Di negara kita,banyak masjid dan surau mengadakan kuliah agama.Ada yang setiap hari,ada yang sekali seminggu dan sebagainya.Kuliah agama mengajar Fekah,hadis,Quran,Sirah,tafsir dan sebagainya.
Yang terkenal kuliah Maghrib,kuliah Subuh.Namun berapa ramai yang hadir?
Kebanyakan umat Islam zaman moden ini amat jarang hadir kuliah di Masjid atau surau.Aku sebagai guru ta'mir di masjid dan surau memang perasan perkara ni sudah sekian lama.Sudah puluhan tahun aku lihat amat sedikit jumlah yang hadir kuliah.Jika seramai org datang solat Jumaat,amat mengkagumkan.
Aku ada tauliah mengajar masjid/surau di dua negeri iaitu Melaka dan negeri Sembilan.Apa yang aku lihat jumlah hadir kuliah majoriti warga tua.Remaja,dewasa amat kecil.
Mentaliti " nanti tua rajin pi kuliah " mmg wujud dalam jiwa umat islam.Ketika zaman Rasulullah saw sampailah khilafah Osmaniyyah,masjid adalah gedung ilmu.Kuliah masjid dipenuhi orang ramai setiap hari dan malam.Begitulah lobanya umat Islam mencari ilmu.Malah Khalifah atau Sultan pun rajin berada di masjid mendengar kuliah agama.Dihikayatkan Khalifah Omar Abdul Aziz rahimullah setiap malam ke masjid mendengar kuliah.Pabila beliau sakit,beliau meminta ulama' datang ke rumah memberikan ilmu.Begitulah pemimpin mithali.Pada zaman keemasan Islam juga pelabgai ilmu diajar dalam masjid termasuk ilmu perubatan dan kejuruteraan.Malah Para sahabat,tabiin membincangkan ilmu ketenteraan dan teknologi dalam masjid.
Fungsi masjid amat besar ketika zaman keemasan Islam.Masjid menjadi kilang ilmu kerana segala ilmu diajar di masjid.
Di Masjid Nabawi ,ada lebih kurang 15 guru mengajar setiap malam di masjid.Berpusu-pusu orang mendengarnya.Aku pun sampai naik pening sebab tak tahu mana satu aku nak dengar.Sebab semuanya ilmu yang amat berguna.Di sana para syeikh mengajar tanpa sekatan.dari Alif dampai Ya,bukan seperti di Malaysia,walaupun ada tauliah,namun ada sekatan.Ada yang boleh,ada yg tak boleh.
Salah seorang Syeikh aku suka dengar,Syeikh Abu Bakar al-Jazair.Beliau mengajar kitabul masjid yang ditulis beliau sendiri setiap Isnin malam Selasa..Orangnya rendah dan kurus,namun ilmunya puluhan ribu hadis dalam kepala.Beliau masih lagi hidup namun sudah uzur dan tidak mengajar lagi.Itu berita terkini yang aku dengar.
ni video beliau masa mengajar :
Arwah Hj Osman,beliau selalu cerita..ketika muda sibuk cari wang sebab anak 18 orang.Kerja kampung sbg penoreh getah dan mcm2 keje kampung membesarkan anak.Bila usia dah sampai 50an baru pi kuliah setiap malam di masjidl al-Azim Melaka.Jauhnya 20 km menaiki motosikal buruknya.Katanya amat menyesal...kalau usia 20an dah rajin pi kuliah,tentu lagi banyak ilmu dapat...
Arwah pi kuliah sampailah usia 80an dan berhenti setelah menghidapi sakit lutut dan tidak boleh lagi menunggang motosikal.Kini telah meninggal dunia....
Apa yg aku lihat majoriti porumer "lebih kuah dari sudu".Bila membaca buku dan internet ,semuanya dihikayatkan dalam porum.Seakan-akan itulah ilmu yang benar.Hakikatnya buku,kuliah dalam TV dan internet hanya alternatif menambahkan ilmu,bukan cara sebenar mendapatkan ilmu.Ilmu perlu belajar dari guru kerana kita boleh bertanya jika tidak faham.Guru juga perlu ilmunya benar dan bukan "Syeikh Kerajaan Langit ".
Terlalu banyak juga hadis berlegar dalam porum,sampai aku naik pening.hadis riwayat Abu Daud,namun ditulis Imam Bukhari.Ntah mana sumber dicopypaste aku pun tak tahu.
Hayati nasihat rahimullah :
“Kalau saya fikirkan apa yang akan saya ucapkan membawa faedah 50% dan membawa keburukan 50% maka saya tidak akan mengucapkannya”.
~~ Imam Syafei rahimullah ~~
Poll ini hanya satu kajian....mahu melihat sejauh mana umat Islam rajin menjengah kuliah ilmu di masjid dan surau.Sambil kita boleh berkongsi idea dan cara menarik lebih ramai hadir ke majlis ilmu.Aku yakin yg suka lepak sini adalah orang islam dan sayangkan agama Islam.Aku yakin kalian suka menambahkan ilmu ,sebab tu suka lepak sini...
Walaupun aku dah jumpa banyak hantu porum yang copy paste banyak ilmu aku tulis dan sebarkan dalam blog2,terima kasih.namun tidak menulis kredit seakan-akan penulis blog tersebut yang menulisnya.Inilah dikatakan penipuan dan berdosa kepada hak milik penulis asal.Tindakan tidak beradab tersebut amat memalukan.Bukan sahaja ilmu agama dan bisnes depa copy paste,cerpen aku pun depa sapu.Mentaliti tahap mangkuk hayun ramai dalam porum Cari.walaupun ia segelintir,ia mempengaruhi orang lain agar meniru.Dunia kita boleh menipu,akhirat esok bagaimana nasib kita?
Jika kita sanggup meredah hujan dan petir ,membayar parking,beratur panjannnng untuk membeli tiket bola atau tiket wayang ,mengapa tidak ke rumah Allah mendapatkan ilmu?
Poll with own risk.................
Time to vote!
Thanks for voting....................................
"Orang yang pandai mengajar belum tentu pandai melatih. Orang yang pandai melatih belum tentu pandai mengajar."
Sabar le saudara
Nabi s.a.w. kata zaman ni masjid2 jauh dr petunjuk
Ilmu tu drpd Allah, maka puji2 le Dia.
Rabbi zidni 'ilma
Subhanallah, Al-'Alim, Al-Hakim
em..tak dapat memilih, sebab tiada ketetapan pergi, pada waktu2 tertentu etc..
tapi kat masjid di kampung (ada kuliah 2-3 kali sminggu), alhamdulillah masih ada anak2 muda turut serta~
Dzulqarnain posted on 27-10-2012 05:23 PM
Sabar le saudara
Nabi s.a.w. kata zaman ni masjid2 jauh dr petunjuk
Ilmu tu drpd Allah, maka puji2 ...
boleh saudara tolong eloborate lagi yg nabi s.a.w kata zaman sekarang masjid2 jauh dari petunjuk.....yg ostad2 yg dok ngajar, ada sampai tiap2 malam, pagi petang tu takkan tak bawak petunjuk sekali kot?
apam posted on 1-12-2012 10:39 PM
boleh saudara tolong eloborate lagi yg nabi s.a.w kata zaman sekarang masjid2 jauh dari petunjuk.. ...
Bkn 'petunjuk' yg tunjuk2 pkai jari cucuk2 tu
tp petunjuk/hidayah dr langit le...
Umpama Jibril a.s. x dtg bawa wahyu bila
ada anak anjing di rumah nabi s.a.w. gtu.
Dulu2 masjid dibina dgn keringat jemaah/qariahnya sendiri
la ni dibina dgn 'hasil' keringat jemaah2/qariah2 seluruh negara.
Kdg2 dr luar negara...lg haru drpd mereka yg 'x percaya'. Ade kot?
Cerita psl masjid2 je tau...
surau, madrasah, pondok, etc. x termasuk gtu.
Dzulqarnain posted on 2-12-2012 03:48 AM
Bkn 'petunjuk' yg tunjuk2 pkai jari cucuk2 tu
tp petunjuk/hidayah dr langit le...
Umpama Jibril ...
masih kurang pencerahe lagi tu saudara. Apa makna masjid zaman sekarang kurang bagi petunjuk. Adakah bermakna sumber hidayah di akhir2 zaman mcm sekarang bukan di masjid?
apam posted on 2-12-2012 04:45 AM
masih kurang pencerahe lagi tu saudara. Apa makna masjid zaman sekarang kurang bagi petunjuk. Adak ...
Apa makna masjid zaman sekarang kurang bagi petunjuk.
Jika masjid itu baitullah (rumah Allah)
maka petunjukNya tu dikatakan tiada bila adanya 'najis'
Jika 'kotoran' itu dikatakan dosa
dan 'najis' itu dikatakan lalai/leka/alpa/etc. hingga menyukutuknNya
maka zaman ini dikatakan debu2 syirik penuh di dada
plg tdk pn selsema akibat tersedut hanya sedebu...dosa.
- 'Jauh/dekat' tu bergantung kpd keikhlasan setiap diri
Yg mengabdikn diri di dlmnya tu jemaahnya terutama si imam dan bilalnya
Jd, wlpn cuma satu 'hati' yg membawa bersama ke dlmnya akan 'najis' (maknawi)
maka, setiap pengabdian (berjemaah) di dlmnya dikatakan jauh drpd petunjuk/hidayah.
Dgn kata lain sgt susah nk dpt petunjuk/hidayah gtu
disebabkn dek 'doa' mereka yg kurang mustajab...makan masa gtu.
Yg pasti debu2 syirik yg berterbangan di mana2 tu
membawa bersama isi2 keduniaan...
Dan lbh ramai yg ketagih.
Adakah bermakna sumber hidayah di akhir2 zaman mcm sekarang bukan di masjid?
X kot...hidayah boleh turun di mana2 pn
ke dlm hati yg bersih-suci...mukhlis.
Dan masjid2 mgkin akan kembali dekat dgn petunjuk jika berimamkn Al-Mahdi bg setiapnya.
Dan bg saya, mereka bkn produk JAKIM.
Ade ke masjid yg x didaftarkn?
Ade ke masjid yg x diswastakn?
Surau mgkin ada kot...