View: 25139|Reply: 41
|
Pengajian Sifat 20 ASWJ -VS- Tauhid 3 Serangkai WAHABIYYAH
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh.
Bismillahirrahmanirrahim.
فصلَّى الله على نبيِّنا كلَّما ذكره الذاكرون، وغَفَل عن ذكره الغافلون. وصلى عليه في الأوَّلين والآخرين. أفضلَ وأكثرَ وأزكى ما صلَّى على أحدٍ من خلقِهِ. وزكَّانا وإياكم بالصلاة عليه، أفضلَ ما زكَّى أحدًا من أمته بصلاتِهِ عليه، والسلام عليه ورحمة الله وبركاته
Amma Ba'd,
SEJAK kemasukan Islam ke Tanah Melayu, umat Islam di negara ini kuat berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang disusun atau diformulasikan oleh dua tokoh terbesar dalam bidang ilmu tauhid iaitu Imam Abu al Hasan al Asy’ari r.a dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a. Perkara ini telah ditegaskan oleh ulama ulung Tanah Melayu, al Allamah Sheikh Abdullah Fahim.
Beliau juga menyatakan bahawa ia telah menjadi ijmak ulama di Tanah Melayu.
Antara kenyataannya berbunyi: “Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMelaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas; awam-awam, kadi-kadi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga Raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al Imam al Syafi’e r.a ijma’an (ijmak), tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi’e. Usuluddin atas perjalanan Abi al Hasan al Asy’ari r.a. Diambilkan dari Syuruh dan Hawasyi Ummu al Barahin dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu”.
Di dalam kitab ini, pendekatan Sifat 20 digunakan bagi memahami permasalahan ketuhanan. Pendekatan ini juga diguna pakai di kebanyakan negara-negara Islam yang berpegang dengan akidah ASWJ seperti di Mesir, Syria dan Morocco.
Ia juga menjadi silibus di kebanyakan universiti di dunia Islam termasuklah universiti Islam terulung di dunia, Universiti al Azhar al Syarif.
Sejak doktrin ini diguna pakai di negara kita, kita berupaya mengecapi nikmat keamanan beragama dan ketamadunan negara. Tidak seperti negara-negara Islam lain yang memakai acuan yang bercanggah dengannya seperti aliran fahaman Syiah, Muktazilah, Musyabbihah dan sebagainya.
Tidak timbul di dalam doktrin Sifat 20 ini soal-soal kepincangan dan percanggahannya dengan akidah ASWJ yang tulen.
Namun, setelah ratusan tahun pendekatan ini digunakan tanpa sebarang masalah dalam menjaga kemurnian tauhid dan akidah umat Islam, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa ia diambil dari Falsafah Greek.
Malah, tidak lagi sesuai dijadikan sebagai pendekatan dalam pembelajaran ilmu Tauhid. Sementelahan itu juga, pendekatan tauhid tiga serangkai yang dirumuskan oleh Ibnu Taimiyyah menjadi pengganti Doktrin Sifat 20. (Beliau membentuk fahaman tauhid 3 serangkai ini ketika beliau berfahaman Musyabbihah sebelum bertaubat)
Usaha-usaha untuk menukar pendekatan tauhid tiga serangkai ini dalam kurikulum pendidikan negara juga nampaknya begitu pantas dilakukan.
Persoalannya, kenapakah tiba-tiba pendekatan ini pula yang perlu dipilih sebagai pengajaran ilmu tauhid di negara kita? Adakah pendekatan Sifat 20 mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan atau terseleweng dari iktikad ASWJ?
Adakah pembahagian tauhid tiga serangkai ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Apakah kita pasrah sahaja dengan pendapat yang mengatakan doktrin Sifat 20 yang kita pegang dan pakai selama ini bukan tauhid yang benar tetapi diambil dari fahaman falsafah Greek.
Jika begitu, semua orang yang berpegang dengan Tauhid 20 mengikut ajaran yang salah dan sesat. Apakah boleh kita terima penyesatan ini yang melibatkan nenek moyang kita, para ulama kita dan majoriti umat Islam di seluruh dunia?
Kita telah sedia maklum, bahawa akidah ASWJ yang diketahui secara umum ialah akidah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh sahabat-sahabat baginda.
Tidak terdapat langsung, perkataan yang terkeluar daripada Rasulullah SAW dan sahabat baginda yang menyebut tentang tauhid yang digembar-gemburkan oleh pengikut Ibnu Taimiyyah dan Wahhabi ini.
Begitu juga dalam metodologi ASWJ yang telah disusun oleh pelopornya, Imam Abu al Hasan al Asy’ari r.a dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a, tidak pernah menggariskan tauhid ini dalam ruang lingkup akidah ASWJ.
Apa yang kita dapati tauhid ini telah ditimbulkan dan direka oleh Ibnu Taimiyyah dan dikembang biakkan pula oleh anak-anak muridnya sehingga ke generasi Muhammad ibn Abdul Wahhab. Dalam erti kata lain, tauhid inilah yang menjadi pegangan golongan Wahhabi secara khusus.
Sejak dahulu lagi hinggalah ke hari ini, telah terdapat banyak penentangan dan penolakan yang diutarakan oleh ulama terhadap Tauhid 3 Serangkai ini.
Oleh yang demikian, kita melihat di dalam kitab-kitab penulisan ulama ASWJ, terdapat banyak butiran lanjut mengenai penolakan mereka terhadap tauhid yang direka cipta ini.
Jika kita menyoroti dari perspektif ulama tersebut, kita mendapati ulama al Azhar telah bersetuju mengeluarkan kenyataan tentang kesalahan tauhid ini yang sebenarnya telah direka dan dicipta oleh orang-orang yang terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran dan hadis.
Justeru, kenapa pula kita perlu memakai pendekatan Tauhid 3 Serangkai yang mengandungi kepincangan dan telah ditolak oleh ulama kecuali Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya?
Untuk lebih jelas lagi, di bawah ini disenaraikan beberapa cendekiawan dan sarjana Islam dan kitab penulisan mereka yang mengandungi penolakan terhadap ajaran tauhid rekaan ini:
*Al ‘Allamah al Mufassir al Muhaddith Sheikh Yusof al Dijwi RA, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al Azhar.
Beliau mengeluarkan fatwa penolakan al Azhar terhadap tauhid rububiah dan uluhiah. Kenyataannya ini dipaparkan dalam Majalah Nur al Islam edisi tahun 1933 yang merupakan lidah rasmi al Azhar pada masa itu.
Fatwa yang dikeluarkannya ini, turut dipersetujui oleh ulama al Azhar yang lain tanpa adanya sebarang bangkangan. Sehingga hari ini, fatwa tersebut masih lagi segar. Ini dapat dilihat dalam beberapa majalah yang diiktiraf oleh al Azhar. Antaranya, di dalam majalah al Muslim. Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim r.a telah mengeluarkan kembali fatwa ini dalam majalah tersebut.
*Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Salamah al Qudha’i al ‘Azzami al Syafi’i r.a dalam kitabnya al Barahin al Sati’ah fi Raddi b’ad al bida’ al Syai’ah.
Kitab ini telah mendapat pengiktirafan dan pujian daripada muhaddith pada zaman tersebut iaitu al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zahid al Kauthari r.a.
*Al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, ulama besar di Mekah al Mukarramah dan bekas tenaga pengajar Masjid al Haram yang diakui ilmunya oleh ulama pada zaman ini.
Beliau telah menulis penolakannya terhadap tauhid ini dalam kitabnya Huwallah. Bahkan beliau menyarankan kerajaan Arab Saudi supaya mengkaji semula pengajaran tauhid ini di institusi pengajian rendah, menengah dan Tinggi di dalam Muktamar Hiwar al Watoni di Mekah yang diadakan pada 5/11/1424 hingga 9/11/1424. Ia disebut di dalam kertas kerja beliau yang bertajuk al Ghuluw.
*Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumu’ah.
Beliau turut menyentuh masalah ini di dalam laman web beliau ketika menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya. Iaitu, tentang seorang pemuda yang mengkafirkan seluruh penduduk kampung kerana bertawassul dengan mendakwa orang yang bertawassul tergolong dalam golongan musyrikin yang beriman dengan tauhid rububiah tetapi tidak beriman dengan tauhid uluhiah.
Beliau menolak sekeras-kerasnya pembahagian tauhid ini dengan mengatakan bahawa pembahagian tauhid ini adalah perkara rekaan yang tidak pernah datang dari Salafussoleh tetapi orang pertama yang menciptanya ialah Sheikh Ibnu Taimiyyah.
Beliau juga menyatakan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa tauhid rububiah sahaja tidak mencukupi bagi keimanan seseorang adalah pendapat yang diadakan-diadakan dan bercanggah dengan ijmak kaum Muslimin sebelum Ibnu Taimiyyah.
*Prof. Dr. Muhammad Sa’id al Ramadhan Bouti, Ulama Kontemporari Dunia Islam dari Syria.
Beliau menyatakan dengan tegas bahawa pembahagian tauhid ini adalah bidaah dalam Seminar Pengurusan Fatwa Negara-negara Asean anjuran Universiti Sains Islam Malaysia pada pada 16 hingga 17 April 2005 di Hotel Nikko Kuala Lumpur.
*Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari – Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai.
Beliau telah menulis mengenai kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk ‘al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin.
*Al ‘Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al Yamani dalam kitabnya Intabih Dinuka fi Khatorin.
Kitab ini telah mendapat pujian dari lima ulama besar Yaman.
*Al ‘Allamah Abu al Hasanain Abdullah ibn Abdur Rahman al Makki al Syafi’i, ulama besar Mekah.
Beliau juga telah membahaskan masalah ini di dalam kitabnya al Qaul al Wajih fi Tanzih Allah Taala ‘an al Tasybih.
*Dr. Sheikh Yusof al Bakhur al Hasani salah seorang ahli fatwa di Kanada juga telah menulis risalah mengenainya.
*Sheikh Sirajuddin Abbas seorang ulama unggul Indonesia, juga menghuraikan masalah ini yang ditulis dalam versi Melayu dalam kitabnya Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Beliau dengan tegas menyatakan bahawa tauhid ini merupakan iktikad rekaan puak Wahhabi dan bukannya iktikad ASWJ.
Dalam satu petikan, beliau menyatakan: Kaum Wahhabi mencipta pengajian baru ini bertujuan untuk menggolongkan orang-orang yang datang menziarahi Makam Nabi SAW di Madinah, orang-orang yang berdoa dengan bertawassul dan orang yang meminta syafaat Nabi SAW serupa dengan orang kafir yang dikatakan bertauhid rububiah itu.
*Al ‘Allamah Muhammad al ‘Arabi ibn al Tabbani al Hasani, Tenaga Pengajar di Masjid al Haram.
Beliau juga turut menulis kepincangan tauhid ini di dalam kitabnya Bara’ah al Asy’ariyyin min ‘Aqaid al Mukhalifin.
*Dr. Umar Abdullah Kamil, sarjana dan pakar ekonomi Arab Saudi serta ahli eksekutif Universiti al Azhar.
Beliau pernah membentangkan kebatilan konsep Tauhid 3 Serangkai ini di dalam Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurniaan Akidah anjuran Kerajaan Negeri Pahang pada 25-26 Ogos 2006 dan di Multaqa 3 Ulama Mekah al Mukarramah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Johor pada 20 Februari 2008.
Kertas kerja tersebut telah diterbitkan oleh Sekretariat Penjelasan Hukum Berkenaan Isu-isu Aqidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor.
Beliau turut membahaskan kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk Kalimah Hadi’ah fi Bayan Khata’ al Taqsim al Thulasi li al Tauhid (Perkataan yang tenang dalam menjelaskan kesalahan pembahagian yang tiga bagi ilmu Tauhid).
*Al Allamah Abdur Rahman Hasan Habannakah al Maidani.
Beliau juga telah menulis masalah ini secara khusus di dalam kitabnya yang bertajuk Tauhid al Rububiah wa Tauhid al Ilahiyyah wa Mazahib al nas bi al Nisbah Ilaihima.
Ulama-ulama ini telah lama melakukan pengkajian dan penelitian rapi terhadap tauhid tiga serangkai ini.
Kepada pembaca yang prihatin dan bijaksana sebaik-baiknya mendapatkan keterangan lanjut dari kitab-kitab ini terlebih dahulu sebelum berani membuat kesimpulan dan melontarkan pendapat di khalayak ramai.
Asas sahih
Perkara agama apatah lagi berkaitan dengan akidah tidak boleh dibuat kesimpulan sebarangan tetapi perlu merujuk kepada asas yang sahih.
Untuk mempertahankan agama tidak cukup bermodalkan semangat juang dan sijil menjela-jela semata-mata sehingga kita terpekik dan terlolong tidak kena pada tempatnya tetapi memerlukan kemantapan ilmu, kecemburuan terhadap penodaan yang dilakukan ke atas agama dan umatnya, keikhlasan kepada Allah dan hati yang disinari cahaya oleh Allah.
Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya didapati telah menjadikan konsep pembahagian tauhid ini sebagai batu loncatan untuk mengkafirkan umat Islam.
Mereka telah mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dengan Rasulullah SAW dan wali-wali, orang-orang yang menziarahi kubur dan sebagainya dengan dakwaan orang yang melakukan pekerjaan tersebut bertauhid dengan tauhid rububiah sahaja tetapi tidak tidak bertauhid dengan tauhid uluhiah.
Mereka menyamakan tauhid yang dimiliki oleh orang-orang yang melakukan pekerjaan ini sama dengan orang musyrikin yang menjadikan berhala sebagai sampingan mereka dengan Allah.
Apakah pernah ketika Rasulullah SAW berdakwah, Baginda SAW mengatakan kepada orang yang memeluk Islam kamu telah mempunyai tauhid rububiah tetapi masih belum memiliki tauhid uluhiah?
Apakah boleh kita katakan orang bukan Islam juga mempunyai tauhid seperti orang Islam atau ahli tauhid?
Objektif tauhid Asma’ dan Sifat digembar-gemburkan untuk menyandarkan kepada Allah SAW makna perkataan tangan, mata, bersemayam, ketawa, turun dan sifat penyerupaan yang lain kepada makna yang hakiki yang dikenali di sisi makhluk.
Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sifatkan kerana yang demikian itu menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya.
Sehubungan dengan ini, umat Islam diseru agar sama-sama berfikir dan meneliti dengan hati yang lapang dan dada yang terbuka rasional perkara ini.
Kita seharusnya berbangga dengan ramainya bilangan umat Islam dan berusaha menambah bilangan umat Islam tetapi sebaliknya kita sendiri yang mengecilkan lagi kuantiti umat Islam yang semakin hilang kualitinya hanya kerana permasalahan uluhiah dan rububiah yang sengaja ditimbulkan.
Tidak ada suatu perkara yang lebih buruk daripada mengkafirkan orang Islam yang menyebut kalimah tauhid Laa ilaaha illallah dan mentasdiqkannya di dalam hati.
Banyak kemusnahan yang berlaku di negara-negara Islam disebabkan oleh perkara ini. Kita sendiri telah menyaksikan dengan mata kepala kita bagaimana persengketaan umat Islam telah mencetuskan kelemahan dan kemusnahan terhadap negara-negara Islam seperti di Afghanistan, Yaman, Lebanon, Syria, Mesir dan sebagainya.
Semoga persengketaan dan kehancuran ini tidak terjadi di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Justeru, sewajarnya pembahagian ini dibentangkan di atas meja perbincangan secara ilmiah dan profesional serta berlandaskan kepada usul kitab dan sunnah.
Ini hanyalah lontaran awal dari hasil penelitian kami yang dirujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan tokoh-tokoh ulama yang berkeahlian. Insya-Allah, penerangan lanjut mengenai tauhid ini akan dikeluarkan pada keluaran akan datang.
Bahan-bahan yang bakal dipersembahkan banyak merujuk kepada kitab penulisan Imam al Haramain al ‘Allamah Ibnu al ‘Arabi al Tabbani bertajuk Bara’ah al Asy’ariyyin. Ia telah diringkaskan oleh al Allamah Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari, Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai di dalam kitabnya yang bertajuk ‘al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin
Wallahu'alam
REF :- Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB)
Last edited by Aahil_adha on 22-11-2012 03:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT
Boleh saudara petik beberapa penulisan tangan Sheikh Al-Islam Ibn Taymiyyah
yg menjelaskn fahaman² yg saudara maksudkn? Tq.
REF :- Pusat Pembangunan Pondok 'Berhad' (PPPB) p/s: X tahu pn ada pengajian podok yg diswastakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 22-11-2012 04:29 PM ![](static/image/common/back.gif)
Salam TT
Boleh saudara petik beberapa penulisan tangan Sheikh Al-Islam Ibn Taymiyyah
Dalam majalah Nur al-Islam, majalah ilmiah bulanan yang diterbitkan oleh para Masyayikh al-Azhar asy-Syarif Cairo Mesir, terbitan tahun 1352 H, terdapat tulisan yang sangat baik dengan judul “Kritik atas pembagian tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah” yang telah ditulis oleh asy-Syaikh al-Azhar al-‘Allamah Yusuf ad-Dajwi al-Azhari (w 1365 H), sebagai berikut:
“Sesungguhnya pembagian tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah pembagian yang tidak pernah dikenal oleh siapapun sebelum Ibn Taimiyah. Ertinya, ini adalah bid’ah sesat yang telah ia munculkannya. Di samping perkara bid’ah, pembagian ini juga sangat tidak masuk akal; sebagaimana engkau akan lihat dalam tulisan ini. Dahulu, bila ada seseorang yang hendak masuk Islam, Rasulullah tidak mengatakan kepadanya bahwa tauhid ada dua macam. Rasulullah tidak pernah mengatakan bahwa engkau tidak menjadi muslim hingga bertauhid dengan tauhid Uluhiyyah (selain Rububiyyah), bahkan memberikan isyarat tentang pembagian tauhid ini, walau dengan hanya satu kata saja, sama sekali tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Demikian pula hal ini tidak pernah didengar dari pernyataan ulama Salaf; yang padahal kaum Musyabbihah sekarang yang membagi-bagi tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah tersebut mengaku-aku sebagai pengikut ulama Salaf. Sama sekali pembagian tauhid ini tidak memiliki erti. Adapun firman Allah:
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ لَيَقُولَنَّ اللهُ (لقمان: 25)
“Dan jika engkau bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan seluruh lapisan langit dan bumi? Maka mereka benar-benar akan menjawab: “Allah” (QS. Luqman: 25)
Ayat ini menceritakan perkataan orang-orang kafir yang mereka katakan hanya di dalam mulut saja, tidak keluar dari hati mereka. Mereka berkata demikian itu karena terdesak tidak memiliki jawaban apapun untuk membantah dalil-dalil kuat dan argumen-argumen yang sangat nyata (bahwa hanya Allah yang berhak disembah). Bahkan, apa yang mereka katakan tersebut (pengakuan ketuhanan Allah) ”secuit”- pun tidak ada di dalam hati mereka, dengan bukti bahwa pada saat yang sama mereka berkata dengan ucapan-ucapan yang menunjukan kedustaan mereka sendiri. Lihat, bukankah mereka menetapkan bahwa penciptaan manfaat dan bahaya bukan dari Allah?! Benar, mereka adalah orang-orang yang tidak mengenal Allah. Dari mulai perkara-perkara remeh hingga peristiwa-peristiwa besar mereka yakini bukan dari Allah, bagaimana mungkin mereka mentauhidkanNya?! Lihat misalkan firman Allah tentang orang-orang kafir yang berkata kepada Nabi Hud:
إِن نَّقُولُ إِلاَّ اعْتَرَاكَ بَعْضُ ءَالِهَتِنَا بِسُوءٍ (هود: 54)
”Kami katakan bahwa tidak lain engkau telah diberi keburukan atau dicelakakan oleh sebagian tuhan kami” (QS. Hud: 54).
Sementara Ibn Taimiyah berkata bahwa dalam keyakinan orang-orang musyrik tentang sesembahan-sesembahan mereka tersebut tidak memberikan manfaat dan bahaya sedikitpun. Dari mana Ibn Taimiyah berkata semacam ini?! Bukankah ini bererti ia membangkang kepada apa yang telah difirmankah Allah ?! Anda lihat lagi ayat lainnya dari firman Allah tentang perkataan-perkataan orang kafir tersebut:
وَجَعَلُوا للهِ مِمَّا ذَرَأَ مِنَ الْحَرْثِ وَاْلأَنْعَامِ نَصِيبًا فَقَالُوا هَذَا للهِ بِزَعْمِهِمْ وَهَذَا لِشُرَكَآئِنَا فَمَاكَانَ لِشُرَكَآئِهِمْ فَلاَيَصِلُ إِلَى اللهِ وَمَاكَانَ للهِ فَهُوَ يَصِلُ إِلَى شُرَكَآئِهِمْ (الأنعام: 136)
”Lalu mereka berkata sesuai dengan prasangka mereka: ”Ini untuk Allah dan ini untuk berhala-berhala kami”. Maka sajian-sajian yang diperuntukan bagi berhala-berhala mereka tidak sampai kepada Allah; dan saji-sajian yang diperuntukan bagi Allah maka sajian-sajian tersebut sampai kepada berhala mereka” (QS. al-An’am: 136).
Lihat, dalam ayat ini orang-orang musyrik tersebut mendahulukan sesembahan-sesembahan mereka atas Allah dalam perkara-perkara remeh.
Kemudian lihat lagi ayat lainnya tentang keyakinan orang-orang musyrik, Allah berkata kepada mereka:
و َمَانَرَى مَعَكُمْ شُفَعَآءَكُمُ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَاؤُا (الأنعام: 94)
”Dan Kami tidak melihat bersama kalian para pemberi syafa’at bagi kalian (sesembahan/berhala) yang kamu anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu tuhan di antara kamu”(QS. al-An’am: 94).
Dalam ayat ini dengan sangat nyata bahwa orang-orang kafir tersebut berkeyakinan bahwa sesembahan-sesembahan mereka memberikan mafa’at kepada mereka. Itulah sebabnya mengapa mereka mengagung-agungkan berhala-berhala tersebut.
Lihat, apa yang dikatakan Abu Sufyan; ”dedengkot” orang-orang musyrik di saat perang Uhud, ia berteriak: ”U’lu Hubal” (maha agung Hubal), (Hubal adalah salah satu berhala terbesar mereka). Lalu Rasulullah menjawab teriakan Abu Sufyan: ”Allah A’la Wa Ajall” (Allah lebih tinggi derajatNya lagi Maha Agung).
Anda pahami teks-teks ini semua maka anda akan paham sejauh mana kesesatan mereka yang membagi tauhid kepada dua bagian tersebut!! Dan anda akan paham siapa sesungguhnya Ibn Taimiyah yang telah menyamakan antara orang-orang Islam ahli tauhid dengan orang-orang musyrik para penyembah berhala tersebut, yang menurutnya mereka semua sama dalam tauhid Rububiyyah!”.
|
|
|
|
|
|
|
|
callmeuncleusin posted on 23-11-2012 02:13 AM ![](static/image/common/back.gif)
Dalam majalah Nur al-Islam, majalah ilmiah bulanan yang diterbitkan oleh para Masyayikh al-Azhar a ...
Salam saudara
Sementara Ibn Taimiyah berkata bahwa dalam keyakinan orang-orang musyrik tentang sesembahan-sesembahan mereka tersebut tidak memberikan manfaat dan bahaya sedikitpun. Yg ini dipetik drpd kitab mana? - Tiada rujukan
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 22-11-2012 04:29 PM ![](static/image/common/back.gif)
Salam TT
Boleh saudara petik beberapa penulisan tangan Sheikh Al-Islam Ibn Taymiyyah
Wassalam.
Harap tuan membelek dan rujuk kitab aqidah dan tauhid Ibnu Taymiyyah R.A yang menyampaikan ilmu tauhid yg byk berkait rapat dgn tauhid 3 serangkai ini beliau, termasuk penghuraian selanjutnya, yakni Kitab wasithiyah, Al Hamawiyah, At Tadmuriyah dan Ath Thahawiyah. Nak lebih lanjut lagi kitab Tsalatsatu ushul wa adillatuha karangan Muhammad bin Abdil Wahhab pon boleh juga sbb byk juga terangkan ilmu tauhid dari Ibnu Taymiyyah R.A. Insya'allah.
P/s :- Agak pelik juga tuan tanya soalan begini sedangkan sehingga DR. MAZA pon akui Ibnu Taymiyyah R.A ada menukil dan mengajar fahaman ini, DR. MAZA sendiri amal, tetapi beliau bangkang ianya sesat. Biasa la tu. Last edited by Aahil_adha on 23-11-2012 06:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Aahil_adha posted on 23-11-2012 06:15 AM ![](static/image/common/back.gif)
Wassalam.
Harap tuan membelek dan rujuk kitab aqidah dan tauhid Ibnu Taymiyyah R.A yang menyamp ...
Terima kasih. ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
p/s: Cuma musykil je sbb ramai penjual ubat
guna 'testimoni' utk melariskn ubatnya (i.e. MLM)
yg akhirnya jd pencacai sang kapitalis.
Teruskan perbincangan...moga dirahmatiNya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 23-11-2012 12:06 PM ![](static/image/common/back.gif)
Terima kasih.
p/s: Cuma musykil je sbb ramai penjual ubat
Betui la tu, sama dengan puak yang bangun bawa bendera Berkalimah Syahadah, konon pemangkin Islam, rupanya dialah sekutu konspirasi tentera dajjal jatuhkan Empayar Khalifah Islam Terakhir, dan merosakkan agama Rasulullah SAW dgn takwilan barunya, kafirkan ulama-ulama terdahulu yg tak kena dgn fahaman barunya. Pastu nak berlakon dialah negara pemelihara Agama Islam. Na'uzubillahiminzalik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 23-11-2012 03:43 AM ![](static/image/common/back.gif)
Salam saudara
Yg ini dipetik drpd kitab mana? - Tiada rujukan Tafsiran syahadah yang menyalahi ijma’. Ini terdapat dalam teks ‘Kitab al-Tauhid’ (karangan Syaikh Muhammad ‘Abd al-Wahhab sendiri) dalam ‘Fath al-Majid Syarah Kitab al-Tauhid’ karangan Al-Syaikh ‘Abd al-Rahman bin Hassan al-Syaikh [hal 119,(penerbit Dar al-Hadith tanpa tarikh)]:
)ومنها قوله صلى الله عليه وسلم: (من قال: لا إله إلا الله وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه، وحسابه على الله) وهذا من أعظم ما يبيِّن معنى (لا إله إلا الله) فإنه لم يجعل التلفظ بها عاصماً للدم والمال، بل ولا معرفة معناها مع لفظها، بل ولا الإقرار بذلك، بل ولا كونه لا يدعو إلا الله وحده لا شريك له، بل لا يحرم ماله ودمه حتى يضيف إلى ذلك الكفر بما يعبد من دون الله، فإن شك أو توقف لم يحرم ماله ودمه. فيالها من مسألة ما أعظمها وأجلها، وياله من بيان ما أوضحه، وحجة ما أقطعها للمنازع(
Terjemahan: Antaranya (ayat-ayat berkenaan dengan syahadah) sabda Nabi s.a.w. ‘Sesiapa yang berkata ‘la ilaha illa’llah dan kufur ia terhadap apa yang disembah selain daripada Allah maka haramlah hartanya dan darahnya (ia tidak boleh dibunuh lagi, misalnya dalam jihad), dan hisab tentangnya adalah terletak pada Allah; ini adalah perkara yang sebesar-besarnya yang menerangkan makna ‘la ilaha illa’llah’; ia tidak menjadikan berlafaz (sahaja dengan la ilaha illa’llah) itu menyelamatkan darah dan (hartanya), bahkan tidak (juga menyelamatnya dengan) mengetahui maknanya berserta dengan lafaznya, bahkan (tidak juga selamat harta dan nyawanya itu dengan) berikrar dengan itu (iaitu berikrar dengan la ilaha illa’llah) bahkan tidak (juga selamat nyawa dan harta itu) dengan ia tidak menyeru melainkan kepada Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya, bahkan tidaklah haram hartanya dan darahnya sehingga ia menambahkan kepada itu (yang empat perkara sebelum ini iaitu) kufur terhadap apa yang disembah selain daripada Allah; kalau ia syak atau tawaquf maka tidak haram hartanya dan darahnya.
Huraian berkenaan dengan syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam Ahlissunnah wal-Jamaah. Dalam Ahlissunnah Islamnya seseorang itu adalah dengan berlafaz dengan ‘la ilaha illa’llah’ dengan itu selamat harta dan nyawanya. Ini antaranya jelas daripada hadith sahih yang bermaksud “Sesungguhnya aku diperintah untuk berjihad dengan manusia sehingga mereka mengatakan ‘tiada tuhan melainkan Allah’ bila mereka berkata demikian maka nyawa dan harta mereka selamat, dan hisab tentang mereka adalah terpulang kepada Allah’. Sebab itu dalam masa jihad Nabi s.a.w. bila terdengar ada azan disesuatu tempat maka tentera Muslimin tidak lagi pergi ke situ. Dan dalam hadith sahih berkenaan dengan sahabat membunuh orang yang mengucap syahadah, Rasulullah bertanya kepada sahabat itu ‘Anda membelah dadanya? Anda membelah dadanya? …’. Mungkin tafsiran secara beginilah yang menghalalkan setengah Muslimin berperang melawan tentera Khilafah ‘Uthmaniah, benteng terakhir menjaga umat dari segi zahirnya, jatuh ke tangan Barat. Subhana’llah. Kalau kerajaan ‘Uthmaniah yang sedemikian penting ditentang, maka yang lain daripada itu lebih mudah lagi ditentang. La haula wa quwwata illa billahil-‘aliyyil azim.
|
|
|
|
|
|
|
|
callmeuncleusin posted on 24-11-2012 05:58 PM ![](static/image/common/back.gif)
Huraian berkenaan dengan syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam Ahlissunnah wal-Jamaah. D ...
Saya bertanya perihal kitab Ibn Taymiyyah akan 'kenyataan'nya tu
dan bkn daripada Muhammad Ibn 'Abd Al-Wahhab...
Terima kasih juge.
TT dh jwb pn...
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai... tak perlu la gaduh pasal neh ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
alpha_dansei posted on 16-12-2012 11:33 AM ![](static/image/common/back.gif)
alhamdu lillahi robbil ^alameen
http://www.facebook.com/pages/AQIDAH-AHLUSSUNNAH-ALLAH-ADA-TAN ...
Thaahaa:5
Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas 'Arsy.
At Taubah:129
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
'Arsy - tidaklah sama dari segi bentuk atau mana2 tempat di alam ini - Beriman dengan apa yang Allah beritakan dalam kitabNya dan disampaikan oleh RasulNya.
|
|
|
|
|
|
|
|
callmeuncleusin posted on 23-11-2012 02:13 AM ![](static/image/common/back.gif)
Dalam majalah Nur al-Islam, majalah ilmiah bulanan yang diterbitkan oleh para Masyayikh al-Azhar a ... Sesungguhnya pembagian tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah pembagian yang tidak pernah dikenal oleh siapapun sebelum Ibn Taimiyah. Ertinya, ini adalah bid’ah sesat yang telah ia munculkannya. Di samping perkara bid’ah, pembagian ini juga sangat tidak masuk akal Jika tidak disebut.. adakah ianya bid'ah sesat ?
Adakah ilmu Tafsir, disiplin ilmu fekah, ilmu usul fekah, Ilmu usul hadis, Ilmu jarah dan ta’dil disebut dizaman Nabi dan sahabat ?
Adakah Ilmu2 itu juga termasuk dalam bid'ah sesat kerana tidak disebut istilah itu di zaman berkenaan ?
Begitulah juga dengan pembahagian tauhid kepada tiga ini. Memanglah tiada sesiapa dari kalangan terdahulu yang pernah menyebut “Ini tauhid uluhiyah, ini tauhid rububiyah dan ini tauhid nama-nama dan sifat-sifat”.
i) Tauhid rububiyah, iaitu tauhid ketuhanan. Sebagaimana namanya, tauhid ini merupakan keimanan manusia bahawa Allah lah Tuhan yang menciptakan bumi dan langit serta segala apa yang ada di dalamnya, seluruh perkara ghaib, dan juga sekalian alam-alam yang kita ketahui dan tidak ketahui, seperti alam rahim, alam roh, alam akhirat, alam barzakh, alam manusia, alam jin dan lain-lain lagi. Tauhid ini merupakan tauhid yang am, kerana hatta orang-orang kafir juga terkandung di dalam hati mereka tauhid ini. Firman Allah swt, “Dan jikalau engkau bertanya kepada mereka (hai Muhammad), ‘siapakah yang mencipta bumi dan langit?’ Secara pasti, mereka akan menjawab ‘Allah’”.
Begitu juga dengan hal Iblis, dia juga beriman dengan tauhid ini. Firman Allah swt tatkala Iblis enggan sujud kepada Adam as, “Engkau (Ya Allah) MENCIPTAKAN DIA (ADAM) DARI TANAH, DAN KAU CIPTAKAN AKU DARI API”. Perhatikan dengan teliti bahawa secara langsung Iblis mengiktiraf bahawa Allah swt lah yang telah menciptakan dirinya dan juga Adam as.
Oleh kerana itu, bukan tauhid ini yang kita katakan terkandung di dalam syahadah kita ‘La Ilaaha Illa Allah’.
ii) Tauhid asma’ wa as-sifaat, iaitu tauhid nama-nama dan sifat-sifat Allah. Tauhid ini bermakna kita beriman dan mengakui bahawa Allah mempunyai sifat-sifat dan nama-nama yang baik, 99 yang kita ketahui, dan juga nama-nama dan sifat-sifat Allah yang ghaib dan tidak kita ketahui. Kita hanya mengetahui 99 daripadanya, kerana itu sahaja jumlah yang dibertahukan kepada kita oleh Allah di dalam Al-Quran, dan Rasulullah saw di dalam hadis baginda. Adapun yang selebihnya tidak kita ketahui.
Iblis juga beriman dengan tauhid ini. Firman Allah swt “Dia (Iblis) berkata: Maka dengan KEKUATANMU, (aku bersumpah) akan aku sesatkan mereka (Adam as dan keturunannya) kesemuanya”.
Perhatikan bahawa Iblis bersumpah menggunakan nama dan sifat Allah, iaitu kekuatan (‘Izzah), dan ini merupakan sebahagian dari nama dan sifat Allah. Maka kerana itu, kita katakan bahawa bukan tauhid ini yang kita selitkan di dalam syahadah kita.
iii) Tauhid uluhiyyah, iaitu tauhid yang bersifat ‘Ilah. ‘Ilah itu bermaksud ‘tiada Tuhan yang selayaknya disembah’. Maka dengan itu, pengertian tauhid ini ialah tauhid mengesakan Allah swt, dengan mengakui dengan hati kita bahawa Dialah satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah, dan ditujukan segala bentuk amalan kita, samada keimanan kita denganNya, solat, puasa, haji dan zakat kita, kesemuanya adalah demi Allah swt, tiada selain dariNya.
Tauhid inilah yang terkandung di dalam surah Al-Ikhlas, “Katakanlah (hai Muhammad!) Allah itu Esa. Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tidak pula Dia dilahirkan. Dan tidak ada bagiNya seorang tandingan pun”.
Tauhid inilah yang membezakan kita dengan orang kafir, kerana hanya orang Islam yang mukmin sahaja yang menujukan segala ibadah mereka hanya kepada Allah Yang Satu.
Maka dengan itu, tauhid jenis inilah, yang kita sertakan di dalam ucapan kita, “Tiada Tuhan yang selayaknya ditujukan segala ibadah kita, melainkan kepada Allah”.
Kesemua pembahagian ini, didasarkan dengan dalil-dalil yang sahih, dari Al-Quran ataupun hadis. Maka kerana itu, ini bukanlah perkara baru secara mutlak. Cuma sahaja kerja Ibnu Taimiyah ialah, dia mengumpulkan ayat-ayat yang menunjukkan tahap kepercayaan orang-orang kafir, dan beliau golongkan sebagai ‘tauhid rububiyah’. Kemudian beliau mengumpulkan ayat-ayat berkenaan tahap keimanan dan ketauhidan orang-orang mukmin kepada Allah, dan beliau golongkan ‘tauhid uluhiyah’, dan beliau kumpulkan ayat-ayat yang membicarakan sifat-sifat Allah, beliau golongkan sebagai ‘tauhid nama-nama dan sifat-sifat’. Itu sahaja. Ianya bertujuan untuk memudahkan kefahaman orang lain.
Keterangan lanjut... klik sini .
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 24-12-2012 08:43 PM ![](static/image/common/back.gif)
Jika tidak disebut.. adakah ianya bid'ah sesat ?
Adakah ilmu Tafsir, disiplin ilmu fekah, ilmu u ... Kesemua pembahagian ini, didasarkan dengan dalil-dalil yang sahih, dari Al-Quran ataupun hadis. Maka kerana itu, ini bukanlah perkara baru secara mutlak. Cuma sahaja kerja Ibnu Taimiyah ialah, dia mengumpulkan ayat-ayat yang menunjukkan tahap kepercayaan orang-orang kafir, dan beliau golongkan sebagai ‘tauhid rububiyah’. Kemudian beliau mengumpulkan ayat-ayat berkenaan tahap keimanan dan ketauhidan orang-orang mukmin kepada Allah, dan beliau golongkan ‘tauhid uluhiyah’, dan beliau kumpulkan ayat-ayat yang membicarakan sifat-sifat Allah, beliau golongkan sebagai ‘tauhid nama-nama dan sifat-sifat’. Itu sahaja. Ianya bertujuan untuk memudahkan kefahaman orang lain. Kalu di susun oleh Ibnu Taimiyah namanya untuk mudah faham, kalu sifat 20 di susun oleh Abu Hasan Asy-Sya'ari namanya bidaah? ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
baghal posted on 3-1-2013 09:05 AM ![](static/image/common/back.gif)
Kalu di susun oleh Ibnu Taimiyah namanya untuk mudah faham, kalu sifat 20 di susun oleh Abu Hasan ...
Tauhid asma' wa as sifat bukan disusun oleh Ibnu Taimiyah- ia telah ada dalam Al Qur'an.
Yang menjadi bid'ah bila mengatakan/menghadkan Alah kepada 20 sifat !
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 4-1-2013 05:11 PM ![](static/image/common/back.gif)
Tauhid asma' wa as sifat bukan disusun oleh Ibnu Taimiyah- ia telah ada dalam Al Qur'an.
Yang ... Cuma sahaja kerja Ibnu Taimiyah ialah, dia mengumpulkan ayat-ayat yang menunjukkan tahap kepercayaan orang-orang kafir, dan beliau golongkan sebagai ‘tauhid rububiyah’. Kemudian beliau mengumpulkan ayat-ayat berkenaan tahap keimanan dan ketauhidan orang-orang mukmin kepada Allah, dan beliau golongkan ‘tauhid uluhiyah’, dan beliau kumpulkan ayat-ayat yang membicarakan sifat-sifat Allah, beliau golongkan sebagai ‘tauhid nama-nama dan sifat-sifat’. Itu sahaja. Ianya bertujuan untuk memudahkan kefahaman orang lain. Macam ubah statement je..
Yang menjadi bid'ah bila mengatakan/menghadkan Alah kepada 20 sifat !
Menghadkan? pernah mengaji sifat 20 ke? betul ke?
20 wajib bagi Allah, 20 mustahil bagi Allah, 1 harus bagi Allah.
4 wajib bagi Rasul, 4 mustahil bagi Rasul, 1 harus bagi Rasul.
Belum termasuk sifatNya yg lain2..Pengasih, penyayang, Pencipta.....tp, kenapa dinamakan sifat 20, kena ngaji la, jangan jumud sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 16-5-2013 09:37 PM ![](static/image/common/back.gif)
Dalam memahami hakikat sifat 20, perlu kepada mendengar dan taat kepada perintah Allah terlebih dahu ... Dalam memahami hakikat sifat 20, perlu kepada mendengar dan taat kepada perintah Allah terlebih dahulu kerana jika tidak mendengar dan taat, maka tiadalah makna Iman berbanding apa yg diwajibkan oleh manusia yg berpegang sekadar pada sifat2 utk dijadikan alasan utk memahami hakikat.
Mana yg lebih penting? Iman atau sifat 20? Orang yg beriman memegang Al-Quran dan Sunnah untuk mengelak terjerumus dalam suatu perkara yang boleh menyebabkan terjadinya syirik yg tidak diampunkan olehNya tanpa disedari. Sifat 20 hanya boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dalam mengenali Allah dalam bentuk ghaib yg melibatkan zat2 ciptaanNya sahaja. Saya tidak mengatakan sifat 20 tidak penting, akan tetapi berhukum sesuatu perlu melihat keterangan Al-Quran dan Sunnah.
Saya tidak menyokong mana2 pihak perihal ini. Bagi diri saya cukuplah apa yg Dia berikan utk diri sendiri bersyukur.
Bermulanya ketaatan dan keimanan adalah pada suatu yang kita kenal. bak kata orang lama tak kenal maka tak cinta. Sedangkan perkara pertama yang Rasulullah SAW sampaikan dan ajarkan pada para sahabat baginda SAW adalah tauhid. Supaya mereka kenal akan PenciptaNya dgn sebaik-baik kenal, bila kenal baru timbul cinta, bila timbul cinta demikian adanya taqwa, bila ada taqwa demikian adanya wara' dalam menjalani perintah dan menjauhi larangan.
aka sifat 20 itu adalah bab mengenal, bab mengenal itu adalah sunnah dan perkara paling awal dalam agama, jadi ianya bersanding dengan Al-Quran dan Sunnah, hasil dari Ittiba' yang kemudian dimudahkan pengajian asas tauhid dgn Sifat 20 (dan tidaklah ditetapkan sifat Allah hanya dengan 20 sifat, tapi asal wajib mengenal 20 Sifat itu supaya mempunyai pengetahuan untuk makrifah yang asas sebelum melangkah ke yang fardhu kifayah) atas rahmatNya, terutamanya untuk umat zaman khalaf yang sudah makin jauh dari para alimin zaman salafussoleh.
Tolong nyatakan pada saya, dimana dalam hal Sifat 20 tiada dalam Al-Quran dan Sunnah dan bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah?
Last edited by Aahil_adha on 17-5-2013 02:36 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 16-5-2013 09:16 PM ![](static/image/common/back.gif)
Tauhid yg sebenar adalah mendengar dan mentaati perintah Allah yg Maha Esa. Pandangan umum perihal t ... Tauhid yg sebenar adalah mendengar dan mentaati perintah Allah yg Maha Esa. Pandangan umum perihal tauhid terhadap makhluk ciptaanNya.
Pertama apakah itu tauhid ? berapakah rukun tauhid ?
(berikan jawapan secara ringkas sje, jawapan yg panjang2 tidak akn dilayan)
Menyembah Allah itu sekadar sebab utk diri manusia mendengar dan mentaati perintah Allah.Melakukan amal kerana Allah itu sebab utk diri manusia mendengar dan taat perintah Allah.
bagaimana nak menyembah sesuatu yg kita tidak kenal ? siapa Allah ? mengapa kita wajib mentaati Allah ?
(berikan jawapan secara ringkas sje, jawapan yg panjang2 tidak akn dilayan)
Sedangkan Allah tidak memerlukan apa2 dari manusia. Kenapakah manusia sentiasa memikirkan perkara yg boleh menyebab khilaf sedangkan kita dituntut utk beriman kepadaNya?
Pendapat Ulama mujtahid ttg khilaf:
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "Khilaf itu keluasan."
Imam Syafi'i pula mengatakan: "Ikhtilaf para sahabat adalah satu rahmat kepada umat Islam."
(jawapan dgn ayat Quran ikut tafsir akal sendiri jg tidak akn dilayan)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|