CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11809|Reply: 1

Percutian Keluarga (Cerpen Pendek)

[Copy link]
Post time 8-1-2013 11:57 PM | Show all posts |Read mode
Salam kepada pembaca budiman...

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dari penulis bagi menghiburkan hati apabila ramai teman2 yg menginginkan keindahan "Adam dan Nur" dalam drama bersiri Nur Kasih. Di penghujung cerita berbagai pertanyaan yang ada lalu kami berpakat utk menyambung cerita mengikut fantasi kami. Terima kasih.

*****

Persiapan perlu dibuat utk percutian kami. Nak bawa anak-anak berjalan ini memang seronok tapi nak menyiapkan mereka juga perlu ada perancangan rapi. Amsyar dan Amin dah besar sedikit kuranglah bekalan yg remeh hanya pakaian dan keperluan diri, tapi keperluan Sophea lebih-lebih lagi susunya yang paling aku takuti. Kalau tertinggal baju boleh jugalah dibeli tapi kalau susu mungkin aku duduk dibilik seharian utk memujuknya minum nanti. Hanya tinggal 3 hari saja lagi utk kami berangkat. Anak kembar kami memang riang tak terkira setiap kali dapat tahu perjalanan menggunakan kapalterbang. Apa yg seronoknya entahlah. Ayah dan ibu mereka ini kadang-kadang tak mahu lagi rasanya naik kapal terbang. Boring kami kata..tapi kalau tak naik kapal terbang tak pergi jauhlah pulak.


Anak kembar kami memang tak tahu nak duduk diam ada saja yang nak dibuatnya walaupun dah pesan banyak kali kalau ditempat awam jangan nak lari kesana kemari tapi dibuatnya juga. Boleh hilang kesabaran juga dibuatnya. Walaupun begitu kami sebagai ayah dan ibu mesti menasihati mereka kesan yang berlaku kalau sering nakal ditempat awam kerana aku pernah “kehilangan” amin dikedai buku hanya kerana di main sorok-sorok diantara barisan buku2 dikedai itu. Pengalaman itu saja cukup mengerikan aku.


Sebenarnya percutian kali ini tidak begitu menarik minatku, dah beberapa kali suamiku menyebutnya dahulu hanya kerana Australia dekat dan tarikan Gold Coast untuk anak2 juga tapi hati ku agak keberatan untuk kesini, namun kali ini aku tidak dapat mengelak hanya kerana aku gagal membuat perancangan yang diminta suamiku. Diam aje Nur, tiba2 suamiku menegur apabila aku asyik memerhati anak2 yg bermain dihujung sana..hmmmmmmm aku hanya tersenyum, abg pun senyap aje..kataku juga. Kenapa ni, Nur tak suka ke? sambungnya lagi…taklah..kalau Nur tak suka dari dulu lagi Nur kata tak nak pergi, tambahku. Habis tu kenapa abang rasa Nur macam tak suka, dah beberapa hari ini abg perhatikan Nur macam ada masalah saja, ada yang tak kena? tanyanya lagi. Tak ada apa2lah bang..jangan bimbang Nur cuma rasa penat…Nur sambil memegang bahuku..kalau Nur bukan isteri abg, abg tak akan risau, tapi Nur isteri abg dan abg sayangkan Nur, perubahan Nur ketara tapi abg diamkan juga hingga hari ini, abg nak Nur beritahu abg apa yang Nur simpan dalam hati tu. Abg, ku ambil tangannya dan ku bawa ke dada, hanya abg dan anak2 ada dalam hati ini kataku pula sambil tersenyum. Walaupun senyuman dibalas, aku tahu yang dia tahu aku pura2. Aku sendiri tertanya2 kenapa aku merasa semacam sedih dan tak gembira untuk percutian ini. Puas juga aku mencari tapi jawapannya masih tidak pasti. Dalam pada itu pengumuman untuk menaiki pesawat dibuat dan seperti selalu penumpang yang ada anak-anak kecil didahulukan. Anak-anak seperti dah tahu, datang beratur menunggu giliran untuk masuk ke pesawat. Kepalaku tiba2 rasa sakit yang amat sangat.

*****


Setelah berlepas aku hanya mematikan diri, aku tahu anak-anak tak banyak ragam didalam pesawat, cuma yang aku bimbang hanya Sophea kerana dia masih kecil walaupun bukan penerbangannya yang pertama. Aku cuba melelapkan mata dan aku dapat rasa yang suamiku memerhatikan diriku dari tadi lagi. Terasa tanganku digenggam..Nur katanya..janganlah pura-pura tidur. Nur sakit kepala bang kataku dengan perlahan. Please tell me what is this all about..tolonglah Nur katanya merayu. Aku merebahkan kepalaku dibahunya,  Nur tak apa-apa, abang janganlah bimbang..ok kataku lagi. Senyuman ku dibalas walaupun aku tahu yang dia tidak puas hati dengan jawapan yg aku beri.


Kami mendarat di Sydney International Airport dengan selamat. Suasana yang indah dan cuaca yang nyaman menyambut kedatangan kami. Aku tahu yang suamiku teliti orangnya dalam membuat perancangan begitu juga dengan percutian ini. Mungkin juga kesuntukan masa utk merancang membuat suamiku memilih Australia sebagai destinasi kami kali ini kerana dia masih ada kawan2 yg boleh membantu. Jelas segalanya telah diatur rapi dan aku mula melupakan apa yang bersarang diperasaanku dan melihat kegirangan anak-anak adalah kebahagianku.

Apartment kami menghadap Sydney Harbour. Pemandangan yang indah dari sini dan matahari mula menampakan sinarnya dan kesibukan warga kota meneruskan aktiviti harian. Kami disambut oleh dua wanita yg mungkin sebaya denganku dan mereka memperkenalkan diri mereka sebagai pembantu kami sepanjang kami berada disini. Aku hairan, namun aku sembunyikan nya buat sementara waktu.


"Abang, boleh Nur tahu kenapa kita ada pembantu"? Nur bertanya dengan penuh kehairanan.


Hmmm...kawan-kawan abg bagi cadangan untuk kita ada pembantu supaya kita punya waktu utk berdua juga, abg tak nampak salahnya dan terus setuju lagipun mereka boleh bantu Nur juga nanti untuk layan anak-anak dan Nur boleh buat perkara lain yang Nur inginkan sewaktu disini", terang Adam dengan panjang lebar.


"Ok", jawab Nur ringkas.  "Bila difikirkan ada betulnya kata suamiku itu. Kami juga perlu mencuri masa utk berdua", akui Nur di dalam hatinya.


"Kenapa ni"?  Adam bertanya kepada isteri tersayang. "Abang yakin ada yang tak kena dgn Nur ni.  Why don’t you tell me all about it..but whatever it is they are going to be with us kerana abang nak kita ada masa berdua juga", kata Adam lagi lalu menghampiri Nur yang dirasakan asyik keresahan sejak tadi.


Sekuat mana aku melawan perasaanku dan tidak mahu diketahui oleh suamiku, satu perkara yang mesti aku akui pujuknya sering membuat aku kalah namun kali ini aku tidak mahu memberitahunya kerana perasaan cemburu kerana berada disini membuat aku jadi begini.


Aku cemburukan pada masa silamnya. "Bodohkah aku"? Nur bertanya dirinya berkali-kali.


"Nur", sapa Adam lembut lalu pipinya disentuh mesra. Nur sekadar mendiamkan diri. Terlalu sukar baginya untuk menjawab pertanyaan dari Adam. "Abg bertanya ni"..sekali lagi Adam bertanya. Tidak sedikitpun Adam meninggikan suara ataupun berkeras meminta jawapan dari isteri tersayang.


Nur hanya menggelengkan kepala dan berkata.."tak ada apa2 bang..Nur pasti it will be a good holiday for us..macam selalu". Nur memberikan senyuman beriring dengan jawapan yang diberi lalu mengharapkan Adam yakin dengan kata-katanya.

*****

Menjelang petang kami menyusuri persekitaran Sydney Harbour sambil menikmati kebiruan airnya dan anak2 suka dapat melihat banyak sailing boats, cruise boats dan juga ferries. Becok mulut mereka bertanya itu ini. Ayah can we go on that boat..tanya Amsyar..boleh, we will do it tomorrow, janji ayahnya lagi. Esok kita naik Sydney Ferries yang akan bawa kita keliling dan lepas itu kita boleh berhenti diTaronga Zoo dan juga kita pergi beach namanya Bondi Beach dan kalau Amsyar dan Amin tak penat kita naik Sydney Harbour Bridge. Tak akan penat kata Amin…hmmmmmmm Amin yang selalu cepat penat dan ayah kena dukung dibelakang nanti…takkkkk, kata Amin mempertahankan dirinya. Kami sama2 ketawa.

Anak-anak memang riang setiap kali dapat bersama kami walau dimana sahaja, ayah mereka memang suka bawa mereka keluar begini dan mengenali dunia luar dengan melihat sendiri. Sewaktu berjalan fikiran ku melayang juga mengenangkan waktu suamiku disini. Dia mengetahui segala cerita disebalik tempat2 ini dengan fasih. Aku sakit jiwa agaknya, kataku dalam hati. Cemburu yang tak berasas..kenapalah aku jadi begini namun aku tenggelam juga dengan keindahan sekeliling dan bila cahaya malam mula menampakan sinarnya. Nur.. suamiku merenung ku..are you ok? tanyanya sambil membelai pipiku seolah2 aku ini sophea…i’m fine..jawabku. You don’t look fine to me..tambahnya lagi. Nak keluar malam nanti? tanyanya lagi..hmmmmm anak-anak? Tidurkan mereka dululah, lepas tu kita keluar..ok..seolah-olah memujuk ku. Aku hanya menganggukan kepala tanda setuju walaupun dalam hati bimbang akan keselamatan anak-anak ditangan orang.


Anak-anak memang keletihan selepas perjalanan siang tadi dan juga kami keluar bersiar-siar dan pastinya mereka senang untuk tidur. Kehadiran pembantu memudahkan kerjaku juga untuk menyiapkan anak-anak untuk tidur.  Nur bersyukur kerana suaminya memikirkan perkara ini namun Nur pula terasa amat letih dengan bebaban perasaan yang  ditanggung. Keletihan yang aku cari sendiri getu hati kecil ku.. puas ku kikis dari sebelum bertolak tadi, hilangnya sekejap saja lepas tu datang balik..heh syaitan manalah yg merasuk ni…marah Nur dalam hati.

*****

Cuaca nyaman ketika kami bersiar-siar dan berjalan kembali di sekeliling Sydney Harbour…macam pasangan yg berbulan madu pula walaupun ini bukan kali pertama kami berdua begini. Jalan berpegangan tangan dan hanya menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Nur tahu bahawa suaminya hanya membiarkan dirinya melayan perasaan ketika ini dan tanpa banyak bicara. Malam beransur larut dan membawa langkah kami untuk pulang.


Anak-anak begitu gembira bila berada diatas ferry untuk kami ke Bondi Beach dan juga Taronga Zoo. Melayan pertanyaan mereka sahaja dah boleh buat buku cerita, kataku pada ayah mereka. Hai, sejak bila ibu pandai complain banyak2 ni..tanya Adam pula sambil menarik manja bahuku. Bukan complain cuma cakap ajelah…jawab Nur manja. Kami sama2 tersenyum. Ibu why can’t we live here? tanya Amin tiba-tiba. Aku terdiam sebentar dan berfikir macam mana nak jawab kerana ini bukan pertama kali anakku ini bertanya begitu..sejak dia pandai bercakap dan kemana saja kami pergi untuk 2/3 malam dia akan bertanya perkara yg sama…….hmmmmmmm kita tak boleh tinggal disemua tempat yang kita pergi Amin…jawabku. Amin tanya Ibu juga masa kita diLangkawi, kita dikampung dan baru2 ini Amin tanya Ibu masa kita di Sarawak…ingat lagi tak? Hmmmmmmm menoleh kepalanya kekiri dan kanan seolah2 memikirkanya…ayah dah mula nak ketawa. Amin, kata ayahnya..ayah dan ibu kerja diKuala Lumpur, Amin dan Amsyar pula bersekolah dan ada kawan2 di Kuala Lumpur. Jadi kita kena tinggal disitu, tapi kalau Amin nak tinggal disini Amin kenalah belajar pandai2 dan datang belajar disini dan tinggal disini waktu itu tapi sementara Amin belajar sajalah…ok tak? Anak2 biasalah kalau rasa dah faham tu angguk saja.


Anak-anak memang seronok bila kepantai dan pantai yang luas dan bersih ini lebih menarik minat mereka. Berlari dan bermain layang-layang, membina sand castle dan terjun dalam air ,  dan  aku hanya memerhati mereka membuat sand castle dari sini sambil melayan Sophea yang mula nak rasa pasir dipantai. Becok mulutnya berkata-kata yang tidak ku faham maksudnya dan berlari untuk mendapatkan ayah dan abang2nya apabila mereka mula menghampiri.


Dah aku duga kami tidak akan ke zoo pada hari yang sama kerana anak-anak dah keletihan begitu juga ibu dan ayah.

*****

Gold Coast destinasi kami yang seterusnya dan akan kembali ke Sydney sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur nanti. Cuaca  nyaman juga menyambut kehadiran kami. Perancangan awal kami berada disini selama lima hari, Amsyar dan Amin dah mula excited apabila kami diserahkan brochure tentang Gold Coast sebelum mendarat tadi. Bermulalah episode soal dan jawab. Ayah mereka memang rajin melayan anak-anak, perkara yang aku bangga dari dulu lagi. Hal anak-anak tidak pernah diabaikan oleh suamiku, penat macam manapun dia akan berusaha untuk bersama mereka.

Gold Coast memang terkenal dikalangan pelancong dan juga warga tempatan dengan pelbagai aktiviti yang tidak menjemukan. Segalanya ada disini bagi memenuhi selera semua dan semestinya untuk anak-anak dan juga org dewasa theme parks menjadi tarikan, movie world, dream world, wet n wild dan juga sea world. Selain itu  ada tropical fruit world dan Currumbin Wildlife Santuary. Apabila melihat semua ini aku bertanya pada suamiku, bang banyaknya attractions, boleh habis ke dalam masa lima hari ini..dia hanya tersenyum dan menjawab kalau anak-anak boleh tapi bila ayah dan ibu juga terlebih excited ni yang susah..kami ketawa. Kenapa ibu dan ayah ketawa, tanya Amin. Ibu suka hati jawabku pula, ok katanya.



Setelah berehat sebentar kami merancang perjalanan untuk lima hari disini, mana yang pergi dulu dan yang mana kemudian. Semestinya theme park menjadi tarikan dan kami memilih Sea World dan kemudian Currumbin Wildlife Santuary kerana kedua-duanya berkenaan dengan binatang yg memang kegemaran anak kembar kami. Sea World membuka perhatian mereka dengan pelbagai jenis ikan seperti dolphins, sharks, seals, polar bears dan bermacam-macam lagi didalam habitat mereka. Pertanyaan demi pertanyaan datang dari mereka dan ini yang sebenarnya membuatkan ayah mereka berkerja keras untuk memastikan dapat memberi sedikit sebanyak peluang bagi anak-anak menikmati kehidupan dan percutian dan apa yang tidak pernah kami ada dahulu. Kehidupan anak-anak zaman ini berbeza dan kemampuan ibubapa juga telah berbeza. Di Currumbin Wildlife Santuary terdapat banyak binatang-binatang yang memang terkenal di Australia seperti wallabies, kangaroo, koalas dan lain-lain lagi yang hidup didalam habitat mereka. Amsyar dan Amin terlalu excited bila boleh memberi makan koalas dan wallabies yang pada mulanya aku ingat mereka takut tapi menjerit apabila aku bawa Sophea mendekati, jangan ibu kata Amsyar nanti mereka ambil adik kerana ternampak anak kangaroo didalam poket ibunya. Kangaroo tak ambil adik, kataku pula.



Movie world menarik minat mereka kerana watak-watak dalam kartun seperti yang  mereka tonton di tv adalah tema semua permainan disini. Jangankan anak-anak aku sendiri merasakan keriangan bila melihatnya seolah-oleh berada didalam dunia fantasi mereka…Looney Tunes River Ride, Superman Escape, Scooby Doo Spooky Coaster dan bermacam-macam lagi. Nak tinggal sini sajalah kata Amsyar tiba-tiba..boleh main hari-hari. Mana boleh kita tinggal sini kata ayahnya, Amsyar kan kena pergi sekolah juga nanti…alahhhhhh katanya lagi. Hari ini Amsyar main puas-puas ok, naik semua rides yang boleh sambung ayahnya dan lepas itu kita boleh balik kehotel dan berehat. Esok kita sambung satu world lagi..ok. Masih ada dream world dan wet n wild tapi kedua2nya ini banyak rides dan ada juga tidak boleh dinaiki oleh anak2.



Seronok juga bila berada di Tropical Fruit World kerana disini selain dari flora dan fauna ada juga train rides, boleh menikmati buah-buahan yg ada dikebun ini dan memberi kelainan dari semua tempat yg telah kami lawati sebelum ini. Kepenatan dah mula terbayang diwajah anak-anak dan masanya juga telah tiba untuk kami bersiap dan berangkat pulang ke Sydney dan seterusnya pulang ke tanahair dengan kenangan percutian kali ini. Hanya aku yang masih mempunyai perasaan yang tidak tenteram sekali sekala namun aku bersyukur kerana dapat mengatasinya dan hampir melupakannya.






Last edited by sanaa1 on 8-1-2013 11:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2013 09:10 AM | Show all posts

Sekali lagi Sydney menyambut kehadiran kami untuk dua hari lagi sebelum kami berangkat pulang ke tanahair. Kali ini suamiku dari awal dah bagi pesanan pada anak-anak yang mereka dah puas berjalan dan malam  nanti ayah dan ibu pula nak keluar. Keletihan mereka membuatkan mereka hanya mengiyakan tanpa banyak bicara. Aku hanya tersenyum bila ayah seolah-olah beri amaran.

Kami menikmati hidangan makan malam dipersisiran Sydney Harbour sekali lagi. Masih ramai penghuni kota yang lalu lalang dan menikmati keindahan malam dan ada juga yang menikmati hidangan mereka.

"Nur, kenapa senyap saja ni"? Adam memulakan bicara.  "Masih ada yang tak kena ke"? Sepanjang disini dan Goal Coast abang terasa yang Nur menyembunyikan sesuatu. Walaupun sukar untuk abang tafsir tapi rasanya abang tahu apa yang Nur pendamkan, Adam terus meneka perasaan isteri yang dicintai.

"Tak ada apa-apalah", jawab Nur dengan manja.  "Abang dah jadi tukang tilik ke"? tanya Nur pula menduga hati sang suami.

"Bukanlah tukang tilik tapi sebagai suami Nur dan kita dah bersama sekian lama, tahulah abang apa yang merunsingkan hati isteri abang. Kalau abang tak peka dengan hal-hal begini alamatnya kita bakal ikut haluan sendiri dan lama kelamaan perkara ini akan memudharatkan hubungan kita", ujar Adam sebagai menjawab isterinya tadi.

"Amboi panjang lebarnya syarahan abang", balas Nur diiringi tawa kecil.  "Janganlah abang risau, Nur tak apa-apa cuma perkara-perkara remeh saja yang bermain difikiran ini dan mungkin juga terpancar dimuka ni yang membuatkan abang rasa macam tu..betul tak? sekali lagi Nur bertanya sebagai menduga hati Adam.

"Lahhh...bukan syarahan sayang..abang hanya nak tahu tapi kalau Nur nafikan lain kali jangan sekali-kali kata abang tak ambil tahu atau ambil berat tentang perasaan Nur. Pengalaman lalu cukup untuk abang teladani dan tidak mengulangi kesilapan itu lagi Nur", bicara Adam terselit rasa kecewa.

Nur terus saja mendiamkan diri selepas itu. Tidak sesekali dia mahu menyangkal semua yang dikatakan adalah benar namun dia berusaha sedaya upaya untuk tidak membebankan fikirannya dengan perkara ini hanya kerana perasaan cemburu masa silam suaninya yang membuatkan dia rasa begini walhal ia dah lama berlalu. Nur hanyut dalam suara hatinya sendiri.

Kegemaran mereka selepas makan selalunya berjalan-jalan begitu juga dengan malam ini. Menyusur Sydney Harbour untuk malam terakhir di sini dengan hembusan angin yang nyaman membuat Nur memecah kesunyian diantara mereka.


"Kita duduk sekejap disini ye bang", pinta Nur lalu memandang kepada wajah suami dengan pandangan yang amat berharap.


"Hmmm ok", balas Adam tanpa banyak alasan. Lalu mereka melabuhkan diri di bangku yang berdekatan.



Nur merenung dan memandang jauh kepada kapal-kapal yang berlabuh disitu sehinnga  tidak tahu dimana fikiran  melayang apabila terdengar suamiku berkata.."waktu dulu abang sering merasakan keindahan disini tapi tidak pula abang ketahui ia lebih indah sekarang berbanding dahulu".


"Ini tempat abang juga ke"? tanyaku Nur sambil menoleh kepada suaminya.


"Hmmm iya, abang sering kemari dahulu sampai adakalanya tidak tahu kenapa kemari", ujar Adam menjawab pertanyaan sang isteri.


"Abang ok ke nie"? tanya Nur setelah ada gusar di hatinya melihat perubahan Adam.


"I’m ok sayang", jawab Adam dan terus menggenggam jari-jemari Nur.  "Janganlah Nur cemburukan masa silam abang, ia dah lama berlalu dan yang ada hanya kenangan. Abang percaya Nur akan benarkan abang simpan segala kenangan itu disudut hati abang dan tidak akan ada apa-apa yang merubah kehidupan kita sekarang hanya dengan kenangan itu", perlahan saja Adam berbicara seolah-olah merasai apa yang terbenam di sudut hati isterinya sepanjang percutian mereka.


Nur memandang tepat ke wajah Adam dan merenung dalam mata suaminya itu. Hasrat Nur untuk mencari apakah yang membuat Adam berkata begitu. Akan tetapi  sebelum sempat Nur berkata apa-apa Adam meletakan jarinya kebibir Nur dan berkata lagi.."kenangan mendewasakan kita dan kenangan juga mengajar kita untuk mensyukuri nikmat yang ada. Abang bersyukur dengan apa yang abang ada sekarang..Nur dan anak-anak serta dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita. Abang tidak mahu perkara-perkara kecil merenggangkan hubungan dan kebahagian yang ada dan abang percaya Nur dah tahu semuanya ini tapi abang juga tak nafikan yang kita hanya manusia biasa yang punya kelemahan dan mesti mengharungi segala ujian", luahan Adam kepada Nur amat dalam.

Sebuah kucupan hinggap diubun-ubun Nur dan terus menggenggam erat jari-jemari isterinya. Nur membalas genggaman tersebut dan memohon maaf diatas segala perasaan dan cemburu yang bersarang di hatinya sebelum mereka ke mari. Senyuman penuh kasih yang Adam lemparkan melegakan gelodak perasaan Nur ketika itu. Nur  makin sedar yang Adam disisinya sekarang bukan Adam yang dahulu lagi walaupun hakikatnya manusia selagi bernafas dibumi Allah ini akan sentiasa diuji kesabarannya.


"Terima kasih Allah dengan segala pemberianMu. Sesungguhnya Kau mengetahui segala isi hati hamba-hambaMU di dunia ini", Nur bermonolog diri.


Bersama keindahan malam yang masih bersisa, mereka mengucapkan selamat tinggal kepada kota Sydney dan akan berlepas pulang ketanahair keesokan harinya.


"Percutian yang cukup bermakna buat kami sekeluarga semuga kami berpeluang mempunyai percutian yang lain lagi dimasa akan datang", sekali lagi Nur hanyut dalam khayalannya tatkala Adam merangkul bahunya untuk sama-sama berjalan pulang ke tempat penginapan.

Written by : Sanaa Dec 22 2009


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.075283 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list