CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3425|Reply: 2

(C) PENGAWAS

[Copy link]
Post time 25-12-2012 05:33 AM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera kalian yang sedang membaca.
ini kali pertama saya menulis cerpen. (perlu menulis cerpen sepanjang 8 m/s)
nak dijadikan cerita, punyalah rancak menulis, baru bahagian pengenalan saja sudah mencecah 7 muka surat.
tulis semula, jadi 6 dan masih panjang lagi.
tulis buat kali ketiga jadi 4.
mahu kurangkan jadi 3 m/s sebab nak kasi ruang kepada klimaks dan penutup.

masalahnya sekarang, saya kurang yakin penulisan menarik untuk dibaca atau tidak. saya tiada asas dalam penulisan sebegini melainkan belajar di internet dan saya yakin bukan saya seorang saja macam ni.

Kalian yang lebih arif harap dapat tunjukkan mana-mana yang patut dibaiki. (susah juga menulis ni)
harapan saya, disaat kalian habis membaca bagaian pengenalan ini, kalian akan faham:
1) latar tempat
2) sosio masyarakat
3) motif
4) adrenalin (ada rasa debar tak? konon nak masuk suspen skit.)

saya perasan akan banyak kekurang dimata kalian jadi, saya mulakan ya.

tajuk: Pengawas
kategori: Cerpen
Genre: Fiksyen Sains dan Aksi
sinopsis:

Pengawas Dunia menceritakan kisah 5 pelajar yang baru sahaja dilantiksebagai pengawas. berlatar belakangkan tahun  2035, Hamzah, Malik, Amirul,Megat dan Hamka dilantik oleh eselon tertinggi sekolah mereka untuk bergelarpengawas sesi 2035. Jawatan pengawas pada tahun itu bermaksud, 5 orangpelajar yang mempunyai kebolehan yang tersendiri digalas tugas untuk menjaganama baik sekolah dan menyelesaikan isu-isu disiplin seperti samseng dan buli.Sistem pengawas dunia baru 2 tahun diperkenalkan selepas malaysia mencapaiwawasan 2020 dan parlimen mendapati masalah berkaitan disiplin antara pelajardengan pelajar, haruslah diselesaikan oleh pelajar itu sendiri. tiada campurtangan guru dan ibubapa. wujudnya pengawas dunia ialah cara penyelesaian yangterakhir masalah pelajar. Pengawas dunia di ilham kan dari ceritera dahulukala iaitu Hang Tuah 5 bersaudara.


Hamzah dilantik sebagai Ketua pengawas dan membawa gelaran Tuah. Seorangyang bersikap tenang dan bijak. orang kanannya ialah Malik, seorang yang garangdan bengis. bersesuaian dengan namanya yang juga sama dengan nama penjaga pintuneraka, Malaikat Malik. Amirul, Megat dan Hamka melengkapkan senarai 5 pengawasterpilih dengan kebolehan seperti atlet paling laju disekolah, mewarisi bakat silatdari keturunan Megat Terawis dan mahir membidik dengan tepat.


Selepas sesi perlantikan secara tertutup berlangsung dan Cikgu Aziz sebagaipenasihat, mereka berlima diberi tugasan pertama mereka. Hamdan, kapten ragbimempunyai dendam terhadap Ramli, mantan Tuah terdahulu. Ramli bertanggungjawabkeatas kepatahan kaki Hamdan sewaktu Kejohanan Ragbi Antara Sekolah tahunlepas. Pada Kejohanan kali ini, walaupun Ramli sudah melanjutkan pelajarankeluar negara, Hamdan nekad untuk membalas dendam kepada Kapten Ragbi sekolahlawan. Untuk mengelak perkara buruk dari berlaku, Amirul selaku atletsemulajadi digalas tugas untuk menghalang niat buruk Hamdan dari berlaku.


Malang sekali, sewaktu perlawanan berlangsung, Hamdan berjaya merempuhAmirul disaat dia leka membaca isyarat dari Hamzah. Kecederaan yang dialaminyamengakibatkan pengawas kini kekurangan seorang ahli. Peranan Amirul sebagaiatlet musnah sama sekali disebabkan kepatahan tangannya. Pada masa yang sama,seorang pelajar baru saja berpindah sekolah, Azam. Azam berkebolehan untukmempengaruhi orang yang diinginkannya hanya dengan menyentuh orang itu. Azammenginginkan jawatan pengawas dan dia sudah berjaya mempengaruhi Cikgu Azizdengan alasan Amirul sudah hilang peranan sebagai pengawas selepas kemalangan yangdialami Amirul.


Pada mulanya kesemua ahli sedia maklum bahawa Amirul akan ditukarkan kepadaAzam dan keadaan kemudiannya berubah sama sekali. Azam sebenarnya sudahmerekrut ahlinya sendiri dan dia menginginkan jawatan sebagai Tuah dan semuarakannya diserap masuk sebagai Pengawas. dengan kata lain, Hamzah dan rakannyaakan dilucutkan jawatan. Sebagai Ketua, Hamzah menghidu sesuatu yang buruk.adalah tanggungjawabnya sebagai Pengawas untuk mengelak hasutan jahat Azam yangpastinya telah membuatkan cikgu Aziz seperti lembu dicucuk hidung. kini apayang tinggal hanyalah Hamzah dan rakannya dalam usaha mencungkil siapasebenarnya Azam dan apakah niat sebenar Azam. Tanpa bantuan Cikgu Aziz yangtelah pun berpaling tadah, Hamzah dan rakannya cuba berdepan dengan Azam dankonconya untuk membuktikan siapa yang lebih layak menyadang jawatan pengawasdunia sesi 2035.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2012 05:36 AM | Show all posts

“Indigo children, according to a pseudoscientific New Age theory, are children who are believed to possess special, unusual and sometimes supernatural traits or abilities.”

        Sistem persekolahan tahun 2035 banyak berubah sejak 20 tahun dahulu. Perubahan secara berperingkat seperti, buku teks dimansuhkan, penggunaan tablet diwajibkan, cara pembelajaran pengajian tinggi dibawa masuk dan banyak lagi. Perubahan ini setanding dengan kemampuan murid itu sendiri kerana rata-rata mempunyai tahap kecerdasan akal yang mengagumkan. Kelas tidak lagi dibahagikan mengikut kepintaran murid, tiada kelas terpandai mahupun tercorot. Sebagai contoh, purata keputusan pelajar seluruh Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia masa kini ialah 6 A. walaupun tanda aras IQ pelajar melonjak naik, masalah disiplin masih ditakuk lama. Bezanya, pelajar yang nakal juga pelajar yang pintar.

Menyedari masalah itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sebulat suara mengatakan, “masalah disiplin pelajar hanya boleh diselesaikan oleh pelajar itu sendiri”. Tiada campur tangan guru atau ibu bapa dalam menyelesaikan masalah disiplin dan buli. Hanya campur tangan pengawas sahaja dibenarkan. Pengawas pada tahun 2035 bukannya sama seperti pengawas pusat sumber yang bertanggungjawab menyusun buku atau menaikkan bendera Malaysia diawal pagi isnin. Kini tugas pengawas hanya satu; menyelesaikan masalah disiplin antara pelajar dengan apa jua cara. Namun untuk menjadi pengawas bukannya mudah. Setiap sekolah hanya mempunyai 5 orang pengawas sahaja, tiada lebih atau kurang.

Tahun ini (2035) bermula sesi baru persekolahan di Sekolah Menengah Kota Damansara dan 5 orang calon pengawas yang mempunyai skil dan kebolehan unik sudah disenarai pendekkan. Hamzah Ahmad, murid pintar tingkatan 5 yang mewarisi bakat taktikal dari bapanya, ahli catur Negara; Amirul Aswat, olahragawan semulajadi yang memiliki sepasang kaki paling laju disekolah; Megat Uwais, pesilat handalan dari jurai keturunan Bendahara pertama Perak; Malik Rahim, bekas samseng nombor 1 sekolah  dan Hamka Ar-Rasyid, murid bisu yang memiliki deria yang sensitif. Cabaran Pengawas bermula sebelum mereka berlima secara rasmi bergelar pengawas lagi. Atas arahan Cikgu Aziz, penasihat pengawas sekolah yang juga bekas jurutera, menyuruh Hamzah, Megat, Amirul dan Hamka membawa Malik Samseng sekolah untuk sama-sama menandatangi kontrak ‘Pengawas Berlima’.

Malik seorang yang keras kepala. Gemar bertindak bersendirian dan juga sombong. Memiliki tubuh yang tegap dan tinggi, Malik yang tampak seperti lelaki gasar tidak gemar menerima arahan dan sangat pantang dicabar. Matlumat berkenaan Malik mudah saja Hamzah cernakan. Lelaki seperti ini hanya akan tunduk pada seseorang yang lebih gagah darinya. Namun siapa? Hamzah hanya menang dari sudut akal, tidak pula Amirul yang hanya pandai bersukan dan begitu juga Hamka.Hanya seorang sahaja yang mampu tundukkan ego Si Malik iaitu Megat, satu-satunya pendekar yang ada. Bahkan Megat turut membawa keris pusaka kemana saja dia pergi. Petang itu di belakang sekolah, Hamzah mula mengapi-apikan Malik yang sedang merokok disebalik rimbun. Katanya, “Orang paling kuat disekolah bukan lagi kau!”.

Malik kurang gemar apabila ada orang cuba memperolokkan gelaran pelajar terkuat sekolah dan dia lekas saja menghabiskan baki rokoknya yang tinggal separuh. Seraya berdiri, Malik bertanya siapa diantara 4 lelaki kurus ini yang mampu bersaing dengannya dan Hamzah sekali berkata,“datang sini dan ketahui sendiri”.

Sambil keluar dari semak, dengan bengisnya Malik berjalan pantas menuju kearah mereka. Bajunya tidak dibutang habis, tangannya digenggam erat. Dia ingin sekali mencecah buku limanya dimuka Hamzah yang bermulut celupar itu. Hamzah hanya berdiri tenang sambil menyimpan tangan didalam poket. Amirul dan Hamka masing-masing bergetar lutut dan menelan air liur. Hanya Megat sahaja yang mara setapak kehadapan sambil tangan kanannya bersiap siaga memegang hulu keris.

Satu hayunan penumbuk deras meluru kearah Megat dan dia menyambutnya dengan beradu kekuatan buku lima masing-masing. Berdentum kuat hentaman buku lima Malik dan Megat bagaikan bunyi 2 ketul besi berlaga. Amirul dan Hamka tergamam, ini kali pertama mereka melihat seseorang berani berdepan dengan Malik. Selalunya Malik senang untuk menjatuhkan lawan dengan satu serangan, namun tidak kali ini. Malik sudah bertemu lawan yang selayaknya bagi dia.

Megat memberi amaran supaya perlawanan ini dihentikan dan itu bukannya cara Malik bertarung. Dia sekali lagi menyerang Megat. Megat perasan akan serangan kali ini bukan datang dari tangan kanan Malik, serangan kiri dari bawah bagaikan umpan supaya Megat menahannya. Megat tersenyum sinis, dia sudah membaca gerak tubuh Malik.

Dia menepis tumbukan kiri Malik dan lekas menunduk selepas dengan pantasnya Malik menghayun tangan kanannya kearah muka Megat. Malik terpusing 90 darjah dan Megat mengambil peluang itu untuk mengetuk kepala Malik dengan hulu keris. Amirul seriau melihat Megat mengelak hayunan tangan kanan Malik sebentar tadi. Hayunan seperti itu sepatutnya mampu menumbangkan seekor kerbau jantan dan Megat sebenarnya bernasib baik. Megat memberi amaran keduanya. Malik antara dengar atau tidak terus melulu menerpa kearah Megat yang dari matanya bagaikan orang lidi. Mahu saja dipatah-patahkan badan lelaki kurus ini. Megat merendahkan diri sambil kakinya menguis kaki Malik yang sedang datang kearahnya. Tersembam jatuh bagai nangka busuk. Megat berdiri dan menyapu debu yang melekat diseluarnya. Keris masih lagi tersemat rapi. Amirul bingung melihat cara Megat bertarung. Peluang sudah terhidang depan mata, namun Megat masih lagi tidak tamatkan pertarungan.

Hamzah berkata beginilah cara pendekar dan ahli silat bertarung. Amaran Megat yang pertama berlaku ketika dia bersaing buku lima. Dengan pertembungan diantara 2 penumbuk itu sebenarnya memberitahu Malik bahawa Megat bukan calang-calang orang. Amaran keduanya berupa hentakkan hulu keris. Andaikata Megat masih lagi berpegang kepada kod dan etika pendekar, amaran ketiga sebentar lagi pastinya berbentuk serangan kearah muka Malik. Amirul dan Hamka memandang kearah Hamzah dan dia bersuara, “kalian akan saksikan jelmaan paling mirip Megat Terawis sebentar lagi”.

Malik menongkat tangannya sambil cuba untuk berdiri. Petang nan redup dibelakang sekolah, langsung dia tak menyangka, hari ini dia bertemu seteru sebenarnya. Malik perasan bahawa Megat tidak menggunakan sepenuh kekuatannya tika bersabung tadi dan menyuruh Megat agar tidak berbelas kasihan terhadapnya.

“Serang aku dengan niat membunuh! Biar aku rasa tajamnya keris itu!” kata Malik penuh yakin. Megat tiada alasan untuk tidak menyerang. Bukankah dia juga pantang dicabar? Kali ini Megat sendiri yang membuka langkah. ZASS! Laju saja dihayun keris itu ke dada Malik. Namun Malik terlebih dahulu menolak keris itu dari laluan serangannya dan memberi satu tumbukan sauk ke dagu Megat.
Amirul dan Hamka terkejut melihat Megat terpelanting jauh dengan darah memancut keluar dari mulut. Amirul ingin menamatkan perlawanan ini namun dilarang Hamzah. Hamzah memuncungkan bibirnya kearah Megat yang sedang gagah berdiri semula.

Malik cuba merapati tubuh Megat yang sedang tegap memasang kekuda. Dia mendepa tangannya seakan-akan memanggil Megat . Megat menyeka darah yang keluar dari mulutnya. Mungkin sebatang dua giginya sudah lerai tak pun dia tergigit lidah. Tiada masa untuk memikir semua itu, Megat menukar arah serangan kerisnya kebelakang, berlari dua tapak kehadapan, melompat lalu memijak paha kanan Malik lalu dengan pantasnya dia berpusing kebelakang dan mengunci leher Malik dengan lengan kirinya sambil mengacu keris kearah perut Malik.

Pantas. Sangat pantas dan Malik tidak sempat melakukan apa-apa dan matanya terbeliak. Mereka bertiga yang ditepi yang setia menjadi penonton juga tergamam. Betul telahan Hamzah, andaikata perlawanan dihentikan tadi, masakan mereka berpeluang melihat babak yang menakjubkan sebentar tadi.

“menyerah, atau terima tikaman ini dan maut.” Ucap Megat serius.

Malik ketawa perlahan. Sambil meraut lembut tangan Megat yang sedang memegang keris itu, dia berkata,

“KAU FIKIR MAUT ITU MENAKUTKAN AKU?!”
Terlopong mulut Megat yang sedang mengunci leher si Malik dari belakang apabila Malik menekan keris Megat masuk kedalam perutnya sendiri. Apa yang cuba Malik buktikan?

Malik meraung sekuat hati sehingga bergema suara garaunya. Mujurlah sesi persekolahan telah lama tamat, tiada siapa disekolah selain mereka berlima. Megat meleraikan kuncinya dan kini, dia pula terkejut. Darah mula mengalir keluar dari badan Malik manakala Hamzah, Amirul dan Hamka segera berlari kearah mereka berdua.

Suasana kalut apabila Malik rebah ke tanah sambil sebilah keris terpacak diperutnya. Megat bingung, dia berulang kali memberitahu Hamzah bahawa bukan niatnya untuk menikam Malik. Amirul dan Hamka hairan melihat Malik yang sekejap mengaduh sakit, kemudian ketawa. Hamzah menyuruh Amirul berlari kebilik gerakan dan mengambil kit kecemasan, lukanya nampak parah!

Baru sahaja Amirul ingin bangun, tangannya dipegang Malik. Dari pandangan matanya, Malik tidak mahu bantuan dari Amirul. Dalam pembaringannya sambil dipangku Hamka, Malik memanggil nama Megat yang sedang berdiri jauh. Lemah saja langkah Megat menghampiri Malik yang berlumuran darah. Selepas dia melutut disebelah Malik, sambil dilihat Hamzah, Malik meletakkan tangannya dimuka Megat.Mereka semua berpandangan. Apa yang cuba Malik lakukan?

“aku dipanggil untuk menjadi pengawas bukan kerana kekuatan aku…” ucap Malik dengan nada suara tersekat. Megat rasa bersalah. Rasa bersalah itu mengunci mulutnya dari membalas kenyataan Malik.

Tiba-tiba Hamzah perasan bahawa dicelahan jemari Malik terpancar satu cahaya. Mereka yang lain juga perasan. Megat yang ketakutan cuba mengalih tangan Malik dari mukanya namun keras sekali tangan Malik. Cahaya yang pada mulanya berwarna putih mula bertukar hijau, Megat masih lagi cuba untuk menolak tangan Malik namun dia tetap melawan.

“Ini aura rawatan, kau ahli bedah psikik?” Hamzah bersuara.
“ya, aura rawatan, namun aku hanya anak kepada ahli bedah psikik” sahut Malik sambil dahinya berkerut-kerut.

Seraya itu, luka yang diterima Megat semasa ditumbuk mula hilang pedihnya. Aura yang dikeluarkan Malik telah mempercepatkan proses pemulihan yang dialami Megat. Selepas selesai, Megat meraba-raba pipinya. Bagai sihir, semua bisa sebentar tadi terus hilang.
Malik kemudiannya menekup bahagian tepi perutnya sambil mencabut keris Megat perlahan-lahan. Ke empat-empat mereka melihat apa yang dilaksanakan Malik itu dengan penuh tekun. Ini kali pertama mereka melihat sesuatu yang dipanggil sebagai ‘rawatan tangan kosong’.

“Aura hijau ini memberi pesanan kepada sel darah putih untuk ‘bekerja’ 20 kali lebih cepat dari sepatutnya. Organ dalaman nampaknya tidak terjejas.” Tanpa disuruh, Malik menerangkan kepada mereka.

Selepas itu, dia menyeluk masuk 2 batang jari kedalam bukaan lukanya.
“Ia sebenarnya lebih kepada rekernasi dimana aura ini menduplikat sel darah merah yang hilang. Urat dan juga tisu sudah boleh disambung. Mungkin mengambil masa dalam 20 minit. Kalian temankan aku disini ya?”

Selama 20 minit itu, mereka berkenalan. Baru kini mereka tahu latar belakang Malik, samseng sekolah yang memiliki kuasa penyembuhan pantas. Telahan Hamzah nyata benar, Malik hanya tunduk atau bekerjasama dengan orang yang setanding dengannya. Kelakuan Malik semasa mulanya pertemuan mereka tadi hanyalah sebagai ujian. Katanya, “Buat apa berkawan kalau dengan kawan sendiri pun takut.” Dan kenyataan itu benar sekali. Hamka ada saja disebelah Megat sambil tekun mendengar Malik dan Hamzah berborak. Ingin juga dia bersembang, namun keupayaannya untuk berbicara terbatas. Dia tersenyum sahaja. Amirul memandang Megat dan tanpa berbicara, mereka kini sedar, dengan adanya Malik didalam senarai pengawas, tiada apa yang perlu ditakutkan. Malik ialah back up besar mereka!



Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:18 PM | Show all posts
sangat menarik.... Fantastik 5..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.087914 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list