1. Saya teringatkan kisah saya melepak kat kedai minum tempoh hari. Ada 2-3 orang pelanggan cukup gah bercerita pasal usahawan. Memang bising jugak kedai tu dibuatnya. Yelahkan usahawan jumpa usahawan. Maybe banyak perbincangan kot. Tu saja yang pikir. Takda pa yang saya pikirkan.
2. Tiba-tiba saya tergerak hati melayari internet dan jumpa dengan 1 artikel tentang usahawan. Saya rasa ianya banyak memberi manfaat kepada kita.
3. Dari pembacaan saya, rupa-rupanya usahawan ini ialah individu yang mencipta sesuatu perniagaan baru yang mempunyai risiko dan bertujuan untuk mendapat keuntungan dan membesarkan empayar pernigaan dengan mencari peluang-peluang baru dengan menggunakan segala resource yang ada di sekelilingnya.
4. Memang saya akui bergelar seorang usahawan bukan sesuatu yang mudah namun tak mustahil. Cuma ia menuntut kesabaran dan pengorbanan yang tinggi serta sokongan dari orang sekelilingnya.
5. Antara ciri-ciri seorang usahawan ialah :
a) Bersedia untuk bertanggungjawab b) Berani menghadapi risiko c) Yakin untuk berjaya d) Desire for feedback e) High level energy f) Future orientation g) Kemahiran pengurusan h) Mementingkan pencapaian daripada duit i) Fleksible j) Berkomitmen tinggi
6 Sebenarnya sesapa pun boleh jadi seorang usahawan. Tak kira lah lelaki atau perempuan, tak kira warna kulit, keturunan dan umur. Yang paling penting, ada minat yang mendalam terhadap keusahawanan sudah cukup untuk bergelar usahawan.
7. Saya sendiri akui menjadi seorang usahawan memang mempunyai kelebihan. Antara kelebihannya ialah
a) Bebas menentukan destiny hidup kita sendiri. b) Kita dapat melakukan kelainan dari orang lain. c) Mampu menggunakan seluruh potensi diri yang ada. d) Berpeluang menjana profit yang maksima mengikut usaha kita sendiri. e) Menyumbang kepada masyarakat. f) Sentiasa gembira dengan apa yang kita lakukan. Begitulah seronoknya menjadi seorang uasahawan.
8. Walaubagaimanapun, menjadi seorang usahawan pun banyak kekurangan. Antara kekurangan yang boleh saya kongsikan dengan anda ialah:
a) Income yang tidak stabil b) Berisiko kehilangan semua pelaburan yang dilaburkan. c) Quality hidup yang rendah pada permulaan. d) Stress yang agak tinggi (aku selalu stress bila sibuk) e) Bertanggungjawab sepenuhnya jika ada apa-apa terjadi. f) Discouragement (Kurang sokongan dari rakan, keluarga dan saudara mara) 9. Sekiranya anda berniat menjadi seorang usahawan, saya doakan anda berjaya. Saya nasihatkan anda supaya jangan putus asa, maju ke hadapan di samping perancangan-perancangan yang hebat supaya anda dapat mengubah hidup anda. Semoga berjaya!
|