Seumur hidup aku x pernah masuk lokap atau penjara,namun ghamai kawan2 aku pernah masuk lokap dan penjara...aku berdoa dijauhkan.....
aku juga pernah ke penjara Kajang ziarah kawan aku yg masuk penjara 7 bulan ....dan sekarang kawan aku kena lokap sebab bawa duit 30K dalam keta....aku ingat esok nak pi ziarah dia dalam lokap...aku pun belum dapat detail kes kawan aku tu....
Jadi,aku nak ceritakan pengalaman mereka...dan korang boleh tambah 2 jika ada cerita.,..
Kisah 1
Rasyid-Penjara Pulau Pinang
Kawan aku ni kena tangkap dalam hotel....ada beg berisi dadah dan dia mmg x taw....kawan dia Cina Singapore bawa dia ke hotel dan minta dia serahkan benda tu kpd seseorang dan dia lurus bendul x buka beg tu...akhirnya kena tangkap...kes 39B ...
kalu salah mmg kena gantung...
Perbicaraan Mahkamah makan masa hampir 2 tahun,dan dia masuk penjara dalam perbicaraan...
Akhirnya ,dia dilepaskan setelah polis berjaya menangkap Cina Singapore tu dan skrg dalam perbicaraan...tp kawan aku Rasyid tu kena naik court sbb dia saksi...dan polis bagi perlindungan...
1.Harga tembakau seludup 1 paket RM100 kat penjara ......kalau kat luar baru RM1.80 sen.....
ok lain kali aku sambung...
Last edited by GuaAnakMelaka on 24-1-2013 09:56 PM
seorang kawan yg kena lokap 10 hari cerita bahawa dalam lokap ,diberikan sehelai tuala good morning dan berkongsilan dengan semua OKT dan saspek yg ditahan dalam Lokap!
masa belajar dulu, senior aku 10 org kot belasah 1 budak pencuri. dah kena masuk lokap. bak kata polis "korang belasah pencurik, korang yang masuk lokap".
kata senior aku, ngeri la masuk lokap, pakai 1 helai last (spender) je. tak tau la kena toron ke x.
Halden Prison (Norwegian: Halden fengsel) is the newest prison in Halden, Norway. The prison was designed by Erik Møller Architects[1] and received its first inmates March 1, 2010 but was officially opened on April 8 by the Norwegian King Harald V. The prison has a capacity of 252 prisoners.
In an article in Time Magazine,[2] Halden Prison and the prison rehabilitation work were described. A cell includes amenities such as a television, a refrigerator, unbarred vertical windows that let in more light, and designer furniture. Prisoners share kitchens and living rooms every 10–12 cells, jogging trails, and a sound studio. There are cooking and music classes offered. Half the guards are women and guards are typically unarmed because guns “[create] unnecessary intimidation and social distance”. Prisoners receive questionnaires that ask how their prison experience can be improved.
The article says that although recidivism rates are calculated differently between countries, only 20% of Norway’s prisoners end up back in jail within 2 years (compared to 50%–60% in the UK and US). Prisoner governor Are Hoidal was quoted as saying, “In the Norwegian prison system, there’s a focus on human rights and respect. We don’t see any of this as unusual.”-WIKIPEDIA
Minta maaf yek... kes 1 yg Rasyid di PP tu 302kk ke? Itu kes seksyen tuk bunuh.. mybe 39(b) ADB kot TT? Sory if iols silap tafsir.. Last edited by shaykays on 14-1-2013 12:48 AM
isah benar sepasang pengantin yang saya kenal, tapi saya rahsia identiti mereka kepada umum. Cerita ini mempunyai suka duka dan sedih, apabila kedua-dua di masuk ke penjara Pulau Pinang selepas berkahwin 5 hari.
Malam Tahun Baru
Malam tahun 2011 ada detik permulaan cerita ringkas ini, apabila pasangan kekasih ini di tangkap oleh pihak Jabatan Agama Pulau Pinang, kerana kesalahan berkhalwat di sabuah hotel di Bukit Mertajam. Mereka di bebaskan dengan jaminan lisan oleh keluarga masing. Pihak Jabatan memanggil keluarga kedua pihak lelaki dan perempuan pada Feb 2011 untuk tujuan pendakwaan
Dakwaan Di Mahkamah
Pada bulan April 2011 pasangan tadi ini di panggil oleh Mahkamah Syariah Bukit Mertajam untuk sebutan kes. Kedua mereka datang untuk bicara kali pertama. Kerana ketiadaan hakim, perbicaraan di tangguhkan.
Orang Cakap Kalau Nikah Denda Kurang
Selepas bulan Apeil 2011, pasangan remaja awal 20an, ini merancang untuk menikah. Hasrat mereka di restui keluarga kedua belah pihak. Namun di hati mereka nampak berat meneruskan hasrat tersebut kerana membuat secara tergesa-gesa sebelum perbicaraan kali ke 2, pada 15 Jun 2011.
Persiapan di buat ala kadar, dengan kursus kahwin, beli baju, dan buat sedikit jamuan di sebelah pihak perempuan. Pihak lelaki tak buat apa apa kenduri lagi. Sebelum nikah macam macam halangan berlaku. Kedua dua pasangan remaja ini mengurus sendiri, kursus kahwin, borang nikah dengan tok imam, serta ke pejabat agama Jitra. Perjalan mereka agak jauh kerana yang lelaki tinggal di Kulim, pasangan perempuan dok Sungai Petani. Berurusan di Jerlun dan Pejabat Agama Jitra.
Dua hari sebelum nikah berlaku kesilapan borang nikah, di mana pihak pejabat agama Jitra tersalah taip di bahagian Wali, Wali sebenar ialah adik lelaki seibu sebapa, tetapi mereka tulis bapa kandung. Bapa perempuan dah meninggal dunia, sejak remaja perempuan kecil lagi.
Siang esok adik kandung (18 Tahun) dan abang (lain ibu) pergi semula ke pejabat agama jitra dan membuat semula borang baru dan membetulkan semula kesalahan itu. Mereka selamat diijab kabul pada 11 Jun 2011 di Masjid Jerlun.
Pada hari yang sama pihak perempuan membuat sedikit kenduri kesyukuran dengan panggilan tetamu sekitar 200 orang. Pihak lelaki bawa perbagai hantaran, tetapi di pihak perempuan tiada hantaran di berikan. Hanya pihak perempuan menghadiahkan lauk kenduri kepada rombongan pengantin lelaki.
Bicara ke dua di Mahkamah Bukit Mertajam
Mak pengantin perempuan dok di Perlis, manakala pengantin lelaki di Kulim. Kenduri di Perlis pada 11 Jun 2011, hari sama menikah. Pada 13 Jun pasangan pengantin baru balik ke Kulim menaiki motosikal. Ini kenderaan yang mampu mereka beli, kerana kerja mereka gaji tak besar. Lelaki tu kerja pengawal keselamatn dan perempuan kerja pembantu kedai.
15 Jun 2011 mereka hadzir di mahkamah. Mereka datang berdua tanpa di temani keluarga masing masing. Pada awalnya Hakim menetapkan denda RM3000 seorang, tetapi sebab mereka dah nikah, denda di kurang kepada RM2500 seorang selepas rayuan tertuduh.
Rayuan mengurangkan lagi denda di tolak. Kedua mereka tadi sedih dan resah. Duit tak cukup di tangan. Ia lah mereka gaji kecil dan kerja banyak cuti. OT tak ada, belanja kenduri lagi, baju dan sebagainya. Tu pun pihak ayah tiri pengantin perempuan bantu, Sebelum itu pengantin perempuan ada minta bantuan kepada ayah tiri, tapi orang tua tu, mana ada duit banyak, kerja pesawah sahaja. Namun kesian kat anak tiri, orang tua ni bagi juga RM2000.
Pengantin perempuan telah guna duit 2000 untuk belanja dan tak cukup nak bayar denda, manakala pegantin lelaki jangan harap, duit langsung tak ada. Polis di Mahkamah kata pukul 12.00 tengahari mereka akan di bawa ke penjara Nibong Tebal jika tak dapat jelaskan denda sebanyak RM2500 seorang.
Di Ke penjara
Sepatutnya pengantin perempuan mampu bayar denda, tetapi ..... duit ayah tiri bagi 2000 dia guna kot lain, kemudian pihak lelaki pinjam duit dari perempuan buat mas kahwin pula. Perempuan tadi tak ada apa lebihan. Sepatutnya lelaki tu bayar 2000 kepada pihak perempuan sebagai maskahwin, jadi pihak pengantin perempuan ada RM4000. Jadi pengantin perempuan sepatutnya mampu bayar denda RM2500. Nak pinjam saudara mara tak sempat nak urus, lagi pun budak budak ni buat pandai sendiri, saudara mara tak bincang. Mungkin mereka malu...
Semuanya hancur.. apabila . kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan di bawa naik Van Polis ke penjara.
Ketika cerita benar ini ditulis, masuk 2 malam 3 hari mereka berbulan madu di penjara Pulau Pinang.
"Diletakkan di dalam sel yang sempit, tiada ruang udara, tiada lubang cahaya, tiada tempat membuang air, hanya diberikan botol untuk membuang air, tidak tahu masa, tidak tahu siang dan malam."
Bekas tahanan ISA , Saari Sungib mengesahkan wujud pelbagai deraan mental dan fizikal sepanjang
ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk dibogel dan kemaluan dijolok dengan kayu serta seksaan lain.
Bercakap kepadaKeadilan Daily, beliau menyalahkan polis atasan kerana menerapkan anggota bawahan dengan pendekatan deraan menyerupai ala Guantanamo terhadap tahanan yang belum dibuktikan bersalah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu berkata, banyak ketidakadilan berlaku, antaranya dihalang bertemu ahli keluarga dan tidak dibenar berjumpa peguam.
“Tahanan tidak boleh hubungi sesiapa termasuk peguam dan keluarga selama 60 hari. Pada 90 hari pertama, tahanan
diasing dalam sel berbeza.
“Selepas 60 hari, baru dapat jumpa keluarga, itupun dipantau. Langsung tiada akses kepada peguam melainkan keluarga
buat kenyataan bertulis mohon peguam dibenar melawat.
“Apabila dibebas pula, tahanan disyarat hanya boleh ‘buka cerita’ selepas setahun,” katanya menceritakan pengalamannya mengulas nota penyeksaan yang diseludup keluar dari Kem Kamunting.
Saari berkata, kezaliman ISA terserlah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditumbuk hingga matanya lebam.
Beliau menyeru lebih ramai peguam tampil memberi pandangan dan sokongan kepada bekas tahanan untuk memberi
kekuatan kepada mereka supaya bercerita pengalaman ngeri ditahan ISA.
“Kesan seksaan memerlukan kekuatan untuk pulih dari trauma. Bukan mudah mahu ceritakan pengalaman,” katanya yang
mencatat penderitaannya dalam buku secara bersiri “Suara Dari Kamunting” dan “Siri Mansuhkan ISA.”
Beliau ditahan ISA kali pertama pada 12 Oktober 1998 dan kali kedua, 10 April 2001.
Nota penyeksaan yang memperinci seksaan ala Guantanamo terhadap 45 tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak terbongkar.
Nota tanpa tarikh itu diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting oleh kakitangan kem dan diserah kepada Malaysiakini.
Seksaan itu berlaku, ketika proses soal siasat semasa individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum
dipindahkan ke Kamunting.
Antaranya mangsa dipaksa menanggalkan pakaian dan hanya memakai pakaian dalam dan “digantung terbalik” daripada
satu “mesin” yang bergerak mengelilingi satu “bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman”.
Selain itu, minyak panas dilumur ke kemaluan mangsa dan mencucuh kemaluan dengan api rokok.
EKSKLUSIF “Nota penyeksaan” yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.
Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.
Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.
Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:
Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman".
"Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)".
"Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk".
Minyak panas dilumurkan ke kemaluan.
Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan.
Melumur "cili boh" ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari.
Mencucuh kemaluan dengan api rokok.
Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari.