CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3090|Reply: 5

Cara Imam Syafie Menghafal Ilmu Fiqah

[Copy link]
Post time 3-11-2012 12:08 AM | Show all posts |Read mode


Setiap hari Imam Syafie menghadiri kelas ilmu fiqah yang diajar oleh Imam Muslim al-Zanji . Namun dia menghadiri satu masalah kerana belajar ilmu fiqah perlu banyak catatan sedangkan dia tidak mampu membeli alat tulis dan kertas. Oleh itu dia menulis catatannya pada kulit kayu,pelepah tamar dan kertas terbuang yang dibuang orang.

Pada suatu hari, Imam Syafie masuk ke dalam kelas tanpa membawa apa-apa kerana dia sudah kehabisan pensel dan kertas. Apabila Imam Imam Muslim al-Zanji mengajar ,Imam Syafie menulis pada tapak tangan kiri dengan jari jelunjuk kanannya. Perbuatan itu disedari oleh gurunya.

"Apakah kamu sedang bermain ataupun mengikuti apa yang saya ajarkan?"tanya Imam Muslim al-Zanji.

"Saya sedang belajar,"jawab Imam Syafie.

"Pelajar lain masuk ke dalam kelas menulis pada buku dan kertas. Tetapi saya lihat kamu asyik menggaru tapak tangan kamu,"kata Imam Muslim al-Zanji lagi.

"Maafkan saya. Saya menulis apa yang tuan ajar pada tapak tangan saya kerana tidak mampu membeli alat tulis dan kertas,"kata Imam Syafie pula.

"Sekiranya benar begitu,cuba kamu baca semula apa yang kamu tulis pada tapak tangan kamu tadi,"pinta Imam Muslim al-Zanji.

Imam Syafie membaca semula apa yang diajarkan oleh Imam Muslim tanpa tinggal satu patah perkataan pun. Imam Muslim al-Zanji dan semua anak muridnya berasa kagum dengan kebolehan luar biasa Imam Syafie.

"Kamu adalah anak murid saya yang paling miskin . Demi Tuhan saya tidak akan mengambil apa-apa bayaran daripada kamu. Teruslah berguru denganku hingga kamu menjadi mahir dalam ilmu fiqah,"kata Imam Muslim al-Zanji.

Imam Syafie semakin tekun belajar hingga akhirnya dia diakui gurunya dapat mengajar serta dapat memberi fatwa mengenai hukum-hukum agama.

Walaupun begitu, Imam Syafie merasakan dirinya masih kekurangan ilmu agama. Dalam diam-diam dia mempelajari Kitab Muwatta' yang dikarang oelh Imam Malik bin Anas hingga semua kandungan kitab itu dapat dihafalnya.


Sumber


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 06:39 AM | Show all posts
err ..jap musykil ... heheh

kat sini ye mesej utama ialah  ketekunan dan semangat waja  beliau dalam menuntut ilmu ke yang ingin ditekankan atau

adakah cara dia hafal ?

tulis atas jari ?

la ni dah ada Ipad semua ?

hmm....interesting .
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 03:27 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 4-11-2012 06:39 AM
err ..jap musykil ... heheh

kat sini ye mesej utama ialah  ketekunan dan semangat waja  beliau da ...

... heh... betul lah tu

Palm Imam syafi'e - Master CPUnya dalam dirinya sendiri - Berapa Mb agaknya ruang storan data yg dimilikinya.
Palm zaman sekarang - Master CPUnya dalam peralatan itu - adalah sikit2 masuk dalam kepala. saya sendiri pun ntah berapa byte yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 03:45 PM | Show all posts
tu lah banyak dah sifat sifat org yg  cintakan ilmu  dan sikap / attitude mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tu sendiri  yang telah kita dapat tuai hasilnya  dalam bentuk yg tinggi .

tapi balik kepada situasi sekarang , hmm...tengoklah  berapa yg ponteng, berapa kerat yg dok guna alasan tak mampu itu ini  lantas aku melupai tuntutan menuntut ilmu itu sendiri...

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 06:20 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 4-11-2012 06:39 AM
err ..jap musykil ... heheh

kat sini ye mesej utama ialah  ketekunan dan semangat waja  beliau da ...

salam

rare species .. hehe
gifted .. penghafalan secara mimicry also ada advantage .. hrrmm
act as walking dictionary .. walking book ..

whatever it is ..
bukan kah amalan itu lahir dari faham ..
bukan kah amalan itu lahir dari penghayatan ..
penghayatan itu lahir dari faham ..
faham itu lahir dari pembaca ..
dan membaca itu lahir dari menyentoh ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 11:37 PM | Show all posts
mungkin obsesi dia pada ilmu fiqah menyebabkan dia mampu menghafal dengan kadar segera........
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.190796 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list