CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1916|Reply: 0

【CARI Info Kiosk】 MISI ‘JOURNEY TO ZERO EMISSION’ TAN CHONG DITERUSKAN

[Copy link]
Post time 8-1-2013 09:28 AM | Show all posts |Read mode













MISI ‘JOURNEY TO ZEROEMISSION’ TAN CHONG DITERUSKAN
DENGAN PROGRAM DUTA NISSANLEAF


KualaLumpur (7 Januari 2013):EdaranTan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini melancarkan fasa ketigaprogram perintis Duta Nissan Leaf anjurannya yang berjaya itu.Seramai empat orang duta Nissan LEAF yang baru akan menyertai lapanorang duta sebelum ini untuk menjadi segelintir individu bertuah diMalaysia yang berpeluang menikmati pengalaman memiliki dan memandukenderaan elektrik (EV) Nissan yang ‘bakal dijual tidak lama lagi’selama enam minggu.

Dikenalisebagai ‘Journey To Zero Emission’, program Duta Nissan LEAFadalah sebahagian daripada Program Perintis Nissan LEAF yangdiinisiatif oleh ETCM pada Mei 2012. Iajuga merupakan program yang pertama seumpamanya di Malaysiamelibatkan sebuah kenderaan elektrik.

Mengulasmengenai program tersebut, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr AngBon Beng berkata, “Satu era baharu sedang bermula dalam industriautomotif global. Di Nissan, kami membayangkan dunia tanpa emisi CO2.Kami merintis jalan menuju ke arah masyarakat emisi sifar yangdimulakan dengan Nissan LEAF. ETCM berbangga untuk menjadi yangpertama di Malaysia memberikan pengalaman memiliki sebuah EV kepadarakyat Malaysia menerusi inisiatif ‘Journey to Zero Emission’.Mempromosikan mobiliti eko hijau menerusi program perintis NissanLEAF juga selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaankenderaan cekap tenaga dan teknologi hijau.”

Duafasa terdahulu sangat berjaya. Maklum balas yang diterima bukansahaja daripada duta-duta kami, malah melibatkan pemegang saham laindan ia nyata melepasi ekspektasi kami. Ini sememangnya memberi kamilebih keyakinan untuk melancarkan Nissan LEAF di Malaysia pada tahunini,” tambah Dato’ Dr Ang.

Kumpulankedua duta Nissan LEAF baru-baru ini menamatkan pengalaman selamaenam minggu mereka bersama Nissan LEAF. Mereka telah berkongsipengalaman mobiliti sifar emisi.

KetuaPegawai Operasi Jobstreet.com, Suresh Thirugnanam nyata sangat kagumdengan Nissan LEAF sehinggakan beliau membawa keluarganya melawatkilang penghasilan LEAF di Oppama, Jepun. Di sana, Suresh dankeluarganya mengambil peluang meninjau kilang dan produksi kenderaanelektrik sepenuhnya, LEAF. Sepanjang enam minggu tersebut, Sureshmenjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang duta dengan serius.Beliau mengadakan ceramah di sekolah anaknya, kawasan kejiranan dananak-anak muda dalam usaha mendidik mereka mengenai isu alam sekitar.
NissanLEAF ialah pesaing yang sangat terbaik untuk dijadikan pilihan keretakedua keluarga atas tiga sebab – alam sekitar, ekonomi dankeselesaan. Keselesaan pemanduannya memang luar biasa, terutamaenjinnya yang senyap.”

Seorangprofesor dari UTM, Dato Dr. Norbik Bashah yang juga pelopor projekMyEV untuk menyediakan komponen penting dalam ekosistem kenderaanelektrik di Malaysia memberitahu, semua orang dalam keluarganyamenyukai LEAF.
Ciriyang saya paling suka adalah pecutannya yang responsif. Inimembuatkan pemanduan menjadi lebih mengujakan. Saya selalu fikirbahawa tenaga kinetik daripada enjin pembakaran dalaman lebih baikberbanding bateri. Nampaknya, LEAF sudah membetulkan tanggapan sayaitu.”

PasanganTan menyimpulkan pengalaman mereka selama enam minggu dalam duaperkataan – sangat mengesankan dan tidak dapat dilupakan. Pasanganitu menganjurkan banyak sesi pandu uji untuk kawan-kawan, ahlikeluarga dan rakan sekerja mereka. Tujuannya adalah untuk berkongsikeseronokan dan pengalaman hebat memandu sebuah kereta elektriksepenuhnya.

NissanLEAF menjadi kenderaan harian mereka selama enam minggu. Ia digunakanuntuk membeli-belah, membawa barangan ke tempat kerja dan melawatrakan-rakan untuk mengujakan mereka. “NissanLEAF merupakan pemula kepada banyak perubahan yang akan tiba tidaklama lagi! Kami memang menunggu Nissan LEAF dijual di Malaysia!”

HanisAzarea Binti Mohammad Azman, berusia 24 tahun yang merupakan seorangvideografer menghasilkan beberapa klip video dan tutorial mengenaiNissan LEAF.“Saya suka kerana ia tidak menggunakan petrol. Malah ia juga bijakdan berteknologi tinggi. Kereta ini cukup berkuasa untuk saiznya.Saya sukakan kuasa dan penukaran ‘gear’ yang pantas. Ia sangatlancar.”

NissanLEAF kini bersedia untuk kumpulan ketiga pemilik sementaranya yangkini tidak sabar memandu ujinya. Merekaialah:

  •        Siti Fauwizah Johari, jurutera prosesan
  •        Fazulin Mohd Yusoff, pencinta alam sekitar
  •        Lau Chak Onn, penulis bebas, voice over dan pengacara sambilan
  •        David Hogan Shaidali Jr, Strategis Media Sosial




Last edited by CariReporter on 8-1-2013 09:53 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.045566 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list