. Umpama memakai sarban atau jubah.. Sekarang nie kalau nak melamar pun ikut cara luar biasa contohnya... Will you marry me dari dalam aquarium... Mana taknya harga mas kahwin jadi makin mahal... Jika ada idéa berkaitan pemakaian oleh org. Lelaki Harap bolehlah share.
kalau lelaki yg berhias diri tu... apa hukumnya. pergi spa dan lelain hanya untuk nampakkan diri tu kemas saja tak ada niat lain. pakai cincindan gelang perak pakai juga rantai tapi perak.. camaner tu. sembahyang dia Allah Swt terima ker.
MaxSteel posted on 21-1-2013 12:01 PM
kalau lelaki yg berhias diri tu... apa hukumnya. pergi spa dan lelain hanya untuk nampakkan diri tu ...
Berdasarkan pengalaman sy, setakat pergi spa dekat gym ni pun, tak kena gaya boleh terbuat dosa jugak. Contoh, aurat masih payah nak jaga. Walaupun dalam area tu semua pompuan, antara pompuan muslim kena tau mcm mana, antara non muslim dah macam aurat dengan lelaki. Itu tak kira facial or massage yang dibuat oleh pekerja berlainan jantina.
Cincin, ok sebab rasulullah pakai kecuali emas dan yang bercampur dengan emas. Tapi rasulullah tak pernah pakai gelang dan rantai. Lagipun menurut uruf, di Malaysia ni, gelang rantai ni muslimah yang pakai. Cuba tengok baby sudahlah, kalau dipakaikan gelang masa kecik2, ada can orang anggap baby tu pompuan (walhal mak pak dia rockers).
Kena cek jugak, jam, card holder, pen dan perhiasan2 (macam mug, pinggan) yang diperbuat atau mempunyai komponen emas, pun haram.
Kalau expand kepada bejana emas dan perak, tak kira lelaki pompuan, jatuh haram jika menggunakan bekas yang terdapat komponen emas dan perak.
satu lagi, buat benda haram dan sama ada solat diterima atau tidak, mempunyak pertalian yang kompleks w/pun tak begitu direct.
Contoh, solat mungkin sah, tapi tak diterima. Yelah, semua rukun dibuat, tapi tak semestinya diterima Allah.
Bila banyak dosa, tak bertaubat, gamaknya, solat kita tu perfect tak? Apatah lagi nak diterima Allah.
Lagipun, kalau mengikut manhaj shafie, haram pakai perhiasan seperti wanita (kecuali non-gold ring), tak kira dibuat dari emas atau perak atau manik plastik pun. Last edited by baulu on 21-1-2013 02:07 PM
Yang terbaiknya adalah pergi berguru untuk mendalami bab2 agama.
Kalau bab berpakaian, yang Rasulullah buat ialah pakai baju labuh paras betis dan kain sarung. Baginda pernah memuji pakaian seluar (hadiah dari seseorang) tapi baginda tak pernah pakai. Jenis seluar tu, seperti orang belah Afghanistan pakai.
So, kalau kita bersarung, tu dah ikut sunnah jugak. Pakai kemas, bersih, pun sunnah. Pakai attar pun sunnah.
Bab janggut, pun sunnah, tapi ikutlah cara Rasulullah bela janggut, panjang mana, berapa lama sekali trim. Dalam satu hadith, mencukur janggut adalah haram, orang lelaki boleh trim or gunting je.
Bersugi bersiwak, pun sunnah. Buat sebelum solat pun sunnah.
ishhh...... banyaklah benda sunnah boleh dibuat dalam bab penampilan diri ni.